Isnin, 2 Disember 2013

09 di Bukit mertajam - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di Bukit mertajam - Google Blog Search


Remaja Hilang ditemui <b>di</b> Masjid sekitar <b>Bukit Mertajam</b> | Jenayah

Posted: 28 Nov 2013 06:00 AM PST

alt

 

BUKIT MERTAJAM 28 Nov - Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun yang dilaporkan hilang sejak Isnin lepas, ditemui dalam keadaan selamat di Masjid Permatang Janggus di sini iaitu kira-kira tiga kilometer dari rumahnya.

Ibunya, Wan Mas Megat Jaafar berkata Muhamad Amirul Wagiman ditemui dalam keadaan lemah dan tidak bermaya pukul 12 tengah malam semalam sedang tidur di masjid berkenaan.

"Muhamad Amirul ditemui selepas abangnya yang tinggal di Seberang Jaya dekat sini telefon saya dan maklumkan ada orang nampak dia di masjid berkenaan malam tadi.

"Sebaik mendapat maklumat itu, saya dan suami bergegas ke sana dan kami bersyukur kerana menemuinya dalam keadaan selamat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Muhamad Amirul sebelum ini dikatakan merajuk selepas dimarahi ibunya dan bertindak keluar rumah pada 6 petang Isnin lepas tanpa membawa sebarang beg pakaian.

Selepas tidak pulang ke rumah lebih 24 jam, keluarganya membuat laporan polis dan gerakan besar-besaran dilakukan bagi menjejaki remaja terbabit, termasuk berkongsi maklumat melalui laman Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Wan Mas juga berkata Muhamad Amirul meminta maaf kepada keluarga, PDRM Pulau Pinang dan orang ramai berikutan tindakan remaja berkenaan melarikan diri dari rumah.

 

 

Last Updated on Thursday, 28 November 2013 18:43

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved