Ahad, 29 Disember 2013

09 di Batu maung - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di Batu maung - Google Blog Search


Travel My Way: Pulau Pinang : Part 5 - Muzium Perang <b>di Batu Maung</b>

Posted: 25 Sep 2013 03:03 AM PDT

Sambungan Dari Pulau Pinang : Part 4 - Mandi Laut Dan Makan2 di Tanjung Bungah

Selepas kenyang makan Mee Sotong dan Coconut Shake di Kota Lama.. Kami memulakan perjalanan ke Batu Maung.. Destinasi yang di kata agak menyeramkan ni ialah Penang War Museum.. Bekas Kubu Pertahanan Tentera British.. dan menjadi Kem Tahanan Tentera Jepun.. beratus2 orang mati semasa dalam tahanan jepun..

Bayaran setiap kereta yang masuk ialah RM 5.00.. dan adult ticket RM 20.00.. dan tapi tak tahu kenape auntie kat kaunter tu refund balik duit parking kereta pada kami..  dan ada extra charge lagi.. RM 2.00 untuk semua peralatan mengambil gambar.. camera, phone etc.. if ada 2 camera 3 phone bayaran RM 2.00 untuk semua.. bukan setiap satu.. aaa faham dok?? layan je lah..  by the way auntie tu kerek sket so sabar je la.. 
Welcome to War Museum Pulau Pinang



Kami sampai War Museum ni agak lewat.. pukul 5.20 petang.. so nampak gaya kami macam group terakhir yang masuk.. meh aku nak bagi tip sket.. sebenar nya kalau nak datang sini tak payah la korang baca kisah2 seram kat sini.. sebab buat korang seram je sepanjang masa..  macam aku hahaha..  actually tempat ni memang keras sket.. eh silap!! memang banyak.. sampai di ketogerikan "10 most haunted site in Asia" by National Geography Channel..
Suasana Terowong Dan Kubu Bawah Tanah

Ada lebih 3 atau 4 tunnel dalam kubu ini..
Dan ini tunnel pertama yang kami masuk..

Dan ada tunnel yang telah ditutup sebab terlalu kerass..


Keadaan tunnel yang sempit ini mampu memuatkan 220 tentera..
Kene berjalan secara menunduk..

Menyeramkan.. Memang gelap..
hanya lampu flash camera dan handphone je yang menerangi suasana



Dan sesiapa pun jangan lah cakap besar " aku tak takut la.. ape la.. bla bla.." just rileks.. Baca bismillah dan masuk.. ok sambung cerita.. tempat ni memang besar so korang perlukan lebih dua jam kat sini..  kalau yang suka amik gambar tu.. lagi la.. datang la awal.. tak ada la jadi macam kami.. sampai habis azan maghrib kami still kat dalam war museum ni..  tu yang bertambah seram.. 
Alhamdulillah mungkin sebab kami ni  peramah dan comel  group last.. ada bro yang kerje kat tempat ni.. dengan suka rela jadi guide kami and explain kat kami setiap sudut di museum nie.. tak pasal2 tour habis setiap sudut kat sini.. bagus sebab senang tak ada lah kami tercari2 jalan.. tapi seram sebab dia cerita semua yang seram jer kat kitaorang..

Sedikit info.. Ia di bina pada tahun 1930-an.. oleh pihak british.. dan di duduki oleh askar british, sikh dan melayu di atas nama Jack Union.. Kubu ini jatuh ke tangan tentera jepun pada World War II - 17 September 1941.. Tentera british kalah di kubu ini dengan kesalahan andaian strategic mereka bahawa jepun akan menyerang dari laut.. tetapi jepun menyerang dari " inland "..
Keluasan tanah kubu ini sebesar lebih 20 ekar.. memuatkan lebih 550 - 700 tentera dalam satu masa.. Kubu ini di lengkapi bilik simpanan peluru meriam bawah tanah sedalam 18 meter.. dan sebesar 2 gelanggang tennis.. mempunyai tiga terowong "escape" ke arah berlainan sejauh 50 - 100 meter..  mempunyai beberapa meriam besar - 6 inch breech loading gun - yang mampu menembak sejuah 15.5 km ke semua arah..
" Ku Terdengar.. Suara.. Kebebasan.. " kata aizat..

Dulu semua bilik di benarkan masuk.. tapi lepas ramai yang kene hysteria..
Hanya bilik paling hujung sahaja di buka.. 


10 Most Haunted Site in Asia ialah :
1. The Abandoned Tak Tak School - Hong Kong 
2. Kadena Air Base - Okinawa Japan
3. The Clark Air Base Hospital - Philippines 
4. Gedung Lawang Sewu - Semarang Indonesia  
5. War Museum Penang - Malaysia
6. The Green Island Prison - Lyudao Island Taiwan
7. Mansion - Yeongdeok-Gun - North Gyeongsang South Korea
8. The Temples of Ayutthaya - Thailand
9. Con Dao Island - Vietnam
10. Old Portuguese Colonial Outpost Diu island - India
Kubu ini juga di lengkapi dengan beberapa dapur.. sesuai dengan cara masakan yang berbeza.. untuk ahli tentera pelbagai bangsa.. asrama tentera.. kantin.. pejabat.. bilik simpanan senjata bawah tanah.. bilik kawalan.. bilik mesyuarat pegawai tinggi bawah tanah.. ruang theater.. dan ada terowong kebal bawah tanah untuk bersembunyi sesama serangan udara oleh pihak musuh.. dan terowong kebal ini mampu memuatkan seramai 220 tentera dalam satu masa..






Tepat pukul 7.35 malam.. kami beredar dari war museum.. menuju pulang.. rasa lega bila dah keluar dari tempat ni hahaha.. sebab seram sejuk jer kat dalam tadi.. mana tak nyer.. orang yang terakhir dalam group kami berjalan di sapa bahu.. logik tak??  mana ada orang belakang dia.. dia pun tak nak toleh hahaha..
Dah la waktu azan maghrib kami still berlegar2 di dalam.. tour guide tu pun boleh cerita macam mana dia kene kacau dulu.. siap tunjuk tempat kami berdiri.. dulu dia nampak makcik tua dengan muka hodoh berambut kusut panjang etc.. apa - apa pun tempat ni memang best.. make sure korang datang tau..

Continue Part 6

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved