Selasa, 1 Oktober 2013

09 di tanjung bungah - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di tanjung bungah - Google Blog Search


Pulau Pinang : Part 4 - Mandi Laut Dan Makan2 <b>di Tanjung Bungah</b>

Posted: 22 Sep 2013 11:51 PM PDT

Hari ni pertambahan seorang lagi dalam group.. Baru sampai di Georgetown Bus Station tengah malam tadi... "Bun" - sekadar nama famous.. sila eja dalam bahasa melayu.. Di sebabkan bun ada kerje pada hari jumaat.. terpaksa bertolak lewat sket dengan bas.. tapi tak apalah terlepas aktivit Bukit Bendera jer.. sebab banyak aktiviti lagi selepas ni..
7 September - Time matahari baru nak naik.. kami geng lelaki..  tutup pintu apartment perlahan2 tak nak kasi orang perempuan tahu.. aku, bam, hadri, shaz ngan Fareez.. take a walk kat tepi pantai sambil buat sesi photography ala2 model gitu hahahaa.. actually kat depan Leisure Cove Resort ni tak di galakan sangat untuk mandi sebab dekat dengan rumah nelayan.. bak kata pak guard banyak obor-obor.. 

Sesi  Model  Bergambar di Pantai Tanjung Bungah


So dalam pukul 08:45 pagi.. lepas breakfast sandwich yang disediakan oleh kaum  ibu2  wanita.. kami semua  berlari dengan laju  bergerak dengan kereta ke kawasan pantai yang lebih mempersona untuk bermandi - manda.. destinasi pantai yang di pilih adalah di hadapan Hard Rock Hotel.. biasa lah kalau hotel mahal mesti lah pantai dia lawa kan huhuu..
Pantai kat area sini tak ada lah cantik mana.. tapi setakat nak mandi tu.. boleh laa.. air pun macam teh susu tawar.. tapi yang best nyer ombak dia yang besar.. seronok jugak layan ombak kat sini.. sekali kene  pukul tolak dengan ombak sampai ke pantai semula.. kami mandi2 dan rehat2 dekat sejam lebih..
Time nak balik ada masalah sket.. sebab tak ada tempat nak tukar pakaian.. maklumlah kami bukan guest kat hotel2 sekitar ni.. tapi somehow semua pandai pulak buat muka kering tanpa rasa bersalah.. masuk guna washroom sebuah hotel ni bersebelahan Hard Rock Hotel..  semua selamat tak kantoi hehehee.. harap lepas ni kerajaan negeri dapat buat bilik salin pakainan di pantai demi keselesaan pengunjung macam kami ni.. :D

Jom Mandi Laut.......!!!!!!!!!!!!
Kat sini lah Aizat and Aizu muncul.. diorang baru sampai Pulau Pinang.. bertolak dengan kereta Myvi Aizu dari KL subuh tadi.. on the way balik ke Leisure Cove Resort kami berhenti singgah alas perut di tepi Pantai Miami.. ada gerai rojak terbaik sebab cara makcik ni buat rojak tak kedekut nak letak bahan.. laksa penang.. dan cendol pulut beliau yang cukup memukau..



Dalam pukul 01:50 petang.. kami semua bertolak dari Leisure Cove Resort menuju sebuah destinasi baru untuk makan tengah hari.. memang salah satu aktiviti kami pada trip Pulau Pinang kali ni ialah makan dan makan dan seterusnya makan  sebab ada saka kot tu yg nak makan jer hahahaa..  dan nak di ingatkan di sini rojak, laksa dan cendol pulut tadi hanya sekadar alas perut..  quote kata-kata shazmin lagi hehehee..
Kota Lama - Fort Cornwaallis - Georgetown

Maka menu seterusnya Mee Sotong Penang dan Penang Coconut Shake Ori.. menjadi target kami.. lokasi food court bersebelahan Fort Cornwallis.. Di atas cadangan suhana, asma dan ikin.. sebab pengalaman diorang yang lepas mengatakan.. kalau makan mee sotong ni mesti teringat2 sampai seminggu sedap dia..  aku teringat pedas dia jer hahahaha..

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved