Jumaat, 21 Jun 2013

09 di balik pulau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di balik pulau - Google Blog Search


Sim Tze Tzin calon Parlimen Bayan Baru, Bakhtiar <b>di Balik Pulau</b> <b>...</b>

Posted: 05 Apr 2013 09:22 AM PDT

PULAU PINANG 6 APRIL: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin diumum sebagai calon KEADILAN bagi Parlimen Bayan Baru manakala aktivis reformasi, Muhammad Bakhtiar Wan Chik bertanding di Balik Pulau.

Pengumuman dibuat Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada program Jelajah Merdeka Rakyat di Bayan Baru di sini, tengah malam tadi.

zimBeliau berkata, Sim, lulusan Sains Politik dari Amerika Syarikat, adalah bekas setiausaha politik beliau yang juga Ketua Cabang KEADILAN Bayan Baru.

Kerusi itu sebelum ini dimenangi KEADILAN pada PRU 12 melalui Datuk Zahrain Mohamed Hashim yang belot terhadap perjuangan dengan menjadi Ahli Parlimen Bebas pro-BN.

Bagi Parlimen Balik Pulau yang sebelum ini disandang Yusmadi Yusof, Anwar menampilkan Bakhtiar, seorang aktivis reformasi sejak 1998, sebagai calon.

cokpBeliau menyifatkan Bakhtiar sebagai seorang yang banyak berkhidmat untuk masyarakat bawahan dan kerap terlibat dalam kegiatan dakwah Islam.

Mengenai kedudukan Yusmadi, Anwar berkata: "Yusmadi menjadi ahli parlimen yang baik dan saya ucap terima kasih atas khidmat dan susah payah beliau.

"Tapi, sudah sampai ketikanya, sebagai tokoh muda – kalau dia (Yusmadi) setuju, kita beri tugas lain di pejabat saya dan sekretariat pusat KEADILAN, insya-Allah dalam kerajaan baru," katanya.

(FZL)

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=49414

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved