Ahad, 24 Februari 2013

09 di Bukit mertajam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Bukit mertajam - Google Blog Search


myMetroLelaki maut ditembak <b>di Bukit Mertajam</b>

Posted: 21 Dec 2012 12:30 AM PST

Foto Menarik

HOLLYWOOD: Pengarah filem Argo, Ben Affleck menerima anugerah Oscar bagi kategori Filem Terbaik pada upacara Academy Awards ke-85. FOTO AFP (25/02/2013)

Foto Menarik

MANCHESTER: Pemain Manchester City, Sergio Aguero (kiri) meraikan gol pertama pasukannya hasil jaringan Yaya Toure dalam perlawanan EPL menentang Chelsea pada 24 Feb. Manchester City mengalahkan Chelsea 2-0. FOTO AFP

Foto Menarik

KUCHING: Detik mencemaskan apabila seorang pekerja salah sebuah universiti swasta cuba terjun dari tingkat tujuh bangunan 10 tingkat, di sini. Lelaki itu berjaya diselamatkan anggota bomba dan penyelamat setelah dipujuk selama sejam. FOTO Muhd Zaaba Zakeria

Foto Menarik

ALOR SETAR: Anggota Bomba dan Penyelamat bertungkus lumus mengawal api daripada merebak bersebelahan Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar berikutan angin kencang akibat pembakaran terbuka di kawasan berkenaan. FOTO Lim Poh Chin (21/02/2013)

Foto Menarik

JOHOR BAHRU: Aksi pelayang New Zealand, Peter Lynn menaikkan layang-layang berbentuk ikan pari pada hari kedua Festival Layang-Layang Sedunia 2013 di Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali (21/02/2013)

09 di Batu uban - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Batu uban - Google Blog Search


TPM tunai janji , lif baru Pangsapuri <b>Batu Uban</b> diganti baru <b>...</b>

Posted: 24 Jan 2013 12:00 AM PST


GEORGE TOWN – Lebih 1,500 penduduk di Pangsapuri Desa Riang, Batu Uban di sini menarik nafas lega apabila lif di pangsapuri itu yang rosak sejak April tahun lepas telah diganti dengan lif baharu.
Lif baharu itu diganti selepas Kerajaan Pusat meluluskan peruntukan sebanyak RM600,000 untuk menggantikan dua buah lif di pangsapuri itu yang rosak.
Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN), Batu Uban, Goh Kheng Sneah berkata, sebagai permulaan, sebuah lif yang rosak itu telah diganti dengan lif baharu manakala sebuah lagi akan diganti baharu dalam masa terdekat.
Menurut beliau, peruntukan itu disalurkan berikutan rungutan penduduk yang mendakwa pihak pengurusan rumah pangsa itu gagal menyelesaikan masalah tersebut walaupun laporan telah dikemukakan sejak beberapa bulan lepas.
"Isu Pangsapuri Desa Riang ini mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika beliau mengadakan lawatan ke negeri ini tahun lepas melalui peruntukan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.
"Kita harap menerusi peruntukan ini ia akan dapat meringankan masalah yang dihadapi penduduk," katanya kepada pemberita selepas merasmikan lif baharu di pangsapuri itu di sini semalam.
Turut hadir Ketua UMNO Bayan Baru, Datuk Abdul Rahim Saibu.
Sementara itu, beberapa penduduk yang ditemui gembira dengan peruntukan berkenaan dan berharap kerja-kerja menggantikan kedua-dua lif itu dapat dilakukan secepat mungkin.
Rubiah Dollah, 55, melahirkan rasa gembira apabila hasrat penduduk untuk mendapatkan kemudahan lif baharu di pangsapuri itu akhirnya tercapai.
"Apa yang kami perjuangkan selama ini sudah tercapai malah saya terharu kerana Kerajaan Pusat merealisasikan impian kami," katanya.
Menurut seorang lagi penduduk, Rosinah Saad, 44, dia sangat teruja apabila mendengar bahawa pangsapuri yang dihuninya sejak 20 tahun lalu itu mendapat perhatian Kerajaan Pusat.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0225&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2LsUK6pqr 
Hakcipta terpelihara 

BLOG PENANG: 09 <b>di Batu uban</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Nov 2012 09:45 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

kampung tertua terjejas - Kpg <b>Batu Uban</b> | AHLI MAJLIS MPPP

Posted: 02 Sep 2012 08:26 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]"Nan Intan singgah di Batu Uban sementara satu lagi bahtera, yang juga dikenali dengan Nakhoda Bayan singgah di Bayan Lepas. Bahtera ketiga iaitu Nakhoda Kecil singgah di Jelutong. "Beliau merupakan orang paling ...

09 di Batu kawan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Batu kawan - Google Blog Search


Kes saman fitnah Penyelaras BN <b>Batu Kawan</b> selesai <b>di</b> luar <b>...</b>

Posted: 25 Nov 2012 10:14 PM PST

GEORGETOWN, 26 Nov : Kes saman fitnah oleh Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Batu Kawan A Mohan terhadap dua pembantu peribadi kepada Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy, iaitu M Satees dan M Amal Dass diselesaikan di luar mahkamah. 

A Mohan

Hakim Mahkamah Tinggi, GV Varghese hari ini merekodkan penyelesaian itu selepas Mohan, Satees dan Amal Dass bersetuju berbuat demikian (bersetuju menyelesaikannya di luar mahkamah). 

Dalam terma penyelesaian yang diedarkan oleh defendan, Satees dan Amal Dass mengaku mengeluarkan kenyataan mengenai Mohan di dalam satu sidang akhbar yang diadakan pada 3 September 2011 di Pusat Khidmat Ramasamy di Taman Supreme, di sini. 

Bagaimanapun, kedua-dua defendan menyatakan tidak pernah berniat untuk memperkecilkan atau memfitnah Mohan dalam apa juga cara, dan mereka memohon maaf sekiranya membuat plaintif tersinggung. 

Mohan diwakili peguam bela Baljit Singh dan V Amareson manakala Satees dan Amal Dass diwakili peguam S Murali. – BERNAMA

Category: Bahasa Malaysia

09 di balik pulau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di balik pulau - Google Blog Search


BN yakin mampu rampas semula Parlimen <b>Balik Pulau</b> <b>...</b>

Posted: 20 Feb 2013 05:30 PM PST


PULAU PINANG 20 Feb. - Barisan Nasional (BN) yakin mampu merampas semula kerusi Parlimen Balik Pulau di sini, menerusi kehendak rakyat melalui Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Muhamad Farid Saad berkata, keyakinan itu berdasarkan maklum balas daripada pengundi di kawasan berkenaan menerusi program anjuran BN dan UMNO yang diadakan secara berterusan sejak 2008.
"Sejak hari pertama hilang kerusi Parlimen Balik Pulau pada 2008, kita bermuhasabah diri dan mencari punca kepada penolakan rakyat ketika itu.
"Walau bagaimanapun, apa yang berlaku tidak menjadikan UMNO dan BN terus lemah, sebaliknya kita bangkit kembali dengan mengatur pelbagai program bagi mendekati rakyat dan menghulurkan bantuan kepada mereka," katanya.

09 di seberang jaya - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di seberang jaya - Google Blog Search


Hot ! Tarian seksi K-Pop <b>di</b> ceramah Impian Rakyat <b>Seberang Jaya</b> <b>...</b>

Posted: 05 Jan 2013 09:00 PM PST

Tak berganjak daripada tempat duduk pun juak-juak PAS  bila menyaksikan tarian K-Pop seksi  di malam Impian Rakyat  di tapak Ekspo Seberang Jaya .

Ini lah hiburan Pakatan untuk  pencacai-pencacai PAS yang berkopiah putih selain mendengar ceramah pelawok2 seperti Mat Sabu dan lain-lain .

Kalau sebelum ini mereka tuduh BN buat konsert seperti di I-City , apa bezanya dengan tarian amoi K-Pop ini dibuat Pakatan Rakyat P.Pinang ?

Nampaknya puak-puak  PAS dah  liberal pasala boleh terima dah acara menari-menari di ceramah pakatan..hahaha

09 di Gelugor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Gelugor - Google Blog Search


yob siput bakar, <b>gelugor</b> p.pinang - yang halal itu fardhu, yang lazat <b>...</b>

Posted: 06 Feb 2013 02:51 AM PST

MENYAJIKAN hidangan yang berbeza daripada gerai makan biasa, gerai Yob Siput Bakar mampu menambat selera penggemarnya.
Kedai milik Abdul Rahim Omar, 47, di Jalan Akuarium, Gelugor, Pulau Pinang itu amat istimewa kerana hanya menyajikan siput sebagai menunya.
Antaranya siput sudu, siput unam, kerang bulu, siput duri dan juga kerang yang dibakar atau rebus.
Hidangan makanan laut eksotik yang segar itu disajikan dengan air asam dan kuah rojak yang membuatkan penggemarnya kecur air liur sama ada diratah begitu sahaja atau dimakan bersama nasi putih.
Kedudukan gerai yang tersorok dari jalan utama menyebabkan ramai pengunjung yang datang pertama kali agak sukar mencarinya.
Bagaimanapun rasa lelah itu hilang sebaik hidangan siput yang dibakar menggunakan tempurung kelapa bagi menggantikan arang itu tersaji di depan mata.
Abdul Rahim yang merupakan penggemar siput sejak kecil berkata, beliau mula berniaga siput bakar di kampungnya di Parit Buntar, Perak sepanjang bulan puasa sejak beberapa tahun lalu.
Katanya, gerai Yob Siput Bakar dibuka sejak tiga bulan lalu setelah melihat sambutan baik daripada pelanggan.
"Ini merupakan makanan tradisi orang Perak yang cukup popular ketika bulan puasa lalu saya terfikir mungkin ia mendapat sambutan sekiranya dihidangkan kepada penggemar siput di di sini pula.
"Bekalan siput diperoleh setiap hari dari Bagan Tiang bagi memastikan kesegarannya.
"Purata saya menjual antara 30 hingga 40 kilogram siput pelbagai jenis, tetapi adakalanya bekalan sukar diperoleh misalnya siput duri," ujarnya.
Waktu operasi kedai Yob Siput Bakar bermula pukul 5 petang hingga 12 tengah malam dan ditutup pada hari Ahad.
Jelas Abdul Rahim lagi, teknik membakar siput menggunakan tempurung kelapa di dapur menyebabkan siput lebih cepat masak dan rasanya juga sedap.
Selain siput, Rahim turut menyediakan hidangan sampingan seperti sotong kangkung yang menggunakan sos resipi keluarganya dari Perak.
"Harga sepinggan siput ialah RM5 bagi setiap setengah kilogram (kg) manakala bagi sotong kangkung pula RM10 sepinggan.
"Kebanyakan pelanggan yang datang ke gerainya pula terdiri daripada masyarakat setempat termasuk dari luar Pulau Pinang dan berbilang bangsa. Ramai daripada mereka menggemari siput dibakar," katanya.
Sementara itu, seorang pelanggan, Mohd. Yatimi Khairy, berkata dia kini menjadi pelanggan tetap Yob Siput Bakar dan tidak akan melepaskan peluang menjamu selera di situ jika mempunyai urusan kerja di Pulau Pinang.
Beliau yang menetap di Kedah memberitahu, pertama kali ke gerai itu bulan lalu setelah diperkenalkan rakannya.
"Sudah empat kali saya ke gerai ini kerana sukar memperoleh makanan itu di tempat lain. Memang saya cukup berpuas hati dengan makanan serta harganya yang berpatutan," ujarnya.
Pendapat sama juga disuarakan pelanggan, Mohd. Khairul Annuar yang memberitahu sajian di gerai tersebut memang memenuhi cita rasa semua orang khususnya penggemar makanan laut.
"Kalau ke pantai pun bukan senang untuk kita cari siput itu pun jika bernasib baik. Gerai ini bukan sahaja lain daripada yang lain, tetapi pesanan juga cepat diterima pelanggan," katanya.
 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved