Jumaat, 26 April 2013

09 di Ceruk Tok Kun - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Ceruk Tok Kun - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di Ceruk Tok Kun</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Mar 2013 11:38 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Kerabu Bersuara: Ceramah Nurul Izzah <b>di Ceruk Tok Kun</b> 1 Ogos

Posted: 30 Jul 2008 04:25 AM PDT

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah dijangka mendedahkan peristiwa di sebalik cerita terbaru bapanya, Dato' Seri Anwar Ibrahim sempena 'Ceramah Kemerdekaan' di Galeri Perjuang, Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam pada 1 Ogos ini.

Beliau akan berceramah bersama Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) KeADILan, Badrul Hisyam dan Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusuf Rawa bermula jam 9.00 malam.

Menurut Ketua Angkatan Muda KeADILan Bahagian Bukit Mertajam, Aidi Rafizul Idrus, program tersebut merupakan 'roadshow' pertama diadakan dan akan berakhir di Parlimen Lembah Pantai pertengahan bulan Ogos nanti.

"Program pertama bermula di kediaman Dato' Seri Anwar Ibrahim di Ceruk Tok Kun dan akan berakhir di Parlimen Lembah Pantai pertengahan Ogos ini," katanya pada Harakahdaily.

Selain menceritakan beberapa siri fitnah terhadap bapanya, Puteri Reformasi itu juga bakal menerangkan isu semasa yang melanda negera serta keanggkuhan beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sepanjang persidangan parlimen.

Sementara itu, Badrul Hisyam pula dijangka meneruskan cabarannya terhadap Ahli Parlimen Rembau yang juga menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaludin yang terus mengongkong pemerintahan sekarang ini.

Manakala Dr Mujahid pastinya akan memberi penerangan tentang isu yang hangat diperkatakan iaitu muzakarah antara PAS dan Umno.

"Adakah isu muzakarah ini ditimbulkan oleh Umno untuk meraih simpati rakyat terhadap kekalahan parti mereka, memerangkap PAS atau cuba memecah belahkan perpaduan dalaman parti itu?" tambah Aidi yang juga Setiausaha KeADILan Bahagian Bukit Mertajam. - mns_

Artikel berkaitan

di negeri pulau pinang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri pulau pinang - Google Blog Search


KESIANNNNNN!!!!!... SEBAIK SAJA DIUMUMKAN <b>...</b> - Omak Kau!!!!

Posted: 04 Apr 2013 08:17 AM PDT

Omak Kau amat sedih sampai tak mampu nak meluahkan sebarang kata-kata apabila melihat rakaman gambar diatas, pasca pembubaran Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang...Habislah DAP/PR kali ini.

Inilah ceramah sulung anjuran DAP Pulau Pinang pimpinan Ketua Menteri Pulau Piunang YAB Lim Guan Eng setelah mengistiharkan yang DUN Pulau Pinang akan dibubarkan esok.

Ceramah ini disatu dewan di Padang Kota Lama, Pualau Pinang dengan YAB LGE sendiri hadir menyampaikan ucapan....Kesiannn... kena boikot habis gila... langsung tiada orang yang datang..

UMNO/GERAKAN/BN cakap kata mereka akan rampas semula Pulau Pinang.. Peluang amatlah cerah sekali...Mula-mula Omak Kau ingat UMNO/BN main-main, tetapi apabila melihat rakaman gambar diatas memang mereka bersungguh-sungguh dan yakin rakyat Pulau Pinang kini 100% dibelakang UMNO/BN.

09 di tanjung bungah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di tanjung bungah - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di tanjung bungah</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Feb 2013 01:07 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di tanjung bungah</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Nov 2012 01:40 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di tanjung bungah</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Nov 2012 01:06 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di tanjung bungah</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Nov 2012 01:40 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di tanjung bungah</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Sep 2012 01:15 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Penduduk <b>Tanjung Tokong</b> bantah bina galeri warisan <b>...</b>

Posted: 15 Sep 2012 11:00 PM PDT

TANJUNG TOKONG - Persatuan Penduduk Tanjung Tokong membantah pembinaan projek 'warisan mati' yang berkonsepkan galeri dan rumah contoh di atas tanah seluas 160 meter persegi di sini. Sehubungan itu, Pengerusinya, Mohammad Salleh Yahya berkata, pihaknya memohon supaya pemaju menangguhkan sementara pelan kelulusan bangunan ditapak fasa 5 kampung berkenaan bagi tujuan pembinaan itu kerana masih banyak isu berbangkit dan tuntutan yang belum diselesaikan. "Kami menolak konsep dan perlaksanaan 'warisan mati' iaitu pembinaan galeri atau sebuah bangunan yang hanya menceritakan sejarah Kampung Tanjung Tokong.

 "Pembinaan ini langsung tidak menggambarkan realiti warisan asal yang wujud di kampung berkenaan iaitu tapak bersejarah berusia lebih 250 tahun," katanya. Mohammad Saleh berkata, pembangunan bukan sekadar binaan batu bata yang diibaratkan seperti pembangunan tanpa roh, sebaliknya pembangunan mestilah diisi dengan budaya, sejarah dan tamadun. "Itulah pembangunan hidup yang sudah diwar-warkan Tun Razak iaitu 'Better emenities for Tanjung Tokong Soon'," katanya.

 Selain itu, menurutnya, terdapat enam bentuk warisan di sini antaranya, rumah tradisional di Jalan Lama dan kampung tersusun di Kampung Moden Tanjong Tokong.

 "Adanya juga warisan institusi yang berusia lebih 100 tahun iaitu Persekutuan Setia Tanjong Tokong yang ditubuhkan pada 1911 dan Madrasah Al Taqwa pada 1900. "Antara elemen warisan lain termasuk warisan tapak budaya, warisan penjaja Melayu, warisan nelayan Jermal melalui seni perahu dan permainan rakyat, tetapi kami kesal dengan cadangan yang mahu warisan sejarah dalam bentuk galeri sahaja," katanya.

 Beliau berkata, ia bertentangan dengan pelestarian warisan hidup selaras dengan apa yang dilaksanakan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco). "Saya harap aktivis dan pakar warisan membentangkan pelan cadangan bagaimana warisan layak dilestarikan dalam pembangunan semula Tanjong Tokong," katanya.

 Sebelum ini, Pengarah Uda Land (North) Sdn Bhd, Kamaruzaman Mohamad mengumumkan pelan pembangunan Tanjung Tokong mengandungi pembinaan Galeri Tanjung Tokong iaitu rumah yang bercirikan tradisional di sekeliling bazar.

 Uniknya bazar berkenaan turut dibina dengan ciri kolonial dan langsung tidak memperlihatkan pembangunan moden secara langsung. Kamaruzaman berkata, pihaknya juga pernah bertanya mengenai sejarah susur galur di sini, bagi membolehkan sejarah berkenaan dipamerkan dalam galeri.

 Tegasnya, seperti di Kapitan Keling mempunyai sejarahnya tersendiri, namun di sini sejarahnya yang dikatakan perkampungan nelayan juga sama seperti Tanjung Bungah, Jelutong dan Batu Uban. Namun Uda tidak pernah memandang ringan hal berkenaan dan membina galeri untuk penduduk tempatan dan pelancong mengetahui sejarah Kampung Tanjung Tokong.

09 di nibong tebal - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di nibong tebal - Google Blog Search


hot news !!! #pru13 !!! letupan <b>di nibong tebal</b> <b>...</b> - Badut Rakyat

Posted: 25 Apr 2013 11:00 PM PDT


Mangsa letupan bom tersebut adalah seorang petugas kempen BN dan beliau cedera di kaki.Sehingga kini,tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab.kelmarin,seorang jurukamera RTM dipukul oleh penyokong PAS di Gua Musang.Beliau kemudian telah meninggal dunia dan anak Allahyarham inginkan keadilan bagi perkara ini.Walaupun Anwar Ibrahim menafikan beliau menghasut rakyat untuk "Malaysian Spring",bibit-bibit keganasan mula dibawa oleh penyokong-penyokong PR kerana terpedaya dengan retorik dan hasutan pemimpin-pemimpin pembangkang seperti Anwar,Tian Chua & Mat Sabu.Rakyat Malaysia harus menolak ekstremisme yang dibawa oleh PR agar keharmonian negara dapat terus dikekalkan.Perkara ini sudah dijangkakan awal lagi,di mana pembangkang akan menggunakan taktik kotor dan ganas untuk mewujudkan kekecohan pada PRU ini.Penganalisis politik tersohor masa kini iaitu mantan perdana menteri Malaysia Tun Mahathir Mohamad telah menjangkakannya seawal tahun lepas.Pada 25 Mei 2012,beliau ada menulis di blognya mengenai politik ganas dan kotor amalan pembangkang.Menurut Tun,pemimpin parti lawan mungkin akan menggunakan cara demonstrasi ganas dan berpanjangan untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 berikutan cara demokrasi tidak memberi kemenangan kepada mereka berdasarkan kepada sejarah dan keputusan pilihan raya terdahulu. 
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata semua rakyat Malaysia dan pemerhati asing sehingga kini mengakui proses pilihan raya tidak dapat menjatuhkan Barisan Nasional (BN)."Majoriti rakyat Malaysia tetap memberi kemenangan kepada BN, kenapa tidak, semua terpaksa terima hakikat bahawa kerajaan BN telah membawa banyak kemajuan dan nikmat lain kepada rakyat."BN berjaya membawa keamanan dan kesejahteraan kepada negara.Tiap seorang dari rakyat Malaysia dapat mengecapi kehidupan yang lebih mewah dan lebih bahagia di bawah pemerintahan BN," katanya dalam catatan blog beliau di chedet.cc pada tahun lalu.Dr Mahathir berkata segala percubaan oleh parti-parti lawan untuk mengurangkan sokongan dan persepsi baik terhadap BN dan pemerintah yang didirikan olehnya tidak berjaya.Justeru,katanya, maka Bersih dicipta dan tunjuk perasaan yang besar dan ganas adalah persediaan untuk menolak keputusan pilihan raya jika parti lawan gagal memenanginya. 
"Kekalahan mereka akan dituruti dengan demonstrasi ganas yang tidak berhenti-henti supaya keputusan pilihan raya ditolak dan satu kerajaan lain didirikan, yang ditunjuk oleh parti lawan.Kemudian,mereka akan berusaha untuk mengadakan pilihan raya sekali lagi yang boleh di manipulasi mereka," katanya.Dr Mahathir berkata sudah tentu sebelum kerajaan pilihan rakyat digulingkan, negara akan diserang bertubi-tubi dengan demonstrasi ganas dan huru-hara selain segala perancangan dan perusahaan akan diganggu mungkin dengan mogok di sana sini anjuran parti lawan. 
"Kestabilan negara akan tergugat. Polis dituduh melakukan keganasan supaya mereka tidak dapat kawal huru-hara dan demo dengan cara berkesan. Kuasa-kuasa asing akan mengecam kerajaan pilihan rakyat kerana kononnya mengguna kekerasan menghalang kebebasan bersuara dan berdemonstrasi. Malaysia akan dicap sebagai Police State," katanya.Beliau berkata Malaysia yang bangun dengan pesatnya akan bertukar menjadi negara yang tidak lagi stabil dan maju, dan tidak lagi memberi kebahagiaan dan rahmat kepada rakyatnya."Mereka tidak percaya dengan demokrasi maka akan hilanglah hak rakyat untuk memilih kerajaan.Negara ini akan menjadi miskin dan Wawasan 2020 tidak menjadi kenyataan," katanya.Dr Mahathir berkata inilah yang akan berlaku kerana parti bukan BN kecewa tidak dapat ke Putrajaya dan jika dengan cara ganas mereka ini membuatkan mereka berjaya merebut kuasa,maka demokrasi akan dihapuskan dan nasib yang buruk akan menimpa negara ini. Jika ini yang ingin dibawa pembangkang,maka untuk mengecap sebuah negara maju dan aman adalah satu perkara yang amat mustahil.Jangan biarkan nafsu ghairah reformasi menguasai diri, sebaliknya biarlah fikiran yang waras menilai situasi yang terbaik untuk masa depan Malaysia.

PAPA GOMO: Tragedi Letupan <b>Di Nibong Tebal</b> Petanda Awal <b>...</b>

Posted: 26 Apr 2013 03:02 AM PDT


Kejadian yang berlaku di Nibong Tebal menjelaskan kepada kita semua bahawa Pakatan Pembangkang bersiap sedia untuk menghancurkan Malaysia pada 5 Mei ini. Apa yang berlaku mempamerkan watak sebenar Pakatan Pembangkang yang dikepalai PKR untuk mengucar kacirkan negara sepertimana insiden yang berlaku di Lahad Datu Sabah.
Rakyat Malaysia wajib menolak Pakatan PAS,DAP dan PKR pada PRU 13 ini bagi menjamin Malaysia terus aman dibawah pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional.

Undi PKR Bawa Kehancuran Negara
Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam
Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa
Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara.

ANWAR AL JUBURI HARUS BERTAUBAT

gemparrr..!!! bilik gerakan bn <b>nibong tebal di</b> bommm..!!!

Posted: 23 Apr 2013 07:37 PM PDT


Tu diaaa..!!! Bila kita kata depa ni pengganas dan pengacau keamanan negara lebih kurang macam Kiram kat Filipina tu, depa marah kat kita... 
Tapi semalam dah kecoh ada Bilik Gerakan BN di Nibong Tebal telah di bom..!!!
Dalam kejadian tu, seorang anak muda yang bertugas mengiringi calon BN dilaporkan cedera. Masa bom tu meletup, aku difahamkan bahawa Pengerusi Gerakan, Datuk Dr Teng Hock Nan sedang menyampaikan ucapan di situ. 
Bom tu meletup betul-betul di belakang khemah masa Pengerusi Gerakan tu bagi ceramah. Tu dia aihhhh...! Nasib baik takdak yang mati... Informer aku bagitau, polis tengah menyiasat kes tu kat Penang...


Camana ni? Belum dapat Putrajaya depa dah bom sana sini. Boleh aman ke Malaysia ni kalau depa perintah? Silap-silap, kalau lawan kerajaan Pakatan Haram sikit, terus depa letak bom depan rumah kita...heh!

09 di Gelugor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Gelugor - Google Blog Search


Video Pemberontakan Pemimpin-pemimpin UMNO Tasek <b>Gelugor</b> <b>...</b>

Posted: 16 Apr 2013 10:00 PM PDT


Merasakan dirinya telah diperbodohkan dan dipermainkan oleh teman-teman seperjuangannya sendiri dalam UMNO, Mantan Ahli Parlimen Tasek Gelugor telah mengistiharkan dirinya akan menjadi calon mesra Pakatan Rakyat untuk kerusi ini..

Beliau yang juga mantan timbalan menteri Pertanian dan Asas Tani pertama kali bertanding di Tasek Gelugor pada 1999 apabila beliau menang dengan majoriti 4,236 undi.

Pada 2004, beliau mengalahkan calon PAS Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dengan majoriti 10,183 undi.

Akan tetapi beliau memberikan kerusi tersebut kepada menteri kewangan kedua pada ketika itu Nor Mohamed yang berjaya mempertahankan kerusi tersebut dengan 4,547 majoriti undi, mengalahkan Ismail Salleh dari PAS.

Kerusi tersebut telah diserahkan kepada Nor Mohamed setelah Nor Mohamed merayu kepadanya agar diberikan peluang untuk bertanding di situ,..

Dan dalam perjanjian lisan antara mereka yang disaksikan puluhan penyokong mereka ketika itu Nor Mohamed telah menjanjikan akan berusaha untuk mengembalikan kerusi tersebut kepada Shariff Omar pada PRU13 ini.

Malangnya.. janji tinggal janji... segalanya tidak ditepati..

Saksikan apa lagi luahannya dan siapa lagiyang dipersalahkannya dalam video-video ini... video yang ketiga paling menarik.. SAKSIKAN!!!




Buat macai-macai diluar sana.. Allah mengurniakan manusia otak.. tetapi Allah juga mengurniakan otak kepada lembu..

Yang membezakan antara manusia dan lembu adalah akal.. jadi gunakanlah akal kurniaan Allah itu sebaik mungkin..

Fikirkanlah.. apakah UMNO kini sama dengan UMNO yang ujud ketika diawal kemerdekaan?

Perlukah UMNO disokong lagi.. sedangkan pemipin yang dekat dengan rakyat, yang berkhidmat sebaik mungkin untuk rakyat diperlakukan begini?

Laporan sebelum ini sila baca di SINI

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved