Rabu, 24 April 2013

09 di tanjung bungah - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di tanjung bungah - Google Blog Search


UMNO Online - Kerajaan DAP P. Pinang Arah Roboh Sekolah <b>...</b>

Posted: 20 Jul 2010 05:38 PM PDT

GEORGE TOWN 20 Julai – Kerajaan DAP Pulau Pinang mengarahkan Kementerian Pertahanan merobohkan bangunan bertingkat sekolah tentera udara yang sedang dibina di Tanjung Bungah.

Ketua Menteri Lim Guan Eng mendakwa, notis mengenainya telah dikeluarkan kerana kementerian itu menjalankan projek Sekolah Iktisas Tentera Udara (SITU) tanpa mendapat kebenaran Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

"Pada Disember tahun lalu, beberapa penduduk membuat aduan mengenai kerja memasang cerucuk besi di kawasan itu dan majlis perbandaran telah mengeluarkan notis amaran.

"Kemudian Mac lalu, majlis perbandaran sekali lagi menerima aduan bahawa kerja memasang cerucuk besi itu masih diteruskan termasuk pada cuti umum dan menghantar semula surat ke kementerian itu, memberitahu mereka mengenai keperluan untuk memohon kebenaran pembinaan.

"Kes itu turut dirujuk kepada penasihat undang-undang negeri (Datuk Faiza Zulkifli)," katanya pada sidang media di sini pada Selasa.

Kata Guan Eng, Yang Dipertua MPPP, Patahiyah Ismail sudah memaklumkan kepada kementerian itu termasuk Ketua Setiausaha, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah pada 31 Mac lalu bahawa tindakan akan diambil jika pembinaan itu tidak dihentikan.

Beliau berkata majlis perbandaran telah menghantar notis kepada kementerian itu pada 6 Jun lalu mengikut seksyen 70 (1) Akta Jalan, Saliran dan Bangunan 1974 supaya pembinaan itu dirobohkan dalam tempoh 30 hari.

Pemeriksaan mendapati kerja pembinaan itu sudah mencecah empat tingkat. Ketinggian bangunan itu tidak diketahui memandangkan pelan tidak dihantar kepada majlis perbandaran.

Guan Eng menyalahkan Pegawai Kemajuan Negeri, Nik Ali Nik Yunus kerana gagal berbuat sesuatu walaupun berulang kali dimaklumkan mengenai masalah itu.

"Memandangkan Nik Ali tidak melakukan tugasnya iaitu memantau projek itu, kami terpaksa menghubungi kementerian kerana ia melibatkan tanah persekutuan," katanya. – MStar/MediaUMNO

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved