Rabu, 24 April 2013

09 di Bukit mertajam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Bukit mertajam - Google Blog Search


sud@is: Buah Mertajam ada <b>di Bukit Mertajam</b>?

Posted: 21 Apr 2013 06:56 PM PDT

Bahagian 1 (buah/pokok yang hampir pupus)

Kebanyakkan orang tahu ada tempat di Pulau Pinang yang bernama Bukit Mertajam, tapi ada juga yang tak tahu ada buah yang bernama buah mertajam. Tak tahu lah juga mungkin buah mertajam banyak terdapat disana, yang ni kena tanya orang Bukit Mertajam la nampaknya...

Ada juga kawan-kawan aku yang panggil buah ni, buah taik kambing, sbb rupanya bulat bujur seiras taik kambing...hahaha zaman kanak kanak nakal..
Pokoknya sederhana tinggi dan rendang, kalu tak silap buahnya bermusim..Buah nilah yang menjadi serbuan kanak-kanak termasuk aku (ditempat aku lah) selain jambu batu yang banyak biji tu..
Rasanya kelat kelat manis tak la sesedap semanis anggur. 
Buah anggur, apple boleh makan bila mak ayah keluar pekan...mungkin sekali dalam 3-4 bulan.
Pokok ni macam tumbuh liar maksudnya bukan pokok tanaman komersial tapi sekarang jarang dah nampak pokok ni dikampung-kampung, mungkin dah pupus kot.

buah yang belum masak, mula2 hijau, kuning,oren, merah, merun seterusnya hitam


Banyak lagi buah kegemaran masa zaman budak-budak...
Buah apa kegemaran anda masa kecik- kecik dulu?..hai sibuk nak tau....

Ada sapa2 yang tahu khasiat buah ni?

09 di Butterworth - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Butterworth - Google Blog Search


Arkib Negara X: Kebakaran <b>di</b> terminal bas <b>Butterworth</b> (2001)

Posted: 22 Apr 2013 08:50 AM PDT

Pada 20 Mei 2001, bangunan Kompleks Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) telah terbakar. Kejadian itu dilaporkan bermula pada sekitar pukul 5.00 pagi. Bangunan tersebut yang menempatkan terminal bas di tingkat bawahnya terletak berhampiran dengan pangkalan feri (yang sebahagiannya pernah runtuh pada 1988) di Butterworth, Seberang Prai. Kebakaran itu berlaku di tingkat dua bangunan tersebut yang menempatkan pasaraya terkenal Parkson dan juga Tops. Kebakaran yang boleh dikatakan sangat besar itu hanya dapat dipadam sepenuhnya dalam tempoh lebih kurang 12 jam kemudian iaitu pada sekitar pukul 5.00 petang. Kemusnahan teruk di tingkat teratas yang meliputi bahagian bumbung telah menyebabkan bahagian-bahagian lain bangunan lama itu tidak dapat digunakan seperti biasa dan ia akhirnya telah dirobohkan sepenuhnya tidak lama kemudian.



Nota tambahan:
  • Tingkat satu bangunan Kompleks SPPP menempatkan kedai-kedai kecil yang menjual pelbagai barangan serta gerai-gerai makanan yang sering menjadi tumpuan para pengguna terminal bas Butterworth. Tempat itu juga biasa dijadikan lokasi melepak generasi 1980-an.
  • Gambaran bahagian belakang bangunan Kompleks SPPP ada tersemadi dalam filem Ke Medan Jaya (1983) yang menunjukkan adegan kereta penjenayah sedang meluncur keluar daripada tingkat atas sebuah feri lalu menuruni laluan keluar berhampiran dengan bangunan tersebut.

di negeri pulau pinang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri pulau pinang - Google Blog Search


Ucapan Ketua Menteri Sempena Istiadat Mengangkat Sumpah <b>...</b>

Posted: 01 Apr 2013 10:08 PM PDT

UCAPAN OLEH YANG AMAT BERHORMAT TUAN LIM GUAN ENG KETUA MENTERI PULAU PINANG SEMPENA ISTIADAT MENGANGKAT SUMPAH PELANTIKAN YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG TUAN YANG TERUTAMA TUN DATO' SERI UTAMA (Dr.)
HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI ABBAS PADA HARI SELASA, 2 APRIL 2013 DI SERI MUTIARA

1. Pada saat yang bersejarah dan penuh gilang-gemilang ini, saya bagi pihak Kerajaan, Pegawai dan anggota perkhidmatan awam serta seluruh rakyat Negeri Pulau Pinang dengan segala hormat dan sukacita menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena lanjutan perkhidmatan Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang bagi kali kelima. Setinggi-tinggi tahniah juga diucapkan kepada Yang Amat Berbahagia Toh Puan Dato' Seri Utama Hajah Majimor Binti Shariff. Sesungguhnya kami berasa amat bersyukur dan gembira kerana Tuan Yang Terutama Tuan dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan berdua akan terus menjadi payung kepimpinan kepada Kerajaan Negeri dan rakyat Negeri ini serta terus melakar sejarah dan kejayaan bagi memakmurkan Negeri yang amat kita cintai ini.

2. Negeri Pulau Pinang pada keseluruhannya terus aman, maju dan makmur. Perpaduan dan persefahaman di kalangan rakyat berbilang kaum juga terus meningkat. Rakyat kini lebih sedar akan pentingnya keharmonian dan perpaduan kaum demi kemajuan dan pembangunan Negeri Pulau Pinang. Kejayaan dalam usaha kita untuk berada dalam keadaan aman, bersatu padu dan saling bekerjasama adalah sesuatu yang boleh dibanggakan walaupun kita daripada kaum-kaum yang berlainan keturunan, agama, kebudayaan dan adat resam.

3. Usaha-usaha Kerajaan untuk terus memantapkan pertumbuhan ekonomi menunjukkan hasil yang menggalakkan di mana ekonomi Negeri diunjurkan berkembang 6.3 peratus dengan sektor pembuatan dan perkhidmatan sebagai penyumbang utama.

4. Kerajaan Pulau Pinang adalah yang paling bersih di Malaysia, berikutan pengiktirafan oleh Transparency International serta Laporan Ketua Audit Negara yang telah memuji sistem tender terbuka, lebihan belanjawan tahunan serta pengurangan hutang 95% daripada RM630 juta kepada RM30 juta. Salah satu lagi pencapaian cemerlang adalah kejayaan dalam menyelamatkan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) yang telah hampir bankrap setelah ketirisan sebanyak RM230 juta sebelum tahun 2008.

5. Pentadbiran yang berasaskan prinsip CAT iaitu Cekap, Akauntabiliti dan Telus telah membolehkan Pulau Pinang untuk berjaya menarik jumlah pelaburan yang paling besar di Malaysia untuk kali pertama dalam sejarah – bukan sekali tetapi dua kali pada tahun 2010 dan juga 2011. Sepanjang tempoh lima tahun yang lepas iaitu dari tahun 2008-2012, Pulau Pinang telah mencatat pelaburan berjumlah RM36.1 bilion berbanding RM18.7 bilion dalam tempoh lima tahun sebelum itu iaitu dari tahun 2003-2007.

6. Pulau Pinang kini merupakan negeri paling sesuai didiami di Malaysia dan yang ke-lapan paling sesuai didiami di Asia. Baru-baru ini, Pulau Pinang juga telah terpilih sebagai lokasi ke-empat paling baik di dunia untuk persaraan. Pengiktirafan ini adalah bukti bahawa Pulau Pinang sudah menjadi Bersih, Hijau, Sihat dan Selamat.

7. Kerajaan Negeri percaya bahawa kekayaan harus dikongsi secara saksama dengan rakyat. Untuk sebab itu, Kerajaan Negeri telah mengagihkan lebihan belanjawan tahunan yang dicapai dalam bentuk bantuan tunai kepada sekolah-sekolah dan juga individu seperti warga emas, OKU, ibu tunggal, bayi baru lahir, penarik beca, pelajar universiti serta pelajar sekolah. Semua program ini telah menelan belanja sebanyak RM150 juta sejak tahun 2008.

8. Pulau Pinang berjaya mencatat sejarah dengan pelancaran Agenda Ekonomi Saksama (AES) yang berjumlah RM20 juta untuk menjadi negeri pertama di Malaysia untuk menghapuskan kemiskinan dengan memastikan bahawa setiap isi rumah di Pulau Pinang mempunyai pendapatan minima RM770 sebulan. Mana-mana keluarga yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM770 sebulan akan "ditambah nilai" oleh kerajaan negeri sehingga mereka mempunyai RM770.

9. Pulau Pinang juga merupakan negeri pertama yang memperuntukkan RM500 juta untuk tujuan pembinaan perumahan mampu milik. Kerajaan Negeri telah pun membina hampir 4,000 unit sejak tahun 2008 sementara sektor swasta telah menyumbang sebanyak 9,000 unit lagi. Untuk masa depan, Kerajaan Negeri bercadang untuk membina 19,172 unit dengan tambahan 20,000 unit daripada sektor swasta.

10. Kerajaan Negeri akan melaksanakan projek RM6.3 bilion untuk meleraikan trafik melalui tiga lebuhraya daripada Tanjung Bunga ke Teluk Bahang; Persiaran Gurney ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu; Air Hitam ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu serta terowong bawah dasar laut yang akan menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam, Butterworth. Kerajaan Negeri tidak akan membiarkan anak-anak muda Pulau Pinang untuk membesar dalam generasi kesesakan trafik.

11. Pulau Pinang kini dalam proses menjadi negeri hijau pertama di Malaysia dengan inisiatif-inisiatif hijau, seperti menjadi satu-satunya negeri yang mengamalkan kempen "Tiada Beg Plastik Percuma" serta mencapai kadar kitar semula yang paling tinggi iaitu 24%. Pulau Pinang juga ingin menjadi negeri basikal pertama di Malaysia dengan laluan basikal 200 kilometer.

12. Kerajaan Negeri telah meningkatkan peruntukan untuk hal ehwal agama Islam hampir tiga kali ganda serta menubuhkan portfolio EXCO untuk hal ehwal agama bukan Islam. Pulau Pinang juga kini menjadi ibu kota kesenian, kebudayaan dan warisan di Malaysia dengan Bandar Warisan Dunia UNESCO George Town yang bertaraf antarabangsa serta sambutan tahunan Pesta George Town yang berjaya mengumpulkan para penghibur, artis, penulis serta cendekia dari dalam dan luar negeri.

13. Secara keseluruhannya dalam konteks pembangunan Negeri Pulau Pinang dan kemajuan sosial serta masyarakat, Tuan Yang Terutama Tun dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan telah banyak menyumbang kepada program-program kebajikan dan kebudayaan Negeri. Sokongan dan galakan yang disumbangkan oleh Tuan Yang Terutama Tun dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan dalam kegiatan-kegiatan kemasyarakatan amat dihargai dan disanjung tinggi. Sesungguhnya sifat keprihatinan Tuan Yang Terutama Tun dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan tunjukkan menjadi pemangkin dan pendorong ke arah perpaduan yang lebih erat sesama rakyat. Sekalung penghargaan turut diucapkan kepada anggota pasukan keselamatan Polis, Tentera dan Bomba yang tidak pernah berkompromi dalam usaha menjaga keharmonian dan keamanan Negeri ini di bawah kepimpinan dan pemerintahan Tuan Yang Terutama Tun.

14. Kerajaan Negeri percaya di bawah bimbingan Tuan Yang Terutama Tun, Pulau Pinang akan menjadi lebih bersih, hijau, selamat dan sihat.

15. Sempena hari bersejarah dan penuh bermakna ini, saya dan seluruh warga pentadbiran Kerajaan Negeri serta rakyat Negeri Pulau Pinang ingin mengambil peluang menzahirkan ucapan tahniah dan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada Tuan Yang Terutama Tun.

16. Akhir kalam, marilah kita bersama-sama memanjatkan doa semoga Yang Maha Esa melanjutkan usia Tuan Yang Terutama Tun dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan berdua serta sentiasa berada dalam keadaan sihat wal'afiat di bawah lindungan Yang Maha Esa sepanjang masa.

Sekian, terima kasih.

—–Mandarin version —-

槟州首席部长林冠英于2013年4月2日在州元首哈兹阿都拉曼宣誓就职礼上发表演讲,重点如下:

4. 槟州是马来西亚最廉洁的政府,就连国际透明组织及国家总稽查司也赞扬我们,我们推行施政公开招标、财政预算年年有余,政府债务缩减95%从6亿3000万减至3000万令吉。另一项成就就是将威省市政局从濒临破产的窘境解救出来,自2008年之前,威省市政局面对亏损2亿3000万令吉。

5. 我们的能干、公信及透明施政成功让槟城在2010年及2011年在所获投资额破记录全马居冠。过去五年(2008-2012年),槟州破记录取得361亿令吉的投资额,超越2003-2007年间的187亿令吉投资额。

6. 我们现在是马来西亚最宜居的城市,也是全亚洲第八位宜居城市。 最近,我们也被选为全世界四大最佳退休城市。这些都是对槟州净绿、人民安康的认可。

7. 民联相信,要与民合理共享财富,而非朋党。因此,我们把我们财政预算的盈余以现金形式派发给学校、个人如:乐龃人士、体障人士、单亲妈妈、新生儿、三轮车夫、大学及学生,我们自2008年已经派发了1亿5000万令吉。

8. 槟州也创造历史,推介了2000万令吉的经济平等议程,成为马来西亚第一个扫除贫穷的州属。我们确保槟城每户家庭每月收入至少770令吉。任何家庭若月入低入770令吉,州政府将每月加额补足770令吉。

9. 槟城也是第一个拨出5亿令吉基金兴建可负担房屋的州属。州政府自2008年起兴建了4000个可负担房屋单位,私人界承建9000个单位。州政府计划在未来兴建1万9172个单位,私人界将承建另外2万个单位。

10. 我们将推行价值63亿令吉的两岸三通一槟城计划,兴建三条高速公路,从丹绒武雅至直落巴巷、关仔角至敦林苍佑大道、亚依淡至敦林苍佑高速公路,以及连接关仔角及北海峇眼阿占的海底隧道。

11. 槟州也正在成为全马第一个绿州,我们先行推动了数项措施如"资源有价,天天减塑"无免费塑料袋运动,我们的再循环率也是全马最高,达24%。槟州也立志打造200公里长的脚车道,成为全马第一个脚车州。

12. 我们提供给伊斯兰事务的拨款比 前朝多三倍,我们也成立非伊斯兰事务行政议员职。我们也是马来西亚艺术、文化及遗产中心,乔治市是联合国科教文组织承认的世界遗产城市,一年一度的乔治市节庆聚集了国内外的表演工作者、艺术工作者、写作及知识分子。

09 di Batu uban - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Batu uban - Google Blog Search


Sokongan Penubuhan Pusat e-komuniti <b>di Batu Uban</b>

Posted: 04 Oct 2010 03:21 AM PDT

PID dijemput untuk menyokong penubuhan e-Komuniti di Batu Uban yang mengsasarkan 10 biji komputer untuk kegunaan warga penduduk di Batu Uban. PID turut memberi penerangan manfaat dan kursus yang ditawarkan melalui PID.

Perancangan ini turut dihebahkan sempena dengan Program Komuniti Bandar Bersih dan Selamat (Cleaner Greener Penang) bersama Qariah Masjid & JKKK Batu Uban. Acara berlansung pada 2hb Oktober 2010 dari pukul 8 pagi sehingga 1 tengahari di Dataran Masjid Batu Uban.

09 di Bayan lepas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Bayan lepas - Google Blog Search


Sim Tze Tzin calon Parlimen <b>Bayan Baru</b>, Bakhtiar <b>di</b> Balik Pulau <b>...</b>

Posted: 05 Apr 2013 09:22 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Sim Tze Tzin calon Parlimen Bayan Baru, Bakhtiar di Balik Pulau. PULAU PINANG 6 APRIL: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin diumum sebagai calon KEADILAN bagi Parlimen Bayan Baru ...

09 di tanjung bungah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di tanjung bungah - Google Blog Search


UMNO Online - Kerajaan DAP P. Pinang Arah Roboh Sekolah <b>...</b>

Posted: 20 Jul 2010 05:38 PM PDT

GEORGE TOWN 20 Julai – Kerajaan DAP Pulau Pinang mengarahkan Kementerian Pertahanan merobohkan bangunan bertingkat sekolah tentera udara yang sedang dibina di Tanjung Bungah.

Ketua Menteri Lim Guan Eng mendakwa, notis mengenainya telah dikeluarkan kerana kementerian itu menjalankan projek Sekolah Iktisas Tentera Udara (SITU) tanpa mendapat kebenaran Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

"Pada Disember tahun lalu, beberapa penduduk membuat aduan mengenai kerja memasang cerucuk besi di kawasan itu dan majlis perbandaran telah mengeluarkan notis amaran.

"Kemudian Mac lalu, majlis perbandaran sekali lagi menerima aduan bahawa kerja memasang cerucuk besi itu masih diteruskan termasuk pada cuti umum dan menghantar semula surat ke kementerian itu, memberitahu mereka mengenai keperluan untuk memohon kebenaran pembinaan.

"Kes itu turut dirujuk kepada penasihat undang-undang negeri (Datuk Faiza Zulkifli)," katanya pada sidang media di sini pada Selasa.

Kata Guan Eng, Yang Dipertua MPPP, Patahiyah Ismail sudah memaklumkan kepada kementerian itu termasuk Ketua Setiausaha, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah pada 31 Mac lalu bahawa tindakan akan diambil jika pembinaan itu tidak dihentikan.

Beliau berkata majlis perbandaran telah menghantar notis kepada kementerian itu pada 6 Jun lalu mengikut seksyen 70 (1) Akta Jalan, Saliran dan Bangunan 1974 supaya pembinaan itu dirobohkan dalam tempoh 30 hari.

Pemeriksaan mendapati kerja pembinaan itu sudah mencecah empat tingkat. Ketinggian bangunan itu tidak diketahui memandangkan pelan tidak dihantar kepada majlis perbandaran.

Guan Eng menyalahkan Pegawai Kemajuan Negeri, Nik Ali Nik Yunus kerana gagal berbuat sesuatu walaupun berulang kali dimaklumkan mengenai masalah itu.

"Memandangkan Nik Ali tidak melakukan tugasnya iaitu memantau projek itu, kami terpaksa menghubungi kementerian kerana ia melibatkan tanah persekutuan," katanya. – MStar/MediaUMNO

09 di permatang pauh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di permatang pauh - Google Blog Search


Mahathir dicabar lawan Anwar <b>di Permatang Pauh</b> | KeadilanDaily <b>...</b>

Posted: 14 Feb 2013 09:22 PM PST

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 15 FEB: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dicabar menentang Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di kerusi Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13).

Terima kasih <b>di</b> atas jasa rakyat <b>Permatang Pauh</b> – Anwar <b>...</b>

Posted: 03 Apr 2013 04:19 AM PDT

[unable to retrieve full-text content](Oleh Aisha Geoffrey). PETALING JAYA 3 APRIL: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak akan melupakan jasa penyokong di Permatang Pauh, Pulau Pinang yang setia bersamanya sejak ...

09 di Bukit jambul - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Bukit jambul - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di Bukit jambul</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Jan 2013 11:14 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Bukit jambul</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Jan 2013 11:42 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Bukit jambul</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Jun 2012 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Bukit jambul</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Sep 2012 11:35 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Mendaki <b>Bukit Jambul</b> | Warm Bite Blog

Posted: 12 Jun 2012 01:03 AM PDT

Assalammua'laikum.

Hari ni rasa bersemangat betul nak bersukan. Sekarang adalah musim mengayuh basikal, tetapi Ayri selalu tidak sempat untuk lakukan. Tambahan bila bekerja pada siang hari, balik rumah saja dah lewat dan penat, dalam fikiran mulalah malas nak lakukan aktiviti berbasikal walaupun sebenarnya ia boleh dilakukan pada waktu malam juga.

Sebagai altenatif, otak ni mulalah memberikan idea untuk bersukan mendaki bukit. Maklumlah kerja normal shif ni balik kerja saja kena mengadap kesesakan trafik pula dan biasanya sampai rumah pun dah nak malam. So, waktu terbaik untuk melakukan aktiviti tersebut adalah selepas balik kerja terus lakukan. Lepas bersukan barulah mengadap kesesakan lalulintas coz selalu saja jem/trafik perlahan di Jambatan Pulau Pinang nih.

Hiking Bukit Jambul [www.blog.warmbite.com]

Hiking Bukit Jambul

Singgah kedai beli kasut sukan dulu. Lagi pun masa nak pergi kerja pagi tadi memang tak ready apa pun untuk aktiviti nih, masa kerja baru idea datang. Kasut sukan adalah penting semasa mendaki, sebabnya klu mendaki dengan selipar boleh tergelincir dan merbahayakan.

Inilah aktiviti Ayri suatu masa dulu-dulu. Tapi dulu biasa pergi dengan kawan-kawan, sekarang ni banyak kawan-kawan yang aktif sukan nih dah bertukar tempat bekerja di luar Pulau Pinang. Klu dulu kerap juga mendaki Bukit Jambul, rasanya sekarang nih dalam 3 tahun termasuk hari ni baru mendaki sebanyak 2 kali sahaja. Dah lama tinggal sukan nih, otot-otot malas pun dah mula menguasai diri..huhu.

Ayri akan ceritakan pada korang pasal bestnya mendaki di Bukit Jambul nih. Pertamanya, enviroment kat sini fresh, natural dan menenangkan. Di puncak bukit pula dapat melihat dari sudut atas sekitar bandar-bandar di Pulau Pinang termasuk juga Jambatan Pulalu-Pinang. Betapa indahnya pemandangan dari situ, sejuk mata memandang. Hari ini pemandangan tidak begitu baik kerana keadaan jerebu nipis yang mengaburkan pemandangan disini.

Hiking Bukit Jambul 2 [www.blog.warmbite.com]

Hiking Bukit Jambul 2

Di atas puncak Bukit Jambul ada ada tempat riadah dan alat untuk bina badan. Sesiapa yang berminat dengan aktiviti bina badan dan bila sampai saja ke puncak boleh terus capai alat tersebut. Tiada bayaran dikenakan untuk menggunakan alat-alat bina badan disini. Cuma sedikit sumbangan ikhlas digalakkan untuk menambahbaik peralatan-peralatan pada masa akan datang. Sesiapa yang penat mendaki bolehlah duduk disekitar kawasan ini kerana terdapat banyak tempat duduk rehat. Selain itu ada juga peralatan lain yang dikelaskan sebagai alat sukan yang turut boleh digunakan.
Hiking Bukit Jambul 3 [www.blog.warmbite.com]

Hiking Bukit Jambul 3

Disebabkan Ayri sudah lama tidak aktif sukan, maka pedakian ini dianggap paling tercorot sebab banyak kali pancit dan berehat sebentar bersama kit-kat..hehe. Mengalahkan orang tua, punya le penat sampai beberapa kali berhenti rehat. Padahal sebelum ni (dulu-dulu) tak de lah seteruk nih. Tak apalah, yang penting semangat masih ada untuk teruskan perjuangan sehingga mencapai puncak kejayaan…hehe
Hiking Bukit Jambul 4 [www.blog.warmbite.com]

Hiking Bukit Jambul 4


Sampai saja di atas, Ayri duduk berehat sekejap sambil menikmati pemandang dari puncak Bukit Jambul sambil mengambil gambar kawasan disitu dan pemandangan sekeliling. Lenjun badan Ayri dengan peluh. Lepas tengok orang main gym sekejap, terus balik ke tanah besar Semenanjung Malaysia dan memandu di jalan yang agak sesak. Penat juga aktiviti hari, tapi sangat berpuas hati :)
Hiking Bukit Jambul 5 [www.blog.warmbite.com]

Hiking Bukit Jambul 5

  Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

09 di balik pulau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di balik pulau - Google Blog Search


Sim Tze Tzin calon Parlimen Bayan Baru, Bakhtiar <b>di Balik Pulau</b> <b>...</b>

Posted: 05 Apr 2013 09:22 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Sim Tze Tzin calon Parlimen Bayan Baru, Bakhtiar di Balik Pulau. PULAU PINANG 6 APRIL: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin diumum sebagai calon KEADILAN bagi Parlimen Bayan Baru ...

09 di nibong tebal - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di nibong tebal - Google Blog Search


<b>Nibong Tebal</b> : 3 penjuru <b>di</b> Sg Acheh , Zainal Abidin melawan <b>...</b>

Posted: 19 Apr 2013 10:30 PM PDT


NIBONG TEBAL 20 April - Parlimen Nibong Tebal dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh menyaksikan pertandingan tiga penjuru dalam dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.
Calon Parlimen ialah Datuk Zainal Abidin Osman (BN), Datuk Mansor Othman (PKR) dan Teng Kok Peng (Bebas).
Calon DUN Sungai Acheh ialah Datuk Mahmud Zakaria (BN), Badrul Hisham Shaharin (PKR) dan Mohd Yusni Mat Piah (Pas). 
DUN Jawi menghadapi pertandingan satu lawan satu antara Tan Cheng Liang (BN) dan Soon Lip Chee (DAP).
DUN Sungai Bakap pula menyaksikan satu lawan satu antara Mohd Foad Mat Isa (BN) dan Maktar Shapee (PKR). - UTUSAN ONLINE
 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved