Ahad, 11 Ogos 2013

09 di tanjung tokong - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di tanjung tokong - Google Blog Search


<b>Tanjong Tokong</b>: Mahkamah Tetapkan 13 Ogos Depan Untuk <b>...</b>

Posted: 22 Jul 2013 07:30 AM PDT

MAHKAMAH

GEORGE TOWN: Mahkamah Majistret di sini pada Isnin menetapkan 13 Ogos depan untuk permohonan memasukkan pembelaan dan mengetepikan perintah ingkar terhadap dua daripada 11 keluarga Kampung Tanjong Tokong yang diarah mengosongkan rumah masing-masing oleh UDA Holdings Berhad (UDA).

Pendaftar Kanan mahkamah, Ng Geok Nee menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya kepada tiga peguam bela yang mewakili keluarga terbabit selepas dimaklumkan bahawa UDA telah memfailkan perintah ingkar terhadap dua penduduk kampung berkenaan.

Ketika ditemui pemberita, Yusmadi Yusoff, yang mengetuai tiga peguam berkenaan, berkata beliau bersama dua lagi rakannya iaitu Jason Ong Khan Lee dan S. Raveentharan akan mendapatkan dokumen berkaitan yang diperlukan dalam kes itu sebelum menyerahkannya kepada mahkamah.

"Kita agak terkejut apabila hadir ke mahkamah pada Isnin dan diberitahu dua daripada 11 penduduk kampung itu turut dikenakan perintah ingkar, dengan adanya tempoh masa ini kita dapat membuka ruang kepada semua pihak untuk mencari penyelesaian terbaik," katanya.

Isnin lepas, Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) Datuk Seri Yusoff Latiff menggesa UDA menarik balik saman yang dikeluarkan kepada 11 keluarga di kampung itu sebelum prosiding mahkamah yang dijadualkan pada Isnin.

Awal bulan ini, 11 keluarga di Kampung Tanjung Tokong menerima notis daripada UDA yang mengarahkan mereka supaya mengosongkan kediaman masing-masing atau berdepan dengan tindakan mahkamah.

Sebelum ini, bekas Pengerusi UDA Datuk Nur Jazlan Mohamed menasihati segelintir penduduk kampung berkenaan yang berkeras tidak mahu meninggalkan rumah masing-masing agar akur dengan permintaan pihaknya untuk berpindah.

Ini bagi membolehkan projek pembangunan dijalankan secepat mungkin memandangkan sudah hampir 40 tahun UDA merancang pembangunan semula kampung tersebut setelah dipertanggungjawabkan oleh Kerajaan Pusat sejak 1972.

- BERNAMA

Tari Cafe <b>Tanjung Tokong</b> | JuadahMalaysia.com

Posted: 25 May 2013 07:30 PM PDT

Dah jemu pekena nasi kandar bila mai Penang?

Apakata korang tukar selera makan nasi campur pula. Kali ni daku nak bawa korang makan2 di Tari Cafe, Tanjung Tokong. Lokasi ni menjadi satu nostalgia buat mr suami kerana pada zaman kecil2nya dulu beliau pernah menetap di sini bersama arwah bondanya.

Daku pernah dibawa oleh mr suami utk meninjau tapak kediaman arwah bonda dulu, namun hampa krn kini kawasan ini sedang pesat membangunan dgn binaan bangunan & kondo2 mewah..

Nasib baik kedai makan yg kami pergi ni masih utuh perniagaannya walau di tengah kepesatan bangunan2 tinggi.

140520132054

inilah Tari Cafe terletak di Jln Tanjung Tokong. Kalau dari Gurney Drive korang akan jumpa  Island Plaza sblh kanan, ada simpang 4 trafick light jalan terus lagi beberapa meter akan nampak restoran ni sebelah kiri. Kalau korang jalan terus lagi, jalan tu akan menuju ke Batu Feringgi.

140520132049

kalu tak silap daku ada 30-40 jenis lauk2 yg terdapat di sini (gambar susah nak snap pulak masa nih). selain itu juadah minum ptg pun dah siap di sajikan antaranya laksa, behun sup, pecal dll.

140520132051pecal

Memandangkan kami tiba sini agak lewat tengahari, maka nasi berlauk lah yg menjadi santapan utama kami. Sib baik lauk2 masih byk lagi… Kebetulan masing2 perut tengah lapor gilerr.. laju je ambik lauk dan laju je kami makan. tak pandang kiri kanan..

walaupun begitu, gambar makanan tetap sempat utk di snap..heh

140520132046

Klik..klik… ni hidangan nasi daku punye. lauk daging, sayur, kuah2 & kentang goreng

140520132047ambik juga ikan kembong bakar. mmm… sedap juga salutan sambal pada ikan nih  :-)

140520132045

jeng..jeng..jeng… Nie pula menu kepunyaan mr suami. eh..eh.. mana nasi dia? udah tenggelam dgn lauk-pauk yg banyak tuh..hehe… mcm tamak kan? takpe-takpe, lepas tu daku pau juga lauk beliau nnti   :mrgreen:

140520132048

see… habis juga kan ! Alhamdulillah Syukur nikmat  :D

Tengah siap2 nak balik, tiba-tiba hujan turun dengan selebatnya. Kami terpaksa menunggu   lg di Tari Cafe dlm tempoh agak lama. sambil2 tu mr suami dok jeling2 apa lagi menu minum ptg yg boleh dicuba.  :?

140520132050

nampak pulut sekaya nih..

140520132053

apa lagi… mr suami ambik semanggkuk pulut tu.. byk pulak dibubuhnya.. adeh la.. perutku dah tak boleh nak masuk apa2 lagi. mr suami yg makan sorang2. Licin dia makan sampai dah tak leh bangun dari kerusi..  :lol:

Apa-apa pun kami sangat berpuas hati dgn menu masakan di sini. 4/5 bintang daku berikan. Harganya juga masih berpatutan. Semua sekali makanan termasuk minuman (2 gelas) berharga RM26 sahaja. Ok la tu kan..kan…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved