Sabtu, 20 Julai 2013

09 di Batu kawan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di Batu kawan - Google Blog Search


Alami Dunia Astro <b>Di</b> Planet Gempak, <b>Batu Kawan</b> @Penang

Posted: 30 Jun 2013 05:00 AM PDT

berita | Tempatan


KUALA LUMPUR, 30 JUN 2013: Seperti yang dijanjikan, Karnival Planet Gempak telah pun menemui anda semua di lokasi pertama iaitu di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang, bermual semalam iaitu 29 Jun hingga hari ini, 30 Jun 2013.

Menariknya, karnival yang bakal membawakan pengalaman dunia Astro lebih dekat dengan orang ramai ini bakal dimeriahkan oleh beberapa barisan artis popular seperti Dato` AC Mizal, Rozita Che Wan, Shiro Raja Lawak, Haniz Zalikha, Hefny, Hafizul serta Aril.

Sesuai dengan slogan 'Alami Dunia Astro Anda Di Sini', Planet Gempak bakal menggegarkan semua pengunjung dengan limpahan aktiviti menarik khas buat para pengujung!

Misalnya, terdapat 5 utama yang akan dibuka kepada pengunjung nanti iaitu Zon Hiburan, Zon Universal, Zon Sukan dan Ekstrem, Zon Cilik dan Zon Interaktif.

Setiap zon bakal mempunyai aktiviti-aktiviti menarik yang bakal diadakan seperti contoh Zon Hiburan bakal menampilkan barisan selebriti daripada program Akademi Fantasia, MasterChef Selebriti Malaysia 2 dan peserta Kilauan Emas 3.

Temui juga watak-watak superhero antarabangsa seperti Batman dan spiderman serta watak-watak kartun dan animasi yang popular seperti Upin dan Ipin serta Ben 10.

Jadi, tunggu apa lagi. Jangan lupa datang beramai-ramai ke Stadium Kawan, Pulau Pinang dan alamilah Dunia Astro di karnival Planet Gempak!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved