Selasa, 8 Oktober 2013

09 di permatang pauh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di permatang pauh - Google Blog Search


Abdul Jalil digesa lepas jawatan <b>di Permatang Pauh</b>,perlukan <b>...</b>

Posted: 26 Aug 2013 12:30 PM PDT

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh, Mohd. Zaidi Mohd. Said menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Bahagian dalam pemilihan UMNO September ini.

Menurutnya, beliau menawarkan sebuah pasukan yang dinamakan 'pasukan transformasi' yang terdiri daripada muka baharu dan lama untuk membawa perubahan kepada UMNO bahagian tersebut.

Selain itu, katanya, matlamat utama pasukan berkenaan adalah untuk menumbangkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.

"Saya rasa sudah tiba masa pucuk pimpinan UMNO Bahagian Permatang Pauh berubah kepada tenaga muda yang akan membawa satu agenda baharu kepada UMNO seterusnya merampas kembali kerusi Parlimen Permatang Pauh daripada Anwar.

"Saya sudah menyediakan sebuah pasukan transformasi yang mendapat sokongan akar umbi untuk merubah kepimpinan UMNO bahagian di semua lapisan serta menerima sokongan daripada semua sayap parti," katanya kepada media disini.

Mohd. Zaidi menambah, beliau juga yakin perubahan yang dibawa itu tidak membawa perpecahan dalam kalangan ahli kerana semua cawangan dilihat menyambut baik hasratnya.

Oleh itu, jelasnya, beliau amat berharap Ketua UMNO bahagian sedia ada, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dapat melepaskan jawatan yang disandang dengan baik dan sedia memberi laluan kepada pasukan transformasi berkenaan.

"Kami menghormati dan menghargai sumbangan beliau (Jalil) selama ini, namun saya rasa sudah tiba masa beliau memberi laluan kepada orang baharu untuk menerajui UMNO bahagian.

"Malah semua cawangan juga amat berharap proses peralihan kuasa itu nanti akan berjalan lancar dan beri peluang kepada kami untuk menerajui UMNO bahagian pada masa depan," katanya.

09 di balik pulau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di balik pulau - Google Blog Search


Suara 1 Umno: Calon Ketua Pemuda UMNO <b>Balik Pulau</b>

Posted: 30 Sep 2013 09:18 AM PDT

Kempen pemuda Balik Pulau semakin hangat. Amalan demokrasi dalam pemilihan pemuda bahagian setakat ini berjalan dengan baik. Calon Ketua Pemuda UMNO, Sdr Hisham @ Chaq sempat berjumpa dan bersembang dengan PT beberapa hari yang lalu.
Dalam perbualan itu, beliau sempat menyatakan beberapa pandangan dan harapan beliau tentang pemuda, UMNO Balik Pulau dan PRU14. Beliau mempunyai visi yang jelas untuk menguatkan UMNO di Balik Pulau. Bersedia untuk membina kekuatan pemuda untuk membantu UMNO Balik Pulau khasnya dan Barisan Nasional amnya dalam menghadapi cabaran PRU14 yang akan datang. Beliau berjanji akan turun padang ke setiap cawangan pemuda di Balik Pulau.
Beliau sudah pun berusaha dan katanya akan terus berusaha untuk melihat kepimpinan tertinggi UMNO bahagian dapat bekerja bersama-sama sebagai satu pasukan. Jika ditakdirkan beliau dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Balik Pulau, beliau berjanji akan bekerja untuk DS Hilmi sebagai Ketua Bahagian biarpun ada pihak ada yang mengatakan bahawa beliau hanya akan bekerja untuk Datuk SH. 
Pengalaman lampau sebagai Timbalan Ketua Pemuda UMNO dan penglibatan beliau dalam beberapa NGO menambahkan lagi keyakinan beliau untuk menerajui pemuda UMNO Balik Pulau pada masa akan datang.
Beliau mempunyai pandangan yang begitu kritis dan konstruktif terhadap isu-isu semasa seperti dasar merasionalisasikan subsidi, masa depan pendidikan anak Melayu serta peranan media baru di kalangan pemuda/remaja.
PT berhasrat untuk berjumpa dengan seorang lagi calon Ketua Pemuda UMNO yang juga tidak kurang hebatnya.....
 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved