Isnin, 27 Mei 2013

09 di Batu uban - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di Batu uban - Google Blog Search


Bekas ADUN <b>Batu Uban</b> gugur saman fitnah ABN News | BM

Posted: 20 May 2013 12:50 AM PDT

S. Raveen

S. Raveen

GEORGE TOWN – Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Uban, S. Raveen Tharan menarik balik saman fitnah RM10 juta terhadap seorang eksekutif bank selepas menerima permohonan maaf secara terbuka daripadanya di Mahkamah Tinggi di sini.

P. Raguram membacakan kenyataan permohonan maaf itu di hadapan Hakim Datuk Mohd Zaki Mohd Yassin.

Permohonan maaf itu berbunyi : "Saya dengan ini meminta maaf dan mengaku bahawa saya tidak berniat untuk membuat kenyataan bagi memburuk-burukkan Raveen, tetapi jika saya telah secara tidak sengaja merosakkan imej dan reputasi
Raveen, maka saya menawarkan permohonan maaf saya dan menarik balik kenyataan saya."

Raguram diwakili peguam Shankar Raj dan R. Kumarandran.

Raveen telah memfailkan saman terhadap Raguram berikutan surat yang ditulisnya pada tahun 2010 yang mendakwa Raveen terlibat dalam salah laku seksual dan ia diedarkan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan anggota Exco kerajaan negeri.

Dalam saman itu, beliau menuntut ganti rugi RM10 juta kerana dakwaan itu telah merosakkan reputasi beliau yang ketika itu adalah seorang wakil rakyat.

Ketika ditemui di luar mahkamah, Raveen memberitahu wartawan bahawa beliau hanya ingin menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada Raguram untuk membersihkan nama baiknya.

"Saya bukan inginkan pampasan tetapi mahu membersihkan nama saya kerana surat itu telah memusnahkan reputasi saya terutamanya ketika itu saya masih seorang wakil rakyat apabila surat itu diedarkan," katanya. – Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved