Rabu, 25 Disember 2013

09 di Batu kawan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di Batu kawan - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di Batu kawan</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Oct 2013 01:25 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

CHE MID: Melepas Rindu <b>di Batu Kawan</b>, Penang

Posted: 24 Sep 2013 07:20 PM PDT

Sebelah petang mengacara di rumah Cik Julima (entri lepas) malam pulak mengacara di Rumah Terbuka taman sendiri. Cadang tu nak sekejap je, agak-agak boleh 'pas' keje kat orang lain, Che Mid nak bergegas balik ke rumah sebab nak bertolak ke Penang malam tu juga, untuk mengacara di sana keesokkannya. Tapi seronok sangat majlis tu, rasa sayang nak tinggalkan majlis.. 
Program rumah terbuka pada 31 Ogos bersekali dengan sambutan merdeka.. ada makan-makan hari raya, pertandingan gerai ikut tema, persembahan qasidah dan cabutan bertuah.. 

Che Mid sempat turun dari pentas pengacara, nak menyibuk dengan kawan-kawan.. khabarnya gerai lemang menjadi rebutan.. 10 minit dah langsai!!
Nak tau pukul berapa Che Mid bertolak ke Penang.. pukul 12 tgh malam.. Che Abang kata takpe dia memandu, jadi Che Mid boleh rehat (tidurrrr..) dalam kereta. Aleh-aleh, dia yang mengantuk sakan, stop kereta tepi jalan dan suruh Che Mid ganti... dari selepas Tapah, Che Mid terus memandu sampai Gunung Semanggul tau.. jalan punya la sunyi sepi.. dan gulap gulita... mulalah terbayang wolkswagen kuninglah.. benda putih melintas lah... aduii... jalan berkabus dan sejuk menggigit pulak tu!! Pukul 4.30 pagi baru Che Abang memandu semula. Kami tiba di homestay menjelang Subuh, dapatlah tidur sekejap.
Tapi nape Che Mid beria sangat nak ke Penang??
Tak lain tak bukan sebab nak berjumpa dengan puteri yang dirindui laaa... Farah.. sambil menyelam minum air he he. Rasa best sangat dapat mengacara sama-sama dengan Farah. Memang rindu sangat nak dengar Farah mengalunkan suaranya yang lembut merdu tu.. (suara Che Mid lebih lantang)

Sebenarnya kami ke rumah kakak pada suami Alang.. kami jadi 'hadiah kejutan' buat pengantin sekeluarga. Kami pun teruja juga.. Aturcara dan skrip majlis pun tuan rumah dan pengantin tak tau, semua info dapat dari Alang dan keluarga. Che Mid bawa lagu "Kasihnya Ibu'" sewaktu ibu pengantin beri restu di pelamin, sebab ayah pengantin baru meninggal. Memang suasana jadi pilu sekejap.  Pengantin lelaki baca doa selepas nikah pun sambil menangis.. 

Inilah pengantinnya.. dapat anak mami la you...

Che Mid dan Farah ajak sekali alang dan Joe ber Ya hanana..sporting kan! Suasana hujan tidak menghalang majlis berjalan seperti yang direncana.
Usai majlis, kami pun ke Permatang Pauh untuk hantar Farah balik asrama. Sebelum tu pekena dulu burger bakar Abang Burn.. kalau tak silap cawangan ke 19..Farah memang teringin sangat makan . Tapi tengoklah muka adik tu.. muka penat.. Kami tinggalkan Farah di hostel dan balik ke Klang dalam pukul 8.30 malam, tiba di rumah jam 2.30 pagi. Memang sangat penat tapi hilang macam tu saja bila dapat sms macam ni..
Alhamdulillah syukur.. dapat respon yang baik dari orang Penang.. Insyaallah, ada rezeki kami ke sana lagi.. boleh jumpa Farah lagikk!! Suka suka suka!!
Ha, sebelum berundur, Che Mid ada satu lagi cerita ni.. 
Pagi Ahad lepas, lepas Subuh (Subuh gajah...)  Che Mid turun ke dapur. Isi kain baju dalam mesin basuh, panaskan gulai asam pedas siakap yang sedap sangat tu atas dapur. Pukul 9 nanti nak keluar mengacara, jadi lauk dah ada untuk suamiku tercinta yang akan ditinggalkan nanti. Lepas tu Che Mid duduk depan TV, tengok Tanyalah Ustaz...eh eh.. ngantuk lagi.. terkuap-kuap je mulut ni. Terus naik atas.. masuk bilik...kunci pintu dan zzzzzz...
Bangun semula kira-kira satu jam selepas itu. Buka pintu.. tengok tingkap bilik Farhan terbukak luas terbentang.. ada bau menyengat hangit.. tapi tak sedar diri lagi tu Mata melilau carik Farhan. Rupanya dia di tingkat bawah.. atas sofa... pintu depan, dapur, tingkap semua terbukak seluas-luasnya.. " Ayan, apa yang terbakar ni?" Wah, Che Mid meninjau-ninjau keluar tingkap.. tengok-tengok.. kut ada kilang terbakar ke? Jiran bakar sampah tak hengat ke??
"IBU LAH... ibu masak apa atas dapur? " ADOIII.. PERIUK DAH HITAM.. LAUK SIAKAP yang sedap sangat tu DAH RENTUNG!!

Ordinary Blogger: 1st time main bola <b>di</b> Stadium <b>Batu Kawan</b>! - Fazrol

Posted: 16 Sep 2013 02:39 AM PDT


Orang Penang mesti tau kat mana Stadium Batu Kawan kan? Stadium rasmi bagi team Harimau Kumbang, tue pun kalau diorang tak jadi lawan di Stadium Bandaraya yang ada kat sebelah pulau.
Sambil try ushar gambar-gambar lama kat laptop ini, ternampak plak gambar kurus aku dulu. Tapi masa nie, memang tengah nak naik badan. Tapi tak kahwin lagi. Main bola pun pancit. Antara aktiviti feveret aku nie. Kalau tak main bola, main futsal Itu je.
Tapi sejak pindah KL nie, satu jenis sukan pun tak pernah main lagi. Macam mana laa badan tak naik. he he.
Hari tue sekali je, dapat main Paintball bersama blogger untuk peluhkan badan.

orangkecilorangbesar: Aktiviti bermotosikal sekeluarga <b>di</b> Trek <b>...</b>

Posted: 17 Aug 2013 07:31 AM PDT

Aktiviti bermotosikal sekeluarga di Trek Motosikal Boon Siew Honda Batu Kawan
Kami sekeluarga jarang dapat bersama kalau mengadakan aktiviti motosikal, sama ada hanya saya berdua dengan anak lelaki seorang itu biasanya atau hanya berdua dengan isteri saya seorang itu kadang-kala. Tetapi hari ini (17-Ogos-2013) kami bertiga dapat melakukan aktiviti bermotosikal sekeluarga bersama-sama dengan menghadiri Kursus Asas Menunggang Selamat Honda di premis baru Boon Siew Honda di Batu Kawan, Pulau Pinang.
Agak membanggakan apabila Ketua Instruktor, En. Sanusi B. Din memaklumkan bahawa kami bertiga merupakan keluarga pertama yang menghadiri kursus ini dan juga orang awam pertama bersama-sama dua orang lagi rakan anak lelaki saya dari Taiping, menghadiri kursus ini. Sebelum ini penyertaan lebih kepada organisasi sama ada syarikat ataupun persatuan dan kelab.
Kisah lanjut dan gambar-gambar lain di sini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved