Ahad, 14 Julai 2013

di negeri pulau pinang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri pulau pinang - Google Blog Search


PKR Perlu Bebaskan Rumah Ketua Wanita <b>Negeri Pulau Pinang</b>

Posted: 11 Jul 2013 08:28 PM PDT


Nasib yang dialami oleh Ketua Wanita PKR Negeri Pulau Pinang, Norhayati Jaafar di mana rumahnya disita oleh mahkamah ekoran kegagalan membayar ganti rugi sebanyak RM30,000 kepada seseorang yang telah menyamannya seperti mana dilaporkan seharusnya diberi perhatian.

Rumah Norhayati terletak di Taman Sri Kijang, Alma di Bukit Mertajam Pulau Pinang disita semalam atas perintah Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Sekiranya beliau gagal melunaskan ganti rugi berkenaan dalam masa 14 hari semua barangan di dalam rumah itu akan dilelong.

Kita sangat berharga semoga nasib atau masalah dihadapi Norhayati akan diselesai dalam tempoh terdekat.

Semua pihak kena sedar kronologi yang dilalui oleh Ketua Wanita PKR itu ialah dalam tindakan untuk membela partinya.

Tidak ada apa-apa keperluan untuk beliau berbuat begitu kalau bukan untuk parti.

Norhayati disaman oleh kerana beliau dikatakan memfitnah penyaman itu dengan menuduh penyaman itu tidak berakhlak, berpengetahuan dalam agama dan penyaman itu juga mencadangkan Presiden PKR Dr Wan Azizah Ismail bercerai dengan suaminya Anwar Ibrahim yang juga Penasihat Umum PKR.

Tuduhan Norhayti Jaafar itu dibuat dalam satu sidang akhbar kemudian disiarkan dalam media massa termasuk Harakah.

Selain Norhayati berberapa pihak lain juga disaman. Walaupun apa yang dilakukan Norhayati diluar pengetahuan dan arahan parti, tetapi parti kena ambil peduli kerana ia berbuat begitu demi parti.

Tidak ada apa-apa kepentingan untuk dirinya atas kenyataan yang menyebabkan dia difitnah.

Dalam hal ini seluruh ahli PKR boleh berpakat untuk membantu Norhayati. Tidak menjadi masalah kalau kutipan derma di kalangan ahli dilakukan untuk membantu Norhayati.

Kalau kutipan untuk tujuan aktiviti parti lain boleh dibuat kenapa tidak untuk membantu ahli parti yang teraniaya?

Begitu pun kutipan seperti itu bukan patut dijadikan amalan tetapi setidak-tidak untuk dijadikan iktibar di masa akan datang.

Ahli parti khasnya penjawat jawatan hendaklah berhati-hati dalam membuat kenyataan walaupun atas tujuan hendak membela parti dan pemimpin atasan.

Juga apa yang boleh diambil iktibar sudah menjadi sunatullah dalam politik mana-mana ahli yang mendapat musibah ia akan tanggung sendiri.

Semoga kes dihadapi Norhayati itu akan diatasi dengan baik dan PKR akan menunjukkan sikap bertanggungjawab dan ehsan kepada ahli-ahlinya.

~ MSO

09 di Batu uban - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Batu uban - Google Blog Search


tkm 1 yb hj rashid hasnon turun padang melawat kampung <b>batu</b> <b>...</b>

Posted: 23 May 2013 06:50 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Satu pertemuan dikalangan Ahli Majlis MPPP dengan Timbalan Ketua Menteri disebelah petang hari telah setelah saya membangkitkan isu tindakan makamah oleh pemaju keatas rumah Pengerusi Masjid Batu Uban telah membuahkan hasil ... LINGKARAN SEMPADAN TANAH TANAH WARISAN PERKAMPUNGAN MELAYU"" spt di Batu Uban, Tanjung Tokong dan Juga perkampungan yang mempunyai ciri Warisan melayu sejak Dari kurun Ke 17 di Pulau Pinang.

09 di tanjung bungah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di tanjung bungah - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di tanjung bungah</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Jul 2013 01:08 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di tanjung bungah</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Apr 2013 01:28 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di tanjung bungah</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Apr 2013 01:51 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di tanjung bungah</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Jan 2013 01:38 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Review Flamingo Hotel by the Beach, <b>Tanjung Bungah</b> Penang | KL <b>...</b>

Posted: 01 Dec 2012 11:26 AM PST

Percutian ke Pulau Pinang kali ini membawa kami ke Flamingo Hotel by the Beach yang terletak di Tanjung Bungah. Kedudukan hotel ini yang terletak di tepi pantai membuatkan percutian kali ini lebih santai sambil menikmati keindahan pantai di Pulau Pinang. Selain lokasinya di tepi pantai, Flamingo Hotel juga terletak berdekatan dengan Batu Ferringhi iaitu lebih kurang 7km atau 15 minit perjalanan dengan kereta. Selain itu, antara tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di sekitar atau berdekatan dengan Hotel Flamingo Penang ialah Toy Museum (300m), Gurney Drive (6km), Pasar Chowrasta (9km), Nasi Kandar Line Clear (9km), Nasi Kandar Beratur (10km), Georgetown Heritage Sites (10km), Fort Cornwallis dan Padang Kota Lama (10km), Komtar (10km), Chew Jetty (11km), Bukit Bendera (13km) dan Penang Butterfly Farm (14km).

Setibanya kami di sana, urusan check-in berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Kami telah menempah bilik deluxe seaview yang mempunyai pemandangan cantik Selat Melaka.

Lobi Hotel Flamingo Penang

Pemandangan indah Selat Melaka yang dapat dilihat melalui bilik deluxe seaview kami.
Deluxe Seaview Flamingo Hotel

Bilik deluxe seaview ini dilengkapkan dengan katil twin, internet WIFI dan televisyen LCD. Biliknya juga adalah agak luas mengikut standard kami. Bilik deluxe ini telah dihias dengan menggunakan konsep moden. Katilnya juga agak besar dan selesa. Biliknya juga tidak menggunakan carpet, sebaliknya menggunakan tiles. Walaupon mungkin sedikit sejuk lantainya tetapi dapat menghindar bau karpet yang busuk.

Bedroom Hotel Flamingo

LCD TV Flamingo Hotel Penang

Bilik deluxe seaview ini turut disertakan dengan sarapan untuk 2 orang dewasa. Disebabkan musim cuti sekolah, restoran waktu sarapan pagi agak padat dengan ramai orang menyebabkan ada makanan yang telah habis dan lambat untuk diisi semula. Anda mungkin perlu menunggu untuk mendapatkan meja sekiranya anda turun lewat untuk sarapan.

Selain itu, Hotel Flamingo turut dilengkapkan dengan sebuah kolam renang yang besar.

Hotel Flamingo

Kolam Renang Flamingo Hotel Pulau Pinang

Swimming pool at Hotel Flamingo Penang

Hotel Flamingo Outdoor

Sekiranya anda tidak berminat dengan kolam renang anda boleh berjalan-jalan di pantai yang terletak bersebelahan dengan hotel. Pantainya bersih dan cantik. Selain itu turut disediakan kerusi rehat untuk pengunjung hotel berehat sambil menikmati pemandangan pantai.

Beach at Flamingo Hotel Penang

Pantai Hotel Flamingo Penang

Di lobi hotel turut disediakan lounge untuk pengunjung hotel berehat sambil menikmati makanan ringan dan minuman.

Lounge Hotel Flamingo

Kemudahan parking turut disediakan untuk tetamu hotel.

Flamingo Hotel By The Beach Penang

Harga bilik deluxe seaview adalah RM328++ pada musim cuti sekolah. Untuk harga terkini anda boleh semak di laman web Flamingo Hotel atau laman web tempahan hotel seperti Agoda dan Booking.com. Harga biliknya nampak macam agak mahal tetapi realitinya itulah harga hotel di Pulau Pinang semasa cuti sekolah. Sekiranya anda inginkan harga yang murah, anda perlu bercuti di luar peak season.

Keseluruhannya hotel ini sesuai sekiranya anda inginkan bilik yang luas dan berdekatan dengan pantai. Harganya juga lebih murah jika dibandingkan dengan hotel di Batu Ferringhi. Lokasinya juga strategik kerana terletak di tengah-tengah antara Batu Ferringhi dan Georgetown. Sekiranya anda ingin ke pasar malam Batu Ferringhi anda cuma perlu memandu kereta ke sana yang mungkin mengambil masa 15 minit sekiranya jalan tidak sesak. Banyak kemudahan tempat letak kereta disediakan di sana. Bagi yang ingin mencari makanan di luar, anda memerlukan kereta kerana tidak banyak kedai makanan yang berada dalam walking distance dari hotel. Walaubagaimanapon, sekiranya anda datang menggunakan kereta, anda boleh memandu ke bandar Georgetown lebih kurang 15 minit untuk menikmati nasi kandar dan sup yang boleh didapati dengan mudah di Pulau Pinang.

 
Flamingo Hotel by the Beach
Jalan Tanjung Bungah
11200 Tanjung Bungah, Penang, Malaysia

Telephone 604 8927 111

Koordinat GPS: U 5.466549 T 100.288555

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About

Terima kasih kerana membaca blog ini. KL Urbanite merupakan blog peribadi dan disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.

Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

UMNO Online - Kerajaan DAP P. Pinang Arah Roboh Sekolah <b>...</b>

Posted: 20 Jul 2010 05:38 PM PDT

Kategori Berita Pilihan

Kerajaan DAP P. Pinang Arah Roboh Sekolah Tentera Udara Tanjung Bungah

GEORGE TOWN 20 Julai – Kerajaan DAP Pulau Pinang mengarahkan Kementerian Pertahanan merobohkan bangunan bertingkat sekolah tentera udara yang sedang dibina di Tanjung Bungah.

Ketua Menteri Lim Guan Eng mendakwa, notis mengenainya telah dikeluarkan kerana kementerian itu menjalankan projek Sekolah Iktisas Tentera Udara (SITU) tanpa mendapat kebenaran Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

"Pada Disember tahun lalu, beberapa penduduk membuat aduan mengenai kerja memasang cerucuk besi di kawasan itu dan majlis perbandaran telah mengeluarkan notis amaran.

"Kemudian Mac lalu, majlis perbandaran sekali lagi menerima aduan bahawa kerja memasang cerucuk besi itu masih diteruskan termasuk pada cuti umum dan menghantar semula surat ke kementerian itu, memberitahu mereka mengenai keperluan untuk memohon kebenaran pembinaan.

"Kes itu turut dirujuk kepada penasihat undang-undang negeri (Datuk Faiza Zulkifli)," katanya pada sidang media di sini pada Selasa.

Kata Guan Eng, Yang Dipertua MPPP, Patahiyah Ismail sudah memaklumkan kepada kementerian itu termasuk Ketua Setiausaha, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah pada 31 Mac lalu bahawa tindakan akan diambil jika pembinaan itu tidak dihentikan.

Beliau berkata majlis perbandaran telah menghantar notis kepada kementerian itu pada 6 Jun lalu mengikut seksyen 70 (1) Akta Jalan, Saliran dan Bangunan 1974 supaya pembinaan itu dirobohkan dalam tempoh 30 hari.

Pemeriksaan mendapati kerja pembinaan itu sudah mencecah empat tingkat. Ketinggian bangunan itu tidak diketahui memandangkan pelan tidak dihantar kepada majlis perbandaran.

Guan Eng menyalahkan Pegawai Kemajuan Negeri, Nik Ali Nik Yunus kerana gagal berbuat sesuatu walaupun berulang kali dimaklumkan mengenai masalah itu.

"Memandangkan Nik Ali tidak melakukan tugasnya iaitu memantau projek itu, kami terpaksa menghubungi kementerian kerana ia melibatkan tanah persekutuan," katanya. – MStar/MediaUMNO

Berita Bertarikh Pada 21 July 2010 8:38 AM

Masjid Terapung,<b>Tanjung Bungah</b>,Pulau Pinang | Detik Detik Indah <b>...</b>

Posted: 13 May 2013 09:00 PM PDT

Masjid Terapung Tanjung Bungah telah dirasmikan oleh bekas
Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 16 Mac 2007.

Kedudukannya yang strategik iaitu dalam perjalanan 
menuju ke Batu Feringghi menjadikan masjid berkenaan 
sebagai tempat persinggahan di kalangan pelancong 
bukan sahaja untuk solat malah bagi merehatkan minda.
Keadaannya yang terapung atas permukaan air laut 
sejauh kira-kira 300 meter dari pantai cukup unik dan indah dipandang 
Masjid dua tingkat yang mampu memuatkan 1,500 jemaah itu
 dan dibina di atas lot 254, 265, 266, 308 dan 643 Mukim 18, 
di tepi pantai Tanjung Bunga
dilengkapi ruang sembahyang utama, 
ruang sembahyang wanita, 
tempat mengambil wuduk lelaki dan wanita 
serta bilik menguruskan jenazah.

Keunikan masjid terapung diperkukuhkan lagi
dengan menara azan setinggi tujuh tingkat
yang dihiasi dengan ukiran kayu jati
 dan seni khat kaligrafi dari Indonesia.

Peristiwa tsunami yang melanda negeri 
di utara Semenanjung pada 26 Disember 2004,
 membuktikan masjid ini kukuh 
apabila pembinaannya tidak sedikit pun terjejas 
walaupun banyak rumah di kawasan 
sekitarnya ranap sama sekali.

<b>TANJUNG BUNGAH</b> - AzmanShah

Posted: 21 Jan 2013 04:50 AM PST

09 di nibong tebal - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di nibong tebal - Google Blog Search


Insiden Letupan <b>Di Nibong Tebal</b> – Suspek Dipercayai Belajar Dari <b>...</b>

Posted: 26 Apr 2013 06:54 PM PDT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak menolak kemungkinan suspek terlibat dalam kejadian meletupkan kawasan kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di Nibong Tebal, Pulau Pinang dan Sekinchan, Selangor, baru-baru ini, cuba mempelajari apa yang berlaku dalam kejadian serangan dan pengeboman semasa proses pilihan raya negara jiran.

"Polis sedang mempertingkatkan risikan mengenal pasti dalang sebenar yang mengupah serta mengarah pelaku menimbulkan keadaan kekecohan dan huru-hara semasa berkempen.

"Kita tidak akan berkompromi dalam soal isu membabitkan sesuatu yang boleh mengancam keselamatan masyarakat, tidak kira dia dari parti mana sekalipun hukuman dan tindakan tegas akan dikenakan mengikut peruntukan undang-undang," katanya.

Khalid juga berharap agar rakyat menjadikan iktibar dengan apa yang menimpa penduduk di negara jiran selepas beberapa siri letupan dan serangan pihak tidak bertanggungjawab sehingga mengakibatkan pihak tidak berdosa terkorban.

"Jangan bawa masuk budaya meletupkan kawasan awam seperti yang sering berlaku di negara jiran, demi keharmonian dan ketenteraman awam negara ini,' katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf, pelbagai kesalahan sepanjang tempoh seminggu kempen PRU13 antaranya, kes ugutan ke atas seorang calon di Kuala Kubu Baru, Selangor, baru-baru ini.

"Calon dipercayai diugut untuk membayar RM30,000 kepada sekumpulan individu sekiranya ingin menang dalam PRU13," katanya.

Katanya, PDRM turut menerima laporan kes ugutan bunuh yang diterima Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, pada jam 5.40 petang, 22 April lalu yang dihantar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) oleh individu yang tidak dikenali.

"Kami menerima laporan daripada mangsa, kelmarin. Kes itu masih dalam siasatan," katanya.

Menurutnya, pihaknya juga menerima laporan kejadian pergaduhan dan merosakkan poster calon bertanding di Rembau, Kuching, Jertih, Tampin dan Menglembu. – Sinar Harian

Jangan lupa klik like kat bawah dan share kepada kawan-kawan lain :)

Rating: 10.0/10 (1 vote cast)
Insiden Letupan Di Nibong Tebal - Suspek Dipercayai Belajar Dari Negara Jiran, 10.0 out of 10 based on 1 rating

Incoming search terms:

  • 17 tahun negara jiran
  • jiran
  • kejadian kempen pru 13 terkini di penang
  • nibong tebal kawasan panas
  • pru 13 di nibong tebal
Artikel- Artikel Pilihan..

09 di bagan ajam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di bagan ajam - Google Blog Search


MMI : KAMI BANTAH !! Warga <b>Bagan Ajam</b> & Nelayan Bantah <b>...</b>

Posted: 02 Apr 2013 02:15 AM PDT

Warga Bagan Ajam dan para nelayan pantai yang mendiami kawasan sebelah pantai di sepanjang Bagan Ajam menghala ke Teluk Air Tawar hari ini mengadakan perhimpunan bagi membantah pembinaan terowong Guan Eng.Kehadiran hampir 100 orang dengan sepanduk jelas membuktikan kesungguhan mereka untuk tidak sesekali bersetuju dengan pembinaan tersebut.
Kebanyakkan yang hadir merupakan para nelayan pantai yang selama ini mencari makan dengan menangkap ikan di laut jelas marah dengan cadangan tersebut dan mereka menyifatkan tindakan sedemikian sebagai bukti bahawa kerajaan negeri pimpinan Guan Eng langsung tidak mengambil berat akan nasib rakyat selama ini.
Pembinaan terowong Guan Eng sudah tentu bakal mencemarkan kawasan pantai serta laut malah hidupan laut sudah pasti akan tercemar dan ianya bakal menyebabkan para nelayan menghadapi masalah seterusnya menutup periku nasi mereka.
Saudara Huszaimi Abu Hassan wakil kepada penduduk yang MMI temui berkata kerajaan negeri langsung tidak pernah mengambil berat akan nasib penduduk serta nelayan di kawasan malah pembinaan jeti yang kini dalam pembinaan pun adalah hasil usaha Ahli Parlimen Tasek Gelugor YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang mendengar keluhan para nelayan di kawasan Bagan Ajam ini.
"Nak mengharapkan wakil dan kerajaan negeri Pulau Pinang jangan mimpilah !" Begitulah keluhan warga nelayan dan penduduk Bagan Ajam , mereka kini semakin marah dengan Guan Eng serta kerajaan negeri kerana hanya pandai membuat janji.
Sebelum ini MMI pernah menceritakan tentang nasib penduduk di kawasan Bagan Ajam Baca SINI 
Kepada semua berkenaan terowong yang dijanjikan oleh Guan Eng kali ini , kita harus ingat bagaimana mereka telah berbohong kepada seluruh rakyat Pulau Pinang sejak 2008 yang lalu.Setiap manifesto dan janji yang dibuat Pakatan Haprak hanyalah retorik semata-mata.
Berikut adalah perkara tentang pembinaan terowong dari segi teknikal yang MMI rasa ampa semua kena tahu Baca SINI 
Apa pun yang berlaku rakyat perlu ingat Guan Eng sudah pun merancang untuk membina terowong dan tindakan beliau mengadakan "roadshow" hanyalah bagi mengaburi mata rakyat kerana keputusan sudah di buat sebelum membuka peluang kepada rakyat untuk memberikan cadangan.
 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved