Ahad, 10 November 2013

09 di kepala batas - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di kepala batas - Google Blog Search


Pencemaran kilang plastik: 60 keluarga <b>di Kepala Batas</b> <b>...</b> - Kosmo

Posted: 02 Nov 2013 10:09 AM PDT

Pencemaran kilang plastik: 60 keluarga di Kepala Batas dakwa terjejas

Pencemaran kilang plastik: 60 keluarga di Kepala Batas dakwa terjejas

02/11/2013 4:58pm

KEPALA BATAS - Sebanyak 60 keluarga di Kampung Ekor Kucing di sini mendakwa kualiti hidup mereka terjejas berikutan kewujudan sebuah kilang plastik di kawasan itu sejak tiga bulan lepas.

Operasi kilang itu didakwa mengakibatkan berlakunya pencemaran bau, air, bunyi dan udara sehingga ada penduduk yang sering sakit serta hilang selera makan.

Wakil penduduk, Awang Dahaman, 79, yang tinggal hanya 200 meter dari kilang itu, berkata tidurnya terganggu berikutan operasi kilang yang bermula pukul 10 malam sehingga pagi, mengeluarkan bunyi yang sangat bising.

"Sisa buangan plastik itu juga menghasilkan bau busuk selain sistem perparitan kilang yang tidak sempurna menyebabkan airnya mengalir ke longkang dan parit sekitar rumah kami.

"Kami di sini turut guna sumber air alternatif iaitu air bawah tanah yang disalur getah paip... sebelum ini, tiada masalah tapi disebabkan sisa buangan kilang itu tidak diurus dengan baik, bekalan air jadi kuning dan tercemar," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Awang berkata, penduduk juga terdedah kepada bahaya lalu lintas kerana puluhan lori yang dipandu laju keluar masuk dari kilang berkenaan tanpa mengira waktu serta melalui kawasan jalan kampung yang sempit.

Sementara itu, Anggota Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, beliau akan menghubungi Jabatan Alam Sekitar negeri dan agensi berkaitan bagi menyiasat status kilang berkenaan.

"Kita pandang serius masalah ini kerana kilang itu didapati tidak mempunyai sistem saliran yang sempurna dan ia tidak sesuai beroperasi di tengah kampung yang mempunyai penduduk," katanya selepas meninjau tapak kilang itu. - Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved