Sabtu, 24 Ogos 2013

di negeri pulau pinang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri pulau pinang - Google Blog Search


2373 pemandu teksi <b>Pulau Pinang</b> terima insentif kerajaan PR <b>negeri</b>

Posted: 26 Jul 2013 09:30 PM PDT

1368_680145548669565_1455397009_nGEORGE TOWN, 27 JULAI: Seramai 2,373 pemandu teksi menerima insentif sebanyak RM600 daripada Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang, semalam.

Sumbangan itu disampaikan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai menghargai peranan mereka dalam negeri seperti mana yang terkandung dalam manifesto PR pada PRU-13 lalu.

Menurutnya, bayaran insentif itu akan dilakukan dua kali setahun iaitu RM300 untuk penggal pertama dan selebih akan diberi pada awal Januari tahun depan.

"Baki RM300 hanya akan dibayar jika mereka terus memberi perkhidmatan terbaik.

"Jika didapati ada aduan mengenai salah laku, kerajaan negeri tidak teragak-agak untuk menarik balik baki insentif itu, jadi mereka perlu memastikan khidmat yang diberi sentiasa berada pada tahap terbaik kepada pengguna," katanya selepas menyerahkan insentif di daerah Timur Laut, semalam.

Bagi daerah Timur Laut, seramai 843 pemandu teksi dan kereta sewa menerima insentif berkenaan.

Guan Eng juga berharap sumbangan itu mampu meringankan beban mereka terutama kepada yang bakal menyambut Aidilfitri tidak lama lagi. – Roketkini.com

09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search


Taman tema atas laut <b>Batu Ferringhi</b> buka Sept. -KM | faqar

Posted: 18 Aug 2013 11:39 AM PDT

Taman tema kanak-kanak Wet World Wild Adventure Park Penang (WWW) di kawasan Batu Ferringhi akan dibuka kepada warga tempatan dan pelancong asing bermula pada September depan.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata,  konsep taman mencabar di atas permujaan laut secara terbuka itu merupakan pertama di rantau Asia.

"Struktur (WWW) merupakan kejuruteraan dari Jerman dan memenuhi piawaian keselamatan yang digariskan oleh TUV (Technical Inspection Association, German)," ujar beliau di Komtar di sini baru-baru ini.

Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Theme Park & Services Sdn. Bhd. (TPCS), Richard Koh turut hadir pada sidang media itu.

Guan Eng berkata, pihaknya percaya taman tema di bawah kendalian bersama TPCS dan Penang Global Tourism (PGT) tersebut akan menjadi satu lagi produk pelancongan menarik di negeri berkenaan.

Richard berkata, konsep taman tema bertaraf dunia seumpama di Batu Ferringhi itu hanya terdapat di beberapa negara maju sahaja.

"Kami (TPCS) berharap (taman tema ini) terus berkembang sebagaimana dihasratkan untuk riang ria serta aktiviti selamat atas permukaan laut," ujar beliau.

Difahamkan, taman tema yang berdepan dengan Kompleks Bayu Senja serta berdekatan Hotel Park Royal tersebut akan dibuka sepanjang musim bukan tengkujuh bermula jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang.

Rock climbing, trak larian, trampoline, swings, slides, kolam dan dinding-dinding merupakan antara acara rintangan mencabar yang menarik di dalam taman tema tersebut.

Tiket masuk selama dua jam ke taman tema itu bernilai RM30 sahaja.

Info lanjut, sila hubungi wakil TPCS, Melvin Kuo menerusi 03-55668000 sambungan 8295 atau 0193171919 (telefon bimbit) atau getwet@wetworldwild.com (emel).

09 di kepala batas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di kepala batas - Google Blog Search


Salam Aidilfitri 2013 dari kami <b>di Kepala Batas</b> Penang

Posted: 20 Aug 2013 05:40 AM PDT

Assalam sahabat sekalian.
Masih lagi dalam bulan Syawal
Hampir beraya sakan saya ni..hehe
Hari ni baru ada masa nak berblog setelah bercuti sakan.
Nasib xd sawang spiderman kat sini erk..
Bagaimana sambutan lebaran uols?
Tahun ini giliran saya beraya di kampong suamiku, yang terletak di Kepala Batas, Pulau Pinang.
Alhamdulillah sambutan bersama keluarga mertua serba sederhana tetapi meriah.
Seminggu di Penang, kemudian berhari raya dengan ayahbonda saya pula di Selangor.
 
Anakanda semua Nampak sangat dah besar dengan baju raya masing-masing. Alhamdulillah.

2nd Syawal


Hah,..macam cerita Hindustan plak erk..saya ni asyik bertukar baju, rezki tahun ni baju raya penuh almari (hahaha poyo tak?)
Hari raya ke dua bertema Hijau. Koleksi kain sulam Bandung.
TQ to Mr Husband coz shoppingkan baju raya saya..

3rd Syawal

Hari raya ke 3 kami ada jemputan kenduri. Tema Kemeja buat yang lelaki.
Memasing dengan baju raya. Kemain lagi

P/S :  Hah..meriah kan semua dengan warna tema peach.
Planningnya tahun depan warna MERAH.
InshaAllah..panjang umur kita kan..

09 di Bukit jambul - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Bukit jambul - Google Blog Search


SEPETANG <b>DI</b> KOMPLEKS <b>BUKIT JAMBUL</b> DAN BERBUKA <b>...</b>

Posted: 31 Jul 2013 02:52 AM PDT

ESTRANGE 'a' - merenggangkan; renggang ( tidak rapat atau mesra lagi)
ESTRANGEMENT 'n' - kerenggangan
Hello and Assalammualaikum semua!!! Apa Khabar? Nampaknya lebih kurang seminggu jer lagi seluruh umat Islam akan menyambut kedatangan Syawal yang indah. :) Bagaimana dengan persiapan hari raya anda? Semoga semuanya berjalan lancar dan aman jer okay. 
Pasti ramai dah yang keluar membeli belah dan buat biskut raya bagi menyambut Syawal nanti. Saya pun berkesempatan juga untuk keluar membeli sedikit barang bagi persiapan raya pada hari Sabtu yang lalu bersama suami, mak dan anak saudara di komplek Bukit Jambul/Mydin/Kamdar, Penang
Amboi!! ramainya orang, tak terkata. Sesak dan berhimpit-himpit juga, namun itulah suasana sebenar yang berlaku tak kira di mana-mana saja terutama sekali di pusat-pusat membeli belah bila dekatnya Syawal. Ya la, ramai lagi rakyat Malaysia yang suka membeli- belah di minit-minit akhir.:) Umm.. mungkin inilah nama semangat nak raya sakan kot. Hee Hee
Nampaknya, sejak pasaraya Mydin di buka dalam kompleks Bukit Jambul ni, makin 'happening' sungguh suasana di sini. Kira okaylah kan, bagus juga untuk mereka yang berniaga di situ dan bagi pelanggan pula kita mempunyai lebih banyak pilihan untuk memilih dan membeli. Syokkan!! siap duit ja. :)
Dalam musim raya ini, kedai-kedai/ butik yang menjual bajulah yang penuh dengan orang ramai. Di tingkat 1 saja penuh berderet dengan kedai/butik menjual baju kurung pelbagai jenis khususnya. Rambang mata dan..stressED sungguhlah. LOL. Mana tak nye, semua kedai rasa nak masuk tengok Hee Hee.. Tak dinafikan, baju-baju kurung zaman la sungguh cantik sekali. Terkilan juga sebab, sejak 14 tahun yang lalu saya dah tak boleh memakai baju kurung lengkap sekali dengan kainnya. Maklumlah, sejak dah berkerusi roda ni, kenalah suai padankan baju dan seluar yang sesuai saja. Jenis baju labuh dan kain sarung dah tak relevan dengan keadaan saya yang sepanjang masa terbaring dan duduk atas kerusi roda ja. Walaupun begitu keadaannya, ianya tetap tak mematahkan semangat dan seronok juga sebenarnya dapat membeli baju untuk insan tersayang yang lain. Hee Hee.
Dah penat 'bershopping' akhirnya kami berbuka puasa di restoran white coffee dalam komplek Bukit Jambul ni.
Anak saudara, adik Sufee dah letih dan kelaparan. Suami, membeli 'waffle' kegemaran adik Sufee yang disapu dengan coklat. Sebenarnya, waktu sampai di sini, kami terus ke restoran untuk buat 'reservation' dulu bagi berbuka puasa.  Entah ler, setiap ketika adik Sufee dok mengaak pi restoran untuk makan dan tanya kami, 'kenapa tak pi makan la ni?'. jenuhla nak menjawab yang sekarang ni bulan puasa kat dia. :_
Dah sampai waktu berbuka puasa. Memandangkan kami dah tempah meja awal, jadi makanan dan minuman semua dah sedia terhidang atas meja. Tak macam meja lain yang masih kosong walaupun dah masuk waktu berbuka. Moral of the story, buat tempahan awal dan jangan asyik bershopping ja.
Well, melalui pengalaman yang lalu lah maka kami beringat nih.. Jangan marah haa..!!!

Antara minuman yang kami pesan:-
Chocolate Iced Blended - rm7.30
2 iced water - rm1.60 (each rm0.80)
Sebenarnya menu makanan untuk berbuka puasa di sini cuma ada 4 set jenis makanan saja untuk di pilih. Ini kerana mereka tidak cukup staf pada waktu tersebut. Tetapi di waktu lain, menu makanan masih macam biasa dan dim sum halal pun ada. Bagi pilihan minuman pula tidak terhad, semua yang ada dalam menu boleh di pilih.
Oleh sebab tak banyak pilihan makanan, kami telah memilih keempat-empat set yang ada di situ. :)

Inilah hidangan yang paling sedap sekali antara semua. Sangat lazat tak terkata. Anda perlu mencuba set ini sekiranya anda berkunjung ke sini Okay!! Dengan sotong dan udang yang besar serta kek ikan di masak bersama sambal nyonya style memang ummpphh!! terangkat beb!!!
Ayam yang dimasak bersama sambal tom yam. Mak ambil set ni dan sedap katanya. Ia membangkitkan selera dan memberi rasa kesegaran diawalnya dan tidak mual di akhirnya.
Bukannya tak sedap. Tapi sebab ianya masak kari, jadi rasa nak mugal sikit untuk halwa tekak saya. Hee Hee. Memang kari ni lain dari yang biasa. Ianya masak kari ala nyonya dan yang best tu ada daun pudina segar diletakkan dalam kuahnya, jadi rasa segar sangat bila mengunyah daun tu. Just hope, mereka letak lebih lagi daun pudina yang segar tu. ;)



Apa yang istimewa tentang nasi lemak ni ehh? Tentulah sambal dan ayam goreng berempahnya. :)
Bagi penggemar nasi lemak, bolehlah cuba set ni. 
Di bawah ni pula adalah beberapa keping gambar dari 3 tahun yang lalu diambil sewaktu menjamu selera di sini. Betul, saya dah beberapa kali menjamu selera di sini. :)

Terima Kasih kerana sudi singgah di blog saya ini serta jangan lupa untuk 'follow' blog saya selalu okay!!
Saya TIDAK dibayar oleh mana-mana pihak berkenaan perkara di atas ini.

Bali Tour | Wisata - <b>Bukit Jambul</b> | Diwira Tour & Travel Bali

Posted: 13 Aug 2013 09:30 PM PDT

Bukit Jambul adalah sebuah destinasi wisata yang terletak di Kecamatan Rendang, Kabupaten Karangasem yang berbatasan dengan Kabupaten Klungkung. Jika anda melakukan perjalanan Besakih Tour maka anda akan melewati tempat yang indah ini. Di tempat ini anda dapat menyaksikan keindahan panorama sawah berundak dengan latar belakang pemandangan laut biru diantara barisan bebukitan nan hijau. Sebuah pemandangan yang indah apalagi sambil menikmati makan siang ditemani dengan desiran angin nan lembut akan memberikan suasana yang berbeda bagi anda dalam melakukan perjalanan wisata. Terletak di ketinggian 500 m diatas permukaan laut memberikan suasana sejuk sepanjang hari di tempat ini. Bukit Jambul ini dapat ditempuh dengan berkendara selama kurang lebih 1 – 1,5 jam dari kota Denpasar. 

Sejarah Bukit Jambul

Dinamai Bukit Jambul karena tepat diatas sebelah barat bukit terdapat pohon yang sangat besar dan rimbun, rimbunnya pepohonan di atas bukit itu terlihat seperti jambul, dan pohon tersebut masih berdiri sampai sekarang. Diatas Bukit Jambul ini terdapat sebuah pura yang bernama Pura Ulun Carik, pura untuk memuja dewi kemakmuran yang dipuja oleh para petani.

Jadi jangan lewatkan kesempatan untuk mengunjungi objek wisata Bukit Jambul selama anda berlibur di Bali. Jika anda butuh bantuan untuk melakukan perjalanan tour, Diwira Tour & Travel senantiasa akan membantu keperluan tour anda selama di Bali.


09 di nibong tebal - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di nibong tebal - Google Blog Search


Polis kesan anggota geng pecah kilang <b>di Nibong Tebal</b> ABN News <b>...</b>

Posted: 18 Jul 2013 01:32 AM PDT

NIBONG TEBAL – Polis sedang mengesan beberapa anggota kumpulan warga Vietnam yang tiga daripada mereka ditahan Selasa lalu, yang dipercayai terlibat dalam kes pecah kilang di Seberang Perai Selatan (SPS) sejak dua bulan lepas.

Ketua Polis Daerah SPS, Supritendan Shafien Mamat berkata beberapa anggota lain kumpulan itu berjaya meloloskan diri ketika tiga rakan mereka ditahan.

Tiga suspek berkenaan yang berumur antara 21 hingga 28 tahun didapati turut terlibat dengan sekurang-kurangnya enam kes samun di sekitar SPS.

Mereka juga didapati positif syabu dan kini direman selama 14 hari bagi membantu siasatan menurut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. – Bernama

09 di balik pulau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di balik pulau - Google Blog Search


Suara 1 Umno: UMNO <b>Balik Pulau</b>: Ada perebutan jawatan tertinggi <b>...</b>

Posted: 20 Jul 2013 03:42 PM PDT

Mulai 15 Julai 2013 semua Cawangan UMNO diarahkan untuk mengadakan Mesyuarat Agong masing-masing. Selepas 30 Ogos 2013, bermula pula Mesyuarat Pemilihan UMNO Bahagian, sayap-sayap UMNO dan juga pemilihan MT UMNO Pusat.
Untuk mengatasi politik wang, UMNO Pusat telah memberi peluang kepada puluhan ribuan perwakilan UMNO membuat pemilihan MT UMNO termasuk Presiden, Timbalan Presiden serta Naib Presiden. Nampaknya format pemilihan kali ini begitu sukar berlakunya politik wang. 
Bercakap pasal pemilihan pemimpin UMNO di mana-mana akan ada berlakunya pertandingan merebut jawatan. Sudah tentu akan ada yang menang tanpa bertanding dan ada yang menang melalui pertandingan dua penjuru atau tiga penjuru.
Situasi politik UMNO di Balik Pulau mempunyai cerita tersendiri yang agak menarik. Ketua UMNO Bahagian, DS Dr. Hilmi sudah tentu akan mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian. Sesiapa yang menjadi ahli Parlimen Balik Pulau, akan menjadi Ketua Bahagian melalui suatu persetujuan bersama antara Ketua Bahagian, Timbalan dan Naib Ketua Bahagian ketika mereka bersaingan menjadi calon parlimen dalam PRU13 baru-baru ini.

Dengan itu boleh disahkan bahawa YB Muhammad Farid, Naib Ketua Bahagian dan mantan DUN Bayan Lepas, Timbalan Ketua Bahagian tidak akan mencabar DS Hilmi untuk jawatan Ketua UMNO Bahagian. Yang jelas, Syed Ameruddin nampak berasa patah hati dengan parti dan kerajaan. Pemimpin yang begitu bersih, disenangi rakyat, banyak jasanya, tidak pandai membodek dan meminta-minta dipandang sepi tanpa diberi sebarang jawatan dalam agensi-agensi kerajaan. 

Beliau tidak diberi peluang untuk meneruskan kerjaya politiknya. Beliau 'ditalqinkan' melalui perebutan antara 3 pemimpin tertinggi UMNO Balik Pulau sendiri. Sebenarnya beliau bukan pemimpin yang kalah dalam PRU13 tetapi tidak diberi peluang atau tiada rezeki sebaliknya ada pemimpin BN yang kalah  dalam PRU13 masih diberi peluang berada dalam parti dan agensi-agensi kerajaan. Inilah yang sedang berlaku! Lupakan seketika perkara itu.

Kemungkinan besar Syed Ameruddin, Timbalan Ketua UMNO Bahagian sekarang akan menarik diri ataupun meletak jawatan sebelum Mesyuarat Pemilihan Umno Bahagian berlangsung. Jika telahan ini menjadi realiti, sudah pasti akan berlaku kekosongan jawatan Timbalan Ketua Bahagian dalam pemilihan UMNO Bahagian Balik Pulau pada kali ini. Siapakah bakal pemimpin UMNO yang akan menduduki kerusi Timbalan Ketua Bahagian? Dan apakah akan ada MOU antara pemimpin UMNO atau akan ada perebutan jawatan itu maka para perwakilan UMNO yang bakal tentukan nanti.
 

Tunggu!! Nak makan sahur dulu...nanti kita sambung cerita ini!
 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved