Sabtu, 14 September 2013

09 di tanjung bungah - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di tanjung bungah - Google Blog Search


Masjid Terapung – <b>Tanjong Bungah</b> | DrPlaces

Posted: 25 May 2013 08:28 PM PDT

Tanjung Bungah atau Tanjong Bunga terletak di pinggir bandar Pulau Pinang,  di bahagian utara Pulau Pinang. Ia merupakan salah satu kawasan pinggir bandar dalam perjalanan ke Batu Ferringhi. Terdapat banyak hotel yang yang menawarkan harga yang lebih murah berbanding hotel-hotel yang terdapat di Batu Ferringhi.

Salah satu tarikan pelancong di Tanjung Bungah adalah Masjid Terapung, yang dibina dengan kos sebanyak 15 juta ringgit Malaysia dan siap pada tahun 2005. Disamping itu, Muzium Mainan Pulau Pinang merupakan tarikan pelancong yang lain, dimana disini terdapat banyak alat permainan dipamerkan kepada para pengunjung.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini kawasan itu telah menyaksikan pembangunan yang pesat, dengan pembinaan pangsapuri dan kondominium. Tanjung Bungah telah menjadi tempat kegemaran bagi warga asing untuk menetap di kerana kedudukannya yang dekat dengan kemudahan pendidikan di Sekolah Antarabangsa Dalat dan tempat-tempat rekreasi, dan juga kerana kedudukannya yang dekat dengan  Batu Ferringhi dan Gurney Drive.

Tanjung Bungah adalah sebuah lembah sejauh 1.5 km dan 4 km panjang diapit oleh bukit-bukau di sebelah barat, selatan dan timur, dan laut di utara. Bukit yang menghala ke timur dikenali sebagai Pearl Hill atau Mount Erskine setinggi 194 meter, manakala bukit yang menghala ke selatan menuju ke Bukit Bendera.

Lokasi GPS

5.47N 100.27E

Attractions

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved