Selasa, 23 Julai 2013

09 di Ceruk Tok Kun - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Ceruk Tok Kun - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di Ceruk Tok Kun</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Jul 2013 11:20 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Ceruk Tok Kun</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Jun 2013 11:17 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Ceruk Tok Kun</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Jun 2013 11:13 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Ceruk Tok Kun</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Jun 2013 11:23 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Ceruk Tok Kun</b> - Google Blog Search

Posted: 05 May 2013 11:29 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Ceruk Tok Kun</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Mar 2013 11:08 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Ceruk Tok Kun</b> - Google Blog Search

Posted: 16 May 2012 11:10 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Ceruk Tok Kun</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Mar 2012 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

ENSIKLOPEDIA PENDIDIKAN MALAYSIA: Anwar bin Ibrahim

Posted: 29 Mar 2012 12:15 AM PDT


Datuk Seri Anwar bin Datuk Ibrahim Abdul Rahman (lahir 10 Ogos 1947) adalah seorang ahli politik Malaysia berbangsa Melayu, bertindak sebagai ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia, di atas kapasitinya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh. Di peringkat akar umbi, Datuk Seri Anwar merupakan penasihat Parti Keadilan Rakyat dan ketua umum Pakatan Rakyat. Semasa awal kerjaya politiknya, beliau merupakan 'anak didik' Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, tetapi kemudiannya tampil sebagai seorang pengkritik Tun Dr. Mahathir yang lantang.
Beliau dilahirkan pada 10 Ogos 1947 di Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.[5] Anwar bermaksud 'bercahaya'. Ayahnya Datuk Haji Ibrahim bin Abdul Rahman adalah bekas ahli Parlimen dan Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan Malaysia. Manakala ibunya Che Yan Hussein adalah ahli pidato Pergerakan Wanita UMNO. Semasa kecil, beliau sering dibawa ke majlis-majlis ceramah wanita.Pada tahun 1978, beliau berkahwin dengan Datin Seri Dr Wan Azizah Datuk Ismail seorang penuntut Royal College of Surgeons, Dublin, Ireland yang kemudiannya bertugas di klinik mata di Hospital Universiti, Petaling Jaya. Perkahwinannya dengan Datin Seri Azizah dikurniakan seramai 6 orang cahaya mata. Anak sulungnya, Nurul Izzah kini merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
Semasa kecil, beliau bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Stowell, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kemudian, beliau meneruskan pengajian persekolahan menengahnya di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dari tahun 1960 hingga 1966. Semasa di MCKK, beliau aktif dalam Persatuan Bahasa Melayu dan wakil pemidato sekolahnya. Beliau juga pernah dilantik sebagai Ketua Pengawas MCKK. Semasa di MCKK, Anwar mengenali Sanusi Junid, Kamaruddin Jaafar dan Yahaya Ahmad. Selepas itu pada tahun 1967, beliau melanjutkan pelajaran tinggi di Universiti Malaya dalam Pengajian Melayu (Sastera).
1982 - 1983 Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
1983 - 1985 Menteri Belia dan Sukan
1985 - 1986 Menteri Pertanian
1986 - 1990 Menteri Pendidikan
1990 - 1998 Menteri Kewangan
1993 – 1998 Timbalan Perdana Menteri

BLOG PENANG: 09 <b>di Ceruk Tok Kun</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Apr 2012 11:14 PM PDT

URL Sumber Asal :-

School Of Tots: Nasi Lemak Sotong

Posted: 23 Apr 2012 09:07 AM PDT

Al-kisah pagi tadi saya ke Hospital KKB untuk ujian rutin kesihatan. Usai urusan saya pun singgah untuk sarapan di kedai yang famous dengan mee karinya. Saya order nasi lemak sotong dan teh tarik. Boleh tahan sedap nasi lemaknya. Time membayar saya bagi not RM10. Baki yang dipulangkan RM2.70, maknanya kos sarapan tadi ialah RM7.30...hmmm. Agak terkejut beruk dalam hati. Saya pun congak-congakkan dalam kepala. Agaknya RM1.30 untuk teh tarik. Ini bermakna harga nasi lemak sotong itu RM6.00...Wow !!
Rasa tak puas hati betul. Sebabnya ini sarapan pagi bukannya makan tengahari dan ianya betul2 kejadian bukan cobaan. Saya memang suka berkira dan tak sanggup spend banyak untuk sarapan pagi. Selalunya kalau saya makan kat Keramat tu nasi lemak biasa dan teh tarik baru RM2.50. Kalau terliur sekali sekala pekena nasi lemak sotong dan teh tarik depa charge RM4.50. Jadi bila ditimpa keadaan di KKB ni...ish agak terkilan la pulak. Kalau kat restoran elok mungkin boleh justify la kot sebab kos sewa yang mahal. Tapi ni cuma gerai biasa majlis daerah kat tepi jalan besar.
Sesampai di ofis saya dok tanya dua tiga orang kawan se ofis. You kalau beli nasi lemak sotong biasanya berapa harga? Depa kata dalam lingkungan RM2.80 hingga RM3.80 macam tu. Ni kira harga area KL, bukan area ceruk tok kun. Maka heran bin ajaib jugaklah di hati ini. Baru saya teringat, sebenarnya ini bukan kali pertama kejadian. Beberapa bulan lepas saya pi sarapan macam tu jugak kat kedai yang sama bersama isteri. Isteri order mee kari dan nescafe, saya pulak nasi lemak sotong dan teh tarik. Rasanya kena charge banyak jugak, tak silap saya RM12.50 ke gitu. Tapi masa tu tak lah perasan sangat. Mungkin trademark kedai berkenaan agaknya. Kalau tak suka tak yah pi, betul tak? Alhamdulillah rezki dia, dapat hidup mewah.
Anyway saya nak cerita pulak satu kedai makan di food court Setiawangsa. Masakan makcik ni boleh tahan sedapnya, kata orang ada rasa, bukan jenis hentam kromo aje. Air minuman pun sedap. Yang famous ialah air limau asam bol & teh bunga. Yang saya nak ceritanya harga yang dikenakan memang harga patut. Dah le pinggan besar ala-ala kat hotel gitu. Kebersihan terjaga. Sebagai contohnya saya ambil nasi dengan lauk sambal sotong, paru goreng, sayur pucuk ubi dan minuman air teh bunga. Saya tanya makcik tu, berapa? RM4.50 jawabnya. Alhamdulillah, bagi saya cukup murah kerana kualiti makanan dan minumannya sangat baik. Saya tengok ramai student dari kolej berdekatan makan di situ. Semoga murah rezki makcik ini.
Saya teringat suatu kisah sekira-kiranya begini, pada suatu hari sebelum keluar rumah untuk sesuatu urusan Rasulullah SAW menyuruh Aisyah RA mengagih-agihkan daging seekor kambing yang dihadiahkan oleh seorang sahabat kepada mereka. Sepulangnya ke rumah, Rasulullah bertanya kepada Aisyah, apa yang tinggal untuk kita? Aisyah menjawab, semua telah saya bahagikan kepada jiran2 dan sahabat sekelian. Yang tinggal hanya satu kaki kambing itu sahaja. Maka Rasulullah pun menjelaskan, sebenarnya di Akhirat nanti kita akan miliki seekor kambing yang tiada sebelah kakinya.
Apa barang yang kita sedekahkan? Apa makanan dan minuman yang kita sedekahkan atau jamu orang makan dan minum? Apa hidangan dan juadah yang kita sediakan untuk jamuan saudara2 kita, itulah yang akan menjadi milik kita nanti. Bukannya yang dimasukkan ke dalam mulut untuk dikunyah lumat, kerana hakikatnya itu akan menjadi taik belaka atau pun ditukar menjadi sedikit tenaga yang akan diguna habis semuanya.
Maka sukalah saya menyarankan supaya kita suka belanja kawan2 makan dan minum. Wujudkan agenda untuk menjemput tetamu makan2 di rumah kita. Atau menghantar makanan dan minuman ke surau2 dan masjid bagi di infaqkan kepada para jamaah. Itulah sebenarnya makanan dan minuman yang kekal menjadi milik abadi kita.
Kepada para peniaga makanan dan minuman pula, cuba bayangkan jika di infaqkan 50sen pada setiap harga sepinggan nasi campur yang dibeli oleh pelanggan dengan niat sedekah, alangkan beruntungnya. Itulah pelaburan masa depan. Contohnya harga sepinggan nasi campur dan minuman itu RM5.50 tapi kita cakap harga RM5.00 je, atas niat dalam hati bahawa 50sen lagi tu aku sedekah kepada pelanggan tadi kerana Allah. Ish, ish hebat tu. Kayo kayo. Bukan setakat kayo di dunia. Cuba try tengok. Selamat beramal.
Oh ya teringat pula kisah satu brother penjual air tebu di Pasir Pekan Kelantan. Dia ni mesin tebu dan menjual air tebu di tepi jalan pada bulan Ramadan. Air tebu ni di jual dengan harga RM3 satu pek. Yang uniknya dia juga akan pek kan pek-pek kecil sekira-kira harga 50 sen atau RM1. Setiap pelanggan yang membeli air tebunya akan di hadiahkan satu pek kecil tadi dengan niat sedekah. Alhamdulillah berkat perniagaan Brother ni. Laris perniagaan dia. Untung dunia untung akhirat. Sementelah lagi bersedekah di bulan Ramadan. Peniaga yang sungguh bijak.

BLOG PENANG: 09 <b>di Ceruk Tok Kun</b> - Google Blog Search

Posted: 10 May 2012 11:42 PM PDT

URL Sumber Asal :-

TERJAH <b>TOKKUN</b> LAGI..... - GengBasikal @Kulim

Posted: 10 May 2012 09:38 AM PDT

Pagi tadi 10hb Mei, aku, Rashid dan Jaafar terjah BM Hill @ Tokkun. Bagi aku ini kali ke 3, mana kala Jaafar dan Rashid first time "ragaih" Tokkun ni. Kayuhan kali ini boleh dikatakan sebagai mencari stamina untuk joint Intel Cycleton anjuran tempat aku kami bekerja. 
Walaupun pada mulanya Rashid agak keberatan nak kayuh, tetapi semangat membara aku dan Jaafar, dia pun terpaksa ikut...he..he..
 Sampai tempat rehat...jumpa bro Jef dan Wan Alma..Team 3G

Sampai di puncak teruih angkat basikal..masih power Rashid and Jaafar

Aku posing besa-besa jer...

Cntrol perut bro..

Pemandangan cantikkk

Bateri abih...takleh nak call bini...ha..ha..

Sampai atas...jumpa rombongan remaja yang Shaidan bawak...he..he..

 Aik...cik adik ni naik basikal sapa?
Posing ramai-ramai depan pencawang

 He..he..3 plus 3  Masa turun jumpa sekawan makhluk Allah.. Abih jer kayuh..pekena mee kuah ketam kat Ceruk Tokkun...
Banyak lagi gambar yg aku upload...mai layan Facebook aku Part 1 dan juga Part 2. 
Sekian dulu...jumpa lagi Insyaallah...

tiba-tiba ada email dari <b>ceruk tok kun</b>!!!! - dont care about your privacy

Posted: 27 Apr 2013 04:06 PM PDT

ASAL USUL ANWAR IBRAHIM MACAM KAWASAN KELABU PILIHAN RAYA..KIH KIH.. KIH

AKU POST APA SAJA, DAN ENGKAU BOLEH KATA APA SAJA. AKU POST LAGI APA YANG AKU SUKA DAN ENGKAU BOLEH KATA LAGI APA YANG ENGKAU SUKA. KEMUDIAN AKU AKAN POST LAGI APA YANG AKU SUKA DAN AKU TAK BENARKAN ENGKAU KATA APA YANG ENGKAU SUKA, HANYA APA YANG AKU SUKA ENGKAU KATA AKAN AKU BENARKAN. SEBAB INI BLOG AKU...

ISLAM SEJAHTERA BERSAMA BN

Rekod Salasilah Anwar Yang Misteri
Salasilah Anwar Ibrahim mungkin mengejut ramai pihak, tetapi bagi saya itu bukan perkara baru, saya pernah dengar daripada bekas-bekas sahabat Anwar sebelum ini.

Seorang sahabat Anwar yang berasal dari Johor yang terlibat aktif dalam mempertemukan Anwar dengan Wan Azizah, ketika itu Azizah masih belajar di Dublin pernah bercerita perkara ini.

Memang ketika mula-mula mendengarnya, agak pelik, dan saya simpan sebagai maklumat persendirian sahaja, tetapi apabila mendengar dari pelbagai sumber yang berlainan, saya mula tertanya-tanya, benarkah salasilah Anwar ini ?

Benar, dalam mana-mana wikipedia, tiada catatan tentang sejarah hidup Anwar khususnya berkenaan latar belakang keluarganya yang sejarahnya itu terus melompat ke alam pelajar, terlibat dalam PKPIM, ABIM, sertai UMNO, masuk penjara, PKR dan akhirnya sejarahnya hari ini.

Anwar dan ayahnya, Pak Ibrahim

Juga tiada buku khusus yang menceritakan sejarah keluarganya, kecuali buku-buku politik yang menceritakan tentang sejarah perjuangan politiknya..bla..bla..bla..
Akhirnya sejarah hidupnya ditinggalkan kosong dengan penuh misteri.

Keluarga Rosak
Buku pertama yang mendedahkan serba sedikit berkenaan latar belakang keluarga Anwar adalah buku '50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM"

"Anwar dari keluarga yang rosak. Bapanya, Ibrahim Abd. Rahman mengambil orang gajinya sebagai isteri menyebabkan ibu Anwar Hajah Che Yan hidup tertekan dan mengidap lumpuh.

"Mokhtar, adik Anwar pula penagih dadah. Keluarga yang tidak begitu senang dulu sekarang menjadi kaya raya bila Anwar menjadi Menteri Kewangan".

Blogger x-pkr menjelaskan lagi tentang Mokhtar.
"Banyak masa Mokhtar dihabiskan di Indonesia kerana masalah perbadi yang dihadapinya. Masalah tersebut boleh menjejaskan reputasi Anwar sebagai 'politician' Malaysia serta imej 'Pak Sheikh'nya.

"Kerana itu Anwar seboleh mungkin cuba 'menyembunyikan' kekanda sulungnya itu. Untuk rekod, kekanda sulungnya ini tidak berkahwin semasa hayatnya.

Menurut x-pkr, seorang lagi adik perempuan Anwar (yang kurang dikenali) telah berkahwin dengan seorang bekas polis pengawal peribadi Anwar yang bersara pada era reformasi 1998, juga bernama Mokhtar.

Mokhtar, adik ipar Anwar ini, bertindak sebagai kakitangan pengiring Anwar, tugas sama ketika dia dalam perkhidmatan polis.

Pak Ibrahim (bertanda bulat), Sukma Darmawan dan keluarga Anwar di Munich 2004

"Anwar ni nakal sikit, sebab itu keluarga memutuskan Mokhtar menjadi pegawal peribadinya untuk tengok-tengok tingkah lakunya", jelas satu sumber yang dekat dengan keluarga Anwar.

Difahamkan, Mokhtar bersama isterinya (adik Anwar) menetap di rumah peninggalan Mak Yan di Assunta, Petaling Jaya.

Barangkali kerana latar belakang keluarganya yang sebegini, maka Anwar mengambil keputusan untuk menyembunyikan salasilah keluarganya dan memperbesarkan mengenai 'kehebatan'nya sebagai pemimpin.

Tetapi dalam konteks Melayu-Islam, walau sehebat mana pun seseorang itu, tetap kembali kepada persoalan asas. Siapa dia itu? Siapa ibu bapanya? Bagaimana susur galur keturunannya?

Kerana terlalu sembunyikan susur galurnya, maka muncul pula secara tiba-tiba adik angkat Anwar yang berasal dari Indonesia, lelaki bernama, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja.

Apakah Pak Ibrahim (bapa Anwar) berasal dari Indonesia atau sering berulang alik ke Indonesia? Apakah Pak Ibrahim kekurangan anak sehingga memerlukan anak angkat?

AIDCNews mendedahkan fakta sebaliknya, Sukma Darmawan bukan ditemui oleh Pak Ibrahim, sebaliknya ditemui oleh Anwar ketika dia sering berulang alik ke Indonesia, ketika zaman mudanya.

Kemudian, Anwar pujuk Sukma Darmawan berhijrah ke Malaysia, tinggal bersamanya di rumah Pak Ibrahim, di No. 27, Jalan SS1/43, Petaling Jaya dan belajar di Sekolah Yayasan Anda, milik Anwar.

"Di rumah itu hanya didiami oleh 4 orang iaitu Datuk Ibrahim, isteri mudanya (ibu tiri Anwar), Anwar dan Farizon (adik tiri Anwar).

"Apabila Sukma datang sebagai anggota keluarga baru, Datuk Ibrahim telah menempatkan Sukma sebilik bersama Anwar yang ketika itu masih bujang.

"Sebelum ini, mungkin ramai yang salah faham, mengatakan Sukma Darmawan menetap bersama arwah Mak Yan, hakikat sebenarnya, Sukma Darmawan menetap bersama madu Mak Yan di Kampung Tunku, Petaling Jaya.

"Persoalannya kenapa Anwar tidak menetap bersama arwah Mak Yan di Assunta, Petaling Jaya ? Kenapa Anwar dan Sukma lebih selesa menetap di rumah bapanya di Kampung Tunku ?, lapor AIDCNews. Klik di sini

Anwar Lebih Cenderung Mak Tiri?
Sebelum ini, kita digembar-gemburkan Anwar sangat kasihkan ibunya, arwah Mak Yan, tetapi fakta yang didedahkan Sukma Darmawan sebaliknya.

Menurut pengakuan Sukma Darmawan, ketika Anwar masih bujang, dia lebih banyak menetap di rumah bapanya bersama isteri muda di No. 27, Jalan SS1/43, Kampung Tunku, Petaling Jaya, berbanding dengan rumah arwah ibunya, Mak Yan di Assunta, Petaling Jaya.

Persoalannya kenapa ?

Farizon (bertanda bulat) di Capetown, Afrika Selatan bersama Anwar dan keluarga.

Mohamad Sabu, dalam Majalah Tamadun, 14 Jun 1998 pernah berkata, "Begitulah juga dengan Rani Ibrahim, Marzuki Ibrahim dan Rosli Ibrahim yang naik mendadak dalam perniagaan, adakah kerana mereka pandai berniaga atau kerana saudara mereka menjadi Menteri Kewangan ?".

Dalam senarai saham yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan pada tahun 1999, bapa dan dua adik Anwar dicatatkan sebagai penerima saham Bumiputera yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Bapanya, Datuk Ibrahim Abdul Rahman dan adik beradiknya, Farizon (anak dengan isteri muda) dan Marzuki (anak dengan Mak Yan) memegang saham berjumlah lebih 7.1 juta unit dalam tiga buah syarikat.Klik di sini

Utusan Malaysia, 18 Oktober 1999 pernah melaporkan bahawa abang Anwar, Idrus Ibrahim pernah ditangkap kerana disyaki berkhalwat dengan seorang wanita di kondominium Menara Seputeh.

Idrus Ibrahim, merupakan Ketua Penerangan Parti Keadilan Nasional (Keadilan) bahagian Bukit Mertajam ditahan oleh para pegawai Pencegah Maksiat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan polis.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Paduka Dr. Abdul Hamid Othman ketika dihubungi di Sik petang ini mengesahkan penangkapan tersebut.

Petunjuk Arwah Sulaiman Palestin

Idrus (bertanda bulat) dan Chegubard

Chegubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin juga merupakan salah seorang keluarga Anwar apabila mengahwini anak saudara Anwar, Zarerah Hanim Md Zaki. Zarerah anak adik Anwar, Rehan Ibrahim yang berkahwin dengan arwah Pak Lang Zaki.

Jika melihat petunjuk Chegubard, dia walaupun kaum kerabat Anwar tetapi nampaknya tidak gemar dengan cara Anwar mengemudikan PKR.

Kenapa Anwar pinggirkan Chegubard, sedangkan pemuda itu berkahwin dengan anak saudaranya?

Ada yang tidak kena dengan keluarga Anwar?

Paling misteri, Khairuddin Abu Hassan anak saudara arwah Sulaiman Palestin dan mendakwa sepupu Anwar Ibrahim pernah membawa pesan Arwah Sulaiman Palestin bahawa halang kerakusan cita-cita Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.

Anwar Ibrahim kunjungi arwah Sulaiman Palestin. Khairuddin Abu Hassan (bertanda bulat)

Khairuddin Abu Hassan mendakwa Wan Azizah pernah dua kali meminta cerai daripada Anwar Ibrahim.
Khairuddin dalam ceramahnya di Jelutong petang semalam mendakwa, kali pertama Wan Azizah meminta cerai daripada suaminya itu ialah pada tahun 1994 dan kali kedua pula pada tahun bulan September 1997 setelah mengetahui `latar belakang sebenar' Anwar.

Khairuddin dalam ceramahnya turut mendakwa Wan Azizah pernah dipukul oleh Anwar apabila meminta cerai kali kedua menyebabkan dia melarikan diri dari rumah selama 10 hari, Klik di sini

Berdasarkan keterangan di atas, dapat dirumuskan, Mokhtar, Rani (arwah), Idrus, Marzuki, Rehan, Rosli, dan seorang lagi perempuan adalah anak Pak Ibrahim dengan Mak Yam.

Farizon satu-satunya anak tunggal Pak Ibrahim dengan isteri muda. Sukma Darmawan pula anak angkat yang tiada pertalian keluarga dengan Pak Ibrahim.

ANWAR PILA ANAK PAK BRAHIM DENGAN ISTERI YANG MANA??????


Email dari Ceruk Tok Kun
Anwar Ibrahim banyak menerbitkan karya-karya buku yang mengangkat idea pemikirannya seperti Asia Renaisance, walaupun ada di antara buku tersebut ditulis oleh pihak lain.

Umum harus mengetahui dan bertanya kenapa Anwar tidak pernah mengangkat salasilah diri dan keluarganya untuk menjadi tatapan dan perbincangan umum tidak seperti pemimpin-pemimpin lain yang banyak menceritakan mengenai salasilah keturunan dan latar belakang keluarga.

Dalam Islam, salasilah keturunan merupakan satu aspek yang penting kepada seseorang pemimpin, sekiranya seseorang itu datang dari keluarga yang baik sebagaimana ciri yang ada pada pemimpin Islam, nescaya organisasi yang dipimpin akan bergerak baik.

Hari ini, cuba kita perhatikan apa yang berlaku kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) , satu persatu masalah timbul dari ahli akar umbinya hinggalah kepada pemimpin agungnya Anwar Ibrahim.

Kenapa situasi itu berlaku kepada parti tersebut , sedangkan usianya masih diperingkat seawal jagung berbanding parti lain di Malaysia.

Adakah ia berpunca dari Anwar Ibrahim sendiri ?

Menurut satu sumber yang boleh dipercayai, status Anwar sebenarnya boleh dipertikai.

Mak Yan dikatakan bukan bonda sebenar kepada Anwar Ibrahim sebaliknya hanya merupakan mak tiri sahaja, kerana Anwar dikatakan mempunyai ibu dari keturunan Cina hasil hubungan Datuk Ibrahim dan seorang perempuan Cina.

Kalau diperhatikan pendapat sumber ini ada logiknya kerana Anwar pernah mengunakan faktor kematian Mak Yan untuk meraih simpati penyokongnya, ditokok ditambah pelbagai elemen pihak lain menganiayai diri dan Mak Yan.

Sehingga Zulkifli Nordin pernah mengunakan suara latarnya untuk menerbitkan bahan propaganda sentimen simpati kematian Mak Yan sewaktu itu sebagai kaedah untuk meraih sokongan rakyat, Zulkifli Nordin harus menceritakan kembali kepada umum apa kisah sebenar disebalik peranannya sewaktu itu.

Secara logik sebagai anak yang baik, kita sendiri sudah tentu tidak sanggup mempergunakan ibu kita untuk kepentingan sendiri, namun sebaliknya berlaku kepada manusia bernama Anwar, dia peduli apa hal tersebut, agenda peribadi lagi penting kerana barangkali dia tau bahawa Mak Yan bukanlah ibu kandungnya.

Status Anwar tersebut diperkukuhkan lagi dengan pelakuannya yang suka melanggan perempuan-perempuan muda terutama dari Cina, aksi seks beliau dengan China Doll yang terbongkar menjadi bukti, sewaktu beliau berada dalam Kabinet Kerajaan beliau menjadikan Datuk Nalakarupan seorang Bos Syarikat Judi sebagai teman karib dan membekalkan perempuan kepadanya.

Isterinya Wan Azizah juga mempunyai iras muka Cina. Cuba perhatikan gambar Azizah semasa muda.

Pelakuan buruk Anwar bukan setakat itu kerana dirinya juga sanggup melakukan hubungan abnormal dengan puluhan mungkin ratusan lelaki muda yang dikenalinya.

Jika tidak ada mengapa musuh politik menjadikan itu sebagai sasaran untuk menjatuhkan dirinya, kata orang pokok bergoyang sudah tentu ada angin yang datang, dan secara kebetulan muncul watak lelaki gay Sukma Darmawan suatu ketika dahulu yang amat rapat dengannya dan kini wujud pula

Saiful Bukhari lelaki muda yang pernah dinodai Anwar Ibrahim.

Bukankah ini membuktikan sahsiah Anwar sendiri sebenarnya adalah tidak baik.

Hari ini, demi meneruskan legasi politiknya Anwar sanggup menjadi pelacur kepada kaum Cina untuk meraih kekuasaaan, keharmornian perkongsian kuasa semua kaum oleh kerajaan sedia ada cuba dirosakkan Anwar.

Anwar lebih sanggup melantik peguamnya terdiri daripada kesemua bukan Islam, sekiranya dahulu ada peguam bernama Zainur Zakaria, Raja Aziz Idrus dan Sulaiman Abdullah, tetapi kini nama tersebut diganti dengan nama-nama yang langsung tidak ada perkaitan dengan bau Islam, apakah maksud kesemua ini?

Sehingga hari ini Malaysia merupakan negara tunggal di kelompok Asia Tenggara yang belum pernah diperintah oleh imigran Cina selain Brunei, di Thailand, Thaksin Shinawatra yang merupakan imigran Cina pernah menjadi Perdana Menteri selama dua penggal sebelum digulingkan tentera.

Begitu juga di Indonesia, Gus Dur yang dikenali juga sebagai Bapa Pluralisme Agama juga merupakan seorang Cina dari sukku Hakka, dan hari ini di Indonesia komuniti Cina amat berterima kasih kepadanya kerana banyak memberi ruang kepada masyarakat Cina atau dikenali dengan masyarakat Tiongkok menyambut perayaan Cuti Tahun Baru China. (rujuk buku Bermula 1 Legasi atau Berakhir tulisan Musli Oli dan Dr.Kadir jaafar, April 2001).

Hubungan Anwar dengan pemimpin ASEAN berketurunan Cina tersebut secara kebetulan atau tidak adalah amat rapat.

Mungkin juga Anwar menggunakan sentimen Cina untuk menarik sokongan kaum Cina di Malaysia.

Cory Aqunio yang pernah menjadi Presiden Filipina pada tahun 1985 juga merupakan imigran Cina di Filipina, secara kebetulan atau persamaan slogan yang dilaungkan Aquino juga adalah "People Power" untuk meraih sokongan rakyat menumbangkan kerajaan sedia ada sewaktu itu.

Harus juga diingatkan Anwar juga pernah mencadangkan dilakukan kajian mengenai Islam dan Confucius sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia.


Di Malaysia hari ini, Anwar Ibrahim juga berada di dalam lingkaran sama dan atas sebab itulah beliau terkehadapan dalam memperjuangkan isu pluralisme dan perkara berkaitan dengan komuniti tersebut sehingga sanggup mengenepikan akidah bangsa sendiri.

Kes Anwar ini kalau kita perhatikan seakan sama dengan perancangan yang dilakukan oleh Yahudi untuk membentuk pemimpin Islam berbaur Yahudi seperti Kamal Atarturk di Turki yang boleh menumbangkan kerajaan Uthmaniyah.

Dari seorang berstatus anak luar nikah, Kamal akhirnya diangkat sebagai Presiden Turki pertama dan memisahkan Islam dari kehidupan seharian masyarakat Turki.

KOMEN2 ANTARANYA BERBUNYI:

Sesunguhnya sudah sampai masanya pelaku seks ini DIDEDAHKAN. Ini bukan soal yang hanya berkisar disekitar Anwar lagi tetapi ianya sudah menjadi isu negara dan rakyat. Selagi isu ini tidak diselesaikan "once and for all' selagi itulah segala urusan lain yang lebih besar dan penting tidak dapat diselesaikan. Kita akan berada di putaran ganas yang saling tuduh menuduh mcm zaman PAS era 60an yang mengkafirkan sesiapa yang mengundi UMNO. Saudara mara berpecah belah, kenduri kendara saling pulau memulau. Sembahyang dua imam adalah perkara lumrah. Anwar sekarang sedang dibicarakan dimahkamah rakyat dimana pendakwaan sedang dijalankan olih majoriti rakyat yang berakal dan menggunakan lojik. Pembelaan pula sedang dibuat olih segelintir rakyat yang fanatik membabi buta, disokong olih puak agama yang mana kepentingan politiknya adalah sampai ketahap "pengkhianat" kerana semua cara dihalalkan, asalkan matlamat mereka tercapai. INILAH SUATU PEMBELAAN BERSIFAT DAKYAH YANG LEBIH MERBAHAYA DARI ANCAMAN KOMUNIS KERANA KOMUNIS TERNYATA TIDAK BERAGAMA. DAKYAH PAS MEMBENARKAN ANWAR AMAT MERBAHAYA KERANA MEREKA BERSERBAN JUBAH DAN MENDAKWA SEBAGAI ORANG YANG MEMPERJUANGKAN SYARIAH ISLAM. Sudah tiba masanya polis mendedahkan bahawa Anwar adalah pelaku video seks tersebut dimana dibahagian awal video menunjukkan dia juga adalah pengamal oral seks. Andainya Anwar merasa bukan dia seperti yang didedahkan, maka dia bolih menyaman pihak polis sebagai pihak yang membuat fitnah terhadap dirinya. ANDAINYA SKANDAL YANG BEGITU SERIUS SEPERTI INI BERLAKU DINEGARA BARAT BUKAN ISLAM, SUDAH LAMA ANWAR MELETAKKAN JAWATAN. SEANDAINYA DIA ENGGAN "SELURUH RAKYAT DAN MEDIA" AKAN MEMAKSANYA. TETAPI DIMALAYSIA YANG MEMPERJUANGKAN PENJENAYAH INI ADALAH "PARTI ISLAM SETANAH MELAYU" JUGA MEDIA SEPERTI MALAYSIAKINI, HARAKAH DAN SUARA KEADILAN YANG KONONNYA BERSIFAT TELUS!!!! ANIH BUKAN?? - rimau
Nak share jugak cerita aku…:
Tahun 1974 aku masuk univ., memang dah start minat kat Anwar ni. Abg ipar aku lak antara best fren dia masa tu. Ketika peristiwa 3 Dec. 1974, aku antara ribuan mahasiswa yg telah di tangkap dan dilokapkan. Tidur satu malam kat lokap.! 1978, aku keje…, dan sangat2 teruja bila pada 1982, Mahathir ambik Anwar jd Tim. Menteri. Dah nampak dah, Anwar pujaan hati ku, akan jadi PM satu hari. Herannya, dalam tahun2 lewat 90′an, abg ipar aku (Peg. tinggi Kerajaan) dah tak baik ngan Anwar. Kenduri kendara dah tak jemput. Aku tak tanya kenapa. Bila Mahathir pecat Anwar tahun '98, aku jadi anti-Mahathir. PRU '99, first time aku pangkah PAS. Bukan minat PAS, tapi benci Mahathir. Benci sgt2 kat Ummi Hafilda. Peliknya, kakak aku ngan abg ipar aku, masih pangkah BN. Tak sokong 'Reformasi!'.. Aku tak berani lawan debat ngan kakak & abg ipar aku ni. Lupa tahun berapa dah, sikit demi sikit, aku dapat info yg mantap dari para2 polis (pelbagai pangkat.., dari prebet sampai tahap ACP)…., baik dari sebelah saudara-mara aku, mahupun dari kawan2 aku dlm PDRM. Anwar memang kaki jubor depan & belakang! Lantas aku tanya kakak aku.., apsal dia tak sokong Anwar, padahal Anwar tu kawan baik suami dia. Baru dia cakap.: Anwar dah berapa kali cuba nak tackle kakak aku…! Kalau salam…, dicuri2nya cuit dalam genggaman kakak aku dan matanya akan buat stail 'menggoda'…! Patut laa abg ipar aku dah putuskan hubungan dengan Anwar, rupa2nya…! Selepas membaca penghakiman Mahkamah Persekutuan yg membebaskan Anwar atas dasar teknikal dlm kes 'liwat 1′, baru aku makin faham si Anwar ni. Anwar terbebas kerana Azizan tak ingat tarikh dia kena 'sula'. (Sapa nak ingat, kalau dah berkali2..!) Tiga2 hakim percaya bahawa kejadian itu berlaku.., tapi mahkamah memerlukan tarikh yg tepat. Tu sajer sebab2 Anwar lepas… Anwar., Aku bersyukur kepada Allah kerana aku tidak menyokong mu secara membabi-buta…! Aku cukup sanjung Tunh Mahathir kerana kebijaksanaannya serta mengkagumi Ummi Hafilda kerana gigihnya dia memerangi kau, Anwar… - Lan
Samalah kita ya? Entah2 kita sama selokap. Paginya Prof Ainuddin Wahid datang tanya kita semua dah makan kah? dia bahasakan kita semua "anak-anak". Ungkapannya yang seperti seorang ayah tidak akan aku lupa sampai mati. Aku salah seorang yang terakhir dimuat dalam trak FRU ketika dimesjid negara, dimana Anwar tiba-tiba muncul lalu berkata, "naik-naik, jangan takut..naik". Kami semua masuk kedalam trak FRU dengan penuh semangat juang, walaupun aku tidak tahu dimana perginya Anwar selepas itu. Lama sebelum itu Anwar sudah menjadi idolaku. Cuma bila dia masuk UMNO, aku menjadi salah seorang yang merasa sedikit ragu-ragu dengan perinsip perjuangan manusia ini. Apapun aku tetap menyokongnya diera "reformasi". HAR INI AKU MERUPAKAN PENENTANG ANWAR YANG TEGAR KERANA AKU TELAH SEDAR SIAPAKAH ANWAR INI SEBENARNYA. Aku bersyukur kerana diberi akal yang bolih membedakan antara kaca dan permata. Aku kasihan melihat ada diantara teman seperjuangan yang turut sama kena gas pemedih mata masa demonstrasi 74 yang penuh nostalgia itu, masih percaya dengan Anwar, walaupun bukti salah lakunya begitu jelas.  - Halim

BLOG PENANG: 09 <b>di Ceruk Tok Kun</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Apr 2013 11:26 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Ceruk Tok Kun</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Mar 2013 11:38 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Kerabu Bersuara: Ceramah Nurul Izzah <b>di Ceruk Tok Kun</b> 1 Ogos

Posted: 30 Jul 2008 04:25 AM PDT

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah dijangka mendedahkan peristiwa di sebalik cerita terbaru bapanya, Dato' Seri Anwar Ibrahim sempena 'Ceramah Kemerdekaan' di Galeri Perjuang, Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam pada 1 Ogos ini.

Beliau akan berceramah bersama Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) KeADILan, Badrul Hisyam dan Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusuf Rawa bermula jam 9.00 malam.

Menurut Ketua Angkatan Muda KeADILan Bahagian Bukit Mertajam, Aidi Rafizul Idrus, program tersebut merupakan 'roadshow' pertama diadakan dan akan berakhir di Parlimen Lembah Pantai pertengahan bulan Ogos nanti.

"Program pertama bermula di kediaman Dato' Seri Anwar Ibrahim di Ceruk Tok Kun dan akan berakhir di Parlimen Lembah Pantai pertengahan Ogos ini," katanya pada Harakahdaily.

Selain menceritakan beberapa siri fitnah terhadap bapanya, Puteri Reformasi itu juga bakal menerangkan isu semasa yang melanda negera serta keanggkuhan beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sepanjang persidangan parlimen.

Sementara itu, Badrul Hisyam pula dijangka meneruskan cabarannya terhadap Ahli Parlimen Rembau yang juga menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaludin yang terus mengongkong pemerintahan sekarang ini.

Manakala Dr Mujahid pastinya akan memberi penerangan tentang isu yang hangat diperkatakan iaitu muzakarah antara PAS dan Umno.

"Adakah isu muzakarah ini ditimbulkan oleh Umno untuk meraih simpati rakyat terhadap kekalahan parti mereka, memerangkap PAS atau cuba memecah belahkan perpaduan dalaman parti itu?" tambah Aidi yang juga Setiausaha KeADILan Bahagian Bukit Mertajam. - mns_

Artikel berkaitan

09 di Batu uban - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Batu uban - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di Batu uban</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Jul 2013 09:36 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Aduan Rakyat : Masalah kerosakan jalan <b>di</b> persimpangan lampu <b>...</b>

Posted: 13 Jul 2013 11:48 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Aduan Rakyat : Masalah kerosakan jalan di persimpangan lampu isyarat Batu Uban amat membahayakan kenderaan awam. Asalamualaikum. Jurutera Daerah Timur Laut. ( U.P: Tuan Hj Ibrahim Ahmad). Berpandukan ...

BLOG PENANG: 09 <b>di Batu uban</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Jun 2013 09:24 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Batu uban</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Jun 2013 09:21 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Batu uban</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Jun 2013 09:17 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

SEMALAM BERSAMA RAFIZI RAMLI 17 Disember 2012 <b>DI BATU</b> <b>...</b>

Posted: 17 Dec 2012 06:16 PM PST

BATU UBAN kampung bersejarah , di antara yang tertua di P. Pinang. Kampung yang telah wujud sebelum kedatangan Kepten Francis Light  yang kononnya membuka P.Pinang. Hakikatnya pulau ini telah pun terbuka sebab itu namanya Pulau Pinang bukannya Prince of Wales Island.Pada ketika itu di batu Uban wujud pelabuhan dan pusat pentadbiran.

Batu Uban dibuka oleh Datuk Nakhoda Nan Intan atau Penghulu Mohamad Salleh dari kampung Buadi Sumatera. Diasaskan 50 tahun sebelum ketibaaan  Light pada tahun  1786. Begitu juga dengan Tanjong Penaga, Jelutong,Datuk Keramat, tanjong Tokong dll.

Ada masjid yang didirikan beliau, ada telaga, tanah perkuburan dan persekitaran  yang masih dihuni oleh anak cucunya. Agak malang pengisian kemerdekaan sangat    tidak menghormati nilai sejarah , budaya dan warisan peribuminya. Malahan sangat zalim apabila berhadapan dengan pembangunan komersial.

Warisan  perlu  dibela untuk mengangkat martabat  bangsa . Di sinilah Saudara Rafizi Ramli berceramah pada malam Selasa 17 hb Disember 2012.  Kampung yang terkepung dan terperangkap dengan pembangunan pesat. hampir sangat akan tenggelam dan terhapus .Tinggal masjid dan tanah perkuburan sahaja.

Sebelumnya Saudaran Ravintharan ADUN Batu Uban telah berceramah , menegaskan :

Memelihara warisan bukan  memelihara masjid semata-mata. Masjid wujud bersama qariah.Bila qariah berpindah dengan sendirinya masjid tidak berfungsi lagi. Jadi kawasan disekeliling masjid mesti dipelihara sebagai zon warisannya. Kawasan  disekeliling masjid dengan persekitaran yang berpatutan mesti dipertahankan.

Inilah perkara yang diperjuangkan dengan sungguh -sungguh oleh ahli Majlis Perbandaran P.Pinang yang juga aktivis PAS Bayan baru Saudara Iszuree Ibrahim. Ada usaha nekad untuk menghantar rombongan berjumpa dengan Datuk Seri Rais Yatim menteri yang bertanggung jawap tentang warisan.

Beliau perlu bertindak mewartakan Batu Uban menjadi kampung warisan. Jika Zakiah Hanum, mantan pengarah Muzium Negara  boleh membeli tanah tapak rumah P.Ramlee dan mewartakannnya menjadi zon warisan kenapa tidak dengan Batu Uban dan Tanjong Tokong. Dua warisan P.Pinang yang tertua. Warisan rumah P.Ramlee jauh lebih muda daripada keduannya itu.

Saudara Rafizi telah memfokuskan  usaha Pakatan Rakyat mengatasi masalah keluhan rakyat. Rakyat  yang terperangkap dalam kenaikan harga barang dan kos hidup akibat gejolak dan  lonjakan  inflasi yang tidak terkawal. Sedangkan upah dan gaji tidak bertambah. Sebagai kerajaan dan pemimpin kita harus berfikir bagaimana hendak mengatasinya.

PR berazam menjanjikan satu pakej ekonomi untuk kerajaan yang bertanggung jawap. Rakyat akan dibela.Rakyat sama sekali  tidak akan dibiarkan lemas dan tenggelam  dalam arus kenaikan inflasi. Apa tindakannya :

- PR akan menggunakan sebahagian keuntungan PETRONAS melebihi RM  80 Bilion untuk memberi subsidi kepada  harga petrol semasa. Faedah yang dinikmati oleh  semua rakyat . Harga barang dan kos penghantaran dengan sendirinya akan turun.

- PTPTN akan dihapuskan menjadi pelaburan kerajaan kepada rakyat yang terpelajar. Mereka  akan  menyumbang semula  kepada pembangunan masa depan negara.

- Cukai kereta sekali ganda daripada harga asal sangat mencekik golongan muda yang baru bekerja. Cukai ini akan dikaji. Tidak ada negara di dunia yang mengenakan cukai kenderaaan yang begiti tinggi. Rakyat dibebankan dengan tol, bayaran insuran dan cukai jalan yang tinggi, saman trafik, bayaran bulanaan kenderaaan yang tinggi dan pembaikan kereta dan harga petrol. Ini telah menjadi trauma dan memakan jumlah perbelanjaan yang besar untuk satu item sahaja. Bagaimana dengan yang lain-lain,Gaji permulaan hanya sekitar RM 2000 sahaja. Mengkiut perkiraan beliau RM 1000 ke tas dibelanjakan untuk kereta sahaja

Rakyat perlukan kerajaan yang bertanggung jawap yang memikirakan nilai hidup warganya.Malaysia cukup kaya tetapi kekayaannya diagihkan ke mana. Golongan kaya tambah meliana tetapi rakyat terbanyak papa kedana. Pendapatan rakyat dirompak melalui mekanisme ekonomi yang merangkap kehidupan dan kerajaan membiarkan ianya berlalu begitu sahaja. Jawapannya negara akan bankraf jika subsidi diberi. Dalam masa yang sama subsidi terus diberi kepada para kroni yang membekalkan tenaga letrik kepada TNB. Sepaptutnya harga letrik murah tetapi bayaranya terus meningkat,Sekali lagi rakyat terjerat dan dimangsakan.

Rafizi menggariskan 3 ciri  penting,  menentukan sesebuah kerajaan itu bertanggung jawap atau pun tidak :

Pertama – para pemimpinnya memikirkan nasib rakyat jelata. Mencari jalan bagaimana mengatasi kesususahan hidup mereka supaya terkeluar daripada perangkap ekonomi yang bermasalah.Tugas pemimpin membela kepentingan rakyat.

Kedua -  para pemimpinnya terlihat telus dan bersih.Tidak dikaitkan atau dipalit dengan isu rasuah. Tidak wujud keadaan sambil menyelam sambil minum air. Mengambil peluang merembat kekayaan negara semasa berkuasa, menangguk di air yang keruh. gunting dalam lipatan dan pagar makan padi.

Ketiga – Pemimpin mesti berakhlak tinggi. Contoh teladan kepada umat. Sebagaimana kata Ghandi. Salah satu daripada  jenayah moral yang terbesar ialah wujudnya keadaan golongan istimewa yang mendapat limpahan kekayaan tanpa bekerja " Wealth without work"

Rafizi mengakhiri dengan meminta supaya rakyat berfikir dan menilai kebaikan dan keburukan dengan mata yang terbuka. Jika rakyat di Baram boleh berfikir dengan mengatakan bahawa sebagai tuai rumah panjang saya akan membenarkan PKR, PBB, PBDS siapa sahaja  untuk berceramah.saya tidak boleh membaca.Tidak semestinya saya tidak boleh berfikir. Saya akan buat pilihan yang terbaik untuk kebaikan orang saya.

Di harap Pakatan Rakyat  tidak sekadar menjadikan rakyat sekadar modal berkempen untuk memburuk-burukkan UMNO – BN . Ia perlu ada agenda yang kemas untuk mebela nasib rakyat terutama orang Melayu yang semakin tenggelam di P.Pinang akibat dasar-dasar kerajaan yang terlalu pro pelaburan, kapitalis dan pembangunan komersial. Pembangunan mesti seimbang supaya rakyat ada bahagiannya dan tidak mejadi seperti melukut ditepi gantang !

Rafizi Ramli tokoh muda harapan bangsa Malaysia dan aset masa depan negara. Beliau berupaya mengupas punca kemelut negara dan ada formula  bagaimana mengatasinya .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sokongan Penubuhan Pusat e-komuniti <b>di Batu Uban</b>

Posted: 04 Oct 2010 03:21 AM PDT

PID dijemput untuk menyokong penubuhan e-Komuniti di Batu Uban yang mengsasarkan 10 biji komputer untuk kegunaan warga penduduk di Batu Uban. PID turut memberi penerangan manfaat dan kursus yang ditawarkan melalui PID.

Perancangan ini turut dihebahkan sempena dengan Program Komuniti Bandar Bersih dan Selamat (Cleaner Greener Penang) bersama Qariah Masjid & JKKK Batu Uban. Acara berlansung pada 2hb Oktober 2010 dari pukul 8 pagi sehingga 1 tengahari di Dataran Masjid Batu Uban.

09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search


<b>Batu Ferringhi</b> | diary zahidah wahid

Posted: 21 Apr 2013 06:26 PM PDT

Balik dari Rumah Kelahiran P. Ramlee, perjalanan diteruskan menuju ke Batu Ferringhi pulak. Saja nak pergi sini coz roommate kata teringin nak tengok restoran kapal.

Actually dekat area Batu Ferringhi ni ada banyak tempat yang boleh di pergi. Antaranya Taman Rama-Rama, Craft Batik, Taman Belia, Taman Botanical, Tropical Spice Garden, Penang Tropical Fruit Farm etc. Tapi semua tu dah kena reject coz just taman-taman je. Butterfly Farm kena reject coz mahal.

Sebelum meneruskan perjalanan, singgah makan di Zarie Famous Laksa House since semua dah kelaparan lepas turun dari Bukit Bendera plus hari pun dah nak tengah hari. Memang patut pun.

DSCN1725

laksa penang RM5

pesembor RM4

pesembor RM4

ABC RM5

ABC RM5

Seriously terasa mahal gilak harga dia. Coz dekat atas Bukit Bendera tadi pun price for laksa Penang just RM4. Bak kata Pooja kena tipu ke apa ni? Rasanya? Lagi sedap yang kakak ipar ChentaFatma buat.

Before this actually aku tak makan laksa Penang. Tapi lepas pekena yang kakak ipar ChentaFatma buat jadi suka pulak.

Dah kenyang makan pergi Batik Craft. Tak berapa nak best sangat pun. Boleh buat batik sendiri tapi kena buat appointment.

DSCN1732

DSCN1730

Lepas dari Batik Craft kitaorang patah balik turun menuju ke restoran kapal and Hard Rock Hotel. Then singgah solat di Masjid Terapung. Sayangnya air tak pasang, so tak nampak sangatlah rupa masjid ni terapung.

DSCN1745

DSCN1754

DSCN1758

DSCN1759

Balik dari Batu Ferringhi, kami teruskan perjalanan ke Georgetown balik. Nak jalan-jalan dekat street dia, misi mencari Street Art dan membeli jeruk. Haruslah kan jeruk, Penang ma.

09 di jelutong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di jelutong - Google Blog Search


Rakyat Merah Kuning: Jalan Haram <b>di</b> Bukit <b>Jelutong</b>

Posted: 16 Jul 2013 11:00 PM PDT

Akhbar The Star dalam satu artikel pada Isnin lalu ada melaporkan tentang satu jalan haram yang dibina individu tidak bertanggungjawab menghubungkan Jalan U8/20 dan Jalan U8/32, Bukit Jelutong. menurut laporan itu juga, kawasan perumahan disitu adalah jenis berpagar (gated community) dan seharusnya mempunyai tahap keselamatan yang tinggi.
Namun pembinaan jalan haram ini menyebabkan motosikal dan kenderaan kecil lain mudah masuk dan keluar tanpa disedari. Tambah memburukkan keadaan, kejadian pecah rumah mula berlaku selepas jalan haram itu dibina.
Alamak, siapa la yang memandai buat jalan tu? Memang la memudahkan nak lintas jalan, tapi fikir la juga keselamatan jiran tetangga, bukan lepaskan tengkuk sendiri je.

View Larger Map


RMK berharap MBSA sila jalankan siasatan segera dan tutup segera jalan haram itu!

09 di seberang jaya - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di seberang jaya - Google Blog Search


MIMPI SENJA: [Video] Flashmob <b>di Seberang Jaya</b> Pulau Pinang

Posted: 04 May 2013 07:58 AM PDT

09 di bagan ajam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di bagan ajam - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di bagan ajam</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Jul 2013 01:08 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di bagan ajam</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Jun 2013 01:07 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di bagan ajam</b> - Google Blog Search

Posted: 25 May 2013 01:29 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di bagan ajam</b> - Google Blog Search

Posted: 10 May 2013 01:27 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di bagan ajam</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Apr 2013 01:47 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Pertandingan Memancing 2013 <b>di</b> Pantai Bersih <b>Bagan Ajam</b>

Posted: 01 Mar 2013 11:38 PM PST



30 Bersama Komuniti 1Malaysia ingin memaklumkan bahawa Pertandingan Memancing 2013 yang akan berlangsung di Pantai Bersih Bagan Ajam, Butterworh R&R Pulau Pinang pada 24 Mac 2013  terpaksa ditunda ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.
"Pertandingan ini terpaksa ditunda atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Pihak kami akan memaklumkan tarikh baru pertandingan ini apabila tiba waktunya.
Perkara ini ditegaskan oleh jurucakap penganjur, Abang Shah dalam perbualan telefon dengan Joran Pancing hari ini.

BLOG PENANG: 09 <b>di bagan ajam</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Apr 2013 01:45 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Pertandingan Memancing 2013 <b>di</b> Pantai Bersih <b>Bagan Ajam</b>

Posted: 01 Mar 2013 11:38 PM PST



30 Bersama Komuniti 1Malaysia ingin memaklumkan bahawa Pertandingan Memancing 2013 yang akan berlangsung di Pantai Bersih Bagan Ajam, Butterworh R&R Pulau Pinang pada 24 Mac 2013  terpaksa ditunda ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.
"Pertandingan ini terpaksa ditunda atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Pihak kami akan memaklumkan tarikh baru pertandingan ini apabila tiba waktunya.
Perkara ini ditegaskan oleh jurucakap penganjur, Abang Shah dalam perbualan telefon dengan Joran Pancing hari ini.

BLOG PENANG: 09 <b>di bagan ajam</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Mar 2013 01:32 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di bagan ajam</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Sep 2012 01:31 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di bagan ajam</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Sep 2012 01:38 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di bagan ajam</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Sep 2012 01:20 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Mantan Pengerusi PGMPPS/KGMMB Pulau Pinang Menerima PJB

Posted: 21 Sep 2012 06:04 PM PDT

Tn. Hj. Abdul Waris Darus dilahirkan di Balik Pulau, Pulau Pinang pada 20 September 1945. Kini beliau berusia 66 tahun dan menetap di Bagan Ajam, Butterworth, Pulau Pinang. Beliau berkahwin dengan Asma Binti Omar yang juga merupakan pendidik dan mereka telah dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Beliau memulakan zaman persekolahan pada tahun 1952. Sekolah pertama beliau ialah Sek Melayu Titi Teras, Balik Pulau hingga tahun 1954. Kemudian beliau ke Sek. Men. St. George Balik Pulau pada tahun 1955 hingga 1962. Beliau mendapat latihan guru di Maktab Latihan Guru Pulau Pinang pada tahun 1963 hingga 1965. Kemudian melanjutkan pelajaran di USM Pulau Pinang pada 1979 hingga 1983.
Abdul Waris Darus memulakan perkhidmatan sebagai guru pada 1 Januari 1966. Beliau seorang yang banyak memperoleh pengalaman mengajar. Beliau banyak mencurahkan bakti demi membantu mendidik anak bangsa untuk menjadi warga yang berilmu dan beramal. Antara sekolah yang pernah beliau berkhidmat ialah:
v  1966 – 1967:  SK Temoyong, Langkawi (Guru Penolong).
v  1968: SK Bayas, Langkawi.
v  1969 – 1977: SK Pendang, Kedah.
v  1978 – 1979 SK Permatang Janggus, Pulau Pinang.
v  Pada Tahun 1979 – 1983 melanjutkan Pelaran Ke USM.
v  1984 – 1992: SMK Dato' Onn, Seberang Perai Tengah.
v  1993 – 1994:  SMK Permatang Rawa, S. Perai ( Guru Penolong Kanan).
v  1994 – 2000: SMK Dato' Onn, S. Perai (Guru Penolong Kanan).
Sepanjang perkhidmatan beliau banyak menganjurkan program, mencurahkan idea dan membuat transformasi. Antara yang dapat disumbangkan oleh beliau ialah :
v  1977 – 2000: Program Mentor Mantee
Program ini membolehkan pelajar diberi perhatian yang lebih dengan mengadakan seorang guru diberi lima orang pelajar. Mereka akan dipantau dan diberi perhatian yang lebih.
v  1995 – 2000: beliau memperkenalkan Kadet Bomba, Silat Lincah di sekolahnya.
v  1995 – 2000: membangunkan program sekolah dalam taman di sekolahnya.
Dalam program ini pelbagai usaha telah digembling untuk menjadikan impian satu realiti antaranya menggadakan anjung ilmu, mini muzium sekolah, pondok ilmu, menjadikan kebersihan satu amalan gaya hidup yang sihat. Turut diwujudkan ialah perpustakaan mini. Semua ini dilakukan bagi menarik minat membaca dalam kalangan pelajar.
v  1994 – 2000: menganjurkan majlis perkembangan staf untuk mewujudkan kerjasama di kalangan staf dan percambahan ilmu.
Pentadbiran sekolah (1994 – 2000)
v  Pengurusan kewangan yang baik dan cekap.
v  Pengurusan bilik darjah yang sistematik dan teratur.
Beliau memperoleh kejayaan yang bermakna antaranya ialah program komputer yang dicetuskan beliau menjadi Johan Peringkat Negeri  tahun 1998 yang dikenali program MATA (Rekacipta).  Pada tahun 1999 pula, program tersebut berjaya mendapat tempat ke-3 antara sekolah-sekolah Malaysia.
Beliau juga gigih memulihkan penagihan dadah dalam kalangan pelajar dan masyarakat. Program Pemulihan yang diperkenalkannya pada tahun 1988–1990 berjaya membantu mengenalpasti penagih dan menghantar mereka ke Pusat Serenti untuk dipulihkan.
Antara aktiviti lain yang beliau terlibat adalah :
v  1991  - 1994: Pengerusi JKKK Daerah Seberang Perai.
v  1997 – 2003: Pengerusi Qariyah.
v  1998 – 2000: Timbalan Pengerusi SK Agama Rakyat (KAFA).
v  1998 – 2000:  Penasihat Belia Daerah Seberang Perai.
Beliau juga terlibat dalam urusan masjid Jabatan Agama Islam seperti pengurusan jenazah, mengambil tugasan pegawai masjid, urusan hal ehwal perkahwinan anak qariyah serta terlibat dalam urusan latihan bakal imam. Sekolah agama yang diwujudkan adalah untuk memastikan anak-anak qariyah kampung beliau mendapat pendidikan  agama  dan Kelas Fardu Ain.
Sebagai Pengerusi Sekolah Agama Rakyat (Darul Hikmah) Pulau Pinang yang dilantik pada tahun 2000 hingga kini, beliau terlibat dengan pelbagai aktiviti. Beliau menganjurkan pertandingan hafazan di surau dan masjid. Di samping itu beliau turut mewakili sekolah agama tersebut menandatangani MOU dengan  Sekolah Agama di Pattani, Selatan  Thailand. Di dalam MOU tersebut terdapat program pertukaran guru dan murid serta meluaskan penggunaan Bahasa Melayu dalam kalangan Pelajar Thailand.
Abdul Waris Darus bertanggungjawab menyatukan semua daerah menjadi satu pertubuhan bersifat negeri bagi memudahkan urusan dalam pentadbiran Persatuan Guru-Guru Melayu Pulau Pinang dan Seberang Perai. Ini bukan sahaja memudahkan proses pentadbiran tetapi juga dapat mempermudahkan lagi urusan pembayaran yuran oleh ahli yang bersara. Mewujudkan kerjasama  KGMMB Pusat dan cawangan Negeri untuk urusan yuran dan kebajikan. Mencadangkan satu bangunan baru diwujudkan di Seberang Perai (bangunan sekarang di Taman Koperasi Guru Tanah Liat Bukit Mertajam – 2010). Kegiatan luar yang disertai oleh beliau adalah:
v  1985 – 1988: Pengerusi KGMMB Pulau Pinang
v  1998 – 1995: AJK Persatuan Guru-Guru Melayu Pulau Pinang dan Seberang Perai  (PGMPPS).
v  1998 – 1995: AJK  KGMMB Cawangan Pulau Pinang.
v  1996 – 2000: Pengerusi KGMMB Cawangan Pulau Pinang.
v  2008 – 2012: AJK Persatuan Guru PESARA.
Abdul Waris Darus menamatkan perkhidmatan pada 20 September 2000 sebagai kakitangan kerajaan. Namun, meneruskan  mengajar sebagai tutor di Open University Cawangan Pulau Pinang dari tahun 2000 hingga 2004. Atas usaha gigihkepada negeri dan masyarakat beliau menerima beberapa anugerah iaitu:
v  2001 – Pingat Jasa Masyarakat (PJM)
v  1993 – Pergerakan gaji melintang
2011 – Tokoh Kepimpinan PGMPPS

CeLoteh CikEyra: Taiping & R&R <b>Bagan Ajam</b>

Posted: 16 Sep 2012 12:00 AM PDT

Selamat Hari Malaysia semua,hehe..yee saya tahu hari Malaysia dah lepas,tapi saya tak 
peduli jugak,dah lepas ke belum,apa yang penting keamanan negara Malaysia perlu 
diperilihara & dijaga sentiasa, sape lagi yang nak jaga keamanan negara kita,kalau bukan 
anak bangsanya sendiri.Ayuhhh sama-sama kita menjaganya..Wahh patriotik sangat kau 
kan..muehehehe. Okayah la straight to the point,sebenarnya nak cerita-ceriti nih...
Hari Malaysia jatuh pada 16/9/2012 ( Sunday ) sebenarnya kite ade pergi janjanjalan 
itik,jalan ayam,di mana lubang kancil seribu lima ratus,tinggal dalam mulut meeeeraah...
Ok tipu jee..kite ada pergi jalan-jalan dekat Taiping,Perak. A'ahh tempat yang femes dengan Zoo 
Taiping, Muzium & Taman Tasik.

Muzium Taiping sumber pakcik google
Taman Tasik Taiping sumber pakcik google
Selain dari tempat-tempat di atas,dekat sini jugak ada Taiping Sentral
Taiping Sentral berjiran dengan Tesco, kalau taksilap,dekat Taiping Sentral ini lah satu-
satunya yang ada panggung wayang di Taiping nih.Maaf jika saya silap.
Taiping Sentral ni sama je dengan Shopping complex yang lain, tapi disebabkan tak
 pernah lagi jejak kaki di sini keterujaan tehadap Beliau sangat memuncak tingginya.hehe
Lunch time,kiteorang decide makan dekat foodcourt Tesco, sebab cik abg tu nak makan
 nasi,so kena makan dekat foodcourt Tesco lah, dekat Taiping Sentral setelah ditinjau-
tinjau tak terdapat foodcourt pun, yang ada semua makan fastfood . Perut melayulah 
katakan tak jumpa nasi 1 hari boleh migrain gamaknya ayat sindir utk cik abg
 Tomyam Calypot,ini memang my fevert. Sedap
Harga makan di sini agak murah jika dibanding dengan harga foodcourt di tempat lain,dan 
menjadi tanda tanya kepada kami hingga sekarang,dekat sini takde tax ke? 
Masa jalan-jalan dekat Taiping Sentral,terjumpa kedai jual Pan keki Doraeyaki disebabkan
 pengaruh Doremon yang melampau-lampau aku memberontak meminta dia 
belikan ini. Nahh perasa peanut 1,cokelat 1 & stawberi 1.hehehe. Bila dah 
terhegeh-hegeh nanak,begitu jugaklah terhegeh-hegeh nak habiskan,last-last sumbat 
kedalam perut dia jugak,bagus tak membazir. Doraeyaki ni taklah segemuk Doraeyaki 
Doremon tu,tapi rasanya boleh tahan jugak,nice
Gambar suka-suki,tiada motif
lepas makan-makan Doraeyaki, sambil cuci-cuci mata tengok orang naik Itik,dah snap 
gambar 10-20 keping,tibalah masa kami beredar, aktiviti seterusnyaa menuju ke gerai 
 Gerai yang terletak dekat tepi jalan, satu hala dengan perjalanan balik kami. Sasaran pada petang ini ialah gerai menjual Yong Tau fu..
 dah alang-alang pakcik sebelah jual sate,oder jugak lah 10cucuk sate ayam,tak sampai hati pulak takoder,hewhew
Yong Tau fu..Main ambil je,bila dah hidang macam ni,banyaklah pulak,huhu.Sekali lagi perutnya menjadi mangsa...
Perut pun dah kenyang dan maju kedepan,ingat nak terus balik, tapi tercetus pulak niat
 nak bawa family dia pergi jalan-jalan kat tepi pantai, secara rela paksa,aku diheret 
bersama-sama. Singah di rumah dia untuk mengambil mak,abah & adik-adiknya,sebelum 
tu,aku dah inform dah dekat myfamily. So myfamily izinkan, itu pun sebab family dia ada 
sama, kalau tak jangan haraplah, malam-malam nak bawa anak dara orang pergi pantai 
,nak kena sekeh lah tue.Daripada Taiping,Perak terbang ke R&R Bagan ajam, tak sangka R&R ditepi pantai itu menjadi pilihan orang ramai untuk beristerehat.
sory gambar blurr, just nak beritahu dekat sini ada Beach Night Market..Gerai yang dibuka takbanyak sangat,tapi meriah lah jugak.
 Bersama adik perempuannya,
sorang ni je adik perempuan dia,adik beradik yang lain semua lelaki
 bakal adik & ibu ku..mueheheh..gediks
Hari pun dah jauh malam, jomlah kita balik

★Thankiss sebab bace★

Rakyat Pulau Pinang Bantah Terowong Bawah Laut ‹ Kamaluddin&#39;s <b>...</b>

Posted: 19 Mar 2013 07:40 PM PDT


Posted by Kamaluddin @ 阿列克斯 on 20 Mar 2013 / 0 Comment

guanengMenurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai pada akhir Januari 2013 yang lepas, projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau PinangJual Tanah Masjid Bayan Mutiara Kerja Gila. Read more … » telah mencapai kemajuan 90.15% dan dijangkakan siap sepenuhnya seawal September 2013 atau selewat-lewatnya dua bulan kemudian.

Apabila siapnya projek itu kelak, sebahagian besar masalah kesesakan lalu lintas di Jambatan Pulau Pinang yang sedia ada dapat dikurangkan sekaligus memberi keselesaan kepada para pengguna untuk berulang alik dari pulau ke Seberang Perai.

Pengumuman tersebut nyata melegakan ramai pihak dan sudah tentunya mereka tidak lupa untuk berterima kasih kepada Kerajaan Pusat kerana tetap meneruskan projek itu sekalipun Kerajaan Negeri dikuasai oleh DAPJual Tanah Masjid Bayan Mutiara Kerja Gila. Read more … ».

Bagaimana pun tak sampai dua bulan kemudiannya, tiba-tiba sahaja Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan EngJual Tanah Masjid Bayan Mutiara Kerja Gila. Read more … » mengumumkan kesediaan Kerajaan Negeri sudah bersedia untuk membina terowong bawah laut menghubungkan Gurner Drive di bahagian pulau dengan Bagan Ajam di sebelah tanah besar.

Selama dua tahun semenjak April 2011 Lim Guan Eng senyap tanpa berita selepas pengumuman awalnya dulu, sekarang bila sahaja dekat nak PRU 13 tergesa-gesa mengumumkan projek tersebut digerakkan segera.

Nampak sangat DAP sedang bermain opera Cina untuk mengekang mood gembira khalayak ramai yang tika ini agak tidak sabar menantikan siapnya Jambatan Kedua Pulau Pinang. Adakah sandiwara ini berjaya menarik perhatian rakyat dan mengalih tumpuan umum kepada jasa Kerajaan Pusat?

Tentu sahaja tidak, kerana semasa dialog Kerajaan DAP Pulau Pinang bersama rakyat negeri itu pada 10 Mac lepas, rata-rata peserta yang hadir tidak yakin dengan kesungguhan Kerajaan Negeri yang di lihat hanya mengambil kesempatan untuk mengabui mata umum tatkala menjelang PRU 13.

Lagi pun ramai yang mempersoalkan pembinaan terowong bawah laut itu yang bukan sahaja tidak efektif dan merupakan satu pembaziran kerana buat masa sekarang sudah memadai negeri itu mempunyai dua jambatan termasuk yang sedang disiapkan sekarang.

Tambahan pula kos anggaran RM6.3 bilion untuk projek sedemikian jika dilaburkan untuk naik taraf jalan-jalan sedia ada di samping menambah baik kemudahan pengangkutan awam jauh lebih berbaloi untuk jangka masa pendek dan panjang.

Jambatan kedua belum pun siap untuk digunakan sudah bermimpi mahu membina terowong bawah laut, besar melampau angan-angannya tapi tak kena dengan masanya. Sepatutnya guna dulu jambatan kedua dan lihat keberkesanannya, bila wujud keperluan barulah bina jambatan ketiga atau pun terowong.

AKAK DIBALIK PINTU: Ada Toyolkah <b>di Bagan Ajam</b>, Seberang Perai?

Posted: 23 Oct 2012 02:07 AM PDT

Tidak pasti sama ada cerita ini sudah lama berlaku ataupun tidak. Namun kisah ini dicatatkan pada 2011 yang lalu tentang kisah misteri toyol di kawasan Bagan Ajam, Seberang Perai. Lebih 100 keluarga di tiga kampung dekat sini hidup dalam keadaan tertekan dan keresahan berikutan wang simpanan mereka semakin kerap hilang. Mereka mendakwa, kehilangan itu dipercayai angkara perbuatan toyol berdasarkan beberapa kejadian pelik dilalui penduduk sebelum rumah mereka dimasuki dan wang disedari hilang.



Penduduk berkata, biarpun pelbagai cara diguna untuk menghalang kecurian itu termasuk menggunakan khidmat perubatan tradisional, namun sehingga kini kejadian itu terus berlaku dan ia kini semakin menjadi-jadi hingga merimaskan mereka.
Seorang penduduk, En.Abd.Aziz Ishak, 64, dari Kampung Contoh berkata, kecurian dipercayai angkara toyol itu mula berlaku awal Ogos lalu apabila wang di rumahnya sering didapati hilang.
"Peliknya, jumlah wang yang hilang itu bukannya banyak hanya sekadar RM50 dalam satu-satu masa, namun kejadian kecurian itu akan berulang menyebabkan jumlahnya kerugian dialami saya sahaja mencecah RM300″

"Sebagai orang lama saya dapat mengagak ia melibatkan toyol kerana makhluk ini hanya mengambil sejumlah RM50 sahaja pada satu masa biarpun pada masa sama terdapat sejumlah wang lain yang disimpan di dalam laci, poket seluar mahupun di bawah bantal" katanya.
Peniaga kedai makan, Pn.Norzuliatun Nordin, 35, mengalami kejadian sama beberapa kali sebelum ini selepas menyedari wang simpanannya sering kurang sebanyak RM50 setiap hari.
"Saya percaya ini perbuatan toyol kerana sebelum menyedari wang simpanan hilang, saya sering terdengar rengekan suara kanak-kanak di kawasan rumah yang kemudiannya diikuti dengan perasaan seram dan gementar"
"Setiap kali selepas mengalami suasana begitu saya mendapati wang simpanan menjadi susut sebanyak RM50 dan kejadian terbaru dialami pada Ahad lalu apabila wang kutipan raya anak hilang sebanyak RM50″ katanya.
Menurutnya, selepas tujuh kali mengalami keadaan sama dia berjumpa dengan seorang pengamal perubatan tradisional dan dimaklumkan ia angkara toyol berdasarkan ia merengek seperti kanak-kanak sebelum memasuki rumah mangsanya.
Kehilangan Wang Berlaku Sehingga Lima Kali
Bagi En.Huszaimi Abu Hassan, dari Flat Teluk Air Tawar berkata, dia lima kali mengalami kehilangan wang sejak mula menyambut puasa lalu.
"Selepas mendengar banyak rakan kehilangan wang, saya mula mengambil pelbagai langkah keselamatan termasuk mengikut petua orang lama menghalau gangguan makhluk halus ini seperti menabur kacang hijau di muka pintu dan menyelitkan benda tajam seperti jarum dan paku didinding dan tepi tingkap.
"Namun semua usaha ini tak berkesan apabila mendapati kacang hijau itu berselerak seolah-olah diusik oleh toyol manakala paku dan jarum dicabut dan hilang menyebabkan saya turut mengalami nasib malang kehilangan wang akibat dicuri," katanya.
Penduduk Mengeluh Kerana Ikhtiar Gagal
Dalam pada itu, hasil temuramah kami ke atas penduduk tiga kampung berkenaan, kebanyakan mereka mengeluh kerana pelbagai langkah diambil termasuk berpakat menganjurkan majlis bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan surah Kursi namun kecurian itu masih berlaku.
Pn.Norma Bakar, 43, yang tiga kali mengalami kecurian berkata, dia dan penduduk lain mula menggunakan satu lagi petua baru iaitu mencucuk wang kertas RM50 dengan jarum bagi menghalang wang simpanan mereka daripada dicuri toyol.
"Penduduk juga mengambil satu pendekatan lain iaitu mencucuk buah limau purut dengan paku dan diletakkan berdekatan wang simpanan dalam usaha menghalangnya dari hilang"
"Memang sah ini kerja makhluk halus itu kerana jika diletakkan wang kertas lain seperti RM10 dan RM5 ianya tidak terusik tapi jika terdapat wang kertas RM50 ia akan didapati hilang," katanya.


Haaaa...itulah kisah toyol kat Malaysia ni..kat luar negara tak tahulah kalau2 makhluk bernama toyol ni wujud ke tidak...namun korang tahu tak macamana cara diorang nak bela toyol ni...cuba baca cara2 nak dapatkan toyol kat sini pulak....
baca jer tau...jgn amalkan...

Warga <b>Bagan Ajam</b> & Nelayan Bantah Terowong Guan Eng - MMI

Posted: 02 Apr 2013 02:15 AM PDT

Warga Bagan Ajam dan para nelayan pantai yang mendiami kawasan sebelah pantai di sepanjang Bagan Ajam menghala ke Teluk Air Tawar hari ini mengadakan perhimpunan bagi membantah pembinaan terowong Guan Eng.Kehadiran hampir 100 orang dengan sepanduk jelas membuktikan kesungguhan mereka untuk tidak sesekali bersetuju dengan pembinaan tersebut.
Kebanyakkan yang hadir merupakan para nelayan pantai yang selama ini mencari makan dengan menangkap ikan di laut jelas marah dengan cadangan tersebut dan mereka menyifatkan tindakan sedemikian sebagai bukti bahawa kerajaan negeri pimpinan Guan Eng langsung tidak mengambil berat akan nasib rakyat selama ini.
Pembinaan terowong Guan Eng sudah tentu bakal mencemarkan kawasan pantai serta laut malah hidupan laut sudah pasti akan tercemar dan ianya bakal menyebabkan para nelayan menghadapi masalah seterusnya menutup periku nasi mereka.
Saudara Huszaimi Abu Hassan wakil kepada penduduk yang MMI temui berkata kerajaan negeri langsung tidak pernah mengambil berat akan nasib penduduk serta nelayan di kawasan malah pembinaan jeti yang kini dalam pembinaan pun adalah hasil usaha Ahli Parlimen Tasek Gelugor YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang mendengar keluhan para nelayan di kawasan Bagan Ajam ini.
"Nak mengharapkan wakil dan kerajaan negeri Pulau Pinang jangan mimpilah !" Begitulah keluhan warga nelayan dan penduduk Bagan Ajam , mereka kini semakin marah dengan Guan Eng serta kerajaan negeri kerana hanya pandai membuat janji.
Sebelum ini MMI pernah menceritakan tentang nasib penduduk di kawasan Bagan Ajam Baca SINI 
Kepada semua berkenaan terowong yang dijanjikan oleh Guan Eng kali ini , kita harus ingat bagaimana mereka telah berbohong kepada seluruh rakyat Pulau Pinang sejak 2008 yang lalu.Setiap manifesto dan janji yang dibuat Pakatan Haprak hanyalah retorik semata-mata.
Berikut adalah perkara tentang pembinaan terowong dari segi teknikal yang MMI rasa ampa semua kena tahu Baca SINI 
Apa pun yang berlaku rakyat perlu ingat Guan Eng sudah pun merancang untuk membina terowong dan tindakan beliau mengadakan "roadshow" hanyalah bagi mengaburi mata rakyat kerana keputusan sudah di buat sebelum membuka peluang kepada rakyat untuk memberikan cadangan.
 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved