Ahad, 13 Oktober 2013

09 di nibong tebal - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di nibong tebal - Google Blog Search


Tiga lelaki aktif pecah rumah <b>di Nibong Tebal</b> tumpas ABN News | BM

Posted: 29 Jul 2013 07:23 PM PDT

NIBONG TEBAL – Polis memberkas tiga lelaki yang dipercayai aktif melakukan kegiatan pecah rumah dan sekolah termasuk sekolah agama di sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Supritendan Shafien Mamat berkata, suspek berusia antara 20 dan 30 tahun itu diberkas polis peronda di Taman Rebana, Sungai Bakap di sini awal pagi Khamis lepas.

"Curiga melihat dua motosikal dinaiki tiga lelaki ditunggang dengan laju di awal pagi, anggota polis yang membuat rondaan bertindak mengejar mereka sebelum dapat memintas sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki manakala rakan mereka berjaya melarikan diri.

"Hasil pemeriksaan mendapati dua lelaki berkenaan adalah kumpulan pecah rumah dan polis turut menemui beberapa peralatan mencurigakan selain senjata tajam, sarung tangan dan topeng muka,"  katanya kepada pemberita pada Majlis Berbuka Puasa Polis Bersama Komuniti SPS, di sini malam tadi.

Shafien berkata hasil soal siasat, dua suspek berkenaan mengaku sedang membuat perancangan untuk melakukan pecah sekolah di sekitar Nibong Tebal.

"Mereka juga mengaku terbabit dalam memecah masuk sebuah sekolah agama sebelum itu dan mencuri sebuah komputer riba dan wang tunai sebanyak RM200," katanya.

Menurut Shafien seorang lagi suspek yang sebelum itu berjaya lolos, menyerah diri kepada polis beberapa jam kemudian.

"Mereka kini direman dan polis sedang siasat untuk mengenal pasti sama ada mereka ada terbabit dalam beberapa kejadian jenayah pecah rumah atau  bangunan lain sebelum ini," katanya.

Terdahulu pada majlis itu, 28 balu dan anak yatim anggota polis di daerah SPS menerima bantuan sempena Aidilfitri. Turut menerima sumbangan itu  ialah bekas Special Constabel (SC), Bedah Mohamad, 94. – Bernama

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved