Isnin, 22 Julai 2013

09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di Batu Ferringhi</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Jul 2013 07:33 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Batu Ferringhi</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Jun 2013 07:07 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Perak Boutique Villa <b>Batu Ferringhi</b>, Pulau Pinang - Faizal Fredley

Posted: 06 Jun 2013 11:55 AM PDT

1-4-2013 12-22-26 PM

Print

DERUAN ombak memecah pantai umpama satu nyanyian yang menghiburkan. Keluh kesah jiwa lantas berganti dengan ketenangan dengan keasyikan tersendiri.

Suasana pagi di tepi pantai dengan kecantikan matahari terbit membuatkan percutian di Batu Ferringhi, Pulau Pinang terpahat kemas di ingatan.

Batu Ferringhi terletak di bahagian utara Pulau Pinang iaitu antara Teluk Bahang dan Tanjung Bungah terkenal dalam kalangan pelancong yang ingin menikmati percutian di pantai yang indah dan kepelbagaian aktiviti air.

Bagi yang teringin menikmati percutian tersebut dan mempunyai bajet yang lebih, Rumah Perak Boutique Villa pastinya pilihan yang paling sesuai.

Vila mewah tiga tingkat dengan enam buah bilik, kesemuanya menghadap laut serta balkoni yang luas membolehkan pengunjung menikmati sepuas-puasnya keindahan pantai yang terkenal di Pulau Mutiara itu.

Bilik-bilik di tingkat atas kesemuanya mempunyai balkoni yang menawarkan peluang menikmati keindahan matahari terbenam.

7E9E1D11-DCF2-45BC-8F3C-3665B793E7D1

Karakter tersendiri

Menjejak kaki memasuki vila ini, para tetamu pasti terpegun melihat hiasan dalaman yang mewah, cantik dan unik.

Bahagian tingkat bawah menempatkan ruang tamu yang luas serta meja makan bersaiz panjang sesuai bagi mereka yang datang bersama keluarga atau kumpulan besar. Terdapat dua bilik di bahagian ini yang dipanggil Kamar Alandra dan Kamar Jasmine.

Vila tersebut mempunyai karakter tersendiri, hal itu tidak menghairankan kerana ia mempunyai sejarah lampau yang istimewa. Dipercayai bangunan itu dibina pada tahun 1950-an dengan konsep rumah moden British. Rumah Perak Boutique Villa pernah didiami golongan ternama dan kerabat diraja

"Rumah ini kami tambah baik dengan menaik taraf daripada rumah penginapan biasa kepada vila. Ia dilakukan bermula pada penghujung tahun lepas. Ia berkonsepkan kediaman Eropah.

Reka bentuk rumah ini asalnya hanya dua tingkat tetapi kami telah ubah suai menjadi tiga tingkat. Vila ini serba lengkap dengan setiap bilik mempunyai katil bersaiz king, bilik tidur berasingan dan ruang makan. Setiap bilik bercita rasa tinggi dengan susun atur dan hiasan mewah serta suasana yang menyenangkan.

Apabila menaiki tangga ke tingkat dua, mata para tetamu dijamu dengan lukisan-lukisan cantik yang tergantung di dinding yang merupakan hasil seni pelukis tempatan. Mereka yang berminat boleh membeli lukisan tersebut.

villa

Bebas berlari

Di bahagian tingkat dua, terdapat tiga buah bilik dikenali sebagai Kamar Akasia, Kamar Lavender dan Kamar Citrus. Kamar Citrus mempunyai balkoni sendiri manakala dua kamar lain berkongsi balkoni. Setiap balkoni disediakan tempat duduk serta payung besar sesuai untuk bersantai.

Di tingkat tiga hanya terdapat sebuah bilik dipanggil Kamar Rossa. Suasana bilik yang tenang dan cantik membuatkan kaki berasa berat ingin meninggalkannya. Bilik serba lengkap dengan katil yang besar membuatkan tidur lena sepanjang malam.

Untuk aktiviti seperti barbeku juga tidak perlu risau kerana kawasan vila tersebut mempunyai keluasan 2,300 meter persegi. Anak-anak bebas berlari di laman yang luas itu. Kawasan pantai pula hanya dipisahkan oleh pagar vila tersebut.

Anda juga boleh berjemur di bawah matahari atau mencuba aktiviti seperti meluncur angin, berkayak atau parasailing.

Suasana malam di Batu Ferringhi juga meriah dengan kewujudan bazar-bazar menjual pelbagai barangan perhiasan dan cenderahati.

Luangkan masa untuk menyaksikan artis tempatan membuat demonstrasi kraf dan melukis batik. Dikenali dengan nama Feringghi Walk, bazar-bazar di situ menjual pelbagai barangan yang menarik untuk pengunjung.

<b>Batu Ferringhi</b> | diary zahidah wahid

Posted: 21 Apr 2013 06:26 PM PDT

Balik dari Rumah Kelahiran P. Ramlee, perjalanan diteruskan menuju ke Batu Ferringhi pulak. Saja nak pergi sini coz roommate kata teringin nak tengok restoran kapal.

Actually dekat area Batu Ferringhi ni ada banyak tempat yang boleh di pergi. Antaranya Taman Rama-Rama, Craft Batik, Taman Belia, Taman Botanical, Tropical Spice Garden, Penang Tropical Fruit Farm etc. Tapi semua tu dah kena reject coz just taman-taman je. Butterfly Farm kena reject coz mahal.

Sebelum meneruskan perjalanan, singgah makan di Zarie Famous Laksa House since semua dah kelaparan lepas turun dari Bukit Bendera plus hari pun dah nak tengah hari. Memang patut pun.

DSCN1725

laksa penang RM5

pesembor RM4

pesembor RM4

ABC RM5

ABC RM5

Seriously terasa mahal gilak harga dia. Coz dekat atas Bukit Bendera tadi pun price for laksa Penang just RM4. Bak kata Pooja kena tipu ke apa ni? Rasanya? Lagi sedap yang kakak ipar ChentaFatma buat.

Before this actually aku tak makan laksa Penang. Tapi lepas pekena yang kakak ipar ChentaFatma buat jadi suka pulak.

Dah kenyang makan pergi Batik Craft. Tak berapa nak best sangat pun. Boleh buat batik sendiri tapi kena buat appointment.

DSCN1732

DSCN1730

Lepas dari Batik Craft kitaorang patah balik turun menuju ke restoran kapal and Hard Rock Hotel. Then singgah solat di Masjid Terapung. Sayangnya air tak pasang, so tak nampak sangatlah rupa masjid ni terapung.

DSCN1745

DSCN1754

DSCN1758

DSCN1759

Balik dari Batu Ferringhi, kami teruskan perjalanan ke Georgetown balik. Nak jalan-jalan dekat street dia, misi mencari Street Art dan membeli jeruk. Haruslah kan jeruk, Penang ma.

Kisah Budak Pantai <b>Batu Ferringhi</b> Bawa 3 Wanita Sekeluarga Ke <b>...</b>

Posted: 14 Jun 2013 12:00 AM PDT

Kasanova
Georgetown – Kejinya seorang kasanova budak pantai apabila tergamak menggunakan kepetahan berbicara untuk mencairkan hati tiga generasi sekeluarga (nenek, anak dan cucu) yang berkunjung ke pantai Batu Ferringhi, di sini, sebelum diperangkap hingga ke ranjang.
Bekas budak pantai itu yang dikenali sebagai Mat, 30-an, pada mulanya berjaya memikat seorang pelancong wanita dari Australia berusia 50-an sehingga menjadi teman tidurnya sebelum meniduri anak perempuan wanita itu berusia 30-an.
Tidak cukup itu, Mat juga meniduri cucu wanita berkenaan berusia 17 tahun yang juga anak kepada anak perempuannya.
Bangga dengan dosa hitam meniduri tiga generasi pelancong wanita daripada satu keluarga itu, Mat menceritakan pengalamannya kepada beberapa rakan rapatnya yang juga budak pantai.
Menceritakan perkara itu, rakan Mat yang hanya mahu dikenali sebagai Azis berkata, kepandaian berkata-kata menyebabkan ramai pelanggan mudah mesra dengan lelaki itu, terutama pelancong wanita. – myMetro Online

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved