Selasa, 19 Mac 2013

09 di Bukit mertajam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Bukit mertajam - Google Blog Search


Kanak-kanak 12 tahun hilang <b>di Bukit Mertajam</b> sejak Ahad lepas <b>...</b>

Posted: 26 Feb 2013 03:37 PM PST

Posted on February 27, 2013, Wednesday

BUKIT MERTAJAM: Seorang kanak-kanak lelaki Mohamad Daniel Haiqal Mohd Desa, 12, dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah bapa saudaranya di Flat Desa Wawasan, di sini sejak Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Azman Abd Lah berkata murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Sungai Rambai, di sini itu dilaporkan hilang antara jam 8 pagi hingga 9.30 pagi pada hari berkenaan.

Katanya, bapa saudara Mohamad Daniel membuat laporan polis berhubung kehilangannya setelah kanak-kanak itu tidak pulang dan gagal dikesan.

"Kanak-kanak itu tinggal dengan keluarga adik perempuan ibunya sejak awal tahun dan keluar dari rumah dengan membawa beberapa helai pakaian serta duit tabung.

"Bapa saudara mangsa yang merupakan peniaga kantin memaklumkan ketika dia hendak keluar pada jam 8 pagi, kanak-kanak itu masih berada di rumah dan Mohamad Daniel didapati hilang selepas beliau pulang ke rumah sejam kemudian," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Azman berkata Mohamad Daniel berbadan kurus dengan ketinggian lebih kurang 120 meter dan berat 30 kilogram dan ketika keluar dia memakai seluar jeans warna biru dan t-shirt warna putih serta berselipar.

"Dia juga membawa beg galas warna hitam dan menaiki basikal warna biru muda. Kita telah edarkan gambar kanak-kanak berkenaan di lokasi strategik seperti masjid, kafe siber, hentian bas dan gerai-gerai makanan," katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali kanak-kanak itu agar menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Ridzlan Fatim Roselan 017-2569037 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Pada perkembangan lain, Azman berkata polis mendapat beberapa maklumat terbaharu mengenai kes kehilangan seorang kanak-kanak lelaki India berusia enam tahun T. Sathiskumar, yang dilaporkan hilang sejak 8 Ogos tahun lepas di kawasan Jalan Permatang Pauh, di sini.

Katanya, polis juga telah merekodkan keterangan seorang lelaki bagi membantu siasatan dan yakin dapat mengesan kanak-kanak terbabit tidak lama lagi. — Bernama

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

09 di tasek gelugor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di tasek gelugor - Google Blog Search


<b>Tasek Gelugor</b> Portal: Generasi Muda Sokong BN !!

Posted: 06 Mar 2013 08:38 AM PST


Tasek Gelugor- 6 Mac 2013- YB Ustaz Shabudin Bin Yahya selaku Ketua UMNO Bahagian dan Pengerusi BN Tasek Gelugor hari ini 'turun padang' didalam Program Bersama 'Generasi Muda Sokong BN'.  Program tersebut juga turut dihadiri lebih 50 anak muda yang selama ini memberi sokongan kepada BN/UMNO Di Tasek Gelugor. Turut juga bersama-sama dalam lawatan tersebut adalah setiausaha UMNO bahagian Saudara Zambri Che Ros diikuti dengan barisan kepimpinan di kawasan.
Kumpulan 'Generasi Muda Sokong BN' ini melibatkan diseluruh jentera pemuda didalam kawasan PDM Jarak dan PDM Padang Menora.

Program dimulakan dengan YB Ustaz Shabudin mengetuai bacaan Al-Fatihah bagi disedekahkan kepada anggota keselamatan negara yang telah gugur dalam insiden serangan di Lahad Datu, Sabah baru-baru ini.
Dalam program yang berlangsung juga, kumpulan NGO, 'Generasi Muda Sokong BN', berjanji akan memberikan taat setia kepada Parti dan juga berjanji akan terus mempertahankan UMNO/BN dalam PRU13 tidak lama nanti.
YB Shabudin juga turut memberikan penerangan berkenaan tentang suasana politik di Pulau Pinang dan juga di Tasek Gelugor. Dalam ucapannya, beliau menegaskan dan mengakui kekuatan jentera Pemuda amatlah penting kerana jentera ini merupakan jentera utama ataupun boleh diketegorikan sebagai 'Front Line' bagi menghadapi pembangkang di Pulau Pinang.
Dengan itu beliau juga berharap ianya dapat dijadikan elemen utama kepada seluruh jentera UMNO/BN dalam usaha mendapatkan kembali Pulau Pinang dan mempertahankan Tasek Gelugor.
Selain menyampaikan taklimat dan penerangan khusus dalam program berkenaan, Beliau turut memberikan sedikit sumbangan kepada kumpulan NGO ini untuk bergerak dan menjalankan aktiviti-aktiviti dikawasan.- TGP.

09 di Batu maung - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Batu maung - Google Blog Search


N37 <b>Batu Maung</b>: Program Bantuan Cermin Mata DUN <b>Batu Maung</b>

Posted: 04 Mar 2013 01:44 AM PST

Program Bantuan Cermin Mata DUN Batu Maung telah disampaikan oleh YB Dato' Hj Abdul Malik Kassim di Bilik Gerakan PPS Permatang Damar Laut. turut hadir bersama-sama adalah pemimpin JKKK kawasan. Seramai 52 Penerima bantuan yang datang dari seluruh DUN Batu Maung melibatkan pelbagai lapisan generasi dari kanak-kanak hingga ke peringkat warga emas yang mempunyai masalah rabun mata telah menerima bantuan tersebut. Program telah diadakan pada 2 mac 2013 jam 5.00 petang. YB Dato' bergegas datang ke program selepas bersama-sama YAB Ketua Menteri selepas pengumuman pemberian wang saguhati di PDC kepada anggota keluarga yang terlibat dalam peristiwa tersebut.















09 di tanjung bungah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di tanjung bungah - Google Blog Search


Condominium for Sale in The Waterfront, <b>Tanjung Bungah</b>, Penang <b>...</b>

Posted: 06 Mar 2013 11:26 PM PST


09 di tanjung tokong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di tanjung tokong - Google Blog Search


selamat datang ke Tanjong <b>Tokong</b> Datuk Seri Najib, moga <b>...</b> - Rumah

Posted: 08 Dec 2012 12:30 PM PST

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK

semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melawat kampung aku, Tanjung Tokong, Pulau Pinang

emak aku berasal dan membesar di sini, malah aku sendiri pernah tinggal di sini ketika kecil

seingat aku, aku hanya betul-betul 'berpindah' daripada Tanjung Tokong waktu nak masuk alam persekolahan

ada pelbagai versi mengenai sejarah kampung ini namun yang pasti kewujudannya sejak 200 tahun yang lalu menjadikan Tanjong Tokong antara penempatan Melayu tertua di Pulau Pinang

Tanjong-tokong1

yang PALING PASTI, kampung ini juga adalah kampung Melayu paling kontroversi di Pulau Pinang kerana masalah hak milik dan pembangunan yang tak berkesudahan

untuk makluman korang, penduduk Tanjong Tokong dah berhadapan dengan masalah ini sudah hampir 40 tahun!

masalah kampung ini sangat kompleks…di saat ada pihak yang menganggap kampung ini tanah tradisi orang Melayu, ada pihak pula yang anggap mereka menumpang atau bahasa tepat lagi, setinggan!

banner

ada orang tanya aku, nama pun dah Tanjong Tokong, takkan ini kampung Melayu?

sekejap, ini ada jawapannya

nama Tanjong ( perkataan Melayu untuk tanah yang mengunjur ke laut)

Tok singkatan daripada Datuk dan Kong ialah gelaran seorang tokoh / panglima/pemimpin Melayu yang ulung, berkemungkinan besar pengasas kampung ini

justeru nama Tg Tokong yang ditulis mengikut huruf jawi sebagaimana yang terpampang pada papan tanda Masjid Tanjong To' Kong lebih jelas menggambarkan asal usulnya

takkan orang Melayu nak letak nama kampung dengan nama berhala pulak…logik juga, Wallahualam

actually mana  tokoh yang tak pernah datang ke kampung ini, Tun Razak pernah, Datuk Seri Anwar Ibrahim pun pernah…tapi masalah masih belum selesai

sedang krisis seolah-olah tiada jalan penyelesaiannya, pembangunan perumahan mewah semakin rancak dibuat hinggakan Tanjung Tokong dah macam Beverly Hills dah sekarang

seritanjung

penduduk Melayu makin terpinggir, sorang demi sorang terpaksa berhijrah meninggalkan kampung kerana tertekan dengan masalah yang tak sudah-sudah

apapun syukur kepada Allah kerana sudah nampak seolah-olah ada cahaya dan penamat ke atas masalah penduduk

aku difahamkan dengan kehadiran Datuk Seri Najib itu, masalah yang dihadapi kini menuju jalan penamat

antaranya Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) akan membelanjakan kos sebanyak RM165 juta untuk memberikan rumah percuma kepada mereka yang memiliki tanah atau warisnya di Tanjung Tokong.

untuk pengetahuan korang, kos membina setiap unit rumah berharga RM120,000, dan syarikat swasta menjual dengan harga sehingga RM300,000 seunit

tetapi katanya UDA berjanji akan menjual seunit rumah ini kepada Bumiputera dengan harga yang berpatutan, dan keutamaan akan diberi kepada penduduk asal kawasan tersebut

penyewa yang menyewa di kawasan tersebut melebihi 10 tahun juga boleh membeli rumah tersebut dengan harga diskaun 50 peratus dari harga RM42,000 ditawarkan

ini bermakna mereka hanya perlu membayar harga RM21,000 dari kos rumah yang ditanggung UDA yang bernilai RM120,000 seunit

UDA juga aku diberitahu merancang untuk membangunkan semula rumah pangsa di Fasa 1 dan 2 yang sudah berusia 30 tahun

preview76

kalau benar bagai dikata, aku bersyukur pada Allah

walaupun aku bukan lagi warga Tanjong Tokong, namun cubit peha kiri peha kanan terasa juga beb

ini kampung aku, ini tanah tok nenek aku…selamatlah kampung aku, Kampung Tanjong Tokong!

09 di permatang pauh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di permatang pauh - Google Blog Search


Program Dato&#39; Seri Anwar Ibrahim <b>di Permatang Pauh</b> « Demi Rakyat

Posted: 01 Mar 2013 01:46 AM PST

2 Mac 2013 (Sabtu)

1) 3.00 ptg – Perjumpaan – Guru-guru Maahad Tahfiz Masjid Negeri

Lokasi: Yayasan Aman Permatang Pauh
2) 4.00 ptg – Bersama Masyarakat Siam –

Lokasi : Wat Siam Teluk Wang, Penanti
3) 5.00 ptg – Bersama Anak-anak Muda

Lokasi: Bawah Jejambat Kubang Ulu
4) 6.00 ptg – Bersama Masyarakat Tionghua

Lokasi: Food Court Leng Huat, Taman Ciku
Bukit Mertajam
5) 7.15 mlm – Solat & Tazkirah Maghrib

Lokasi: Masjid Permatang Pasir
6) 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana Merdeka Rakyat

Lokasi: Tapak Parkir Medan Selera, Jalan Tenggiri,
(Sebelah Market Seberang Jaya)
7) Barisan Penceramah:

i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii. YAB Lim Guan Eng

iii. YB Dato' Mansor Osman

iv. YBhg Lt. Jeneral (B) Dato' Abdul Ghafir Abdul Hamid

v. Brig Jeneral (B) Dato' Najmi Ahmad

vi. YBhg Dr Afif Baharddin

09 di nibong tebal - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di nibong tebal - Google Blog Search


Sokongan rakyat kepada BN <b>di Nibong Tebal</b> meningkat

Posted: 22 Jan 2013 09:09 AM PST

NIBONG TEBAL - "Pelaksanaan walkabout, ceramah, melawat pesakit dan turun padang pemimpin dan jentera UMNO telah meningkatkan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN)."

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman menambah:

"Hasil daripada program-program yang dilaksanakan itu menunjukkan UMNO sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 pada bila-bila masa.

"Jentera parti telah bersiap sedia. Orang ramai telah menyertai program yang diadakan itu, ini petanda baik kepada BN."

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas majlis Penyampaian Bantuan Sara Hidup Nelayan di daerah Seberang Perai Selatan di Dewan Perda, Sungai Acheh di sini semalam.

09 di balik pulau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di balik pulau - Google Blog Search


Pakatan Rakyat yakin sapu bersih Parlimen <b>Balik Pulau</b> <b>...</b>

Posted: 14 Mar 2013 03:10 AM PDT

Saya yakin Pakatan Rakyat (PR) akan mengekalkan kemenangan di Parlimen Balik Pulau dan akan menguasai ketiga-tiga Dun di Balik Pulau kerana beberapa sebab:-

1. Kami berkerja untuk rakyat sejak menang Mac 2008 hingga kini. Kami tak pernah berhenti. Kami kerahkan segala instrumen yang ada seperti Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK), Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN), Ahli Majlis Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Jabatan-jabatan kerajaan seperti Pejabat Daerah, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pertanian, Jabatan Parit dan Saliran dan lain-lain secara padu untuk berbakti kepada rakyat sebagai membalas kepercayaan rakyat kepada kami. Akhirnya kami berjaya dan kami yakin untuk sapu bersih dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 ini kerana kualiti khidmat kami.

2. Dari segi logik, dulu kami menang tipis di Parlimen Balik Pulau dan kalah tipis di tiga DUN di Balik Pulau tanpa segala instrumen-instrumen tadi seperti JKKK, Penyelaras Adun, Ahli Majlis (MPPP) serta tanpa sokongan agensi-agensi kerajaan. Pada 2008 kami hanya mula kerja bila hampir pilihan raya. Kini dengan gerak kerja sejak 2008 dengan sokongan segala instrumen yang ada, saya yakin peluang untuk kami menang besar amat tinggi.

pakatan-rakyat3. Hasil gerak kerja kami yang ikhlas dan aktif, kami kini mempunyai ramai penyokong dan dari pelbagai bangsa. Mereka amat seronok dengan pembaharuan dan ketelusan kami. Kini kami ada sukarelawan Melayu, Cina dan India, sesuatu yang tidak kami miliki pada 2008. Takkan dengan sokongan padu mereka dalam PRU 13 nanti kami tak boleh menang dengan bergaya?

4. Gerak kerja kami sejak 2008 membuktikan tahap komitmen dan kualiti kerja yang tinggi yang hanya boleh dilaksanakan oleh pimpinan yang ikhlas dan bersemangat waja. Di akui dalam mesyuarat bersama pegawai-pegawai kerajaan, JKKK negeri lebih aktif berbanding JKKK pusat walaupun elaun Pengerusi JKKK negeri hanya RM450.00 berbanding elaun pengerusi JKKK pusat sebanyak RM800.00. Ini menunjukkan perjuangan kami bukan semata-mata kerana duit dan upah tetapi ikhlas untuk berkhidmat kepada rakyat.

5. Ketelusan kami juga rahsia keyakinan untuk kami sapu bersih di Balik Pulau untuk PRU 13 ini. Sama ada JKKK, Penyelaras Adun dan Ahli Majlis MPPP, segala sumbangan dan bantuan yang diberi diagih dengan adil kepada yang berhak menerimanya tanpa melihat warna parti yang disokong oleh penerima. Ketelusan ini menyebabkan kami memiliki ramai kawan dan penyokong. Senyuman dan penyertaan mereka apabila turut serta dalam program-program kami menambah keyakinan kami untuk menang besar.

6. Keaktifan ketiga-tiga penyelaras Adun di Balik Pulau yang menganjur pelbagai program dan aktiviti hampir setiap minggu serta perlaksanaan projek-projek pembangunan di Balik Pulau bagai menutup kewujudan Adun-adun Umno di Balik Pulau. Adun-adun Umno yang menang seolah-olah tiada dan tidak berfungsi walhal mereka memiliki kerajaan pusat yang pasti lebih berkuasa dan mempunyai bajet yang lebih besar berbanding kami. Situasi ini menambah keyakinan kami untuk menang besar.

7. Begitu juga dengan keaktifan Ahli Majlis MPPP yang mewakili warga Balik Pulau yang memainkan peranan besar kepada kejayaan perubahan di Balik Pulau. Dari agihan beg kitar semula kepada rakyat melalui penganjuran program Cleener Greener dan kesukanan yang dilaksanakan hampir setiap minggu, sumbangan-sumbangan apron percuma kepada perniaga, lawatan-lawatan rasmi dan mengejut ke pasar-pasar awam serta Kompleks Sukan Balik Pulau, lawatan dan penganjuran program gotong-royong untuk meningkatkan tahap kebersihan di Pantai Pasir Panjang dan Air Terjun Titi Kerawang, penaiktarafan lebih 10 taman-taman rekreasi di Balik Pulau, hinggalah kepada penaiktarafan Kompleks Makanan Taman Desa Genting yang bernilai lebih RM700,000 dan penaiktarafan Kompleks Sukan Balik Pulau dengan kos RM 2.7 juta adalah catatan rekod-rekod kecemerlangan yang jauh meninggalkan prestasi perlahan Ahli Majlis di era BN. Ini semua menyakinan kami untuk masuk pilihan raya nanti dengan bergaya dan Insyaallah akan menang dengan majoriti yang lebih besar.

8. Faktor tempoh masa persiapan yang lama telah menyebabkan jentera pilihan raya kami benar-benar bersedia berbanding PRU 12. Kami telah memulakan gerak kerja politik sejak menang pada Mac 2008 dan bertambah aktif apabila berlaku peralihan kuasa dari Tun abdullah kepada Datuk Seri Najib Razak dengan andaian Najib akan mengadakan pilihan raya untuk mendapat mandat rakyat. Rupanya Najib tak berani tutup kami tetap bersedia bila-bila masa untuk masuk dan menyertai pilihan raya. Siap siaga kami yang lama ini menambah rasa hati kami untuk mendapat majoriti yang lebih cemerlang.

9. Satu lagi kekuatan kami untuk berhadapan dengan pilihan raya kali ini ialah rekod cemerlang kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah Pakatan Rakyat (PR) dari pelbagai aspek. Dari aspek kebersihan, kerajaan PR Pulau Pinang hanya mengambil masa kurang dari lima tahun untuk mengeluarkan gelaran sinis 'Pulau Pinang Darul Sampah' yang ditinggalkan oleh kerajaan Pulau Pinang di bawah BN Umno yang memerintah hampir 50 tahun. Dari aspek pelancongan, dengan tahap kebersihan yang baik dan keaktifan penganjuran program-program kebudayaan peringkat domestik serta peringkat antarabangsa, kehadiran pelancong tempatan dan antarabangsa melonjak tinggi. Operator bisnes yang terlibat dengan sektor pelancongan seperti perhotelan, perkhidmatan pelancongan, homestay, restoran, industri desa dan lain-lain mencatat keuntungan berganda. Imej kerajaan PR sebagai kerajaan rakyat semakin terserlah apabila kerajaan negeri memperkenalkan skim-skim kebajikan sosial seperti Skim Anak Emas, Skim Warga Emas, Skim Bantuan Persekolahan kepada Pelajar Tahun 1 dan 4, Projek Titian Saksama Rakyat dan lain-lain skim yang mencakupi pelbagai lapisan umur, kerjaya dan etnik. Malah dengan urus tadbir kewangan yang cemerlang ia dipuji Ketua Audit Negara. Kerajaan negeri PR Pulau Pinang juga mencatat rekod dalam sejarah kewujudan Pulau Pinang apabila pendapatan negeri meningkat melebihi 310%.

10. Keutuhan Perpaduan dan kerjasama komponen dalam PR iaitu antara PAS,DAP dan PKR kini amat padu berbanding tahun 2008. Masa, Keadaan, tekanan dan provokasi Umno BN mematangkan kami. Usaha-usaha provokasi politik Umno BN yang berterusan adalah strategi kotor untuk pecah-belahkan persefahaman kami. Kami kini selesa bermesyuarat dan merancang serta melaksanakan program-program kemasyarakatan dan politik secara bersama dan untuk keuntungan semua komponen PR. Kami memahami dan menghormati perbezaan antara kami tetapi kami lebih fokus kepada persamaan matlamat di antara kami iaitu kami bertekad dengan jitu untuk menewaskan Umno BN untuk diganti dengan kerajaan PR yang terbukti lebih mesra, bersih dan telus demi kebaikan masa depan negara dan anak cucu kami.

Dengan antara kekuatan-kekuatan tersebut, kami yakin akan menang di tiga DUN dan akan mengekalkan kemenangan di Parlimen Balik Pulau dengan majoriti kemenangan yang lebih besar.

Mohd Taufik Sulong
Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Balik Pulau
Pengarah Pilihan Raya Adun Pulau Betong, Pulau Pinang
Ahli Majls Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=47351

09 di Gelugor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Gelugor - Google Blog Search


[Video] Rompak Bank <b>Di</b> Tesco <b>Gelugor</b>, Lelaki Bersenjata Parang <b>...</b>

Posted: 28 Feb 2013 04:20 PM PST

GEORGE TOWN: Seorang lelaki bersenjatakan dua bilah parang melarikan RM11,000 dari sebuah bank di pasar raya besar Tesco di Gelugor, di sini dalam tempoh kurang 15 minit, Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata pada kejadian pukul 12.56 tengah hari itu, suspek bertopeng serta memakai topi meluru masuk ke dalam bank itu dan mengacukan senjatanya ke arah pengawal keselamatan yang berada di pintu masuk.

"Lelaki berusia 20-an itu kemudiannya melempar beg kosong ke kaunter bank dan memaksa juruwang memasukkan wang tunai kira-kira RM11,000 ke dalam begnya sebelum melarikan diri," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.


Beliau berkata semasa kejadian terdapat tiga pelanggan dan tiga pekerja bank sedang berurusan di bank berkenaan.

Mazlan berkata polis sedang meneliti kamera litar tertutup (CCTV) yang ada di sekitar pasar raya itu bagi menyiasat beberapa aspek termasuk mengenai arah suspek itu memasuki bank dan kenderaan yang dinaikinya.

Beliau berkata polis yakin lelaki itu adalah individu yang terlibat dalam kes rompakan di lokasi yang sama dan menggunakan modus operandi serupa pada 15 Januari lepas.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi balai polis berdekatan," katanya. - BERNAMA

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved