Ahad, 9 Jun 2013

09 di nibong tebal - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di nibong tebal - Google Blog Search


Belia Bangkit: LETUPAN : 3 SUSPEK DITAHAN POLIS <b>DI NIBONG</b> <b>...</b>

Posted: 25 Apr 2013 05:09 AM PDT

NIBONG TEBAL - Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan kes letupan di kawasan ceramah berhampiran bilik gerakan Barisan Nasional (BN) Nibong Tebal, di sini Rabu malam.
Jurucakap Pilihan Raya Polis Kontinjen Negeri, ACP Roslee Chik berkata ketiga-tiga lelaki terbabit yang berusia antara 25 dan 41 tahun itu masing-masing ditangkap di George Town, Bukit Mertajam dan Nibong Tebal.
"Hasil risikan dan keterangan saksi, polis pada mulanya menahan dua lelaki di Seberang Perai sebelum menahan suspek ketiga di George Town bagi membantu siasatan.
"Polis masih menyiasat kaitan suspek dengan parti-parti politik dan seorang yang ditahan itu mempunyai rekod jenayah berkaitan kes bahan letupan," katanya kepada pemberita di sini Khamis.
Katanya mereka ditahan direman bagi membantu siasatan menurut Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimun tujuh tahun dan denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya.
Roslee berkata polis juga telah mengenal pasti beberapa suspek lain dan sedang mengesan mereka untuk membantu siasatan.
Pada masa yang sama beliau mengulangi nasihat agar parti-parti politik yang hendak menganjurkan ceramah memohon permit polis terlebih dahulu supaya polis dapat membantu dan mengawal keselamatan di kawasan ceramah itu.
"Orang ramai juga tidak perlu risau dengan keselamatan kerana polis mempunyai kekuatan dan anggota yang mencukupi untuk mengawal keamanan di negeri ini," katanya.
Semalam, polis mengesahkan bahan letupan yang digunakan dalam insiden malam Selasa itu ialah Alat Letupan Rekaan (IED) dan percaya ia adalah perbuatan terancang oleh sekumpulan profesional.
Dalam kejadian pukul 10.15 malam itu, seorang petugas keselamatan berusia 35 tahun cedera di kaki kanan terkena serpihan sampah akibat letupan berkenaan.
Ketika kejadian, Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Teng Hock Nan sedang menyampaikan ceramah pada majlis yang dihadiri lebih 3,000 orang.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved