Ahad, 13 Januari 2013

09 di Bukit mertajam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Bukit mertajam - Google Blog Search


Gambar Penjenayah Lolos <b>Di Bukit Mertajam</b> Ditembak Mati <b>...</b>

Posted: 10 Jan 2013 11:30 AM PST


Akhirnya 2 orang penjenayah yang meloloskan diri ketika dalam tahanan Polis telah ditembak mati semalam.
Tadi aku ada ternampak sekeping gambar kat Facebok yang dikatakan mayat salah seorang yang berjaya ditembak mati. Tapi aku tak sure ler betul ke idak.
Korang leh tengok kat sini ek. Semoga kejadian nie dapat memberikan ikhtibar kepada tahanan lain supaya cepat-cepat serah diri pada pihak Polis.
Kang nanti tak pasal-pasal ada yang terkorban lagi.

di negeri pulau pinang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri pulau pinang - Google Blog Search


hidup ini sementara: Taman Negara Laut <b>Pulau Pinang</b>

Posted: 06 Jan 2013 01:26 AM PST

Awal..november 2012..CM berpeluang mengiringi pelajar CM ke Penang..maknanya tahun ni dua kali CM dapat mengunjungi Penang..kalau kunjungan pada Julai lepas dengan misi Jalan-Jalan Cari Makan,,kali ni CM ke Penang untuk bersama meneroka keindahan Penang....
Taman Negara di Penang????kedengaran asing ,rupanya memang ada sebuah taman negara laut yang indah terletak tak jauh dari Pantai Feringgi atau lebih tepat ia terletak di Teluk Bahang.,,hmm malas nk taip bebanyak,,,meh sini cm copy n paste jer,,cuba baca tentang Penang National Park ini...
Taman Negara Pulau Pinang terletak di daerah pentadbiran Barat Daya Pulau Pinang. Jarak perjalanan dari Kuala Lumpur adalah lebih kurang 375 km dan kira-kira 30 km dari Georgetown, Pulau Pinang.
Taman Negara Pulau Pinang hanya menerima pelawat harian sahaja. Tiada kemudahan penginapan dan tapak perkemahan yang disediakan bagi mengurangkan impak terhadap kawasan tersebut. Perkemahan hanya dibenarkan kepada program pendidikan konservasi yang dijalankan oleh perkhidmatan Taman Negara untuk sekolah-sekolah, kolej dan pusat pengajian tinggi tempatan. Pelawat boleh menginap di hotel-hotel yang boleh didapati disekitar Batu Feringghi dan Teluk Bahang yang mana merupakan kawasan pelancongan yang dikenali ramai. Kawasan ini juga mempunyai rangkaian gerai-gerai makan, kedai-kedai runcit, cenderahati, pusat hiburan, klinik dan perkhidmatan pelancongan yang lain.
Tarikan semulajadi yang terdapat di Taman Negara Pulau Pinang termasuklah Hutan Pamah dan Bukit Dipterokarp, kawasan Hutan Paya Bakau, habitat pantai berpasir, dan keunikan Tasik Meromiktik serta keindahan dirian tumbuhan Seraya yang merupakan persekitaran semulajadi Hutan Dipterokap Pantai yang boleh dilihat di lereng-lereng bukit di sekitar Muka Head. Terdapat lebih dari 1,000 spesies tumbuhan yang direkodkan di Taman Negara Pulau Pinang yang di dominasikan oleh family Dipterocarpaceae, Leguminoceae, Apocynaceae, Anacardiaceae, Euphorbiaceae dan Moraceae.



pemandu boat yang ramah,,,mereka kebanyakkan Ahli Pengasih ,,tu ada nombor contact ...bolehlah hubungi,,kalau tak silap CM,,kami bayar RM 100,,untuk boat dan bawa kami pusing-pusing Taman Laut ini,,satu boat boleh isi 10-12 orang so boleh share-share tambangnya...





Antara aktiviti-aktiviti yang disediakan di Taman Negara Pulau Pinang termasuklah perkhemahan, pemerhatian hidupan liar, burung, merentasi titian kanopi, berenang, berkelah, pusat interpretasi, memancing, merentas hutan, mendaki bukit dan berkenu menyusuri hutan paya bakau.
Kami sangat happy disini,,,,Indah sungguh ciptaan tuhan,,Alhamdulillah...
Saya berpendapat tempat yang sebegini cantik,,perlu promosi yang meluas...pelihara dan pastikan ia tidak tercemar agar generasi selepas kita masih mampu menatap indahnya ciptaan Allah ,,dan menjadi hamba yang bersyukurr..... 

09 di tasek gelugor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di tasek gelugor - Google Blog Search


Dua dari lima tahanan yang masih bebas dikesan megemis <b>di Tasik</b> <b>...</b>

Posted: 10 Jan 2013 09:15 PM PST


TASEK GELUGOR  -  Polis percaya dapat menahan dua daripada lima tahanan yang masih bebas berdasarkan petunjuk baru.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pihaknya sudah mengenal pasti lokasi suspek susulan maklumat mereka dilihat meminta bantuan makanan, rokok dan duit orang kampung sekitar Tasek Gelugor kira-kira jam 6.40 pagi ini.

BH hari ini melaporkan dua daripada tujuh tahanan reman yang meloloskan diri Isnin lalu mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis, semalam.

Mohd Fairuz Adam, 31 atau Joe Mafia dan Mohd Noor Mohd Mustaffa, 28 atau Boy mati ditembak dalam kejadian kira-kira jam 1 petang selepas enggan menyerah diri walaupun kereta dinaiki mereka yang dikejar polis terbabas ke dalam tali air di Kampung Padang Ibu, Bukit Mertajam.


09 di jelutong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di jelutong - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di jelutong</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Nov 2012 03:41 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Kisah Benar- Kopitiam <b>Di Jelutong</b> Masak Katak, Status HALAL <b>...</b>

Posted: 25 Jul 2012 04:48 PM PDT

"Kakak, saya cuma hendak beritahu kakak, tadi baru saja tukang masak kami makan katak di dapur," bisik seorang pekerja kopitiam kepada gadis yang mahu dikenali Alia ketika berhasrat membuka puasa di sebuah pasar raya di Jelutong.

Ketika itu, Alia bersama rakannya berhajat berbuka puasa di kopitiam berkenaan, bagaimanapun hasrat mereka terbantut apabila terdengar luahan itu.

Mereka diberitahu tentang perkara itu ketika sedang berbual sementara menanti waktu berbuka.

"Pelayan itu memaklumkan perkara itu kepada kami memandangkan saya dan kawan-kawan datang dengan niat untuk berbuka puasa.

"Pelayan itu cuma beritahu tukang masak makan katak di bahagian dapur. Katanya, ini bukan kali pertama tetapi sudah masuk kedua atau ketiga," katanya.

Alia dan rakan-rakannya yang terkejut dengan cerita itu kemudian mempertikaikan sama ada tukang masak itu menggunakan kuali yang digunakan sama untuk memasak makanan pelanggan atau sebaliknya.

"Bagaimanapun, pelayan itu mengaku tidak pasti. Tetapi katanya, yang makan tetap tukang masak itu, apa pun dia akan pegang katak dan memasak makanan untuk orang lain.

"Kata pelayan itu dia baru bekerja, dan dia bersama seorang lagi kawan berbangsa Melayu yang nampak kejadian itu. Tetapi menurutnya, dia tidak berani menegur kerana ramai pekerja di restoran itu adalah warga asing," katanya.

Katanya, ketika ditanya mengenai status halal, pelayan mengakui restoran yang mempunyai francais di seluruh negara itu hanya memiliki sijil halal untuk kopitiam mereka di Kuala Lumpur sahaja.

"Tapi saya tahu ramai yang ingat kami halal sebab di KL sudah halal. Saya boleh beritahu saja, terpulang pada kakak," kata pelayan restoran itu kepada Alia.

Mendengar maklumat yang diberikan, Alia dan rakan-rakannya hilang selera dan terus ke kedai lain untuk berbuka puasa memandangkan hari sudah hampir Maghrib.

Alia kecewa kerana kopitiam berkenaan menjadi kunjungan orang ramai termasuk pelanggan beragama Islam. Rata-rata yang berkunjung selalunya memesan minuman dan makanan yang berasaskan mi dan pencuci mulutnya.

Mendengar cerita Alia, Sinar Harian ke restoran itu untuk mengintai kesahihannya.

Salah seorang pengunjung yang enggan dikenali mengakui rata-rata pekerja di kopitiam berkenaan adalah warga asing khasnya Nepal dan Bangladesh.

"Kadangkala mereka berbau busuk walaupun pada waktu bekerja. Tidak dapat saya bayangkan bagaimana bau mereka ketika berada di dapur menyediakan makanan dan mengambil pesanan pelanggan.

"Nampak saja kopitiam yang agak mahal dan selesa tetapi kebersihan pekerjanya memang mendukacitakan," katanya.

Meneliti maklum balas orang ramai mengenai restoran berkenaan melalui laman web, beberapa pelanggan turut memberikan pandangan negatif terhadap kopitiam berkenaan.

Antaranya ialah melalui www.penangfoodreviews.com di mana pemilik blog tersebut jelas tidak berpuas hati perkhidmatan kopitiam berkenaan.

Dalam tulisan blogger itu, beliau turut memaklumkan harga yang dikenakan juga agak mahal dan tidak berpatutan dengan kualiti makanan.Info disini

09 di Bukit jambul - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Bukit jambul - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di Bukit jambul</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Jan 2013 11:43 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Bukit jambul</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Nov 2012 12:00 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Bukit jambul</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Nov 2012 11:30 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

KEMBAR HILANG <b>DI</b> MALAM HARI ~ AKRINE SENAWANG [ AS <b>...</b>

Posted: 15 Nov 2012 10:54 PM PST

CHE SOM (kiri) menunjukkan pakaian bayi yang telah dibeli oleh Norliana di Kampung Kelut, Jabi, Pokok Sena, Kedah semalam.
POKOK SENA – Penantian lima tahun seorang suami untuk menimang cahaya mata sulung musnah apabila kembar perempuan dalam kandungan isterinya didakwa hilang secara misteri pada Isnin lalu.
Kejadian tidak diduga itu didakwa menimpa Norliana Manaf, 28, semasa dia bermimpi ketika dia tidur di rumah ibunya, Che Som Endut, 57, di Kampung Kelut, Jabi di sini malam kelmarin.
Lebih mengejutkan, rekod pemeriksaan bulanan kandungannya di Klinik Kesihatan Bukit Jambul, Pulau Pinang turut dipercayai hilang pada malam yang sama.
"Pada malam berkenaan, saya bermimpi lima wanita berjubah mendekati saya sambil membacakan sesuatu sebelum mereka hilang selepas azan Subuh berkumandang.
"Apabila terjaga, saya mendapati perut yang selama ini besar dan berat, tiba-tiba berasa ringan dan kempis. 
"Saya mula syak ada benda yang tidak kena berlaku lalu mengejutkan suami saya, Aziz Hussein untuk memberitahu apa yang berlaku.
"Apabila saya pergi ke Klinik Kesihatan Pokok Sena untuk tujuan pemeriksaan pada kira-kira pukul 9 pagi esoknya, bayi dalam kandungan saya disahkan sudah hilang. Saya hanya mampu menangis," cerita Norliana kepada pemberita di sini semalam.
Dia yang tinggal di Bukit Jambul, Pulau Pinang, dijadual bersalin pada 3 November lepas.
Berikutan itu, dia mengambil keputusan untuk tinggal di rumah ibunya sejak sebulan lalu untuk tujuan bersalin.
Menjelaskan lebih lanjut, Norliana berkata, suaminya yang berusia 27 tahun telah membawanya membuat ujian pengimbasan di Klinik Kesihatan Bukit Jambul sebelum ini yang memaklumkan dia mengandung kembar perempuan.
"Bagaimanapun semasa kakitangan Klinik Kesihatan Pokok Sena menghubungi Klinik Kesihatan Bukit Jambul untuk mengesahkan dakwaan saya itu, mereka dimaklumkan bahawa rekod tersebut telah hilang," ujarnya.
Norliana turut dibawa menemui pengamal perubatan tradisional oleh keluarga dua hari lalu untuk mendapat kepastian mengenai kejadian itu.
"Mereka memaklumkan perkara sama seperti doktor iaitu anak saya hilang dalam kandungan," katanya.
Oleh SHAHNI FARHANA MAT SAHIR
 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved