Isnin, 16 September 2013

09 di Butterworth - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Butterworth - Google Blog Search


Polis: 17 Kes Ragut <b>Di Butterworth</b> Selesai - MyNewsHub

Posted: 01 Aug 2013 04:08 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Sertai Komuniti Berita Online Terhangat di Malaysia. Satu Perubahan Bagi Sajian Berita Online.

09 di kepala batas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di kepala batas - Google Blog Search


LagunaMerbok: JJCM <b>di</b> Restoran Ikan Bakar Din, <b>Kepala Batas</b>.

Posted: 13 Sep 2013 11:37 PM PDT

Hari ini dalam kesibukan, sempat saya makan tengahari di Restoran Ikan Bakar Din, Kepala Batas. 
Alhamdulillah. .makanannya memenuhi citarasa saya dan rakan.

09 di Bukit jambul - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Bukit jambul - Google Blog Search


23 Kes Tembak Dalam 4 Bulan - MyNewsHub

Posted: 02 Aug 2013 10:56 AM PDT


MyNewsHub ingin berkongsi statistik kes tembakan yang berlaku dalam negara dalam tempoh empat bulan. (1 April – 31 Julai 2013)

Mengikut infografik yang dikeluarkan oleh akhbar New Straits Times pada Khamis, sebanyak 23 kes tembakan berlaku dalam tempoh empat bulan itu.

1 April: Seorang lelaki ditetak dan ditembak mati di Taman Seri Timah, Balakong.

25 April: Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim ditembak mati di Lebuh Sentosa, Putrajaya.

25 April: Seorang warganegara India berusia 39 tahun mati ditembak dalam sebuah kereta Proton Perdana miliknya oleh penembak bermotosikal di Jalan Seremban-Tampin.

26 April: Seorang tukang gunting rambut ditembak mati di bulatan Taman Billion, Cheras.

7 Mei: Beberapa tembakan dilepaskan di sebuah pusat cuci kenderaan di Kampung Keliang, Kalumpang, Hulu Selangor. Tiada tercedara.

11 Mei: Dua lelaki ditembak dan cedera dalam satu pergaduhan di sebuah restoran dekat Bandar Tun Razak, Cheras.

12 Mei: Seorang pembantu kedai maut setelah ditembak sebanyak 10 das tembakan di dalam keretanya di persimpangan lampu isyarat di Taman Kucai, Lunas.

13 Mei: Dua lelaki ditembak mati apabila seorang penembak bermotosikal melepaskan tembakan rambang menggunakan pistol automatik ketika mangsa meninggalkan sebuah majlis perkahwinan di Butterworth, Pulau Pinang.

25 Mei: Pengedar ikan ditembak mati ketika keluar dari Masjid Nurul Anuar, Mukim Dalam Rhu, Pasir Puteh.

27 Mei: Seorang lelaki yang sedang berkebun di luar rumah di Jalan Melati, Nilai cedera parah setelah ditembak.

28 Mei: Pekerja kontrak ditetak dan ditembak di sebuah stesen minyak di Dungun, Kuala Terengganu.

29 Mei: Seorang ahli perniagaan terkena tujuh das tembakan yang dilepaskan oleh dua orang lelaki bermotosikal di Bandar Rahman Putra, Sungai Buloh. Mangsa terselamat.

2 Jun: Seorang pemandu bas cedera setelah ditembak sebanyak lima das tembakan di hadapan rumahnya di Taman Rembau, Butterworth.

8 Julai: Guru penolong kanan SK Beris Panchor, Kota Baru, Kelantan ditembak mati ketika keluar dari sekolah dalam keretanya.

13 Julai: Seorang kanak-kanak berusia 4 tahun cedera apabila seorang penembak tersasar sasaran di Pangsapuri Golf View Bukit Jambul, George Town, Pulau Pinang.

17 Julai: Seorang guru yang dalam perjalanan ke sekolah ditembak mati di Simpang Empat Keladi, Kulim, Kedah.

24 Julai: Seorang lelaki yang sedang berjoging di Taman Rekreasi Gunung Lambak, Kluang cedera parah setelah ditembak di kawasan parkir.

26 Julai: Seorang pemandu trak cedera setalah ditembak ketika dalam perjalanan ke Jerantut.

27 Julai: Pengerusi MyWatch, R Sri Sanjeevan cedera parah dalam cubaan bunuh di Taman Cempaka, Bahau.

29 Julai: Bekas Pengarah Urusan Arab Malaysian Development Bank maut setelah terkena beberapa das tembakan dari jarak dekat di kawasan parkir terbuka di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur.

29 Julai: Seorang lelaki ditembak dipeha oleh pembunuh tidak diketahui ketika memandu bersama rakannya di Bukit Mertajam.

30 Julai: Seorang lelaki berusia 35 tahun maut dalam kejadian tembak menembak dengan polis dekat Kompleks Desa di Kepong.

31 Julai: N. Jeevandran, 26, ditembak mati pada tengah hari di Jalan Permai Utama di Taman Kerian Permai, Parit Buntar, Perak.

Sumber: NST

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

09 di Gelugor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Gelugor - Google Blog Search


UMNO TASEK <b>GELUGOR</b> RAI 200 ANGGOTA TUDM <b>DI</b> BULAN <b>...</b>

Posted: 26 Jul 2013 12:00 AM PDT

BUTTERWORTH 26 Julai - Kira-kira 200 pegawai dan anggota Tentera Udara diraja Malaysia (TUDM) Butterworth diraikan dalam majlis Mesra Ramadan Parlimen Tasek Gelugor di Dewan Pangsapuri Seri Bayu di sini semalam.
Majlis diadakan bagi menghargai sumbangan dan jasa golongan tentera dalam mempertahankan kedaulatan negara.
Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Shabudin Yahaya berkata, pengorbanan dan usaha murni anggota tentera kepada agama, bangsa dan negara wajar dihargai oleh segenap lapisan masyarakat di negara ini.
"Peranan anggota tentera adalah sangat besar dalam memastikan keamanan dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara.
"Sehubungan itu, segala jasa dan pengorbanan mereka perlulah dihargai supaya mereka akan lebih bersemangat untuk berkhidmat kepada negara," katanya ketika berucap dalam majlis berkenaan.
Yang hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Ayer Tawar, Datuk Jahara Hamid dan ADUN Sungai Dua, Muhamad Yusoff.
Selain bacaan tahlil, Shabudin turut menyampaikan sumbangan kepada balu anggota tentera.





 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved