Ahad, 17 November 2013

09 di tanjung tokong - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di tanjung tokong - Google Blog Search


Pemenang minta UDA tarik balik notis usir 11 keluarga <b>di Tanjung</b> <b>...</b>

Posted: 15 Jul 2013 04:49 AM PDT

GEORGE TOWN – Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) hari ini menggesa UDA Holdings Bhd. (UDA) supaya menarik balik notis pengusiran 11 keluarga di Tanjong Tokong yang dikeluarkan mereka awal bulan ini.

Presiden Pemenang, Datuk Seri Mohd. Yussof Latiff berkata tindakan syarikat milik kerajaan selaku pemaju itu adalah tidak berperikemanusiaan kerana mengusir penduduk di bulan puasa dan menjelang Aidilfitri.

"Sepatutnya UDA yang diamanahkan untuk menjaga kepentingan orang Melayu membantu keluarga berkenaan, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Oleh itu Pemenang mahu UDA mempertimbang semula pengusiran itu," katanya kepada pemberita di sini.

Media tempatan hari ini melaporkan nasib 11 keluarga berkenaan yang diarahkan mengosongkan rumah mereka bagi membolehkan projek Fasa 4A dimulakan di kampung mereka.

Seorang penduduk Abdul Wahab Seeni Ibramsah, 40, melahirkan rasa sedih dengan tindakan UDA dan penduduk terpaksa melantik peguam untuk membela nasib mereka. – Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved