Sabtu, 4 Mei 2013

09 di tanjung tokong - Google Blog Search

09 di tanjung tokong - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di tanjung tokong</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Mar 2013 01:45 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

DUNIA ITU: Lembu berkeliaran <b>di</b> bandar

Posted: 27 Mar 2013 08:18 AM PDT

Lembu yang berkeliaran di jalan raya memaksa pengguna berhenti seketika.


TANJUNG TOKONG - Hampir lima minit beberapa pemandu di hadapan Kompleks Island Plaza kelam kabut seketika.

Kejadian itu berlaku bukan disebabkan kemalangan ataupun kerja penyelenggaraan jalan, tetapi disebabkan lembu berkeliaran di tengah jalan raya.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 12 tengah malam itu bukanlah kali pertama berlaku, sebaliknya sebelum ini berlaku hanya pada waktu petang.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Tanjung Tokong, Mohd Asrul Ismail berkata, lembu-lembu berkenaan dipercayai diternak beberapa individu di Bagan Jermal.

Menurutnya, dia sendiri naik hairan bagaimana lembu berkenaan boleh berkeliaran di tengah-tengah kesibukan jalan raya di Tanjung Tokong tanpa pemiliknya.

"Saya sendiri dengan anak-anak terkejut pada dua hari lepas bila tengok lembu ini beratur panjang di jalan raya.

"Pada masa itu memang kereta yang sedang buat pusingan U dan melalui lampu isyarat terpaksa mengelakkan kawanan lembu ini untuk memberikan laluan, agak kelam kabut jugalah," katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian pernah melaporkan jurugambar Radio Televisyen Malaysia (RTM) Pulau Pinang hampir kemalangan gara-gara lembu berada di tengah jalan raya.

Kebiasaannya kenderaan menghala ke Persiaran Gurney dari arah Tanjung Tokong lancar kerana kurang kenderaan.

Namun dia terpaksa brek mengejut kerana kira-kira 20 ekor lembu tanpa pemilik memenuhi jalan di Tanjung Tokong.

Kehadiran sekumpulan lembu berkenaan juga menjadi tanda tanya kepada pengunjung kedai nasi kandar berhampiran.

Sabaruddin Ali sebelum ini langsung tidak pernah ternampak lembu yang begitu banyak di situ.

"Jika hendak diikutkan memang susahlah hendak nampak lembu tengah bandar ini, memang agak berbahaya kerana lembu tersebut tidak dikawal oleh pemiliknya.

"Terasa agak lucu tetapi sebenarnya ia membahayakan pengguna jalan raya, bayangkan jika lembu ini menuju ke arah Plaza Gurney, sudah pasti kecoh," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Asrul menggesa supaya Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mengambil tindakan dengan mencari pemilik lembu tersebut.

"Saman perlu dikenakan kepada pemiliknya kerana sesuka hati membiarkan lembu ternakan sehingga membahayakan keselamatan pengguna jalan raya.

"Jika pemiliknya masih degil, senang sahaja, MPPP boleh tangkap lembu ini dan lelong," katanya.

Sinar Harian 27 Mac 2013

jom pancing lepak tepi laut: memancing <b>di tanjung tokong</b>

Posted: 03 Jan 2013 03:03 AM PST

Oleh kerana, blog ni, hilang dan jumpa semula, jum kaknab update mancing kat tanjung tokong, penang. tapi lama dah, sebab blog ni blog mancing, kaknab takut nostalgia memancing hilang, kaknab abadikan dalam blog ni,

tanjung tokong, ialah tempat kaknab dibesarkan, sudah tentu penuh dengan nostalgia, kalau pi sana kaknab macam semut, jumpa sapa pun mesti tegur punya. seronok kan kalau kita pi tempat yang kita kenai satu kampung. tanjung tokong banyak berrubah, pantai dan lautnya pun banyak yang berubah, sekali air bah sekali pantai berrubah, di tanjung tokong ada bena satu benteng  panjang sebagai benteng jika berlaku tsunami, pot memancing yang cantik, tetapi, nak naik kena tunggu air surut, nak turun balik pun kena tunggu air surut semula, memang lece, maknanya kena tunggu seharian, kena bawa bekal air dan makanan yang banyak kalau tidak kebuluran, kena bawa sejadah juga untuk sembahyang. jum kita tengok gambarnya.








Tiada ulasan:

Catat Komen