Khamis, 30 Mei 2013

09 di Batu uban - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Batu uban - Google Blog Search


SEMALAM BERSAMA RAFIZI RAMLI <b>DI BATU UBAN</b> P.PINANG <b>...</b>

Posted: 20 Dec 2012 08:35 PM PST

 RAFIZI RAMLI MENGGODAM DASAR-DASAR UMNO -  BN DI P.PINANG

BATU UBAN kampung bersejarah , di antara yang tertua di P. Pinang. Kampung yang telah wujud sebelum kedatangan Kepten Francis Light  yang kononnya membuka P.Pinang. Hakikatnya pulau ini telah pun terbuka sebab itu namanya Pulau Pinang bukannya Prince of Wales Island.Pada ketika itu di batu Uban wujud pelabuhan dan pusat pentadbiran.

Batu Uban dibuka oleh Datuk Nakhoda Nan Intan atau Penghulu Mohamad Salleh dari kampung Buadi Sumatera. Diasaskan 50 tahun sebelum ketibaaan  Light pada tahun  1786. Begitu juga dengan Tanjong Penaga, Jelutong,Datuk Keramat, tanjong Tokong dll.

Ada masjid yang didirikan beliau, ada telaga, tanah perkuburan dan persekitaran  yang masih dihuni oleh anak cucunya. Agak malang pengisian kemerdekaan sangat    tidak menghormati nilai sejarah , budaya dan warisan peribuminya. Malahan sangat zalim apabila berhadapan dengan pembangunan komersial.

Warisan  perlu  dibela untuk mengangkat martabat  bangsa . Di sinilah Saudara Rafizi Ramli berceramah pada malam Selasa 17 hb Disember 2012.  Kampung yang terkepung dan terperangkap dengan pembangunan pesat. hampir sangat akan tenggelam dan terhapus .Tinggal masjid dan tanah perkuburan sahaja.

Sebelumnya Saudaran Ravintharan ADUN Batu Uban telah berceramah , menegaskan :

Memelihara warisan bukan  memelihara masjid semata-mata. Masjid wujud bersama qariah.Bila qariah berpindah dengan sendirinya masjid tidak berfungsi lagi. Jadi kawasan disekeliling masjid mesti dipelihara sebagai zon warisannya. Kawasan  disekeliling masjid dengan persekitaran yang berpatutan mesti dipertahankan.

Inilah perkara yang diperjuangkan dengan sungguh -sungguh oleh ahli Majlis Perbandaran P.Pinang yang juga aktivis PAS Bayan baru Saudara Iszuree Ibrahim. Ada usaha nekad untuk menghantar rombongan berjumpa dengan Datuk Seri Rais Yatim menteri yang bertanggung jawap tentang warisan.

Beliau perlu bertindak mewartakan Batu Uban menjadi kampung warisan. Jika Zakiah Hanum, mantan pengarah Muzium Negara  boleh membeli tanah tapak rumah P.Ramlee dan mewartakannnya menjadi zon warisan kenapa tidak dengan Batu Uban dan Tanjong Tokong. Dua warisan P.Pinang yang tertua. Warisan rumah P.Ramlee jauh lebih muda daripada keduannya itu.

Saudara Rafizi telah memfokuskan  usaha Pakatan Rakyat mengatasi masalah keluhan rakyat. Rakyat  yang terperangkap dalam kenaikan harga barang dan kos hidup akibat gejolak dan  lonjakan  inflasi yang tidak terkawal. Sedangkan upah dan gaji tidak bertambah. Sebagai kerajaan dan pemimpin kita harus berfikir bagaimana hendak mengatasinya.

PR berazam menjanjikan satu pakej ekonomi untuk kerajaan yang bertanggung jawap. Rakyat akan dibela.Rakyat sama sekali  tidak akan dibiarkan lemas dan tenggelam  dalam arus kenaikan inflasi. Apa tindakannya :

- PR akan menggunakan sebahagian keuntungan PETRONAS melebihi RM  80 Bilion untuk memberi subsidi kepada  harga petrol semasa. Faedah yang dinikmati oleh  semua rakyat . Harga barang dan kos penghantaran dengan sendirinya akan turun.

- PTPTN akan dihapuskan menjadi pelaburan kerajaan kepada rakyat yang terpelajar. Mereka  akan  menyumbang semula  kepada pembangunan masa depan negara.

- Cukai kereta sekali ganda daripada harga asal sangat mencekik golongan muda yang baru bekerja. Cukai ini akan dikaji. Tidak ada negara di dunia yang mengenakan cukai kenderaaan yang begiti tinggi. Rakyat dibebankan dengan tol, bayaran insuran dan cukai jalan yang tinggi, saman trafik, bayaran bulanaan kenderaaan yang tinggi dan pembaikan kereta dan harga petrol. Ini telah menjadi trauma dan memakan jumlah perbelanjaan yang besar untuk satu item sahaja. Bagaimana dengan yang lain-lain,Gaji permulaan hanya sekitar RM 2000 sahaja. Mengkiut perkiraan beliau RM 1000 ke tas dibelanjakan untuk kereta sahaja

Rakyat perlukan kerajaan yang bertanggung jawap yang memikirakan nilai hidup warganya.Malaysia cukup kaya tetapi kekayaannya diagihkan ke mana. Golongan kaya tambah meliana tetapi rakyat terbanyak papa kedana. Pendapatan rakyat dirompak melalui mekanisme ekonomi yang merangkap kehidupan dan kerajaan membiarkan ianya berlalu begitu sahaja. Jawapannya negara akan bankraf jika subsidi diberi. Dalam masa yang sama subsidi terus diberi kepada para kroni yang membekalkan tenaga letrik kepada TNB. Sepaptutnya harga letrik murah tetapi bayaranya terus meningkat,Sekali lagi rakyat terjerat dan dimangsakan.

Rafizi menggariskan 3 ciri  penting,  menentukan sesebuah kerajaan itu bertanggung jawap atau pun tidak :

Pertama – para pemimpinnya memikirkan nasib rakyat jelata. Mencari jalan bagaimana mengatasi kesususahan hidup mereka supaya terkeluar daripada perangkap ekonomi yang bermasalah.Tugas pemimpin membela kepentingan rakyat.

Kedua -  para pemimpinnya terlihat telus dan bersih.Tidak dikaitkan atau dipalit dengan isu rasuah. Tidak wujud keadaan sambil menyelam sambil minum air. Mengambil peluang merembat kekayaan negara semasa berkuasa, menangguk di air yang keruh. gunting dalam lipatan dan pagar makan padi.

Ketiga – Pemimpin mesti berakhlak tinggi. Contoh teladan kepada umat. Sebagaimana kata Ghandi. Salah satu daripada  jenayah moral yang terbesar ialah wujudnya keadaan golongan istimewa yang mendapat limpahan kekayaan tanpa bekerja " Wealth without work"

Rafizi mengakhiri dengan meminta supaya rakyat berfikir dan menilai kebaikan dan keburukan dengan mata yang terbuka. Jika rakyat di Baram boleh berfikir dengan mengatakan bahawa sebagai tuai rumah panjang saya akan membenarkan PKR, PBB, PBDS siapa sahaja  untuk berceramah.saya tidak boleh membaca.Tidak semestinya saya tidak boleh berfikir. Saya akan buat pilihan yang terbaik untuk kebaikan orang saya.

Di harap Pakatan Rakyat  tidak sekadar menjadikan rakyat sekadar modal berkempen untuk memburuk-burukkan UMNO – BN . Ia perlu ada agenda yang kemas untuk mebela nasib rakyat terutama orang Melayu yang semakin tenggelam di P.Pinang akibat dasar-dasar kerajaan yang terlalu pro pelaburan, kapitalis dan pembangunan komersial. Pembangunan mesti seimbang supaya rakyat ada bahagiannya dan tidak mejadi seperti melukut ditepi gantang !

Rafizi Ramli tokoh muda harapan bangsa Malaysia dan aset masa depan negara. Beliau berupaya mengupas punca kemelut negara dan ada formula  bagaimana mengatasinya.

MAKLUMAT LEBIH LANJUT SILA LAWATI  daulahrakyat.com

09 di jelutong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di jelutong - Google Blog Search


Tak Tunai Janji Adun DAP <b>Jelutong Di</b> Pukul Perempuan Tua <b>...</b>

Posted: 06 Apr 2013 05:39 PM PDT

Malang buat penduduk Georgetown,regim DAP lebih pentingkan poket kroni berbanding kesejahteraan rakyat. Guan Eng sanggup gadai tanah dan beri konsesi tol 30 tahun kepada kroni dalam masa yang sama berjanji untuk hapuskan tol jika menang PRU12 yang lalu.

Kelmarin banjir kilat di Georgetown,banyak kawasan yang terlibat dan salah satunya di Sungai Pinang. Pisau nak berkongsi satu cerita yang berlaku selepas banjir . Adun DAP Sungai Pinang Koid Teng Guan bersama Abang Nasir SU Pas Jelutong baru turun tunjuk muka almaklumlah dah dekat PRU13..

Mereka melawat kawasan Jalan Madrasah Jelutong , 2 ekor pencacai haprak pakatan ini pergi menaiki motorsikal. Dengan harapan nak tunjuk prihatin kepada rakyat,sebaik tiba 2 ekor ini di sambut dengan maki hamun oleh penduduk.Perang mulut diantara Koid Teng Guan dengan Abg Zarus ,Pengerusi Badan Bertindak Jelutong Timur apabila Koid berjanji mahu selesaikan masaalah banjir.

Sedangkan kerajaan negeri sendiri yang meluluskan projek yang b yang diusahakan oleh Nova Mulia dikawasan berdekatan menjadi punca banjir walaupun sebelum ini dibantah beberapa kali.Berpuluh aduan dibuat namun regim kerajaan negeri DAP langsung tidak mengambil tindakan,apabila nak PRU 13 Adun DAP baru nak tunjuk muka.

Koid pertahankan kerajaan regim DAP sedangkan didepan mata mereka banjir pun belum surut menyebabkan perang mulut semakin panas,Zarus terus menghalau Koid agar keluar namun Koid dengan besar kepala tidak berganjak , Adun DAP ini dengan angkuh beranggapan ini kawasan dia maka dia tak perlu keluar.

"Fuck You" itulah kata kata Zarus beberapa kali dihadapan muka Koid sambil mencabar agar diri disaman di mahkamah kerana mengeluarkan perkataan tersebut. Ketika diatas motorsikal Adun DAP ini telah dipukul beberapa kali dengan mengunakan payung oleh penduduk seorang perempuan melayu tua.

Pisau sempat berbual dengan pembantu Koid,katanya gengster melayu yang pukul big bossnya katanya ini semua melayu banyak rasis, " I punya bos nak tolong,tapi ini melayu pukul i punya bos,tak bagus ini macam"

Bila dengar cerita pembantu Koid Teng Guan ,Pisau dah sedar inilah cara DAP burukkan orang melayu,puncanya mereka sendiri tidak berkhidmat dan tak tunai janji,apabila berhadapan dengan rakyat mereka cukup angkuh dan sombong. Kemudian tuduh dipukul dengan gengster melayu sedangkan hanya seorang perempuan melayu tua.

Pisau kata "dah masuk kawasan orang..tak hormat penduduk dah tu tak mengaku kesilapan..memang dapat habuan la"

09 di tasek gelugor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di tasek gelugor - Google Blog Search


Greenblacks: Parlimen <b>Tasek Gelugor</b> "BERGELORA" Kerana Najib <b>...</b>

Posted: 16 Apr 2013 04:57 PM PDT


Shariff telah menjangkakan untuk mendapat kerusi tersebut selepas Tan Sri Nor Mohamed Yakcop bersetuju untuk tidak bertanding walaupun menang di situ pada Pilihan Raya 2008. – Gambar oleh K.E. Ooi
Kecewa dengan BN, Shariff akan bertanding sebagai calon bebas di Tasik Gelugor
Doa hari hari terakhir almarhum ustaz Fadzil Mohamad Noor nampaknya semakin Allah Azzawajal makbulkan..
Apa dah jadi dengan 'gelombang biru' ??
Adakah gelombang dah mula memakan kapal UmnoBn??
Semalam kenapa Big Mama perlu buat penafian bukan dia yang tentukan calon??
GEORGE TOWN, 17 April — Bekas ahli parlimen Tasik Gelugor Datuk Seri Mohd Shariff Omar mengumumkan malam tadi beliau akan bertanding di kerusi tersebut walaupun Barisan Nasional (BN) telah memilih calon lain untuk pilihan raya 5 Mei.
Shariff telah menjangkakan untuk mendapat kerusi tersebut selepas Tan Sri Nor Mohamed Yakcop bersetuju untuk tidak bertanding walaupun menang di situ pada Pilihan Raya 2008. Ia merupakan salah satu daripada dua kerusi parlimen dimenangi oleh BN di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum tersebut.
Bekas timbalan menteri yang mempunyai ramai penyokong di Tasek Gelugor itu mengkritik kepimpinan BN kerana memilih calon yang tidak dimahukan oleh penduduk setempat.
"Saya akan menjadi calon mesra Pakatan Rakyat untuk kerusi ini," kata lelaki berusia 65 tahun itu kepada pemberita selepas perhimpunan spontan lebih 2,000 penyokong di luar rumahnya di sini.
"Saya boleh jadi calon bebas, atau di bawah tiket DAP, saya boleh bertanding di bawah PKR dan PAS kerana semua pemimpin mereka adalah kawan saya," tambah beliau beberapa jam selepas BN mengumumkan Shahbudin Yahya akan bertanding di kerusi Tasek Gelugor.
Shariff menjangkakan mungkin berlaku perlawanan beberapa penjuru di kerusi Tasek Gelugor dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam kawasan tersebut.
oleh Opalyn Mok malaysian insider

09 di Bayan lepas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Bayan lepas - Google Blog Search


Anak Sungai Derhaka: Pembelian undi besar-besaran <b>di</b> Pulau <b>...</b>

Posted: 13 May 2013 08:31 AM PDT


Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin mendedahkan pembelian undi besar-besaran di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, dipercayai melibatkan peruntukan berjuta ringgit.

Katanya, perancangan cukup rapi dan sistematik itu dilakukan pihak tertentu dengan pemberian voucher kepada pengundi, yang kemudian ditebus dengan wang tunai selepas pilihan raya.

Katanya, sejak Jumaat lalu, pengundi di beberapa kawasan dikesan membawa voucher tersebut untuk mendapat bayaran. Antaranya di DUN Sungai Dua di Bayan Baru, DUN Pulau Betong di Balik Pulau dan DUN Tanjung Bungah.



"Masa PRU, pihak berkenaan telah beri voucher dan beritahu pengundi kalau BN menang, mereka boleh dapat special bonus. Selepas PRU, mereka mula memberi special bonus ini. Pengundi dibayar dengan anggaran RM120 hingga RM200 setiap seorang," ujarnya.

Menurutnya, Laporan polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya telah dibuat bersama bekas Speaker Pulau Pinang, Datuk Halim Hussain Jumaat lalu, namun tiada tindakan diambil.


Malah ketika beliau melawat tempat berkenaan semalam dan kelmarin, pemberian tunai tersebut masih terus berjalan.

"Ini kes yang besar kerana menunjukkan pembelian undi besar-besaran berlaku di Pulau Pinang dan kita tidak nampak ada tindakan.

"Di tempat yang kita kalah, semuanya kalah dengan marjin yang cukup rendah. Maka mungkin pengundi dipengaruhi dengan pemberian special bonus untuk mengundi Barisan Nasional," ujarnya.

Menurutnya, pihaknya mengesyaki pembelian undi itu dilakukan di banyak tempat, membabitkan puluhan ribu pengundi dan peruntukan jutaan ringgit.

"Siapa yang mempunyai kekuatan organisasi yang begitu besar untuk mengagihkan wang berkenaan dan kenapa pihak berkuasa tidak ambil tindakan?" Soalnya.

Menurutnya, pagi tadi, enam calon DUN dan seorang calon parlimen dari Pakatan Rakyat, membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang.

Mereka ialah Datuk Abdul Halim Hussain (Dun Teluk Bahang), Mohd Tuah Ismail (DUN Pulau Betong) Muhammad Bakhtiar Wan Chik (Parlimen Balik Pulau) Roshidi Hussein (DUN Penaga), Norhayati Jaafar (DUN Teluk Air Tawar) dan Ahmad Zaki Yuddin Abd Rahman (DUN Pinang Tunggal).

Laporan itu dibuat di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana memberi wang sogokan atau rasuah sama ada sebelum, semasa dan selepas pilihan raya.


Laporan oleh
Keadilandaily 
Gambar dan video dari Aliran

09 di tanjung tokong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di tanjung tokong - Google Blog Search


Tari Cafe <b>Tanjung Tokong</b> | JuadahMalaysia.com

Posted: 25 May 2013 07:30 PM PDT

Dah jemu pekena nasi kandar bila mai Penang?

Apakata korang tukar selera makan nasi campur pula. Kali ni daku nak bawa korang makan2 di Tari Cafe, Tanjung Tokong. Lokasi ni menjadi satu nostalgia buat mr suami kerana pada zaman kecil2nya dulu beliau pernah menetap di sini bersama arwah bondanya.

Daku pernah dibawa oleh mr suami utk meninjau tapak kediaman arwah bonda dulu, namun hampa krn kini kawasan ini sedang pesat membangunan dgn binaan bangunan & kondo2 mewah..

Nasib baik kedai makan yg kami pergi ni masih utuh perniagaannya walau di tengah kepesatan bangunan2 tinggi.

140520132054

inilah Tari Cafe terletak di Jln Tanjung Tokong. Kalau dari Gurney Drive korang akan jumpa  Island Plaza sblh kanan, ada simpang 4 trafick light jalan terus lagi beberapa meter akan nampak restoran ni sebelah kiri. Kalau korang jalan terus lagi, jalan tu akan menuju ke Batu Feringgi.

140520132049

kalu tak silap daku ada 30-40 jenis lauk2 yg terdapat di sini (gambar susah nak snap pulak masa nih). selain itu juadah minum ptg pun dah siap di sajikan antaranya laksa, behun sup, pecal dll.

140520132051pecal

Memandangkan kami tiba sini agak lewat tengahari, maka nasi berlauk lah yg menjadi santapan utama kami. Sib baik lauk2 masih byk lagi… Kebetulan masing2 perut tengah lapor gilerr.. laju je ambik lauk dan laju je kami makan. tak pandang kiri kanan..

walaupun begitu, gambar makanan tetap sempat utk di snap..heh

140520132046

Klik..klik… ni hidangan nasi daku punye. lauk daging, sayur, kuah2 & kentang goreng

140520132047ambik juga ikan kembong bakar. mmm… sedap juga salutan sambal pada ikan nih  :-)

140520132045

jeng..jeng..jeng… Nie pula menu kepunyaan mr suami. eh..eh.. mana nasi dia? udah tenggelam dgn lauk-pauk yg banyak tuh..hehe… mcm tamak kan? takpe-takpe, lepas tu daku pau juga lauk beliau nnti   :mrgreen:

140520132048

see… habis juga kan ! Alhamdulillah Syukur nikmat  :D

Tengah siap2 nak balik, tiba-tiba hujan turun dengan selebatnya. Kami terpaksa menunggu   lg di Tari Cafe dlm tempoh agak lama. sambil2 tu mr suami dok jeling2 apa lagi menu minum ptg yg boleh dicuba.  :?

140520132050

nampak pulut sekaya nih..

140520132053

apa lagi… mr suami ambik semanggkuk pulut tu.. byk pulak dibubuhnya.. adeh la.. perutku dah tak boleh nak masuk apa2 lagi. mr suami yg makan sorang2. Licin dia makan sampai dah tak leh bangun dari kerusi..  :lol:

Apa-apa pun kami sangat berpuas hati dgn menu masakan di sini. 4/5 bintang daku berikan. Harganya juga masih berpatutan. Semua sekali makanan termasuk minuman (2 gelas) berharga RM26 sahaja. Ok la tu kan..kan…

Pisau Kedah: Hot ! Pakatan Haram Tuduh Orang Melayu <b>Tanjung</b> <b>...</b>

Posted: 27 May 2013 10:29 PM PDT

Dasyat gila alasan yang di berikan oleh Pengarah Pilihan Raya Pakatan Haram kawasan Bukit Bendera, Saiful Lizan Yusof setelah DAP kalah di Tanjung Tokong.
Dalam kenyataan akhbar yang di berikan Saiful Lizan... Mangkuk ayun ni kata " Habuan berbentuk wang dan kebendaan kepada orang Melayu menjadi faktor kekalahan calon DAP kepada calon Gerakan di Tanjung Tokong.
Memang bodoh la alasan yang di berikan mangkuk ayun si Saiful Lizan ni .. Kalau tempat Pakatan Haram kalah, alasannya semua pengundi di beli dengan habuan... Tempat yang di menangi Pakatan Haram semuanya di menangi dengan secara telus..
Yang Pisau Kedah rasa sakit hati apabila mangkuk ayun ni menuduh seolah-olah martabat bangsa Melayu ni cukup rendah, hanya boleh di beli dengan wang ringgit dan kebendaan sedangkan kaum cina yang majoritinya memberi undi kepada DAP tidak pulak di kritiknya... Memang si Saiful Lizan ni jenis Melayu yang tak sedaq diri.
Saiful Lizan patut sedaq bahawa penduduk di Tanjung Tokong terutamanya yang berbangsa Melayu menolak calon DAP bukan di sebabkan wang ringgit atau kebendaan... Penduduk Tanjung Tokong menolak calon DAP di sebabkan mereka merasa kedudukan mereka di Tanjung Tokong tidak selamat sekiranya memilih calon yang di letakan DAP berbanding calon yang di letakan Gerakan..
Inilah sikap sebenar Pakatan Haram.. Kalau kalah di salahkan orang lain.. Kalau menang pulak di katanya rakyat membuat pilihan yang betul.. 

09 di bagan ajam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di bagan ajam - Google Blog Search


Berkelah,Berkhemah & Memancing <b>di</b> R&R <b>Bagan Ajam</b>

Posted: 15 Apr 2013 01:00 AM PDT

Weekend is a day for family..Thus,kemarin kami decide bwk nenial pi berkelah,berkhemah sambil memancing tepi pantai..bukan pantai jauh pun..cuma kat R&R Bagan Ajam..tujuan utama pi ctu saja nak lepak2..sambil santai tepi laut..plus si nenial sibuk nak dok khemah dia kta..
FYI,khemah tu baru beli..kihkih..beli 2 mggu lepas..tp belum dirasmikan lagi..so kemarin kami dah rasmi la..hehehe

Tgk-tgk..cantik tak khemah kitew???huhu..bau supermarket lg tuh..huhu

Sambil-sambil lepak,nenial pulak main pasiaq..tgk..dia siap bwk perkakas korek2 dia..ada lori tanah,timba kecik,sudu..set ni kami beli kt org dok juai mainan kt ctu..cuma rm 10 jeww...


Si kecik pun tunjuk bakat nak memancing la konon..takpa..nenial makan nasik banyak-banyak ok..nanti ikut papa pi mancing bawah jambatan..bwk balik ikan kat mama banyak2..so that mama boleh masak..hihihihi

Lebih kurang 2jam jugak kami lepak ctu..dari petang sampai malam..tp ikan sekor pun tak dapat..huhuhu

So,pukul 8 mlm aku ajak hubby balik..sebabnya nenial dah makin melampau takmau dengaq cakap..dh cemuih dah dia men pasiaq..so dia mula la nak berlari merata..tak larat dah nak kepung..hehehe

Kami sampai rumah around pukul 8.30..balik mandi n masak ikan jehanak sweet sour yg hubby dpt masa memancing bawah jambatan tu..sedapp marvelouss...tp aku takdan nak snap photo..sbbnya hubby aku dah mkn..lapaq sangat katanya..hehe

Okla..tata titi tutu...Gracias:-)

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved