Khamis, 11 April 2013

09 di tanjung bungah - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di tanjung bungah - Google Blog Search


<b>TANJUNG BUNGAH</b>

Posted: 21 Jan 2013 04:50 AM PST

Sementara berada di Penang, saya sempat mengambil gambar sunrise di Tanjung Bungah. Selepas solat subuh di Masjid Terapung Tanjung Bungah, saya turun ke bahagian pantai. Pantainya agak berlumpur. Nasib baik pakai Adidas Hydroterra. Pergerakan meredah lumpur agak mudah. Kaki tak melekat pada lumpur jika dibanding gunakan sandal. Saya nampak beberapa photographer lain juga cuba meredah lumpur selepas melihat saya redah lumpur menghampiri sampan. Saya perasan pergerakan mereka agak tersekat-sekat kerana sandal yang melekat pada lumpur. Kemudian saya perasan ada yang buka kasut dan berkaki ayam. Kaki ayam?? Saya tak biasa meredah lumpur jadi tak tahu apa benda yang ada dalam lumpur tu.
Gambar pertama saya di bawah, saya gunakan torchlight headlamp saya untuk terangkan sampan.
Pagi Di Tanjung Bungah | D300|8mm Samyang|ISO100|25sec f16
Mencari Rezeki | D300|8mm Samyang|ISO100|1/25sec f16
Sanpan Nelayan | D300|8mm Samyang|ISO100|1/25 f16
Apa Rezeki Hari ini? | D300|8mm Samyang|ISO100|1/8 f16

BLOG PENANG: 09 <b>di tanjung bungah</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Mar 2013 01:11 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Inilah Ceritaku: Masjid Terapung @<b>Tanjung Bungah</b>

Posted: 26 Jan 2013 09:28 PM PST

Sebaik keluar dari Toy & Fantasy Museum di Teluk Bahang, kami singgah sebentar di sini sebelum menikmati Pasembor dan Kerang Bakar di Padang Kota.Teringat Masjid Terapung di Jeddah
Sea view dari masjid
Ada Warong Mee Udang di sana. Ada siapa pernah cuba?
Walaupun Sg Petani ke Penang Island lebih dekat berbanding perjalanan ke Alor Setar, setahun sekali pun payah nak pekena pasembor, kerang dan sotong bakar di Padang Kota . Harga JJCM ber4 kami ni kalau nak disamakan dengan makan tengahari di Sg Petani..rasa-rasanya boleh dapat terubuk bakar, kambing bakar,  dan 2,3 jenis ikan lagi di Sg.Petani. Sekali-sekala bolehlah. Lain kali kena try Mee Udang di gerai adik Saiful Apek "Gitu-gitu"..
Membawa "Cik Putih" yang baru seminggu bersama kami, membiasakan diri dengannya, bawa ronda dekat-dekat dulu sebelum melatih dia berkhidmat dengan lebih jauh dan lasak selepas ini dan untuk tahun-tahun mendatang (sampai pencen kot....)

Masjid Terapung <b>Tanjung Bungah</b> Penang ~ You & i Homestay

Posted: 30 Dec 2012 02:01 AM PST

     Masjid ini turut menyerlah dengan seni bina mengagumkan hasil gabungan seni bina tempatan dan Asia Barat terutama Turki.Jarak You & i Homestay ke masjid ini ~5.4KM dan ~ 12minit menaiki kedaraan.
Kedudukannya yang strategik iaitu dalam perjalanan menuju ke Batu Feringghi menjadikan masjid berkenaan sebagai tempat persinggahan di kalangan pelancong bukan sahaja untuk solat malah bagi merehatkan minda.
Masjid dua tingkat yang mampu memuatkan 1,500 jemaah itu dan dibina di atas lot 254, 265, 266, 308 dan 643 Mukim 18, Daerah Timur Laut di tepi pantai Tanjung Bunga dilengkapi ruang sembahyang utama, ruang sembahyang wanita, tempat mengambil wuduk lelaki dan wanita serta bilik menguruskan jenazah.
Reka bentuknya yang unik sememangnya mengagumkan manakala kubah pula berbentuk aerodinamik, sesuai dengan persekitaran lautan.
Keunikan masjid terapung diperkukuhkan lagi dengan menara azan setinggi tujuh tingkat yang dihiasi dengan ukiran kayu jati dan seni khat kaligrafi dari Indonesia. 
Mozek dan seramik yang berwarna-warni terdapat di bahagian luar dan dalam masjid untuk memberi pencahayaan dan hasil yang lebih menarik apabila dipandang selain memasang siling putih di bahagian kubah.
Bagi mencantikkan lagi kawasan masjid tersebut, reka bentuk tembok pagar bercorak bunga matahari dipasang di sekeliling dan kawasan pintu hadapan masjid tersebut.
Sebelum sampai batu feringgi jagan lepaskan peluang singgah solat di masjid ini.

Kasih Salina: 2H/1M <b>di Tanjung Bungah</b> Beach Hotel

Posted: 08 Oct 2012 06:37 AM PDT


Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua..
Tetiba jer ada mood untuk update gambar bercuti dengan anak-anak.. takpe lah gambo lama pun kan.. dan pastinya sahabat-sahabat alam maya ku ini belum melihatnya lagi.. tak gituuu? Rasanya itu mesti tanda mau pergi bercuti la tu..
Ni masa pi Penang bulan Mac ritu lagi daa.. aku malas nak edit & transfer dari camera compact ku yang comel & kecil itu..huwawawa..
Tiap tahun memang tiga empat kali juga la kami sekeluarga ke Penang, Pulau Mutiara itu.. Pi Penang memang best, sekali sekala menyesakkan diri di tengah kesibukkan manusia & trafiknya.. Aku suka makan sup daging Hameed restoren & pekena pesemboq Penang yang marvelous tu..

Percutian Keluarga ke Bukit Bendera Pulau Pinang Di SINI

Perjalanan dari rumah kami ke Penang ambik masa dalam 2 jam camtu.. biasanya ke Penang mesti bermalam kat Hotel.. So, untuk trip kali ni kami memilih untuk menginap di Tanjung Bungah Beach Hotel.. Tempahan online dibuat melalui agoda lebih murah berbanding walk-in.. memang jimat & berbaloi-baloi ler..
Kad untuk bukak pintu dia pun cantik jugak.. sebab kami memilih Tanjung Bungah Beach Hotel sebab ada private beach supaya senang anak-anak aku nak main air terutamanya si kakak tu suka bebenor dengan air.. Ternyata pilihan kami tepat & memang seronok dapat main pasir & air laut..
veranda ni tempat yang paling best untuk lepak, aras sama dengan lobby hotel dan mengadap laut dengan tiupan angin pantai yang nyaman & segar..
dinding kaca di belakang adik tu membuatkan luas mata memandang ke laut.. memang kena sangat konsep & dekorasi Tanjung Bungah Beach Hotel ni..
swimming pool dia pun besar dan ada bahagian kanak-kanak & dewasa..
seronok dapat merasa mandi laut tapi airnya tidok lah jernih..

 playground pun ada..lepas mandi kolam kakak sambung main kat playground yang terletak bersebelahan dengan kolam renang..
 budak gemuk ni langsung tak peduli orang, seronok sangat la tu..
kutip batuan & kulit kerang..
Sebelum balik posing lagi di veranda ni.. bilik hotel ni biasa-biasa saja bagi aku dan padan la dengan nilai yang dibayar dan menu makan pagi nya banyak pilihan TETAPI rasanya tidak seperti standard hotel & TIDAK SEPERTI Chef Hotel yang masak..worse sangat-sangat..
 SEBAB apa aku KATA BIGITU - Tidak patut langsung nasi lemak yang mentah dihidangkan kepada Guest..
Aku rasa macam nak panggil jer manager on duty pada waktu itu..
Agak-agaknya, mereka sanggup tak melayan jika aku membuat aduan?

Percutian Keluarga ke Bukit Bendera Pulau Pinang Di SINI

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved