Sabtu, 7 Disember 2013

di negeri pulau pinang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri pulau pinang - Google Blog Search


Nama Pesuruhajaya <b>Negeri</b> Dibeku, Apa Krisis PAS <b>Pulau Pinang</b> <b>...</b>

Posted: 03 Dec 2013 07:15 AM PST

AIDCNews – 03/12/13 – Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu memberi isyarat berkemungkinan besar Datuk Salleh Man tidak dikekalkan sebagai Pesuruhjaya parti Pulau Pinang kerana namanya tidak diumumkan selepas mesyuarat Jawatankuasa Pusat Ahad lalu.

"Mungkin ada rombakan tetapi kami juga tidak pasti kerana ia keputusan Presiden," kata Mohamad Sabu kepada Malaysiakini.

Salleh yang turut dihubungi portal itu berkata berkemungkinan PAS Pusat sedang mencari calon baharu untuk menggantikannya sebagai Pesuruhjaya parti di negeri itu.

"Mungkin parti masih mencari pihak yang terbaik (sebagai Pesuruhjaya)," katanya.

Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang pertama selepas Muktamar Tahunan PAS ke-59 pada Ahad lalu telah melantik semua Pesuruhjaya negeri parti kecuali Pulau Pinang.

Sebelum ini, Salleh disebut-sebut sebagai 'orang di belakang tabir' yang menggerakkan protes ahli-ahli PAS negeri itu terhadap kepimpinan Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang.

Protes yang sama turut dibangkitkan oleh perwakilan PAS Pulau Pinang dalam Muktamar Tahunan PAS ke-59 di Stadium Melawati baru-baru ini.

Malah Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Mohd. Fauzi Yusof mengejut banyak pihak apabila memberi kata dua kepada kerajaan DAP agar berhenti campur tangan dalam hal ehwal dan pengurusan agama Islam.

Mohd Fauzi dilaporkan FMT akan menarik diri serta meletak jawatan dalam kerajaan negeri jika tuntutan dan ketetapan ini tidak diambil serius oleh pihak kerajaan negeri dan Majlis Pakatan Rakyat.

Katanya, PAS mahu kerajaan negeri memberi kuasa penuh tanpa sebarang campur tangan terhadap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) yang diketuai oleh Salleh Man.

Campur tangan yang tidak wajar oleh pihak kerajaan negeri terhadap MAINPP katanya akan menyebabkan berlakunya 'Pertindihan Kuasa' yang akan mengganggu kelancaran pentadbiran dan organisasi MAINPP yang dilantik oleh Yang Dipertuan Agong.

"Walaupun PAS Pulau Pinang hanya memiliki satu kerusi DUN, ia tidak bermakna suara, sumbangan, khidmat dan profesionalisma PAS di Pulau Pinang dipinggirkan."

PAS mendakwa terdapat campur tangan yang tidak sewajarnya dari pihak Exco Kerajaan Negeri untuk menetapkan Ahli-ahli Majlis MAINPP serta Pengerusi dan Ahli-ahli Lembaga Pengarah anak-anak syarikat MAINPP untuk sesi akan datang.

"Jika benar, ianya adalah satu tindakan yang bertentangan etika dan semangat Pakatan Rakyat. Tindakan campur tangan ini sangat dikesali," katanya.

Menurut Mohd Fauzi, mesyuarat Badan Perhubungan PAS negeri itu pada 14 November 2013 lalu yang dipengerusikan Salleh Man telah mendesak supaya kerajaan negeri menambah bilangan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dari dua orang kepada empat orang di setiap PBT (pihak berkuasa tempatan).

"Perlantikan Ahli Majlis MPPP & MPSP untuk kuota PAS ini hendaklah dilantik dengan cadangan dan persetujuan PAS Pulau Pinang."

Menurutnya, PAS Pulau Pinang juga hendaklah diberi kuasa penuh untuk memilih dan melantik Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan DUN/Parlimen yang ditandingi PAS (6 DUN, 2 Parlimen).

"Kami difahamkan bahawa terdapat lantikan JKKK di kawasan yang ditandingi PAS dibuat secara terus kepada individu terlibat tanpa persetujuan dan perbincangan melibatkan pihak PAS Kawasan.

Tindakan ini juga melanggar etika Pakatan Rakyat," katanya.

Katanya lagi, PAS juga mahu kerajaan negeri memperuntukkan kuota mewakili PAS bagi lantikan Ahli Lembaga Pengarah dalam anak-anak syarikat milik/berkaitan Kerajaan Negeri (GLC).

"Sehingga kini, tiada mana-mana lantikan yang dibuat mewakili PAS dengan persetujuan PAS Pulau Pinang. Tindakan ini juga tidak menggambarkan semangat kerjasama Pakatan Rakyat."

Mohd Fauzi berkata PAS Pulau Pinang hendaklah dilibatkan dalam apa-apa perbincangan dasar dan polisi yang hendak dirancang oleh kerajaan negeri sebelum ia dilaksanakan.

"Perbincangan tersebut hendaklah melibatkan organisasi, bukan secara individu. Hal ini amat perlu kerana ahli-ahli PAS, penyokong dan pendokong PAS tidak mengizinkan PAS dilihat seperti boneka rakan Pakatan Rakyat terutamanya di P Pinang," katanya.

Beliau berharap sebarang perlantikan politik terhadap mana-mana jawatan, portfolio, posisi dalam kerajaan negeri yang melibatkan kuota PAS mahupun pimpinan atau mana-mana ahli PAS, mestilah dengan perbincangan dan persetujuan PAS Pulau Pinang.

"Jika tidak, PAS Pulau Pinang tidak mengiktiraf penglibatan individu tersebut sebagai mewakili parti dan akan mengambil tindakan keatas individu berkenaan, serta menganggap tindakan ini sebagai mengenepikan PAS Pulau Pinang," ujarnya.

Namun, keberanian Mohd Fauzi mengkritik pentadbiran DAP Pulau Pinang diulas oleh blog pro PKR, atsixty-zakriali sebagai usaha untuk menjatuhkan Salleh.

"Ibarat 'pukul anak sindir menantu.' Cuba menyalahkan kerajaan negeri, tetapi sasaran sebenarnya adalah Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang yang disandang YB Dato' Salleh Man yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam.

"Timbalannya Muhammad Fauzi Yusof, adalah antara nama yang disebut-sebut akan menggantikan Salleh. Kenyataan media ugutan oleh Fauzi adalah sebahagian 'konspirasi' pihak tertentu memburukkan imej pentadbiran Salleh. Fauzi adalah Yang Dipertua PAS Balik Pulau telah dilantik oleh Salleh sebagai Timbalannya.

"Dengan memberikan gambaran betapa lemahnya PAS di Pulau Pinang, kononnya 'dianaktirikan' kerajaan negeri, dijadikan boneka DAP dan PKR, imej Salleh berjaya dirosakkan sementara imej Fauzi diharap diangkat sebagai hero PAS Pulau Pinang," dakwa blog PKR itu.

Blog itu mendakwa hubungan Salleh dengan Exco Agama Kerajaan Negeri dari PKR, YB Dato' Abdul Malik Abul Kassim berada dalam keadaan baik, namun dikeruhkan oleh orang-orang Salleh sendiri.

"Exco Agama sering menjemput Salleh menyertai lawatan kerajaan negeri ke luar negara, terutamanya untuk menjayakan misi membina Hospital Wakaf Islam dan Sekolah Islam Antarabangsa di Pulau Pinang.

"Salleh sebenarnya ditikam belakang oleh rakan-rakan yang dilantiknya dalam pentadbiran PAS negeri. Golongan itu, kurang senang dengan mana-mana pemimpin PAS yang mesra Pakatan Rakyat, " dakwa blog itu lagi.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved