Khamis, 13 Jun 2013

09 di Gelugor - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di Gelugor - Google Blog Search


UMNO Letak Calon Bebas <b>di</b> Tasek <b>Gelugor</b> | ::Dewan Pemuda PAS <b>...</b>

Posted: 17 Apr 2013 08:22 AM PDT

(Sharif dan rakan-rakannya membuat sidang media semalam)

TASEK GELUGOR: Dua orang aktivis Umno berjanji akan menjadi calon bebas menentang calon Barisan Nasional (BN) di Dun Sungai Dua dan Teluk Air Tawar jika Umno kekalkan Shabudin Yahya sebagai calon BN Tasek Gelugor.

Mereka ialah Azmi Alang yang bakal bertanding di Dun Sungai Dua menentang calon BN, Yusof Mohd Noor dan calon PAS, Zahadi Mohamad manakala Datuk Mustaffa Idrus pula mengistiharkan diri menentang penyandang Dun Teluk Air Tawar, Datuk Jahara Hamid serta Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Puan Norhayati Jaafar.

Kedua-duanya berucap membantah pencalonan BN yang meletakkan individu yang tidak bekerja untuk rakyat atau muka baru yang tidak aktif merencanakan progran tajaan Umno sebelum ini.

Menurut Azmi Alang dalam ucapanya, pucuk kepimpinan Umno Negeri seolaholah sengaja mahu mematikan karier politik Datuk Shariff Omar yang sangat berjasa pada rakyat sekitar Parlimen Tasek Gelugor.

Tidak sepatutnya, jasa dan pengorbanan Shariff dibiarkan seperti memberikan kerusi untuk Tan Sri Nor Mohamed Yakcop bertanding pada pilihanraya umum ke 12 lalu.

(Azmi [kiri] dan Datuk Mustaffa)

"Seandainya, pihak atasan Umno tidak mendengar rayuan rakyat akar umbi kami mengistiharkan perang habis habisan.

"Apa gunanya berada dalam Umno jika suara kami tidak didengari lagi.  Jika mereka masih berkeras 'lawan tetap lawan'," tegasnya disambut tepukan orang ramai.

Rakannya Datuk Mustaffa Idrus pula memuji sikap Datuk Ibrahim Saad yang pernah meminjam kerusi Parlimen Tasek Gelugor tetapi menyerahkan kembali dengan baik.

Namun hari ini sebaliknya berlaku kerusi yang dipinjamkan atas nasihat mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi diambil terus tanpa perbincangan.

Sekarang ini slogan 'Rakyat Didahulukan Pencapaian Di Utamakan' sudah tidak lojik lagi
kerana sudah terbalik.

"Untuk memastikan Datuk Shariff terus berada dipersada politik tanahair kami akan membantunya bertanding menentang golongan yang tidak amanah, " ujarnya.

PANAS!! Pemberontakan tercetus <b>di</b> Tasek <b>Gelugor</b>: Pemimpin

Posted: 16 Apr 2013 06:57 PM PDT


Bekas ahli parlimen Tasik Gelugor Datuk Seri Mohd Shariff Omar mengumumkan malam tadi beliau akan bertanding di kerusi tersebut walaupun Barisan Nasional (BN) telah memilih calon lain untuk pilihan raya 5 Mei.

Shariff telah menjangkakan untuk mendapat kerusi tersebut selepas Tan Sri Nor Mohamed Yakcop bersetuju untuk tidak bertanding walaupun menang di situ pada Pilihan Raya 2008.

Ia merupakan salah satu daripada dua kerusi parlimen dimenangi oleh BN di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum tersebut.

Bekas timbalan menteri yang mempunyai ramai penyokong di Tasek Gelugor itu mengkritik kepimpinan BN kerana memilih calon yang tidak dimahukan oleh penduduk setempat.


"Saya akan menjadi calon mesra Pakatan Rakyat untuk kerusi ini," kata lelaki berusia 65 tahun itu kepada pemberita selepas perhimpunan spontan lebih 2,000 penyokong di luar rumahnya di sini.

"Saya boleh jadi calon bebas, atau di bawah tiket DAP, saya boleh bertanding di bawah PKR dan PAS kerana semua pemimpin mereka adalah kawan saya," tambah beliau beberapa jam selepas BN mengumumkan Shahbudin Yahya akan bertanding di kerusi Tasek Gelugor.

Shariff menjangkakan mungkin berlaku perlawanan beberapa penjuru di kerusi Tasek Gelugor dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam kawasan tersebut.


Bekas ADUN Sungai Dua Datuk Jasmin Mohamed yang digugurkan berkemungkinan akan mempertahankan kerusi tersebut sebagai calon bebas oleh kerana BN telah mengemukakan calon baru Muhamad Yusoff Mohd Noor untuk mempertahankan kerusi DUN tersebut.

Apabila ditanya apakah beliau bersedia untuk berhadapan dengan kemungkinan dibuang parti oleh kerana bertanding sebagai calon bebas, Shariff mengatakan pimpinan parti boleh melakukannya pada bila-bila masa.

"Jika mereka mahu membuang saya, lakukan sekarang dan jangan hanya mengugut kami," katanya.


Shariff bertegas beliau akan bertanding sebagai calon "tidak kira apa terjadi" sebelum memberi amaran BN akan kehilangan Tasek Gelugor yang merupakan kubu kuat gabungan tersebut.

"Jika mereka tidak berhati-hati, mereka tidak harus menjangkakan Tasek Gelugor sebagai kerusi selamat kerana risiko besar mereka telah ambil di sini," katanya.

Bekas timbalan menteri Pertanian dan Asas Tani pertama kali bertanding di Tasek Gelugor pada 1999 apabila beliau menang dengan majoriti 4,236 undi.

Pada 2004, beliau mengalahkan calon PAS Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dengan majoriti 10,183 undi.

Akan tetapi beliau memberikan kerusi tersebut kepada menteri kewangan kedua pada ketika itu Nor Mohamed yang berjaya mempertahankan kerusi tersebut dengan 4,547 majoriti undi, mengalahkan Ismail Salleh dari PAS.


Seorang lagi pemimpin BN, A. Mohan memberitahu sidang akhbar sebelum ini mengenai niatnya untuk bertanding di kerusi parlimen Batu Kawan dan meletakkan jawatan daripada Gerakan.
"BN tidak mengambil kira pengorbanan yang saya lakukan sepanjang empat tahun untuk berkhidmat kepada rakyat akan tetapi parti dengan jelas tidak menghargai kerja keras saya," kata koordinator BN Batu Kawan itu.

Dengan kecewa, Mohan mengatakan beliau telah membuat keputusan untuk keluar parti akan tetapi tidak mempunyai niat untuk menyertai parti lain buat masa ini.

"Saya yakin kita (BN) boleh kembali menang di kerusi Batu Kawan jika diberikan peluang akan tetapi sekarang mereka meletakkan calon muka baru di kawasan ini, yang mungkin tidak akan menang," katanya ~ The Malaysian Insider

Punca sebenar Datuk Seri Mohd Shariff kecewa dengan Barisan Nasional ialah beliau merasakan dirinya telah ditipu dan dipermainkan oleh pihak UMNO/BN sendiri..

Dimana beliau sebelum PRU12 telah dipujuk untuk memberikan laluan hanya untuk satu penggal kepada Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Bagaimanapun janji itu tidak ditepati oleh Najib.. dan satu muka baru pula diperkenalkan sebagai calon kawasan tersebut bagi menggantikan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dalam PRU13 ini..

Moral of the story disini ialah.. Jikapemimpin UMNO sendiri yang punya pengaruh, punya ramai penyokong, pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri boleh ditipu begitu sahaja oleh pemimpin UMNO yang lain... macai-macai UMNO sudah tentu lebih mudah ditipu..

Tiada langsung semangat setiakawan sesama rakan perjuangan mereka... oleh itu macai-macai diluar sana.. fikir-fikirkan..

Adakah anda akan kekal dihargai atau dihargai apabila diperlukan sahaja..

Sila liaht Video mengenai pemberontakan ini di ( SINI )

~mummyrokiah: ISU CALUN : SHARIFF OMAR MACAM GAJAH <b>...</b>

Posted: 16 Apr 2013 04:13 PM PDT

Semalam di kawasan Tasik Gelugor Datuk Shariff Omar telah menghimpun penyokong-penyokongnya untuk menyatakan tidak puas hatinya dengan cara pemilihan calun.
Ucapannya menghentam DS Najib dalam nada yang garang dan suara yang parau tidak ubah seperti pembangkang. Ini berikutan beliau tidak dicalunkan manakala yang tidak pernah nampak batang hidung diletak sebagai calun khanya calun Sungai Dua
Slogan DS Najib 'Rakyat Di Dahulukan' telah menjadi bahan lawak dalam ucapan tersebut. Malah dengan lantang beliau menyatakan akan bertanding di atas tiket bebas atau apa-apa sahaja. 
Salah seorang penyokong beliau di kalangan ahli MIC meluahkan rasa keciwa "…lama punya orang mau, baru tak boleh menang dan Jasmin (wakil rakyat Sg Dua) dia pun Sungai Dua banyak kerja. Deepavali pun ada mari. Lampu pun ada minta jalan di ada kasi semua kerja sini ada bikin. Baru punya orang muka tak dak nampak saya tak boleh undi" Untuk makluman senarai calun sah menang pilihan DS Najib di Parlimen P.042 TASEK GELUGOR: Shabudin Yahaya manakala DUN ialah - N.04. PERMATANG BERANGAN: Omar Abd. Hamid (Muka baharu), N.05 SUNGAI DUA : Muhamad Yusoff Mohd. Noor (Muka baharu), N.06 TELUK AIR TAWAR: Datuk Jahara Hamid (penyandang) 
Walaubagaimanapun biarlah kemarahan ini hanya di dalam tempoh 24 jam seperti harapan Presiden parti DS Najib. Jika berlarutan Pulau Pinang ibarat yang diligan tak dapat yang dikilik bertaburan. 
Pemerhati politik berpendapat situasi ini tidak akan berpanjangan kerana seperti biasa ibarat pepatah Melayu carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum juga.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved