Jumaat, 22 Mac 2013

09 di Ceruk Tok Kun - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Ceruk Tok Kun - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

09 di Bukit mertajam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Bukit mertajam - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

di negeri pulau pinang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri pulau pinang - Google Blog Search


Paradigma jadikan <b>Pulau Pinang negeri</b> nombor satu di - Roket Kini

Posted: 27 Feb 2013 09:23 PM PST

KETIKA pembentukan Malaysia pada 1963, pendapatan Malaysia mencapai 13.6% daripada pendapatan AS, manakala pendapatan Korea dan Taiwan, masing-masing lebih rendah iaitu 10.7% dan 12.6%.

Kini, lebih 50 tahun berlalu, Malaysia jauh ketinggalan dengan hanya separuh kekayaan dimiliki Korea dan Taiwan sedangkan dua negara itu melonjak menjadi ekonomi berpendapatan tinggi, manakala Malaysia masih terjerat dalam perangkap pendapatan sederhana, walaupun mempunyai banyak kelebihan sumber semulajadi berbanding negara berkenaan.

Sebab itu, Penang Institute yang diterajui ahli ekonomi terkenal yang juga Pengarah Eksekutifnya, Prof Datuk Woo Wing Thye (Penasihat kepada Perbendaharaan Amerika Syarikat) mengusahakan pelan 10 tahun menyeluruh iaitu Paradigma Pulau Pinang untuk menjadikan Pulau Mutiara itu negeri nombor satu di negara menjelang 2023.

Paradigma Pulau Pinang akan memulihkan dinamisme ekonomi negeri itu; meningkatkan tahap kesesuaian untuk didiami dengan kelestarian alam sekitar; mempercepatkan pembangunan sosial dalam mengukuhkan keharmonian dan memperluas penyertaan sosial.

"Kami percaya dasar utama yang dicadangkan untuk Pulau Pinang juga dapat diguna pakai oleh Malaysia secara keseluruhannya. Apa yang memanfaatkan Pulau Pinang akan juga memanfaatkan Malaysia kerana Pulau Pinang adalah penyumbang hampir setengah jumlah eksport barangan elektrik dan elektronik serta 9% KDNK negara.

"Kerana itu , kami mengambil keputusan melancarkan Paradigma Pulau Pinang di Kuala Lumpur juga, bukan sahaja untuk berkongsi pelan pembangunan kami, juga untuk mendapat maklum balas daripada semua untuk memperhalusi lagi pelan berkenaan," Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada sidang media di Hotel The Garden, Kuala Lumpur, semalam.

Dengan kata lain, katanya, kerajaan negeri Pulau Pinang mengamalkan pendekatan penyumberan ramai (crowd sourcing) untuk mendapat maklum balas bagi memantapkan lagi laporan Paradigma Pulau Pinang.

Pendekatan penyumberan ramai dan keterbukaan untuk menerima cadangan dan dasar yang lebih baik adalah pendekatan baru dan tidak sama dengan pelan pembangunan lama yang dilaksanakan tanpa rundingan umum yang tulen.

Walaupun beberapa tahun lalu, Kerajaan Persekutuan memperkenalkan pelbagai program termasuk Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) sebagai langkah untuk membebaskan Malaysia daripada perangkap pendapatan sederhana.

Namun, gagal kerana penyelesaian yang dicadangkan hanya bersifat superficial (cetek) dan tidak menghiraukan sebab asas kemelesetan ekonomi iaitu penyalahgunaan dasar sosio-ekonomi dan pemulihan berdasarkan hubungan dan bukannya pencapaian sektor kerajaan menyebabkan penghijrahan modal insan 'brain drain' yang ketara dan pengaliran keluar modal yang besar.

Pemusatan kuasa yang melampau di peringkat Persekutuan menghalang kerajaan tempatan menyediakan infrastruktur yang diperlukan untuk mendukung pembangunan tempatan dan kabur dalam operasinya, misalnya kontrak kerajaan yang tertutup dan runding terus hingga membiakkan ketidakcekapan dan korupsi.

Kesan negatif kepada pertumbuhan KDNK akibat faktor berkenaan tidak terserlah sebelum 1995 kerana diimbangi kemasukan FDI secara besar-besaran dan pelaburan negeri serta GLC yang kebanyakannya dibiayai pertumbuhan pasca-1974 dalam hasil minyak dan gas.

Bagaimanapun, perkembangan globalisasi pasca-1990 negara Asia lain menyebabkan sebahagian daripada FDI global yang diterima Malaysia merosot dengan ketara.

Penurunan penerimaan FDI global oleh Malaysia, bersama daya kewangan Kerajaan Persekutuan dan GLC yang lebih lemah selepas bertahun-tahun salah urus, menyebabkan keruntuhan pelaburan pada 2000, menjerat Malaysia terperangkap dalam pendapatan pertengahan bagi setengah dekad yang lalu.

Guan Eng yang juga Pengerusi Penang Institute berkata, kerajaan negeri Pulau Pinang memperkenalkan tiga kumpulan dasar untuk mengurangkan kesan mudarat rejim dasar Persekutuan di Pulau Pinang sejak Mac 2008, termasuk mengganti kapitalisme kroni dengan persaingan yang adil, misalnya tender terbuka untuk projek awam; memulakan desentralisasi dalam proses membuat keputusan, contohnya mendesak untuk pilihan raya pihak berkuasa tempatan dan menghentikan kemerosotan dalam kualiti perkhidmatan kerajaan, contohnya menggunakan prinsip Kompetensi-Kebertanggungjawaban-Ketelusan (CAT) dalam tadbir urus.

Paradigma Pulau Pinang

Komponen operasi Paradigma Pulau Pinang dibahagikan kepada strategi dan sasaran bagi dinamisme ekonomi, kesesuaian didiami dan kelestarian dan pembangunan serta keterangkuman sosial. Tiga sifat itu adalah saling bergantung antara satu sama lain.

Dinamisme Ekonomi

Paradigma Pulau Pinang bertujuan memperkukuh proses pemulihan dinamisme ekonomi dengan mencadangkan langkah dasar yang khusus dalam meningkatkan:

  • Pertumbuhan pembuatan berteknologi tinggi dan sektor berteknologi tinggi bio-pertanian, contohnya pengembangan sektor elektrik dan elektronik, industri peranti perubatan, industri makanan halal dan industri akuakultur.
  • Kemunculan aktiviti perkhidmatan moden bernilai tinggi seperti menjadi sebuah pusat global bagi pemprosesan perniagaan sumber luar (OBP).
  • Kerancakan pelancongan berpulangan tinggi, contohnya menjadi pusat perubatan serantau dan tempat percutian kegemaran bagi penduduk zon beriklim ketika musim sejuk.
  • Penubuhan hab pendidikan serantau.
  • Peralihan PKS menjadi pengeksport bertaraf dunia iaitu meniru pengalaman Taiwan.
  • Penyediaan perkhidmatan infrastruktur berkualiti tinggi, contohnya membekalkan internet paling laju untuk menyokong pusat OBP dan menjadi pelabuhan antarabangsa untuk memenuhi keperluan logistik IMT-GT;
  • Pembangunan pusat kecemerlangan dalam sains dan teknologi.

Kejayaan dalam setiap satu daripada tujuh bidang itu bergantung kepada ketersediaan modal insan yang mencukupi. Oleh itu, Paradigma Pulau Pinang juga membentangkan cadangan yang praktikal bagaimana untuk melatih, melatih semula, mengekalkan dan menarik modal insan ke Pulau Pinang.

Kesesuaian didiami dan kelestarian

Antara cadangan dasar utama mengenai "Kesesuaian Didiami dan Kelestarian" termasuklah langkah:

  • Untuk menjadikan perumahan mampu dimiliki semua dengan membaharui garis panduan pembangunan, memperkenalkan insentif berasaskan pengezonan dan membina rumah mampu milik melalui tender terbuka;
  • untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan meningkatkan keterhubungan dengan menjajarkan penggunaan tanah dengan perancangan pengangkutan, mendukung penggunaan pembangunan bercampur supaya orang dapat hidup, bekerja dan bermain lebih dekat antara satu sama lain, menggalakkan budaya jalan dan basikal, membina jalan pintas strategik untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas serta menghubungkan bahagian utara Pulau Pinang dengan bahagian utara Seberang Perai dengan laluan penghubung ketiga.
  • untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti ruang awam terbuka dengan menyusun semula keperluan ruang awam, menyediakan taman pantai lelurus di tanah tambakan baru, mengubahsuai tanah yang jarang dipakai untuk kegunaan awam seperti Dataran Warisan Prangin serta melibatkan komuniti perniagaan tempatan dalam usaha penambahbaikan bandar;
  • untuk meningkatkan kelestarian alam semula jadi dengan memerlukan pensijilan GBI, menghijaukan kawasan bandar, merekabentuk saliran induk baru dan pelan penuaian air dan mengurangkan permintaan air melalui pendidikan dan kawalan harga.

Pembangunan & Keterangkuman Sosial

Ketiga, Paradigma Pulau Pinang juga akan mempercepatkan pembangunan sosial dan meluaskan keterangkuman sosial di Pulau Pinang dengan melaksanakan program konkrit:

  • Untuk memerangi kemiskinan, ketidaksamaan dan diskriminasi dengan memastikan pendapatan isi rumah minimum RM770 sebulan, memperluaskan skim kredit mikro kepada golongan miskin, memudahcarakan mobiliti dan ketercapaian untuk warga emas dan OKU serta menubuhkan Jawatankuasa Keterangkuman Sosial dan Peluang Saksama;
  • Mengukuhkan sokongan keluarga dan masyarakat dengan memperluaskan ketercapaian penjagaan kanak-kanak dan warga emas, mewujudkan rangkaian pusat komuniti, meningkatkan rawatan pencegahan, menubuhkan klinik komuniti bergerak, menyediakan bantuan untuk rakyat Malaysia "tanpa kerakyatan" serta menubuhkan sebuah unit di bawah Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) untuk kebajikan dan perlindungan hak kanak-kanak;
  • Menggalakkan pemerkasaan ekonomi melalui pendidikan dengan menubuhkan Pusat Sehenti dan memudahcarakan Kerjasama Awam-Swasta untuk penubuhan prasekolah dan pusat-pusat pembelajaran awal, memulakan program pembelajaran kreatif, menyediakan laluan pendidikan alternatif, serta memperluaskan agenda untuk melatih, melatih semula, mengekalkan dan menarik modal insan; dan
  • Menginstitusikan pemerkasaan demokratik dengan mewajibkan pengisytiharan harta oleh semua wakil rakyat, melaksanakan Enakmen Kebebasan Maklumat, meningkatkan ketercapaian umum untuk maklumat kerajaan, mengagihkan kuasa pusat dan merasionalisasikan kuasa antara ketiga-tiga peringkat kerajaan serta meningkatkan proses perundingan awam.

Kesimpulannya, Paradigma Pulau Pinang adalah kerangka untuk membentuk masyarakat seimbang: yang dinamik dari segi ekonomi, sesuai didiami dan lestari, yang memperkasakan dari segi demokrasi dan menjamin keadilan sosial.

Inilah formula bagi Pulau Pinang untuk mencapai "pilihan" tiga mata iaitu untuk menjadi habitat pilihan untuk penduduk tempatan, tempat pilihan untuk pelancong serta lokasi pilihan untuk pelabur dalam menubuhkan perniagaan.

Hasilnya, Paradigma Pulau Pinang akan menjadikan Pulau Pinang No. 1 di Malaysia sebagai masyarakat seimbang serta Negeri pintar yang bertaraf antarabangsa. Kami percaya bahawa jika dilaksanakan di seluruh negara, Malaysia dapat membebaskan diri daripada perangkap pendapatan sederhana dan menjadi negara yang pintar dan bertaraf antarabangsa.-Roketkini.com

kerajaan <b>negeri pulau pinang</b> mengajurkan bn <b>...</b> - DAP Penang

Posted: 26 Feb 2013 07:31 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Kenyataan Media oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengumumkan peguam Tommy Thomas sebagai peguam Kerajaan Negeri untuk menyaman SPR dan Kerajaan.

09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

09 di kepala batas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di kepala batas - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

09 di Batu maung - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Batu maung - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di Batu maung</b> - Google Blog Search

Posted: 31 Jan 2013 03:05 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Batu maung</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Jan 2013 03:03 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Batu maung</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Nov 2012 12:00 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Batu maung</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Nov 2012 12:00 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Batu maung</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Nov 2012 03:13 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Warisan Darah dan Airmata <b>di</b> Muzium Perang Pulau Pinang.

Posted: 18 Nov 2012 07:55 AM PST

Oleh : Harith Faruqi Sidek
Antara lokasi yang menarik untuk dilawati jika melancong ke Pulau Pinang ialah Muzium Perang (War Museum) yang terletak di Batu Maung, atau alamat lengkapnya Lot. 1350, Mukim 12, Daerah Barat Daya, Batu Maung, 11960, Pulau Pinang. Muzium merupakan kubu perang yang asalnya dibina oleh tentera British sekitar tahun 1930an sewaktu era perang dunia kedua, ianya dibina sebagai langkah mempertahankan Pulau Pinang daripada serangan musuh. Kubu ini dibina dengan keluasan 20 ekar diatas Bukit Batu Maung, projek pembinaanya dipertanggungjawabkan kepada pasukan jurutera diraja British ( The Royal British Engineer) dengan bantuan buruh dari kalangan rakyat tempatan serta yang dibawa dari tanah jajahan British yang lain. 
Kubu ini dilengkapi dengan terowong bawah tanah serta kemudahan ketenteraan yang lain seperti kubu peninjau, berek tentera, penjara, kubu anti kapal terbang, meriam, pusat rawatan dan lain-lain. Sewaktu Pendudukan Jepun sekitar tahun 1942, kubu ini telah ditawan dan dijadikan markas dimana tawanan perang ditahan, diseksa dan dibunuh oleh tentera Jepun. Antara peninggalan yang menarik ialah dikawasan ini masih kekal beberapa buah perkuburan milik tentera British dan Jepun, malah kawasan dimana tentera Jepun melaksanakan hukuman pancung turut dipelihara.
Menurut seorang petugas, muzium ini mula dibersihkan untuk dipelihara pada tahun 2002, iaitu pada ketika projek pembangunan di kawasan Batu Maung mulai rancak, sebelumnya kubu lama ini terbiar dalam misteri, malah Bukit Batu Maung itu juga dikenali sebagai 'Bukit Hantu'. Pengurusan muzium perang ini dibawah tanggungjawab Penang War Museum Sdn. Bhd. Para pengunjung dikenakan yuran masuk sebanyak RM20 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak atau tiket keluarga (2 dewasa dan 2 kanak-kanak) bernilai RM55.
Melawat ke Muzium ini adalah amat disyorkan bagi pencinta sejarah, penyelidik atau para pelancong, ianya dapat memberi sedikit sebanyak gambaran nyata tentang warisan kehadiran tentera British dan Jepun di Tanah Melayu ketika kancah perang dunia kedua.

5,000 rumah mampu milik <b>di Batu Maung</b> | N9 Kini - Portal Berita <b>...</b>

Posted: 26 Aug 2012 11:34 PM PDT

PULAU PINANG, 27 Ogos – Kira-kira 12 hektar tanah milik kerajaan Persekutuan di Batu Maung di sini dikenal pasti berpotensi dibangunkan dengan projek perumahan mampu milik untuk rakyat di negeri ini.

Tanah seluas itu boleh didirikan kira-kira 5,000 buah rumah untuk keperluan golongan berpendapatan rendah.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Maung, Datuk Abdul Rahim Saibu berkata, beliau berhasrat untuk memohon daripada kerajaan Pusat bagi membolehkan projek berkenaan dilaksanakan.

09 di Bayan lepas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Bayan lepas - Google Blog Search


GUAN ENG KANTOI "MAIN BELAKANG" <b>DI BAYAN LEPAS</b>?

Posted: 31 Dec 2012 06:05 PM PST

-SI APEK KULUP NI, YANG BARU BALIK BERCUTI DI HONG KONG TERLALU BACUL UNTUK BERHADAPAN DENGAN SEKUMPULAN NGO YANG "MENYAMBUT" KEDATANGANNYA SEHINGGAKAN TIDAK KELUAR MENERUSI LALUAN VIP! LU SUDAH GOYANG KAH? PANDAI PUN KAU TAKUT YE APEK! KEKEKE!!-
Ketua Menteri, Lim Guan Eng sanggup tidak menggunakan lorong khas bagi orang kenamaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Bayan Lepas di sini malam ini semata-mata tidak mahu bertembung dengan sekumpulan ahli daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mahu 'menyambut' kepulangannya.
Setiausaha Agung DAP itu yang tiba daripada bercuti di Hong Kong dikatakan mengikut laluan lain seterusnya keluar dari bangunan tanpa dapat dikesan kumpulan terbabit.
Ahli Jawatankuasa Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP), Azmi Jaafar berkata, beliau kecewa dengan tindakan Guan Eng tersebut yang dilihat memang sengaja tidak mahu bertemu mereka.
Menurutnya, keadaan itu amat dikesali kerana semasa pilihan raya umum lalu merekalah yang mengundi pembangkang sehingga DAP berjaya memerintah negeri ini.
"Kenapa sekarang dia (Guan Eng) tidak mahu berjumpa kami sebagai rakyat Pulau Pinang?
"Sebelum ini kamilah yang mengangkat pembangkang sehingga menang pilihan raya umum. Kami benar-benar kecewa dengan tindakannya," katanya yang juga ahli Pas seumur hidup bahagian Bagan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di lapangan terbang tersebut di sini.
Kumpulan berkenaan yang terdiri daripada kira-kira 50 ahli pelbagai NGO Islam menunggu Guan Eng lebih sejam.
Bagaimanapun kelibat Guan Eng tidak kelihatan sehingga 7.45 malam meskipun pesawat yang dinaikinya mendarat pada pukul 7 malam.
Mereka turut membawa kain rentang yang antaranya tertera perkataan-perkataan yang mengutuk perbuatan Guan Eng sebelum ini.
Kelmarin hampir 100 umat Islam termasuk ahli Pas di negeri ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan Guan Eng mendesak kerajaan membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.
Kumpulan yang diketuai Jaringan Muslimin Pulau Pinang itu mahu Guan Eng menarik balik kenyataan yang dianggap sengaja menghina umat Islam di negara ini.
Guan Eng dalam perutusan sempena Hari Krismas baru-baru ini antara lain mendesak kerajaan membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam Bible versi bahasa Melayu seperti yang diamalkan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu.

Sumber: Utusan Online

-UnReportedNews™®

calon spm maut : kemalangan <b>di</b> bukit belah <b>bayan</b> - Enciknakal

Posted: 09 Sep 2012 09:24 AM PDT

Calon SPM maut : Kemalangan di Bukit Belah Bayan Lepas

Di Pulau Pinang seorang pelajar maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta di Bukit Belah, Bayan Lepas pada 9 september 2012

Difahamkan mangsa berusia 17 tahun maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan teruk di kepala

Kemalangan berlaku apabila sebuah kereta jenis Perodua Viva yang dipandu laju dari arah Balik Pulau cuba memotong sebuah lori, namun pemandu kereta itu gagal mengawal kenderaannya lalu bertembung dengan dua motosikal dari arah bertentangan

Kemalangan itu menyebabkan motosikal yang dinaiki mangsa terpelanting sementara sebuah lagi motosikal yang dinaiki lelaki berusia 40-an terbabas dan terperosok di bahagian hadapan lori berkenaan

Facebook : Komen dan Maklumat Dari Pembaca

09 di tasek gelugor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di tasek gelugor - Google Blog Search


MMI : Guan Eng Bakal Bertanding <b>Di Tasek Gelugor</b> ??

Posted: 24 Dec 2012 08:10 PM PST

DAP Pulau Pinang dicabar supaya membariskan calon berbangsa Melayu di kawasan majoriti pengundi Cina pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), jika benar parti itu tidak bersifat perkauman.
Menurut Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir, sekiranya DAP masih meneruskan amalan meletakkan calon-calon Melayu di kawasan majoriti pengundi Melayu sahaja, maka keikhlasan mereka menerima orang Melayu khususnya, boleh dipertikai.
"Saya nak cabar (Setiausaha Agung DAP) Lim Guan Eng, kalau dia betul-betul mahukan calon Melayu bertanding dalam DAP, letak di kawasan Cina. Kita nak tengok dia ikhlas atau tidak ikhlas.
"(Kebiasaannya) Dia (DAP) akan ambil calon Melayu ini dan letakkan di kawasan Melayu. Kalau dia ikhlas nak orang Melayu duduk dalam DAP, letak di kawasan Cina. Suruh orang Melayu DAP ini, bertanding di kawasan Cina. Barulah dia ikhlas," katanya ketika ditemui Antarapos baru-baru ini.
Walaubagaimanapun Musa yakin parti yang didominasi oleh kaum Cina itu tidak pernah ikhlas meletakkan calon Melayu bagi mewakilinya dalam mana-mana pilihan raya.
Selama ini dakwa beliau, DAP dilihat sekadar 'melepaskan batuk di tangga' dengan hanya membariskan calon Melayu apabila terdapat desakan dan tekanan untuk berbuat demikian.
"Bagi saya dia tak ikhlas..Dia tak ikhlas nak gunakan calon-calon Melayu untuk bertanding dalam pilihanraya.
"Kalau ada yang desak, dia akan berilah sebagai melepaskan batuk di tangga. Itu sahajalah..," ujar beliau.Baca Selanjutnya.
Berani ka puak-puak DAPigs ni letak calon Melayu di kawasan majoritinya bangsa Cina ? Rasanya mustahil malah selama ini DApigs adalah parti paling bacul kerana hanya berani di gelanggang sendiri ( kawasan majoriti bangsa Cina ).
Bagi MMI kalau benar Guan Eng kata DAPigs adalah parti yang bukan rasis kerana membuka keahliannya kepada siapa saja maka Guan Eng seharusnya membuktikan dalam pilihan raya ke13 nanti.
MMI tak sabar dan kalau boleh nak tengok Guan Eng bertanding di Tasek Gelugor khususnya di DUN Permatang Berangan yang majoritinya adalah bangsa Melayu.Kemudiannya Raja Uda mahupun Bagan diletakkan calon dari PAS yang kita tahu majoriti kawasan tersebut adalah Cina.

09 di tanjung tokong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di tanjung tokong - Google Blog Search


MY ALL: Cuti2 Penang: Hotel Naza Talyya, <b>Tanjung Tokong</b>

Posted: 17 Mar 2013 11:30 PM PDT

Assalamualaikum semua....
ok, sekarang aku review pulak hotel penginapan kami sepanjang kami berada di Penang selama 5 hari 4 malam....

 aku booked hotel ni, Hotel Naza Talyya...baca review, katanya hotel ni affordable...so, aku riki hotel ni...mmg murah je...yg penting lokasi dia...pada aku, tempat dia sgt strategik...nak ke Georgetown dekat, nak ke Batu Feringghi pun dekat...kiranya hotel ni kat tengah2 la...


 reception...yg si adik tu siap menari kat troli bell service...haha...
tapi kami x nampak pun bellman, yg ada cuma troli bell service ni...pas tu aku tgk guess yg request troli, kena tolak sendiri troli ni...kehkeh...


 ok, jom masuk bilik...ni bilik kami, aku booked superior sea view room...siap ada private balcony...balcony kecik je la...aku booked dua bilik...mak dan adik aku, share bilik...bilik yg sama mcm ni jugak...sbb nak menginap 4 mlm, tu yg aku booked hotel murah2 je..lagi pun kami byk berhabis masa kat luar....

 ok lah...sesuailah dgn harga dia kan....
rate bilik ni cuma rm130 je semalam...termasuk breakfast....murah kan?? cuma hari Sabtu je jatuh rm150...total kami bayar dua bilik cenggini utk 4 malam termasuk hari Sabtu, rm1100...
ada extra pillow dlm wardrobe, kalau nak lagi pillow, dia caj rm5 utk satu pillow...kami mintak tambahan dua pillow lagi....
lagi satu kalau nak iron & iron board, mmg takde...huhu...kena pegi tingkat 3, 5 atau 7 utk iron baju...nyammmpahhh....
 bathroom...cuma ada shower, takde bath tub...basic mcm sinki ada lah...


 mini bar pun ada...ada kat dlm wardrobe bawah kettle tu...

 yg penting, bayar rm130 dpt sea view gitu...dapat tgk star cruise belayar lagi...  :)

 sebelah menyebelah je dgn bilik mak dan adik...heheh...

 lagi pemandangan dari dalam bilik...pemandangan dari tingkat 9...
 sampai je hotel, anak2 ajak pegi pool...agenda wajib kekdahnya...selama 5 hari menginap, 5 hari jugak la budak2 ni mintak mandi pool...

 wow...ni lah pool dia....mengadap laut lagi...aku sukak aku sukak....

 adik kat pool kanak2...
abang pulak kat pool org dewasa...
 ni pulak coffee house hotel...standard hotel2 lain jugak, ada nasi lemak, mee goreng, roti bakar, salad, buah2an, cereals...

 yg ni tempat duduk bahagian dalam...

 kami pilih seat yg mengadap laut...wallah...

pada aku, makanan kat hotel ni rasa masakan dia biasa2 jer...boleh la...
tapi yg lain2 semua ok...berbaloi dgn harga dia..murah dan mampu milik...heheh...
kalau korang nak check in sini, ni alamat dia:

09 di Batu kawan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Batu kawan - Google Blog Search


Perasmian kilang motosikal Honda baharu bernilai RM200 juta <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 15 Mar 2013 03:17 PM PDT

Perasmian kilang baharu Honda 1 Perasmian kilang motosikal Honda baharu bernilai RM200 juta di Batu Kawan, Pulau Pinang

P.PINANG 12 Mac 2013: Pembinaan kilang sehenti Boon Siew Honda yang bermula sejak suku ketiga tahun 2011 kini telah siap dan beroperasi sepenuhnya. Pengeluaran sehenti bernilai RM200 juta yang bertempat di Batu Kawan, Pulau Pinang telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Sri Mustapa bin Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia pada 12 Mac.

Dalam lawatan yang dipandu oleh Encik Satoshi Okada, Pengarah Urusan Boon Siew Honda, beliau memperkenalkan pelbagai teknologi canggih dari luar negeri yang digunakan oleh syarikat bagi mempertingkatkan kapasiti pengeluaran di samping memastikan pengawalan kualiti yang lebih unggul. Turut serta adalah Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Honda Motor Co., Ltd. Encik Takanobu Ito serta Pengerusi Eksekutif Kumpulan Oriental Holdings dan Pengerusi Boon Siew Honda, Dato' Seri Loh Cheng Yean.

Kilang baharu ini dibina di atas tapak seluas 23.7ha dan bersaiz lima kali lebih besar berbanding kilang Mak Mandin, Butterworth sebelum ini dengan kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 350,000 unit. Ia merupakan satu pencapaian utama dalam usaha syarikat untuk menggabungkan bahagian Pengeluaran, Penjualan, Perkhidmatan Pelanggan, Alat Ganti dan Penunggangan Selamat dalam satu lokasi bersepadu agar dapat mempertingkatkan lagi kecekapan pengurusan dan kepuasan pelanggan.

Kilang berkenaan menggunapakai sistem pengeluaran berkecekapan tinggi menerusi penggunaan teknologi terkini seperti sistem solar fotovoltan, teknologi penyalutan berkecekapan tinggi serta salutan pemedapan elektro untuk sebatian organic meruap (VOC). Proses-proses yang diperbaharui ini bukan sahaja meningkatkan lagi tahap pengeluaran malah menyumbang kepada penjimatan tenaga di samping mengurangkan tenaga manusia serta pembaziran bahan.

Sistem Solar Fotovoltan – Modul solar Fotovoltan seluas 32m2 telah dipasang pada bumbung tempat meletak kereta bagi menjana 5000kWh/setahun tenaga yang boleh diperbaharui. Teknologi solar fotovoltan canggih dari Honda Soltec Japan dapat mengurangkan penggunaan tenaga grid serta kira-kira 3.5 ton/setahun karbon dioksida – punca utama kesan rumah hijau.

Sistem solar fotovoltan ini menggunakan sel solar CIGS (Kumprum, Indium, Galium, Selenium) dengan ketebalan 2 hingga 3 μm, iaitu kira-kira 1/40 ketebalan sehelai rambut. Maka ia menggunakan bahan mentah yang kurang untuk penghasilan, namun ia mampu menjana tenaga yang lebih stabil sepanjang hari untuk kegunaan tenaga secara am di kilang baharu.

Perasmian kilang baharu Honda 2 Perasmian kilang motosikal Honda baharu bernilai RM200 juta di Batu Kawan, Pulau Pinang

Pengecatan Senapang Kembar – Dibangunkan oleh Jepun dan dipertingkatkan oleh kilang motosikal Honda luar negara, teknologi Senapang Kembar ini adalah satu-satunya di dunia yang digunakan untuk pengeluaran motosikal. Apabila digabungkan dengan Proses Pengecatan Berputar, ketebalan cat 3μ boleh dicapai berbanding 8μ menggunakan operasi manual, manakala keberkesanan pengecatan meningkat dari 15% ke 45%.

Proses Pengecatan Berputar – Melengkapi lengan robotik berkembar automatik untuk mencapai kemasan cat yang seragam dengan meminimumkan pembaziran cat di samping mengurangkan masa dan tenaga manusia yang diperlukan agar dapat meningkatkan lagi keberkesanan.

Robot Pengecat Mengikut Bentuk – Dicipta di Jepun, sistem ini mampu mengubahsuai proses mengecat secara automatik bagi penyuaipadanan bentuk produk. Justeru, ini meningkatkan keberkesanan mengecat sehingga 35% dan mengurangkan 50% daripada kos bahan-bahan berbanding dengan operasi manual.

Jig Penerimaan Enjin – Dicipta di Jepun dan pertama kali digunakan di Malaysia. Berbeza dengan jig sedia ada di mana jig perlu diganti untuk setiap kali penukaran model, sistem baharu ini dapat mengurangkan 22 saat masa pemasangan setiap unit dan RM160,000 untuk setiap model bagi mempertingkatkan lagi kecekapan operasi.

Makmal Emisi – Dilengkapi dengan sistem ukuran gas ekzos yang canggih untuk mematuhi peraturan ECE sepenuhnya. Kemudahan ini membolehkan pemeriksaan dan pengesahan tahap emisi bagi setiap unit keluaran dijalankan untuk menguji nilai CO2, memastikan kualiti penyelenggaraan dan kecekapan operasi enjin berdasarkan peraturan ECE.

Makmal ini juga memudahkan pemeriksaan dan pembaharuan sistem bekalan bahan api awal untuk pengeluaran model baharu. Dengan kerjasama antara Kilang Kumamoto Honda Motor, Thai Honda dan Honda R&D di Thailand, Boon Siew Honda kini berkemampuan untuk menjalankan analisis emisi yang terperinci dan mengesan kerosakan berdasarkan maklumat korelasi yang diterima.

Kemudahan Pemeriksaan Akhir – Pelbagai kemudahan pemeriksaan baharu telah diperkenalkan agar dapat meneliti kualiti dan kecekapan operasi unit pemasangan lengkap (CBU) dengan lebih efektif. Ini termasuk penyangga pemeriksaan, pemeriksa meter kelajuan, pemeriksa brek dan pemeriksa lampu hadapan. Tahap keselamatan operasi semasa pemeriksaan dan kejituan pemeriksaan turut dipertingkatkan dan pengesanan kerosakan juga boleh dijalankan.

Bagi menjamin standard kualiti yang unggul, kilang baharu ini turut dilengkapi dengan sebuah litar ujian sejauh 400m dan makmal emisi untuk memastikan pematuhan peraturan ECE untuk emisi gas ekzos di Malaysia. Kilang baharu ini akan terus mengeluarkan model motosikal yang sedia ada – EX5 Dream, Wave Dash, Wave 100, Wave 110, Future, PCX, Spacy dan Icon – untuk pasaran tempatan.

Dengan wujudnya kemudahan baharu canggih serta teknologi pengeluaran Honda terkini, Boon Siew Honda sedia mempertingkatkan keupayaan pemasangan model enjin kapasiti sederhana dan model nilai tambahan tinggi untuk memenuhi keperluan pelbagai segmen pasaran negara ini. Sejak pengeluaran motosikal Honda tempatan bermula pada 1969, sejumlah 4.4 juta unit telah pun dikeluarkan. Honda mengekalkan penguasaan pasaran sebanyak 47% pada tahun 2012.

Sumber : Boon Siew Honda

09 di permatang pauh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di permatang pauh - Google Blog Search


Anwar &#39;running away&#39; from defeat in <b>Permatang Pauh</b>, says Dr M

Posted: 21 Mar 2013 06:53 PM PDT

(TMI) - Tun Dr Mahathir Mohamad chided today opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim's plan to possibly contest away from his Permatang Pauh seat in Penang, saying his archrival is "running away" from possible defeat.

The former prime minister said the PKR de facto leader's decision to contest a different seat stemmed from his "doubts" that he could defend Permatang Pauh, a known Anwar stronghold since he first took up the seat in the 1982 national polls. 

"This is a free country, he is free to go and contest anywhere... If he wants to, run away from Permatang Pauh.

"Yes, he is running away. Maybe he's not confident of winning the seat," a news portal quoted Dr Mahathir as saying.

Two days ago, Anwar said he may not defend his Permatang Pauh federal seat and instead may stand in Perak or Selangor in the coming general elections.

"There is a likelihood, but it means… I haven't made a definite decision because there have been suggestions that I should go down to Perak or Selangor, and I'm weighing the possibility of going down to Perak," the PKR advisor said. 

Anwar did not say, however, who would replace him in Permatang Pauh, which has traditionally been his political stronghold.

READ MORE HERE




Anwar says may not defend <b>Permatang Pauh</b> seat

Posted: 19 Mar 2013 06:17 PM PDT

By Mohd Farhan Farwis and Emily Ding, TMI

Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim may leave his Permatang Pauh seat and contest in Perak or Selangor instead.

"There is a likelihood, but it means… I haven't made a definite decision because there have been suggestions that I should go down to Perak or Selangor, and I'm weighing the possibility of going down to Perak," he said today, in response to media questions at a press conference in PKR's headquarters.

Anwar (picture) did not say, however, who would replace him in Permatang Pauh.

When asked whether PKR vice president Nurul Izzah Anwar would replace him in his current constituency, he said: "She's focused on Lembah Pantai, why disturb her? Let (Datuk Raja) Nong Chik alone disturb her ok lah," he said.

Anwar also announced five PKR candidates who would contest in Sarawak.

They are Baru Bian in Limbang, Ali Biju in Saratok, Roland Engan in Barak, Abun Sui in Ulu Rejang, and Abang Zulkifli Abang Engkeh in Batang Lupar.




09 di Bukit jambul - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Bukit jambul - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

09 di bagan ajam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di bagan ajam - Google Blog Search


UMNO Online - CAP Selar Projek Terowong Dasar Laut Tak Beri <b>...</b>

Posted: 18 Mar 2013 12:56 AM PDT

Kategori Berita Lain

CAP Selar Projek Terowong Dasar Laut Tak Beri Manfaat Rakyat Keseluruhan

GEORGE TOWN, 18 Mac – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendesak kerajaan negeri Pulau Pinang membatalkan projek terowong dasar laut kerana ia dipercayai akan mendatangkan kerugian dalam waktu jangka panjang.

Presidennya S.M Mohamed Idris berkata projek itu bukanlah penyelesaian terbaik untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas dan kerajaan negeri harus mengkaji pelbagai aspek terutama melibatkan keselamatan pengguna serta kesan terhadap alam sekitar.

"Projek itu sebenarnya mengembangkan lagi rangkaian jalan sedia ada menyebabkan jalan itu nanti akan bertambah sesak. Di negeri ini, pertambahan kenderaan baharu mencecah 100,000 setiap tahun, masalah kesesakan lalu lintas akan berlaku lebih awal daripada yang dijangka," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata projek terowong itu hanya memberi keutamaan kepada kenderaan bermotor dan hanyalah berupa penyelesaian jangka pendek.

"Kami melihat Ketua Menteri (Lim Guan Eng) bercadang meneruskan dasar yang akan mewujudkan keadaan yang lebih buruk dan ia tidak memberi manfaat kepada rakyat secara keseluruhannya," katanya.

Lim baru-baru ini mengumumkan pembinaan terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion bagi menghubungkan Persiaran Gurney di pulau dengan Bagan Ajam di tanah besar.

Projek mega yang diumum kerajaan negeri pimpinan DAP itu melibatkan pembinaan empat lebuh raya utama termasuk terowong bawah dasar laut berkenaan.

Pembinaan projek itu diserah kepada Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd iaitu syarikat tujuan khas yang dibentuk daripada lima syarikat – Zenith Construction Sdn Bhd, China Railway Construction (dua syarikat ini memegang keseluruhan 70 peratus ekuiti), Beijing Urban Construction Group (BUCG), Sri Tinggi Sdn Bhd dan Juteras Sdn Bhd yang masing-masing memiliki 10 peratus.

Mohamed Idris berkata Lim dilihat seolah-olah begitu terdesak mengumumkan projek itu sedangkan Jambatan Kedua Pulau Pinang kedua masih belum beroperasi dan kesan lalu lintas belum dapat dinilai lagi.

Beliau turut mempersoalkan tindakan Lim menyerahkan tanah tebus guna seluas 44.51 hektar di Tanjung Pinang sebagai bayaran kepada pemaju projek berkenaan kerana nilai tanah semakin meningkat dan mendakwa transaksi seumpama itu hanya memanfaatkan pemaju.

Beliau mendakwa projek itu juga akan merosakkan kawasan pantai di negeri ini.

Berita Bertarikh Pada 18 March 2013 3:56 PM

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved