Sabtu, 30 November 2013

09 di jelutong - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di jelutong - Google Blog Search


PAS <b>Jelutong</b>: Pelesenan MPPP lemah isu pokok, bukan peribadi <b>...</b>

Posted: 25 Nov 2013 08:54 PM PST

TiADA tindakan wajar daripada Jabatan Pelesesan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mengenai aktiviti penjajaan tanpa lesen di depan pintu pagar premis kediaman komuniti setempat di sekitar kawasan Pasar Awam Jelutong adalah perkara pokok yang wajar diselesaikan, bukan kontroversi isu  'kucing kurap' dan 'tokong'.
Justeru, Ketua Penerangan PAS Kawasan Jelutong, Mohd. Faruk Abdul Rahman menasihatkan semua pihak supaya jangan mengabaikan isu pokok berwajib sungguhpun tidak selesa dengan kenyataan kontroversi Ahli Parlimen DAP Jelutong, Jeff Ooi Chuan Aun.
"Penjaja tanpa lesen tiap-tiap pagi berniaga di depan rumah komuniti. Amarah rakyat jangan sampai menutup isu pokok, iaitu kelemahan Jabatan Pelesesan mengurus aduan komuniti di sini.
"Umno mungkin akan memainkan isu ini (kononnya) DAP mengusir peniaga Melayu atau staff MPPP berbangsa Melayu dihina sebagai 'kucing kurap' atau 'tokong', tetapi akar umbi PAS di Jelutong sangat jelas mengenai isu ini," ujar Mohd. Faruk awal pagi tadi di perkarangan Pasar Awam Jelutong, di sini.
Mohd. Faruk berkata, beliau sendiri secara peribadi akan marah apabila aduannya seakan tidak dilayan.
"Yang membuat aduan, semuanya Cina. Cina yang membuat aduan ini sama ada penduduk atau penjaja berlesen sendiri yang selama ini berniaga dalam kotak niaga yang disediakan oleh MPPP.
"Semua peniaga tanpa lesen pun yang berniaga sampai depan rumah penduduk setempat pun adalah Cina sama bangsa dengan Jeff Ooi. 

"Kalau saya, saya pun marah kerana tiada tindakan wajar atas aduan yang dibuat kepada (Jabatan) Pelesenan," ujar beliau.
Justeru, pemimpin Umno Pulau Pinang serta fraksi-fraksi parti perkauman itu dinasihatkan supaya tidak mengambarkan kenyataan kontroversi isu 'kucing kurap' dan 'tokong' sebagai simbol Kerajaan Negeri anti Melayu di.
"Mungkin boleh fitnah Jeff Ooi anti Cina sebab aduan ini menyentuh kepentingan penjaja Cina tanpa lesen, tetapi fitnah itu sudah jadi lawak antarabangsa lah," sindir Mohd. Faruk.
Tinjauan di lapangan seawal 7.30 pagi tadi menyaksikan Jalan Ipoh menghala ke Lorong Sekolah cukup sesak sungguhpun peniaga-peniaga yang mempunyai lesen berniaga dalam petak niaga yang disediakan.
Di satu persimpangan lain, peniaga-peniaga tanpa lesen berniaga betul-betul di depan pagar rumah penduduk setempat.
Itu, tidak termasuk budaya parkir secara tidak sistematik di kiri dan kanan bahu jalan berwajib sehingga mengakibatkan kesesakan trafik pada waktu perdana, terutama pada masa datang dan balik sekolah.
Seorang responden yang enggan identitinya diketahui memberitahu, komuniti setempat sejak sebelum Pilihan Raya Umum Ke-12 (8 Mac 2008) lagi acap kali membuat aduan kepada Jabatan Pelesesan MPPP, namun, tiada langkah proaktif dilakukan ke atas penjaja-penjaja haram di sini.

"Jeff ini macam 'ayam sabung' yang akan lantang pertikai kelemahan semua pihak, bukan MPPP sahaja. Apa boleh buat, kalau rakyat tidak suka dengan ketegasannya itu, sejak PRU-13 (5 Mei 2013) lagi dia akan kalah," ujar responden sama. 
Seorang guru memberitahu, beliau, rakan sejawat lain serta murid-murid acap kali menghadapi masalah kesesakan trafik semasa pergi dan pulang ke sekolah.


Beliau yang enggan identitinya diketahui umum berkata, pihak pentadbiran sekolah pernah membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT), namun, bagaikan "mencurah air ke daun keladi".
"Waktu cuti sekolah seperti pagi ini pun, aktiviti penjajaan haram berleluasa serta jalan cukup sesak, bayangkan pada musim persekolahan," ujar guru berkenaan.
Responden lain pula memberitahu, sebuah ambulans dalam kecemasan pernah terperangkap di tengah-tengah kesesakan Jalan Ipoh-Lorong Sekolah ini ekoran kelemahan tadbir urus Jabatan Pelesenan MPPP.
"Rakaman itu memang ada di youtube," ujar lelaki separuh umur tersebut sambil menunjukkan rakaman berwajib, pagi tadi.
Terdahulu, Jeff Ooi menerima kritikan banyak pihak gara-gara didakwa menghina staff MPPP berbangsa Melayu tertentu sebagai 'kucing kurap'.
Difahamkan, Jeff Ooi marah dengan pegawai pelesenan atasan yang didakwa tidak turun padang berinteraksi dengan penduduk sebagaimana yang cuba dilakukannya baru-baru ini.
Kontroversi isu 'kucing kurap' yang disebut oleh Jeff Ooi turut mendapat respons bekas timbalan ketua menteri I merangkap Pengerusi PKR Pulau Pinang, Dato' Mansor Othman.
Mansor yang kini Ahli Parlimen Nibong Tebal menasihatkan Jeff Ooi supaya lebih profesional.
Dalam reaksi balas, Jeff Ooi dilaporkan mengungkit semula isu 'tokong' yang pernah dikaitkan dengan Mansor sebelum ini, hingga mengundang amarah berantai daripada sayap pemuda PKR, iaitu AMK.
Selain di media arus perdana, avatar mesra Umno Barisan Nasional di laman sosial facebook serta twitter rata-rata menggambarkan Jeff Ooi menghina Melayu.

Walhal, maksud hakiki amarah Ahli Politik DAP tersebut merujuk pada kelemahan Jabatan Pelesenan MPPP dalam menguruskan aduan kominiti sejak sekian lama dulu.
Mampukah perhatian rakyat kembali dibawa berbincang isu pokok sebagaimana yang dicadangkan Mohd. Farukm, berbanding sentimen politik asabiah yang diledakkan dalam media arus perdana belakangan ini?  


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved