Selasa, 30 Julai 2013

09 di permatang pauh - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di permatang pauh - Google Blog Search


terkini! anwar kembali bertanding <b>di permatang pauh</b> <b>...</b> - Dr MiM

Posted: 04 Apr 2013 08:40 AM PDT

MiM mendapat khabar bahawa berlaku pergolakan di DAP Raub, Pahang dan analisis Anwar Ibrahim pulang ke Permatang Pauh!

PAHANG

MiM difahamkan bahawa kepimpinan DAP Raub sedang memohon untuk mengenepikan calon pilihan DAP Pusat, Mohd Ariff Sabri atau lebih dikenali sebagai Sakmongkol AK47.

DAP Raub lebih berminat dengan Tengku Zulpuri Raja Puji Shah yang mereka dakwa telah aktif di parlimen Raub sebelum ini.

Penolakkan calon kitar-semula Mohd Ariff, bekas ADUN Pulau Manis pada tahun 2004-2008 itu dinyatakan sendiri oleh Choong Siew Oon, Pengerusi DAP Raub yang juga merupakan ADUN Tras, Pahang.

Yang lebih memalukan ialah pengumuman calon Mohd Ariff AK47 dilakukan sendiri oleh Lim Guan Eng, anak Lim Kit Siang yang juga merupakan Setiausaha Agung DAP!

Perancangan awal DAP pusat ialah untuk mencalonkan Tengku Zulpuri di DUN Mentakab tetapi pengisytiharan anak Kit Siang DAP telah mengejutkan kepimpinan tempatan.

Pergolakan pakatan pembangkang di Pahang adalah turutan kepada pergolakan besar yang berlaku sesama Pakatan pembangkang dibeberapa negeri di Semenanjung dan Sabah.


JOHOR

Sebelum ini berlaku tikam lidah dan pergolakan besar di antara Pengerusi PKR Johor dan Pengerusi DAP Johor.

Pekung yang terbuka dek pergolakan tersebut terpaksa 'diselamatkan' oleh veteran politik yang tidak sedar tua, Lim Kit Siang DAP apabila beliau bertanding di Gelang Patah, Johor, kerusi yang diidam-idamkan oleh Chua Jui Ming.


KEDAH

Isu memalukan di Johor turut berlaku di negeri Kedah apabila DAP Kedah menempelak Anwar Ibrahim kerana memandai-mandai mengumumkan Gooi Hsiao Leung, Ketua Biro Perundangan PKR Kedah, sebagai calon bagi kerusi Parlimen Alor Setar, sedangkan ianya didakwa belum diputuskan pakatan pembangkang.

Malah, laporan juga menyatakan parti DAP telah mengugut Anwar supaya mendengar kata mereka dan jika tidak, akan berlaku pertandingan 3 penjuru yang melibatkan DAP, PKR dan BN.


SABAH

Begitu juga dengan negeri Sabah apabila khabaran yang menyatakan ketidakpuashatian kepimpinan setempat dan penduduk setempat terhadap pecahan kerusi dan calon-calon pilihan Anwar Ibrahim.


Anwar semakin terdesak! Beliau sendiri masih berkira-kira lokasi pilihan beliau.  Ada yang menganggap tindakan beliau itu terlampau kalkulatif tetapi ada juga yang menganggap ianya sekadar wayang kulit Anwar Ibrahim yang tidak yakin pada diri sendiri.

MiM pula menjangkakan,

1.  Anwar Ibrahim akan kembali ke Parlimen Permatang Pauh.

2. Anwar tidak bijak jika mahu memulakan politik kawasan di tempat yang baru dan tidak diuji.

3. Lebih-lebih lagi kali ini ialah Pilihanraya Umum yang melibatkan satu negara dan bukannya pilihanraya kecil di mana jentera pilihanraya boleh dikerahkan ke satu kawasan sahaja.

4. Jika dalam tempoh berkempen yang singkat ini Anwar mencuba nasib di Parlimen yang baru, beliau terpaksa menghabiskan lebih banyak masa di kawasan baru tersebut padahal beliau diperlukan di kawasan-kawasan lain untuk berceloteh, menyanyi dan maki hamun.

5. Jika tidak, kempen dan ceramah Pakatan pembangkang di tempat lain yang semakin tidak mendapat sambutan rakyat itu akan menjadi lebih hambar.

6. Suami Wan Azizah itu juga terpaksa berulang alik ke Sabah dan Sarawak untuk memastikan jentera pakatan pembangkang tidak buat hal atau hanky panky di sana.

7. Tambahan pula, Anwar tidak boleh terlalu mengharapkan pegawai-pegawai kanan beliau untuk ke Sabah dan Sarawak kerana kemaruk mereka selama ini yang teringin menjadi calon YB tercapai jua.

8. Yang lebih memeritkan bapa Nurul Izzah itu ialah pertelagahan dan perebutan kerusi sesama komponen di dalam Pakatan pembangkang seperti yang MiM nyatakan di atas. Boleh mandi tak basah, makan tak kenyang dan tidak boleh tidur dibuatnya!

9. Seperkara lagi, segala jigsaw puzzle dan adegan 'mahu tak mahu' Anwar yang berlaku sekarang ialah untuk meraih lebih banyak lagi undi simpati daripada pengundi atas pagar di kawasan selamat beliau di Permatang Pauh.

10. Kerana Anwar tahu, jika beliau menang sekali pun tetapi dengan undi majoriti yang lebih kurang daripada pilihanraya sebelumnya, imej calon PM pakatan pembangkang itu akan tercemar juga.

11. Dan jika benar Anwar Ibrahim kembali ke Permatang Pauh, solidariti dan sokongan padu kepada calon BN adalah satu kemestian kepada setiap jentera UMNO dan BN Parlimen itu terutamanya kepimpinan-kepimpinan bahagian tersebut!

12. Kita tunggu dan lihat.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved