Rabu, 17 April 2013

di negeri pulau pinang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri pulau pinang - Google Blog Search


Keputusan Pilihanraya Umum ke 13 <b>Pulau Pinang</b>? | Berita Semasa

Posted: 16 Apr 2013 12:42 AM PDT

Keputusan PRU DUN Pulau Pinangkeputusan pilihanraya pulau pinang
Tiada siapa menjangka, baik dari Barisan Nasional sendiri, bahawa mereka ditumpaskan oleh Pakatan Rakyat di Pulau Pinang. Keputusan Pilihan Raya Umum (2008), menyaksikan kerajaan Barisan Nasional di Pulau Pinang, tewas di tangan Pakatan Rakyat.

Kalau sebelum ini Berita Semasa berkongsi mengenai pencapaian di Negeri Melaka dan Selangor, kali ini kami ingin kongsikan apa sebenarnya yang telah dicapai berdasarkan senarai pencapaian di Pulau Pinang pula.

Keputusan Pilihanraya Umum 2008 Di Pulau Pinang (PRU ke 12)?

keputusan pilihanraya pulau pinang

Pada kami, apa yang penting adalah pencapaian yang telah dibuat oleh Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang, untuk dinilai secara amnya, oleh masyarakat Pulau pinang sendiri. Apakah yang telah dicapai menerusi pimpinan Lim Guan Eng ini?

Senarai Pencapaian Kerajaan Negeri Pulau Sebelum PRU 13?

Tidak seperti portal kerajaan negeri Melaka (DI SINI), dan portal kerajaan negeri Selangor (DI SINI). Berita Semasa mengalami kesukaran untuk mengambil maklumat yang lebih jelas mengenai prestasi dan pencapaian kerajaan negeri Pulau Pinang.

Walaubagaiamnapun, berdasarkan semakan kami di blog Lim Guan Eng melalui ucapan pembentangan Bajet kerajaan negeri Pulau Pinang kami menemui senaraian pencapaian kerajaan Negeri Pulau Pinang seperti di bawah ini….

  1. Mendahului senarai pungutan hasil negeri dengan peningkatan 46.8% dari 2010-2013
  2. Membina 12,000 unit rumah kos rendah dan kos sederhana rendah
  3. Memperuntukkan 500 juta untuk Skim Perumahan mampu Milik
  4. Dalam pelaksanan membangunkan 19712 unit rumah mampu milik, lebih banyak berbanding negeri lain
  5. Pembinan rumah mampu milik Projek Desa Nipah di Balik Pulau dengan harga RM 35000
  6. Memperuntuk RM 64.03 juta kepada hal ehwal islam berbanding RM 25.7 juta sebelum 2008 oleh kerajaan BN
  7. Program penghargaan warga emas RM100 setiap tahun
  8. Program bantuan OKU
  9. Program Penghargaan Ibu Tunggal
  10. Program pelajar Emas dan RM 200 untuk Program Anak Emas
  11. Bantuan "one-off" RM 1000 bagi pelajar ke IPTA
  12. Bantuan pengurusan jenazah
  13. Menawarkan perkhidmatan bas percuma CAT dalam kawasan warisan George Town dengan kos RM50,000.00 sebulan
  14. Menyediakan perkhidmatan Bridge Express Shuttle Transit (BEST) yang merupakan perkhidmatan shuttle secara percuma ulang-alik ke dan dari Seberang Perai, Kawasan Perindustrian Bebas Bayan Lepas dan Balik Pulau
  15. Pulau Pinang telah dicalonkan sebagai bandar kecil untuk menyertai The Climate and Clean Air Coalition to Reduce Short- Lived Cilmate Pollutants (CCAC)
  16. Pulau Pinang telah menjadi negeri yang pertama dalam sejarah Malaysia untuk melancarkan satu kempen secara seluruh negeri untuk mengurangkan penggunaan beg plastik
  17. Pulau Pinang telah mengharamkan penggunaan kotak dan pinggan mangkuk polistrena dalam semua majlis rasmi negeri pada tahun 2009
  18. Pulau Pinang juga merupakan negeri pertama yang memberi insentif kepada pemaju-pemaju yang disahkan oleh Indeks Bangunan Hijau (GBI)
  19. Memperuntukkan elaun tambahan sebanyak RM100,000 setahun kepada guru-guru KAFA
  20. Menjadi negeri yang mencatatkan kadar penurunan jenayah tertinggi di Malaysia dengan kadar 27%
  21. Dipuji kerana mempraktikkan corak pengurusan kewangan terbaik bagi tahun 2008 dan 2009 oleh Ketua Audit Negara kerana lebihan belanjawan yang paling besar dalam sejarah Pulau Pinang, iaitu sebanyak RM88 juta pada 2008 dan RM77 juta pada 2009.
  22. Menjadi negeri tunggal dalam sejarah Malaysia yang dipuji oleh badan antarabangsa anti-rasuah terkenal, Transparency International.
  23. Dua pertiga pendapatan daripada pelancongan perubatan negara adalah sumbangan negeri Pulau Pinang.
  24. Mencatatkan kadar pengangguran sifar dan malah menghadapi kekurangan pekerja.
  25. Mencatatkan peningkatan tertinggi penumpang penerbangan domestik dan asing di antara semua lapangan terbang di Malaysia sebanyak 30%.
  26. Memberi bantuan pinjaman mikro tanpa faedah kepada peniaga-peniaga kecil dan mengurangkan bayaran lesen penjaja dan nelayan sebanyak 50%.

keputusan pru 13 pulau pinang

Sumber blog Lim Guang Eng

Keputusan Pilihanraya Umum ke 13 Pulau Pinang : Prestasi Ahli Politik?

Dalam masa 5 tahun kerajaan pakatan mengambil alih pentadbiran Pulau Pinang dari Barisan Nasional, banyak isu yang dikaitkan terutamanya kes Kampung Buah pala dan juga tidak kurang hebat, mantan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang dipalitkan dengan isu penggunaan kalimah Allah.

Namun kami, lebih suka untuk mendapat penilaian yang adil dari rakyat Pulau Pinang sendiri berhubung dengan penapaian pentadbiran pakatan rakyat di bawah pimpinan Lim Guan Eng.

Cuma, cuma….Berita Semasa sedikit terkilan dengan pimpinan Lim Guan Eng yang tidak menerangkan keadaan & fakta sebenar mengenai isu pengurangan hutang kerajaan Pulau Pinang sejumlah 95% dari RM630 Juta pada Mac 2008 kepada RM30 juta pada akhir 2011 kononnya atas kecekapan & kejayaan kerajaan negeri Pulau Pinang menguruskannya dengan baik di atas nama perjanjian penstrukturan semula aset air.

Hakikatnya, hutang kerajaan negeri Pulau Pinang mengenai aset air yang distruktur semula dan diambil oleh Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB) dengan tujuan untuk mengurangkan kos operasi dan mengelakkan harga air terus dinaikkan disebabkan bebanan hutang yang dihadapi oleh kerajaan negeri di Malaysia termasuklah Pulau Pinang

keputusan pru 13 pulau pinang

Adakah benar kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang mengenepikan hak Melayu dan agama islam? Atau benar kerajaan pakatan Berjaya membawa perubahan di negeri Pulau Pinang? Kongsikan dan lontarkan semula anda berhubung laporan berita kami kali ini.


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved