Ahad, 8 Disember 2013

09 di balik pulau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di balik pulau - Google Blog Search


Kemenangan Datuk Helmi <b>di Balik Pulau</b> kekal - watan harian online

Posted: 10 Nov 2013 12:00 AM PST

Kategori Dari Utara

Kemenangan Datuk Helmi di Balik Pulau kekal

Barisan Nasional (BN) mengekalkan kemenangan di kerusi Parlimen Balik Pulau di Pulau Pinang selepas Mahkamah Persekutuan di Putrajaya pada Selasa menolak rayuan dikemukakan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Panel lima hakim dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif menolak rayuan Muhammad Bakhtiar Wan Chik dan memerintahkannya membayar kos perundangan RM20,000, masing-masing kepada anggota Parlimen Balik Pulau dari BN, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, pegawai pengurus pilihan raya kawasan Balik Pulau dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

drhilmiyahaya

Dr Hilmi

Turut bersidang bersama-sama Md Raus ialah empat Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Ahmad Maarop, Datuk Hasan Lah dan Datuk Ramly Ali.

Peguam yang mewakili Dr Hilmi, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin telah mengemukakan bantahan awal terhadap rayuan itu, menyatakan rekod rayuan itu tidak kukuh.

Mahkamah mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang menolak dengan kos petisyen pilihan raya Bakhtiar yang difailkan untuk membatalkan kemenangan Dr Hilmi di kawasan Parlimen Balik Pulau dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang diadakan pada Mei tahun ini.

Bakhtiar perlu membayar sejumlah RM180,000 bagi kos perundangan kerana Mahkamah Pilihan Raya sebelum ini sudah memerintahkannya membayar RM40,000 masing-masing kepada Dr Hilmi, pegawai pengurus pilihan raya Balik Pulau dan SPR bagi prosiding di Mahkamah Pilihan Raya.

Dr Hilmi, yang juga Timbalan Menteri Kesihatan mengalahkan Bakhtiar dengan majoriti 1,539 undi.

Bakhtiar diwakili peguam Murali Ram manakala Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan mewakili SPR.

Berita Bertarikh Pada 2:30 AM

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved