Sabtu, 27 April 2013

09 di kepala batas - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di kepala batas - Google Blog Search


Reezal Merican yakin sambung mandat Pak Lah <b>di Kepala Batas</b> <b>...</b>

Posted: 25 Apr 2013 12:37 AM PDT

reezalOleh Hilmi Haji Ali (mohdhilmi@abnxcess.com)

KEPALA BATAS - Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yakin pengundi akan membenarkan beliau meneruskan mandat bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi di Parlimen berkenaan.

Malah, katanya Abdullah masih mempunyai sentuhan tersendiri, sekali gus membolehkan penguasaan BN di kawasan berkenaan diteruskan.

"35 tahun Parlimen Kepala Batas berada di bawah jagaan Tun (Abdullah), justeru kasih sayang beliau kepada penduduk di sini tidak boleh dinafikan. Mereka menerima beliau dan BN kerana menjadi pembela rakyat selama ini.

"Di Kepala Batas kita ada tradisi sendiri, Tun Abdullah masih ada di sini bahkan beliau juga turun berkempen memandangkan beliau masih Ketua UMNO bahagian," katanya.

Mengambil kira faktor itu, Reezal yakin BN akan terus mempertahankan kerusi di Kepala Batas, di mana Abdullah sendiri seperti antara faktor utama.

Ditanya sama ada pemilihan beliau sebagai calon di situ akan menyebabkan ada pihak yang akan terasa hati kerana tidak terpilih, Reezal berkata:

"Tidak pernah berlaku sabotaj di Kepala Batas. Sebaliknya orang yang tidak dipilih itu akan muncul (berkempen) lebih kuat daripada calon, kerana masing-masing mahu parti menang. Kalau parti kalah semua kalah," tambahnya.

Mengulas mengenai keyakinannya mempertahankan kubu kuat BN itu, Reezal Merican berkata kempen bertemu pengundi adalah jalan paling berkesan meraih undi  rakyat.

"Saya berjumpa semua orang. Politik tidak hanya kemaruk untuk  menang dan kita tak boleh bersikap memilih. Walaupun jumlah pengundi di sini adalah  51,000 namun saya akan berjumpa dengan lebih ramai lagi penduduk.

"Saya anggap  kempen ini adalah latihan saya sebelum ada rezeki dipilih menjadi wakil rakyat Kepala Batas. Orang suka, tak suka,senyum, tak senyum, saya perlu lalui proses ini untuk diterima oleh rakyat," tambah anak jati Kepala Batas yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kesusasteraan Arab dari Universiti Islam Antarabangsa.

Beliau akan ditentang oleh calon PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden yang merupakan seorang penceramah dan berkelulusan ijazah Usuluddin dari Universiti Al-Azhar, Mesir.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved