09 di seberang jaya - Google Blog Search |
Bayi Lelaki Ditinggalkan <b>Di</b> Surau Hospital <b>Seberang Jaya</b> Posted: 23 Jul 2013 09:14 PM PDT | Wednesday, 24 July 2013 12:14 | |
Jurucakap polis berkata bayi yang dipercayai berusia tiga bulan dengan berat lima kilogram itu ditemui pada pukul 4.35 petang. "Ketika ditemui bayi itu dipercayai baharu sahaja ditinggalkan kerana sebelum mereka bersolat bayi berkenaan belum diletak di situ," katanya kepada pemberita, di sini hari ini. Menurutnya bayi yang dibalut dengan selimut itu ditinggalkan bersama susu, tuala dan baju. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Azman Abd Lah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan. "Bayi itu berada di HSJ sekarang ini dan dalam keadaan sihat, siasatan masih diteruskan bagi mengesan individu yang membuang bayi berkenaan," katanya yang meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. -Bernama |
You are subscribed to email updates from di seberang jaya - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen