Isnin, 2 September 2013

09 di nibong tebal - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di nibong tebal - Google Blog Search


3 Syawal : <b>Di Nibong Tebal</b> | Ini Cerita PUAN KUTU...

Posted: 16 Aug 2013 05:30 PM PDT

Syawal ketiga aku bangun awal masak nasi siap kari kepala ikan. Lepas Zohor ada kenduri bertunang rumah jiran. Aku masak je in case sapa-sapa nak makan. Jadi kakak ni kena sisnsing lengan la jadi ironchef. Takkan nak harap makan kat rumah orang je. Konon-konon nak mula beraya rumah jiran-jiran, sampai tengahari semua dok lemau. Afia pun nyenyak tidur jadi tunda esok je la.

Oh ye dekat kenduri jumpa retis kau! Si Delisha, Ramadhan Yang hilang. Orang kampung buat bodoh je artis tak glamer.hakhak. Lepas kenduri kami beraya tempat jauh dulu. Pergi rumah makngah (kakak aruah pak), rumah Syida (kawan baik aku) pastu rumah Abang Pin (satu pak lain mak). 




Mak Syida buat lontong kuah lodeh dengan sambal ikan bilis. Aiman makan bertambah-tambah sedap sangat katanya. Yang paling best makan pakai tangan ok. Dia memang style camtu makan megi pun guna tangan. Very the Melayu anak aku sorang ni tau.hehe..Selain tu ada puding agar-agar sedap. Makan lagi la kami sampai kenyang.

Dekat rumah Abang Pin kami dihidangkan dengan mee goreng udang besar. Dah malas nak snap gambar sibuk melayan Afia yang mengantuk. Bertolak balik rumah ngam-ngam azan Maghrib. Malamnya jiran sebelah rumah ada buat BBQ jemput kami makan lagi. Alhamdulillah satu hari kekenyangan dapat makan free.hehe..





0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved