Khamis, 14 Mac 2013

09 di Ceruk Tok Kun - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Ceruk Tok Kun - Google Blog Search


Manifesto PR: Anwar Kurang Puas Hati | Gelagat Anwar

Posted: 25 Feb 2013 02:54 AM PST

Februari 25, 2013 at 6:54 pm

anwar officeWalaupun nampak perasmian manifesto PR berlangsung dengan baik pagi tadi, rupa-rupanya timbul isu bahawa Anwar tidak terlalu berpuas hati dengan pembentangan akhir yang dilakukan. Paling merisaukan Anwar adalah kekurangan penambahbaikan cadangan yang dikemukakan sebelum ini. Nampak macam tangkap muat.

Anwar maklumkan bahawa dia menerima ratusan sms yang merasakan manifesto PR kali ini kurang menarik dan belum mampu menjamin kemenangan. Banyak isu yang masih belum diperhalusi dengan teliti. Antara bab yang paling dirasakan tidak cukup tarikan adalah soal pengangkutan awam. Anwar sendiri mengakui bahawa ianya terlalu retorik dan tidak memberikan cadangan yang lebih konkrit. Dana RM2b yang dikemukakan terlalu umum dan tidak diberikan pernyataan secara spesifik.

Selain daripada itu, Anwar juga mengemukakan ketidakpuasan hati dalam beberapa perkara:-

1. Kehadiran yang tidak memuaskan hati. Tidak menampakkan solidariti PR yang sebenar.
2. Terlalu banyak penubuhan Suruhanjaya, tidak menampakkan 'urgency'.
3. Bab khas mengenai 'sumber' kewangan untuk melaksanakan bajet tidak dimasukkan.
4. Tidak banyak penambahbaikan berbanding Buku Jingga.
5. Belum cukup tarikan untuk menang PRU.
6. Bab mengenai Islam terlalu retorik – Anwar minta Pas perbaiki dalam manifesto mereka di peringkat negeri.
7. Tumpuan Rafizi tidak fokus kepada manifesto – terlalu melihat peluang kemenangan di Pandan.
8. DAP kelihatan tidak komited dengan manifesto kali ini.

Persoalannya, apakah Anwar tidak melihat dahulu teks akhir cadangan manifesto ini? Jika benar, apakah akan ada usaha pembetulan kepada manifesto nanti.

Anwar mahu manifesto ini dikaji semula, melihat kepada cadangan yang bakal dikemukakan oleh BN nanti. Anwar sedang usahakan untuk mendapat info dan maklumat mengenai manifesto BN daripada sumber yang beliau kenali. Katanya seorang bekas Setiausaha Politik akan memberikan info menyeluruh mengenai manifesto BN dalam masa yang terdekat ini.

Entry filed under: ANWAR IBRAHIM, Dato Seri Anwar Ibrahim, Pakatan Rakyat, PKR, PRU 13. Tags: , , , , .

videoceramah isu semasa dsai pada 8.1.2010 <b>di ceruk tok kun</b>

Posted: 10 Jan 2010 04:39 AM PST


VEDIO SETERUSNYA BOLEH DI TONTON DI. BLOG KLIK SINI

di negeri pulau pinang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri pulau pinang - Google Blog Search


Jawatan Kosong Kerajaan <b>Negeri Pulau Pinang</b> - Tarikh Tutup : 20 <b>...</b>

Posted: 11 Mar 2013 12:06 PM PDT

JAWATAN:
1. JURUTEKNIK (AWAM) J17
2. JURUTEKNIK KOMPUTER FT17

IKLAN JAWATAN:
http://e2psm.penang.gov.my/login.php

BORANG PERMOHONAN ONLINE:
http://e2psm.penang.gov.my/login.php

Tarikh Tutup : 20 Mac 2013

09 di Batu uban - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Batu uban - Google Blog Search


KedahLanie.info: Isu Kg. <b>Batu Uban</b> Penang : Umno buat Taik..Guan <b>...</b>

Posted: 18 Jan 2013 11:30 PM PST


Isu kampung batu uban..TERKINI

Sejak diadakan demostrasi 20 Penduduk Kampung Batu Uban sebanyak 2 kali awal bulan Jan 2013 lalu di tepi Jalan Sultan Azlan Shah yang menuntut supaya Pemaju Era Kemas sdn bhd ,Pemaju Broker Tanah yang dikuasi Naib Ketua Bahagian Umno Tasek Gelugur barulah mereka setuju nak jenguk jumpa dan berunding dengan 20 penduduk Batu Uban...

Pada Isnin 14/1/13 Pengarah urusan Era Kemas Iaitu Isteri kepada Naib Ketua Bahagian Umno Tasek Gelugur datang sendiri Ke dewan JKKK Batu Uban mencadangkan semula kepada Penduduk dengan offer dana perpindahan (pada offer terdahulunya sejak 2011 adalah RM4000 dan sewa di diluar kampung RM 800 ) tapi kini dipotong 50% kepada Rm2000 dan Rm400.. Penduduk tidak setuju dan keluar dewan..

Semalam 17/1/13 datang semula lagi dan memenuhi tuntutan penduduk dengan berjanji akan membuat bayaran penuh dengan syarat ,jika penduduk nak tuntutan ini dipenuhi maka "PENDUDUK KENA BUAT PENGAKUAN DI HADAPAN WARTAWAN AKHBAR YANG ERA KEMAS SDN BHD TIDAK MENIPU PENDUDUK DAN MENUNAIKAN JANJI DULU "

Setelah semua maklum akibat demostrasi ini merupakan tekanan memalukan pemaju.. MAKA Logiknya....setelah malu dengan ungkapan ungkapan kain rentang dan play card yang mengecam ERA KEMAS PENIPU DAN SEBAGAINYA.. Barulah mereka lembut hati, tu pun setelah beberapa kali Solat Hajat dibuat malah diperkecilkan solat hajat ini oleh si Pengarah Era Kemas ini. Dikhabarkan beberapa Orang Kuatnya termasuk peguamnya kini diuji Allah dengan penyakit kronik adanya yang koma .nauzubillah.

Sebelum pertemuan malam tadi dengan pemaju ,penduduk telah pun berunding dengan saya dan saya cadangkan mereka berbincang sebaik mungkin tanpa kehadiran saya (sebab terpaksa menghadiri satu mesyuarat Pilihanraya ) dan tuntut supaya Pemaju menunaikan janji yang mereka janji dahulu seperti tawaran yang dibuat semasa Ogos 2012 ,

Pemaju ini tanyalah kepada penduduk yg biasa berunding dengan Pengarahnya yang suatu ketika dahulu amat angkuh dengan mengatakan mereka (Pemaju) tidak akan berunding lagi dengan 20 orang yang engkar ini dan akan memastikan mereka keluar dari kampung ini sehelai sepinggang tanpa mendapat apa apa imbuhan ganti rugi....inilah keangkuhan PEMAJU UMNO INI..akhirnya mereka kembali melutut akur tuntutan rakyat...

Saya sebagai setiausaha JKKK serta Ahli Majlis MPPP yang tinggal dikawasan Kampung Batu Uban ini telah melakukan yang terbaik untuk penduduk dalam menyokong dan membantu mereka dalam menuntut hak hak mereka ditunaikan dan diberi semula oleh Pemaju seperti yang dijanjikan.

RAKYAT TASEK GELUGUR KHUSUSNYA DAN ORANG MELAYU AMNYA PASTIKAN JIKA CALON UMNO BN ini iaitu Naib Ketua Bahagian Unmo Tasek Gelugur ini BERTANDING MAKA TOLAK MEREKA YANG TELAH MELAKUKAN BANYAK KEMUSNAHAN TANAH ORANG MELAYU PULAU PINANG DAN BERIKANLAH KEMENANGAN KEPADA CALON DARI PAKATAN RAKYAT YANG PASTINYA BERSAMA MEMPERJUANGKAN HAK RAKYAT....

HANCUR UMNO. TAKBIR, ALLAHUAKBAR X3

Iszuree Ibrahim
Lajnah Pembangunan Tanah Dan Wilayah
Pas Negeri Pulau Pinang..

Penduduk Kampung <b>Batu Uban</b> Minta Kerajaan Iktiraf Kampung <b>...</b>

Posted: 04 Dec 2012 11:01 PM PST

5 Dec

30/11/2012 : Batu Uban : Penduduk Batu Uban berdemo di hadapan Masjid Batu Uban selepas solat Jumaat menuntut kepada Menteri Dato Seri Rais Yatim supaya mengisytiharkan Kampung Batu Uban sebagai Kampung warisan Melayu. Kampung ini telah wujud di sini semenjak tahun 1734.

Pihak penduduk telah menghantar berpucuk-pucuk surat kepada Dato Seri Rais tetapi ianya tidak dilayan.

09 di kepala batas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di kepala batas - Google Blog Search


Gambar-gambar Jom Kurus Utara: Alor Setar, <b>Kepala Batas</b> dan <b>...</b>

Posted: 03 Mar 2013 06:33 PM PST

Berikut adalah beberapa gambar dari sessi Jom Kurus bersama Kevin Zahri buat kali pertama di Alor Setar, Kepala Batas dan Ipoh. Terima kasih kepada semua yang hadir dan selamat berjaya dalam melakar dan execute pelan kurangkan berat badan yang tersendiri.

1 Mac 2013: Alor Setar, Kedah

Sessi Jom Kurus Alor Setar di pusat INSPIN.

2 Mac 2013: Kepala Batas, Penang

Di Pusat Budi Penyayang.

3 Mac 2013: Ipoh, Perak

Di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak.

09 di tasek gelugor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di tasek gelugor - Google Blog Search


IdaMan: Rahman Mydin Berucap Di Pentas PAS, <b>Di Tasek Gelugor</b>

Posted: 03 Dec 2012 04:00 AM PST


TASEK GELUGOR: Bekas Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Seri Rahman Maidin bersedia jadi ombak untuk memghempas benteng pantai sehingga pecah.
(Rahman Mydin berucap di pentas PAS di Tasek Gelugor)

Ujarnya, "biar pecah benteng lama yang sudah tidak kukuh.  Kita bina kembali dengan benteng yang kuat dan padu.

"Jika digambarkan suasana di lautan saya pilih ombak sebab ombak dia boleh bersihkan pantai bahkan bukan setakat bersih dia boleh hancurkan benteng yang tak kukuh, " ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya selepas berucap di majlis makan malam anjuran Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pulau Pinang dengan kerjasama PAS Kawasan Tasek Gelugor di Taman Desa Murni, Sungai Dua Semalam.

Ini adalah antara majlis awal Rahman selepas mengumumkan penyertaannya ke dalam PAS.

Rahman menyerahkan borang penyertaannya ke dalam PAS malam Ahad lalu di Batu Pahat, Johor.

Kemasukannya ke dalam PAS memberikan semangat baru berdasarkan pengalaman luas beliau dalam perniagaan dan juga media.

Rahman pernah menjadi Pengerusi MRCB, syarikat yang mengawal media utama negara ketika itu.

Benteng usang

"Sudah sampai masanya, benteng usang diganti supaya rumah atau pokok yang ada berdekatan pantai dapat diselamatkan.

"Jika ombak kuat berlaku di tengah lautan pun tegasnya, alunanya boleh menenggelamkan kapal besar yang muatanya berlebihan.

"Kemasukan saya dalam PAS bukan untuk apa-apa tujuan melainkan ingin membantu PAS bersama Pakatan Rakyat menjatuhkan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum ke 13 nanti, " katanya yang juga bekas Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang.

Berucap sama dalam program tersebut ialah Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Pengerusi DHPP Pusat, Hu Pang Chau. harakahdaily

09 di Batu maung - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Batu maung - Google Blog Search


N37 <b>Batu Maung</b>: Himpunan Jentera Pilihanraya DUN <b>Batu Maung</b> <b>...</b>

Posted: 02 Mar 2013 10:40 AM PST

1 Mac 2013 Himpunan Jentera Pilihanraya Pakatan Rakyat DUN Batu Maung N37 di Bilik Gerakan Utaman DUN Batu Maung sebagai persediaan untuk menghadapi Piliharaya Umum 2013. Setiap warga Parlimen Bayan Baru dan Batu Maung yang layak mengundi dalam Pilihanraya Umum yang bakal tiba wajib mempertahankan Kerajaan Rakyat yang ditubuhkan selepas Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih tampuk pimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Selepas pemerintahan baru, Kerajaan Negeri berjaya dengan cemerlang apabila diiktiraf sebagai negeri yang berjaya menghapus rasuah dan berjaya mendapat pelaburan asing yang tertinggi di Malaysia. Selain itu, Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat dibawah pimpinan YAB Lim Guan Eng telah berjaya membayarkan hutang kerajaan negeri dari RM 630 juta hinggalah hutang tersebut berbaki lebih kurang RM 30 juta. Himpunan Petugas Pilihanraya DUN Batu Maung juga dihadiri oleh YB Dato' Mansor Othman Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang juga merupakan naib presiden Parti Keadilan Rakyat dan juga Pengarah Pilihanraya Negeri Pulau Pinang PKR Y. Bhg. Dato Mustapha Kamal.

 YB Dato' Abdul Malik memberikan ucapan sempena malam himpunan tersebut

 Antara petugas yang hadir bersama-sama telah bersedia menghadapi Pilhanraya Umum 2013


 Dato Mustapha atau pak Mus turut hadir bersama


 YB Sim Tze Tzin turut hadir dalam bersama-sama merampas kembali Parlimen Bayan Baru













 YB Dato Johari Abdul Ahli Parlimen Sg. Petani hadir dalam program himpunan sebagai ahli majlis pimpinan Pusat  Parti Keadilan Rakyat memberikan ucapan dalam strategik kemenangan rakyat







N37 <b>Batu Maung</b>: Program Bantuan Cermin Mata DUN <b>Batu Maung</b>

Posted: 04 Mar 2013 01:44 AM PST

Program Bantuan Cermin Mata DUN Batu Maung telah disampaikan oleh YB Dato' Hj Abdul Malik Kassim di Bilik Gerakan PPS Permatang Damar Laut. turut hadir bersama-sama adalah pemimpin JKKK kawasan. Seramai 52 Penerima bantuan yang datang dari seluruh DUN Batu Maung melibatkan pelbagai lapisan generasi dari kanak-kanak hingga ke peringkat warga emas yang mempunyai masalah rabun mata telah menerima bantuan tersebut. Program telah diadakan pada 2 mac 2013 jam 5.00 petang. YB Dato' bergegas datang ke program selepas bersama-sama YAB Ketua Menteri selepas pengumuman pemberian wang saguhati di PDC kepada anggota keluarga yang terlibat dalam peristiwa tersebut.















09 di Bayan lepas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Bayan lepas - Google Blog Search


Gambar Remaja Yang Maut Dalam Kemalangan <b>Di Bayan Lepas</b> <b>...</b>

Posted: 10 Sep 2012 02:35 AM PDT

Inilah gambar remaja perempuan berusia 17 tahun yang maut dalam kemalangan di Bayan Lepas apabila motosikal yang dinaiki di rempuh oleh sebuah lori ais. Mangsa, Nur Syazana Azemi, 17 mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan beberapa anggota badan yang lain.

Rakan karib mangsa, Amira Ayuni Mohd Kaharudin Ihsan, 17 berkata, Nur Syazana merupakan seorang yang amat periang.

"Kami mulai rapat sejak tingkatan tiga dan Jumaat merupakan kali terakhir kami berjumpa selepas selesai menduduki peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Semalam (kelmarin) sekolah ada buat jamuan Aidilfitri dan saya diberitahu yang arwah beria-ria mengajak rakan-rakan bergambar bersama. Saya tak sangka kejadian ini akan menimpa rakan baik sendiri dan berasa amat sedih," katanya.

Marilah sama-sama kita sedekahkah Al-Fatihah kepada allahyarham dan semoga roh allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…Al-Fatihah.

(GAMBAR) Remaja 17 Tahun Maut Dirempuh Lori Ais

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Incoming search terms:

09 di permatang pauh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di permatang pauh - Google Blog Search


Anwar tarik 200,000 ceramah <b>di Permatang Pauh</b>? | The Unspinners

Posted: 02 Feb 2013 12:32 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Anwar tarik 200,000 ceramah di Permatang Pauh? Posted by The Unspinners at 2/02/2013. Mana ada 200,000 ... 2,000 pun tak ada. 200-250 sajer. Inilah akibat Anwar menjatuhkan martabat wanita menjadi hanya untuk ...

09 di tanjung tokong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di tanjung tokong - Google Blog Search


&#39;Kenapa mereka bertindak kejam?&#39;

Posted: 13 Mar 2013 09:28 AM PDT


Sebuah sangkar ini bernilai hampir RM500, namun dibuang ketika kandangnya dirobohkan.


Inilah bekas tapak yang dirobohkan oleh sebuah syarikat pemaju perumahan


Shahrizat menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.

TANJUNG TOKONG - "Kalau diikutkan hati, tahap kesabaran saya boleh dianggap sehingga membunuh orang, tetapi iman saya masih kuat, saya berpegang kepada agama."

Demikian rintihan seorang anak muda berusia 26 tahun apabila kandang lembu, kambing dan ayamnya dirobohkan oleh sebuah syarikat perumahan.

Tanpa sebarang notis, kandang miliknya yang sudah berusia hampir lima tahun itu hilang sekelip mata.

Shahrizat Ahmad berkata, kejadian berlaku pada Februari tahun lalu, namun sehingga kini dia langsung tidak menerima sebarang pampasan daripada syarikat perumahan berkenaan.

Menurutnya, sedangkan dia mempunyai sijil pendaftaran daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

"Hairannya hampir kesemua premis di Kampung Tanjung Tokong ini menerima pampasan apabila kedai kopi atau kedai runcit dan sebagainya dirobohkan untuk tujuan pembinaan perumahan, tetapi saya langsung tidak menerima apa-apa pampasan.

"Lebih kecewa kejadian berlaku ketika saya tiada di kawasan kandang, saya dipanggil jiran terdekat dan apabila sampai, luluh hati saya.

"Kenapa mereka bertindak kejam terhadap saya, saya hanya anak muda yang mahu berdikari," katanya.

Usaha hampir tunjuk hasil

Gara-gara perobohan berkenaan, Shahrizat kerugian hampir RM30,000.

Lebih mengecewakannya apabila usahanya sudah hampir menunjukkan hasil kerana ada ternakannya yang sudah bunting.

Malah dia juga berhasrat untuk berkahwin setelah usahanya berjaya.

"Tapi semua sudah musnah, duit tiada, modal musnah, saya kehilangan semuanya dalam sekelip mata," kata Shahrizat.

Difahamkan kerja perobohan dilakukan berikutan kawasan berkenaan akan dibangunkan dengan perumahan menggantikan rumah-rumah lama di Kampung Tanjung Tokong.

Shahrizat yang juga dikenali dengan Ahmad Albab berkata, disebabkan kandangnya yang dirobohkan tanpa sebarang notis menyebabkan kambing, lembu dan ayam ternakannya terbiar di merata kampung.

Menurutnya, sehingga kini dia sendiri tidak dapat menerima hakikat bagaimana benda yang bernyawa dilakukan sedemikian rupa sehingga menyebabkan ada yang mati.

"Pada masa itu saya tidak sempat hendak selamatkan kambing yang sudah merata-rata, hampir 200 ekor ayam peru saya mati kerana tidak mempunyai reban.

"Saya pengusaha miskin, mana ada tempat lain lagi hendak saya letakkan," katanya.

Disebabkan tidak berpuas hati tindakan tidak bertanggungjawab pihak kontraktor yang mewakili syarikat perumahan itu, Shahrizat membuat empat laporan polis.

Dalam masa yang sama, dia juga mendesak supaya diberikan lokasi ternakan lain.

Kebenaran tiada pengesahan

Difahamkan, bagaimanapun kata putus diberikan tanpa surat hitam putih apabila wakil kontraktor membenarkannya menjalankan kegiatan ternakannya seperti biasa di tanah kosong belakang perumahan transit di Tanjung Tokong.

Namun lain masalah timbul apabila tiada pihak mahu mengesahkan status tapak ternakannya sehingga kebanyakan permohonan tidak dapat diluluskan, antaranya termasuk permohonan mendapatkan baka daripada Jabatan Veterinar, pinjaman Tabung Ekonomi Usahawan Nasional (Tekun) dan sebagainya.

Shahrizat berkata, dia kecewa kerana ada segelintir pihak yang bertanggungjawab tidak mahu membantu anak Melayu sepertinya yang mahu berdikari.

"Saya amat berharap supaya syarikat yang berkenaan beri pampasan kepada saya dan iktiraf tapak yang saya duduki sekarang. Saya utarakan masalah ini kerana mahu nasib anak muda seperti saya tidak ditindas selama-lamanya," katanya.

SUMBER:http://www.sinarharian.com.my/edisi/...kejam-1.139264

09 di Bukit jambul - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Bukit jambul - Google Blog Search


<b>Bukit Jambul</b> | IndonesiaBox

Posted: 14 Jun 2011 05:21 PM PDT

Bagikan artikel ini:

Bukit Jambul

76883826.ppawHRf5

Bukit-Jambul


Bukit Jambul adalah sebuah tempat tujuan pariwisata di Karangasem berupa kombinasi yang harmonis antara perbukitan, persawahan, lembah, dan panorama laut yang indah. Dari ketinggian bukit kita bisa menyaksikan keindahan alam di bawahnya. Untuk mencapai ke Bukit Jambul, anda hanya perlu berkendara selama 20 menit dari Pura Besakih.
Bukit-JambulBukit-Jambul

Anda mungkin juga tertarik...

09 di bagan ajam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di bagan ajam - Google Blog Search


Rakyat Persoal Cadangan Bina Terowong Dasar Laut - Politik Harian

Posted: 10 Mar 2013 09:00 AM PDT


Cadangan Kerajaan Pulau Pinang untuk membina terowong dasar laut di negeri ini mendapat reaksi kurang menyenangkan daripada rakyat khususnya yang melibatkan aspek keselamatan pengguna serta kesan terhadap alam sekitar.

Beberapa peserta majlis dialog mengenai cadangan pelaksanaan projek jalan-jalan utama dan terowong di Pulau Pinang dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng di sini hari ini, mempersoalkan keperluan pembinaan terowong dasar laut itu.

Tony Phuah, 30an, seorang penyelidik bebas mempersoalkan tindakan kerajaan negeri yang dilihat tergesa-gesa mengumumkan cadangan pembinaan terowong itu pada waktu yang hampir dengan pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

"Mengapa projek ini diumumkan dalam masa yang begitu hampir dengan pilihan raya dan adakah sekiranya pembangkang berjaya ke Putrajaya projek terowong ini akan dibatalkan dan kerajaan akan memperkemaskan sistem pengangkutan awam," katanya dalam soalan kepada Guan Eng.

Guan Eng dalam jawapannya berkata cadangan pembinaan terowong itu telah dirancang sejak 2011 bertujuan membantu menyelesaikan masalah kesesakan di negeri ini.

Guan Eng baru-baru ini mengumumkan pembinaan terowong bernilai RM6.3 bilion itu menghubungkan Gurney Drive di pulau ini dengan Bagan Ajam sebelah tanah besar bertujuan mengurangkan kesesakan serta menambah pendapatan negeri.

Bagaimanapun menurut kajian Pensyarah Perancangan Bandar dan Wilayah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Madya Ahmad Fuzi Arshad pembinaan terowong itu tidak relevan kerana infrastruktur yang ada hari ini sudah memadai.

Beberapa peserta lain pula meminta kerajaan negeri memperkemas sistem pengangkutan awam di negeri ini agar lebih cekap.

"Rakyat sudah tidak mahu tunggu lagi. Kerajaan perlu laksanakan segera apa sahaja yang telah dirancang untuk selesaikan semua masalah trafik di Pulau Pinang," kata seorang peserta yang hanya mahu dikenali sebagai Michael.

Dalam jawapannya, Lim tetap menuding jari kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang didakwa tidak membantu kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah kesesakan trafik di negeri ini.

"Kita sudah bekerja keras dalam masa lima tahun ini untuk meningkatkan pengangkutan awam tetapi kerajaan BN yang bercadang untuk membina monorel pada 2006 hingga kini masih belum melaksanakannya.

"Tetapi bagi kita monorel itu sememangnya tidak sesuai dibina di sini dan kita akan membangunkan semula trem yang pernah wujud dahulu," katanya.

-AntaraPos

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved