Sabtu, 30 November 2013

09 di Bayan lepas - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di Bayan lepas - Google Blog Search


7 Gambar lelaki maut terjatuh dari tingkat lapan bangunan Suntech <b>...</b>

Posted: 26 Nov 2013 10:44 PM PST

http://tengoktvonline.blogspot.com/2013/11/gambar-lelaki-maut-terjatuh-bangunan-suntec-penang.html

GEORGE TOWN - Seorang lelaki ditemui mati dipercayai terjatuh dari tingkat lapan bangunan Suntech Sunshine Square Bayan Baru, di sini hari ini.

Mayat Lau Chuen Wei, 24, ditemui orang awam di tepi jalan berdekatan restoran makanan segera dalam keadaan parah pada pukul 8.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superitendan Mohd Hatta Mohd Zain berkata siasatan mendapati Lau bekerja sebagai seorang jurutera di sebuah syarikat perindustrian di Bayan Lepas dan mempunyai alamat rumah di Jalan Raja Uda, Butterworth.

"Lima belas minit sebelum kejadian, seorang penjaga parkir melihat Lau yang berpakaian serba hitam berjalan mundar-mundir di tingkat lapan bangunan berkenaan," katanya, kepada pemberita di sini.

Beliau berkata, kes itu diklasifikasi sebagai kematian mengejut dan mayat dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat. - Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved