Selasa, 8 Januari 2013

09 di Butterworth - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Butterworth - Google Blog Search


Lolos Angkara Serbuk Lada: 120 Anggota Polis Dikerah Buru <b>...</b>

Posted: 07 Jan 2013 06:03 PM PST

Penjenayah yang lolos, (dari atas kiri) Mohd Noor Mohd Mustaffa, Mohd Shahrimy Mohd Noor, Mohd Fairuz Adam, Hisham Abd Rahman, Mohd Farid Akhtar dan Hamzani Harun. Pic: NSTPenjenayah yang lolos, (dari atas kiri) Mohd Noor Mohd Mustaffa, Mohd Shahrimy Mohd Noor, Mohd Fairuz Adam, Hisham Abd Rahman, Mohd Farid Akhtar dan Hamzani Harun. Pic: NSTGEORGETOWN: Polis Pulau Pinang mengerahkan 120 anggotanya bagi memburu tujuh tahanan yang meloloskan diri selepas merampas van polis di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth dekat sini semalam.

Sembilan orang kena tahan (OKT) berbahaya yang dalam perjalanan ke Kompleks Mahkamah Butterworth di sini dengan menaiki sebuah van untuk proses pertuduhan dan perintah reman bertindak nekad membelasah empat anggota polis pengiring hingga menyebabkan mereka berjaya meloloskan diri semalam.

Kejadian pukul 9.30 pagi di Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) berhampiran Bagan Ajam iaitu kira-kira dua kilometer dari kompleks itu mengakibatkan seorang anggota polis dikenali sebagai Nazzwan cedera parah di kepala.

Dua lagi yang dikenali sebagai Sharifuddin dan Mahendren pula cedera ringan di kepala dan beberapa bahagian badan manakala seorang lagi turut cedera di bahagian sama.

Mereka merupakan anggota polis dari unit pengiring Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara.

Kesemua OKT merupakan penjenayah berbahaya kerana terlibat dalam jenayah berat seperti bunuh, rompakan berkumpulan dan mendatangkan cedera dengan senjata tajam. Ketika kejadian, kesemua tangan mereka digari.

Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, sebelum kejadian, keempat-empat anggota itu telah mengambil kesemua OKT terbabit dari Penjara Pulau Pinang untuk dibawa ke kompleks berkenaan bagi proses pertuduhan dan reman kes masing-masing.

Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian, beberapa OKT berpura-pura bergaduh sesama sendiri menyebabkan pemandu van terpaksa memberhentikan kenderaan itu untuk meleraikannya.

"Ketika itulah salah seorang OKT melempar serbuk lada ke arah salah seorang anggota polis menyebabkan berlaku pergelutan.

Anggota polis yang cedera setelah penjenayah bertindak melepaskan diri dari tahanan. Pic: NSTAnggota polis yang cedera setelah penjenayah bertindak melepaskan diri dari tahanan. Pic: NST"Pada masa yang sama, beberapa orang OKT bertindak menendang kesemua anggota polis berkenaan keluar dari kenderaan itu selain membelasah mereka di tepi jalan," katanya ketika ditemui selepas melawat kesemua mangsa di Hospital Seberang Jaya di sini.

Tambahnya, mereka kemudian merampas kunci gari daripada seorang anggota polis sebelum melarikan diri dengan menaiki van berkenaan.

Menurut Abdul Rahim, polis yang melancarkan operasi kemudian menemui van tersebut di kawasan Padang Cempedak, Tasek Gelugor kira-kira 20 kilometer dari lokasi kejadian dengan dua OKT masih berada di dalamnya manakala tujuh yang lain lesap.

"Kita masih menyiasat bagaimana OKT dapat membawa serbuk lada berkenaan. Kita percaya kejadian berlaku akibat kecuaian anggota kerana tidak membuat pemeriksaan teliti ketika mengambil OKT dari penjara," katanya.

Sehubungan itu, polis mencari Mohd. Sharini Md. Noor, 28, dari Kubang Ulu, Bukit Mertajam; Farid Akhtar, 24, dari Jalan Kapar, Selangor; Mohd. Khairul Nizam Abdul Rani, 25; Hamizani Harun, 37, dari Tasek Gelugor; Hisham Abd. Rahman, 39, dari Sungai Petani, Kedah; Mohd. Fairuz Adam, 31, juga dari Sungai Petani, dan Mohd. Noor Mustafa, 28, dari Kubang Ulu bagi membantu siasatan.

"Kita percaya semua OKT berkenaan masih bersembunyi di sekitar kawasan Tasek Gelugor dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai tempat persembunyian mereka supaya menyalurkannya kepada polis," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 223/224/394 Kanun Keseksaan iaitu kecuaian penjawat awam, tahanan melarikan diri dan mendatangkan cedera ketika menyamun.

- Bernama / Kosmo!

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0108&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm

09 di Batu maung - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Batu maung - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di Batu maung</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Jan 2013 03:03 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Batu maung</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Nov 2012 12:00 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Batu maung</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Nov 2012 12:00 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Batu maung</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Nov 2012 03:13 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Warisan Darah dan Airmata <b>di</b> Muzium Perang Pulau Pinang.

Posted: 18 Nov 2012 07:55 AM PST

Oleh : Harith Faruqi Sidek
Antara lokasi yang menarik untuk dilawati jika melancong ke Pulau Pinang ialah Muzium Perang (War Museum) yang terletak di Batu Maung, atau alamat lengkapnya Lot. 1350, Mukim 12, Daerah Barat Daya, Batu Maung, 11960, Pulau Pinang. Muzium merupakan kubu perang yang asalnya dibina oleh tentera British sekitar tahun 1930an sewaktu era perang dunia kedua, ianya dibina sebagai langkah mempertahankan Pulau Pinang daripada serangan musuh. Kubu ini dibina dengan keluasan 20 ekar diatas Bukit Batu Maung, projek pembinaanya dipertanggungjawabkan kepada pasukan jurutera diraja British ( The Royal British Engineer) dengan bantuan buruh dari kalangan rakyat tempatan serta yang dibawa dari tanah jajahan British yang lain. 
Kubu ini dilengkapi dengan terowong bawah tanah serta kemudahan ketenteraan yang lain seperti kubu peninjau, berek tentera, penjara, kubu anti kapal terbang, meriam, pusat rawatan dan lain-lain. Sewaktu Pendudukan Jepun sekitar tahun 1942, kubu ini telah ditawan dan dijadikan markas dimana tawanan perang ditahan, diseksa dan dibunuh oleh tentera Jepun. Antara peninggalan yang menarik ialah dikawasan ini masih kekal beberapa buah perkuburan milik tentera British dan Jepun, malah kawasan dimana tentera Jepun melaksanakan hukuman pancung turut dipelihara.
Menurut seorang petugas, muzium ini mula dibersihkan untuk dipelihara pada tahun 2002, iaitu pada ketika projek pembangunan di kawasan Batu Maung mulai rancak, sebelumnya kubu lama ini terbiar dalam misteri, malah Bukit Batu Maung itu juga dikenali sebagai 'Bukit Hantu'. Pengurusan muzium perang ini dibawah tanggungjawab Penang War Museum Sdn. Bhd. Para pengunjung dikenakan yuran masuk sebanyak RM20 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak atau tiket keluarga (2 dewasa dan 2 kanak-kanak) bernilai RM55.
Melawat ke Muzium ini adalah amat disyorkan bagi pencinta sejarah, penyelidik atau para pelancong, ianya dapat memberi sedikit sebanyak gambaran nyata tentang warisan kehadiran tentera British dan Jepun di Tanah Melayu ketika kancah perang dunia kedua.

09 di Bukit jambul - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Bukit jambul - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di Bukit jambul</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Nov 2012 12:00 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Bukit jambul</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Nov 2012 12:00 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Bukit jambul</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Nov 2012 12:00 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Bukit jambul</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Nov 2012 11:30 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

KEMBAR HILANG <b>DI</b> MALAM HARI ~ AKRINE SENAWANG [ AS <b>...</b>

Posted: 15 Nov 2012 10:54 PM PST

CHE SOM (kiri) menunjukkan pakaian bayi yang telah dibeli oleh Norliana di Kampung Kelut, Jabi, Pokok Sena, Kedah semalam.
POKOK SENA – Penantian lima tahun seorang suami untuk menimang cahaya mata sulung musnah apabila kembar perempuan dalam kandungan isterinya didakwa hilang secara misteri pada Isnin lalu.
Kejadian tidak diduga itu didakwa menimpa Norliana Manaf, 28, semasa dia bermimpi ketika dia tidur di rumah ibunya, Che Som Endut, 57, di Kampung Kelut, Jabi di sini malam kelmarin.
Lebih mengejutkan, rekod pemeriksaan bulanan kandungannya di Klinik Kesihatan Bukit Jambul, Pulau Pinang turut dipercayai hilang pada malam yang sama.
"Pada malam berkenaan, saya bermimpi lima wanita berjubah mendekati saya sambil membacakan sesuatu sebelum mereka hilang selepas azan Subuh berkumandang.
"Apabila terjaga, saya mendapati perut yang selama ini besar dan berat, tiba-tiba berasa ringan dan kempis. 
"Saya mula syak ada benda yang tidak kena berlaku lalu mengejutkan suami saya, Aziz Hussein untuk memberitahu apa yang berlaku.
"Apabila saya pergi ke Klinik Kesihatan Pokok Sena untuk tujuan pemeriksaan pada kira-kira pukul 9 pagi esoknya, bayi dalam kandungan saya disahkan sudah hilang. Saya hanya mampu menangis," cerita Norliana kepada pemberita di sini semalam.
Dia yang tinggal di Bukit Jambul, Pulau Pinang, dijadual bersalin pada 3 November lepas.
Berikutan itu, dia mengambil keputusan untuk tinggal di rumah ibunya sejak sebulan lalu untuk tujuan bersalin.
Menjelaskan lebih lanjut, Norliana berkata, suaminya yang berusia 27 tahun telah membawanya membuat ujian pengimbasan di Klinik Kesihatan Bukit Jambul sebelum ini yang memaklumkan dia mengandung kembar perempuan.
"Bagaimanapun semasa kakitangan Klinik Kesihatan Pokok Sena menghubungi Klinik Kesihatan Bukit Jambul untuk mengesahkan dakwaan saya itu, mereka dimaklumkan bahawa rekod tersebut telah hilang," ujarnya.
Norliana turut dibawa menemui pengamal perubatan tradisional oleh keluarga dua hari lalu untuk mendapat kepastian mengenai kejadian itu.
"Mereka memaklumkan perkara sama seperti doktor iaitu anak saya hilang dalam kandungan," katanya.
Oleh SHAHNI FARHANA MAT SAHIR

Gegaran 8.9 Skala Richter <b>Di Bukit Jambul</b>

Posted: 25 Dec 2012 08:05 PM PST

[unable to retrieve full-text content]15hb April: Alhamdulillah dengan limbah kurnia Ilahi, Mesyuarat Institusi Ayahanda Pertiga Malaysia yang kedua berjalan dengan lancar dan teratur di Hotel Vistana , Bukit Jambul Pulau Pinang. Persidan.

09 di bagan ajam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di bagan ajam - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di bagan ajam</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Apr 2012 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di bagan ajam</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Sep 2012 01:45 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

DINNER AT TEO CHEW FAMOUS CENDOL <b>BAGAN AJAM</b>

Posted: 06 Apr 2012 07:42 AM PDT

Assalamualaikum...

Salam sayang untuk semua rakan2 di blog...Wah ayat pertama macam berlagak jer bunyinya. Bukan apa macam la blog aku ni famous sangat ahaksss.. Ditimpa perasaan la pula aku ni. Nak buat macam mana kan dah nama pun perempuan LAGAK tu kena la ada hehehehe....sabar jer la Kak Jenab oiiii....:-)

Hari ni aku nak share citer tentang menu kami malam ni. Memang sedap la UOLSS terangkat giler dengan Mee Jawanya...Cik Abang I layan Mee Kari. Bukan apa Mee Jawa I tu lengkap dengan pedasnya, masam nya, kepekatan kuahnya fuhhh!! memang MARVELOUS la :-) So korang nanti kalau ada yg terlalu kat area ni jom la singgah. Bukan apa sebab sedap so kena la share kan :-)

Restoren ni ada banyak cawangan. Bermula dengan kereta roda tiga meniaga di sekitar Penang Road di Penang Island, kini mampu berdiri megah dengan beberapa cawangan Restoren yg semakin maju, salah satunya dekat ngan rumah aku la di Bagan Ajam Butterworth.

Mula2 aku masuk Restoren ni pada awal pembukaannya rasa takut la juga maklum la nama Cina, lepas tu tak der la pekerja melayu atau pelanggan melayu yg masuk, tapi sijil HALAL terlekat di dinding. Aku dan suami masuk la juga sebab teringin nak makan cendol special huhuhu...

So kini Restoren ni dah semakin maju, kebanyakkan staf kat situ melayu, dan yg bestnya berbilang bangsa yg makan kat situ. So boleh la kita menjamu selera kat di situ tanpa WAS2 hehehehe...

So kawan2, kalau ada yg terlalu atau tersesat di area Bagan Ajam ni, jom la singgah pasti anda akan berpuas hati...SELAMAT MENJAMU MATA yer :-)

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved