Jumaat, 9 Ogos 2013

09 di Bayan lepas - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di Bayan lepas - Google Blog Search


Lagi 60 orang ahli PKR keluar parti <b>di Bayan Lepas</b> !!#tolakPR <b>...</b>

Posted: 01 Apr 2013 04:23 PM PDT

Sebanyak 60 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari kawasan Bayan Lepas di sini keluar daripada parti itu dan menyertai UMNO kerana hilang keyakinan terhadap kemampuan parti itu untuk membela nasib rakyat Pulau Pinang.

Wakil kumpulan itu, Mohd Eruwan Yusof, 35, berkata, selama lebih lima tahun bersama dengan PKR, beliau mendapati perjuangan parti itu tidak mempunyai makna untuk rakyat.

"Dahulu kami terlalu ghairah inginkan perubahan kerana itu kami beri sokongan penuh tetapi akhir-akhir ini kami merasakan keadaan di Pulau Pinang ini bukannya bertambah baik sebaliknya menjadi kelam-kabut dan bergolak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima borang keahlian daripada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bayan Lepas Syed Ameruddin Syed Ahmad di Flat Taman Emas, Sungai Batu, di sini.

Sementara itu Syed Ameruddin berkata, tindakan Mohd Eruwan dan rakan-rakannya memilih UMNO membuktikan bahawa sokongan rakyat terhadap Umno dan Barisan Nasional kini semakin kuat.

Katanya, rakyat mulai sedar bahawa permainan politik kerajaan pakatan pembangkang hanya membuang masa dan kerajaan negeri itu tidak mampu melakukan sebarang perubahan untuk membela nasib rakyat.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved