Isnin, 29 Julai 2013

09 di tanjung tokong - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di tanjung tokong - Google Blog Search


<b>Tanjong Tokong</b>: Mahkamah tetapkan 13 Ogos prosiding kes ABN <b>...</b>

Posted: 21 Jul 2013 11:43 PM PDT

GEORGE TOWN – Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 13 Ogos depan untuk permohonan memasukkan pembelaan dan mengetepikan perintah ingkar terhadap dua daripada 11 keluarga Kampung Tanjong Tokong yang diarah mengosongkan rumah masing-masing oleh UDA Holdings Berhad (UDA).

Pendaftar Kanan Mahkamah, Ng Geok Nee menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya kepada tiga peguam bela yang mewakili keluarga terbabit selepas dimaklumkan bahawa UDA telah memfailkan perintah ingkar terhadap dua penduduk kampung berkenaan.

Ketika ditemui pemberita, Yusmadi Yusoff, yang mengetuai tiga peguam berkenaan, berkata beliau bersama dua lagi rakannya iaitu Jason Ong Khan Lee dan S. Raveentharan akan mendapatkan dokumen berkaitan yang diperlukan dalam kes itu sebelum menyerahkannya kepada mahkamah.

"Kita agak terkejut apabila hadir ke mahkamah hari ini dan diberitahu dua daripada 11 penduduk kampung itu turut dikenakan perintah ingkar, dengan adanya tempoh masa ini kita dapat membuka ruang kepada semua pihak untuk mencari penyelesaian terbaik," katanya.

Isnin lepas, Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), Datuk Seri Yusoff Latiff menggesa UDA menarik balik saman yang dikeluarkan kepada 11 keluarga di kampung itu sebelum prosiding mahkamah yang dijadualkan hari ini.

Awal bulan ini, 11 keluarga di Kampung Tanjung Tokong menerima notis daripada UDA yang mengarahkan mereka supaya mengosongkan kediaman masing-masing atau berdepan dengan tindakan mahkamah.

Sebelum ini, bekas Pengerusi UDA, Datuk Nur Jazlan Mohamed menasihati segelintir penduduk kampung berkenaan yang berkeras tidak mahu meninggalkan rumah masing-masing agar akur dengan permintaan pihaknya untuk berpindah.

Ini bagi membolehkan projek pembangunan dijalankan secepat mungkin memandangkan sudah hampir 40 tahun UDA merancang pembangunan semula kampong tersebut setelah dipertanggungjawabkan oleh Kerajaan Pusat sejak 1972. – Bernama

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved