Isnin, 9 September 2013

09 di Bayan lepas - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di Bayan lepas - Google Blog Search


Video Kejadian Tanah Runtuh <b>Di Bayan Lepas</b> Akibat Hujan Lebat

Posted: 02 Sep 2013 05:30 PM PDT


BAYAN LEPAS - Dua rumah terjejas apabila ditimpa tanah di lereng bukit yang runtuh  di Kampung Seronok,di sini, malam semalam.

Pemilik rumah, Ismail Said, 75,  pada mulanya menyangka bunyi dentuman yang tidak begitu kuat  pada jam 8 malam adalah  guruh kerana hujan lebat ketika itu.

Bagaimanapun, setelah keluar rumah pagi tadi,  beliau dapati  rumah jiran rosak teruk di bahagian hadapan kerana tanah di lereng bukit runtuh.

Menurutnya, ini adalah kejadian pertama sejak tinggal di situ 10 tahun lalu selain tidak pernah berlaku bencana alam atau banjir.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat menasihatkan penghuni supaya mengosongkan rumah buat sementara waktu sehingga struktur tanah disahkan selamat - Sinar Harian

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved