Sabtu, 16 November 2013

09 di Butterworth - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Butterworth - Google Blog Search

11 Okt 13 : Majlis Pemakaian Pangkat di Pangkalan Udara Butterworth

Posted: 11 Oct 2013 01:38 AM PDT

Majlis Pemakaian Pangkat di Pangkalan Udara Butterworth Majlis Pemakaian Pangkat di Pangkalan Udara Butterworth Majlis Pemakaian Pangkat di Pangkalan Udara Butterworth

Butterworth, 11 Okt 13 – Pangkalan Udara Butterworth telah mengadakan Majlis Pemakaian Pangkat kepada 33 orang anggota LLP. Upacara telah disempurnakan oleh Pemangku Komander Pangkalan, YBhg Lt Kol Ayub Khan bin Mohamad Khan TUDM di Dewan Setia. Upacara pemakaian pangkat ini termasuk seorang anggota yang telah diklasifikasikan sebagai BE kekal, iaitu 721724 Kpl U Mohd Tarmizi bin Roslan yang telah dinaikkan pangkat daripada LUK ke Kpl U. Majlis ini turut dihadiri oleh Pegawai Memerintah Skn dan Ketua Cawang.

di negeri pulau pinang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri pulau pinang - Google Blog Search

Bekas Ketua Kongsi Gelap Aktif Berpolitik di Negeri Pulau Pinang ...

Posted: 04 Sep 2013 08:41 PM PDT

polisKUALA LUMPUR – Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan mendedahkan seorang bekas banduan, yang juga bekas ketua kumpulan kongsi gelap, kini menjadi pemimpin peringkat bawahan dalam sebuah parti politik di Pulau Pinang.

Katanya, beliau yang ketika itu masih dalam perkhidmatan polis, telah menangkap lelaki berkenaan di Thailand sebelum didakwa dan dijatuhkan hukuman penjara di negara ini.

Menurutnya, bekas banduan itu pernah menjadi ketua kongsi gelap di negara ini dan aktifnya dalam politik sehingga memegang jawatan penting dalam parti adalah satu perkembangan yang tidak sihat kepada politik negara.

Beliau yang ditemui Bernama di sini, bagaimanapun tidak mendedahkan identiti pemimpin itu tetapi berkata, individu berkenaan kini merupakan ketua di peringkat bawahan sebuah parti politik di negeri itu.

Zaman Khan menggesa pihak polis menyiasat perkara itu kerana ia boleh menimbulkan pelbagai spekulasi oleh orang ramai terhadap penglibatan ahli politik dalam dunia kongsi gelap.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, pihaknya sedia menyiasat dakwaan pembabitan anggota kongsi gelap dalam arena politik mahupun memegang jawatan penting dalam sesebuah parti politik di negara ini.

Beliau berkata, pihaknya tidak menerima apa-apa laporan mahupun maklumat untuk mengaitkan pembabitan anggota kongsi gelap dalam parti politik mahupun banduan yang telah dibebaskan.

"Anggota kongsi gelap jadi ketua bahagian parti politik tidak ada lagi. Kalau benar ada dakwaan seperti itu kita sedia menyiasat," katanya.

Minggu lepas, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengumumkan sebanyak 49 kongsi gelap dikesan menjalankan kegiatan memudaratkan ketenteraman awam seperti sindiket pengedaran dadah, memeras ugut, membunuh, menimbulkan pergaduhan antara pertubuhan kongsi gelap dan huru-hara.

Dalam Ops Cantas Khas yang bermula 17 Ogos lepas bagi membanteras kongsi gelap dan individu terbabit jenayah berat di seluruh negara, polis menangkap 4,777 orang dan merampas 136 kenderaan curi, lapan senjata api, satu bom tangan, 54 peluru dan 133 senjata berbahaya.

Operasi itu dilancarkan setelah jenayah keganasan melibatkan pembunuhan, rompakan, rogol dan pergaduhan dilaporkan meningkat termasuk pembunuhan dan cubaan bunuh golongan berprofil tinggi.

Antara kes itu termasuk pada 29 Julai lepas, Pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi dibunuh manakala isterinya cedera parah akibat ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina, Kuan Yin Temple, di Lorong Ceylon, di sini.

Dua hari sebelum itu, aktivis antijenayah yang juga Pengerusi MyWatch R. Sri Sanjeevan cedera ditembak di persimpangan jalan berdekatan Taman Awana Indah, Jempol, Negeri Sembilan.

Selain Sanjeevan, seorang lagi mangsa kes pembunuhan berprofil tinggi ialah Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim yang ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya pada 26 April lepas.

Bernama sebelum ini melaporkan kumpulan kongsi gelap ini bergantung kepada aktiviti pengedaran dadah selain aktiviti pinjaman wang haram ah long dan aktiviti maksiat termasuk perjudian dan pelacuran.

Dalam pada itu, penganalisis jenayah, Datuk Akhbar Satar berkata, penglibatan anggota kongsi gelap mahupun bekas banduan di dalam sesebuah parti politik di negara ini merupakan satu perkembangan yang tidak baik.

Beliau berkata, sebagai sebuah parti yang berdaftar, jawatankuasa parti itu perlu menyiasat latar belakang setiap anggota mereka sebelum mereka dibenarkan bertanding di peringkat bahagian seterusnya memegang jawatan penting di dalam parti.

"Jika dibiarkan ia akan menjadi satu ancaman, kerana anggota kongsi gelap ini akan menyalahgunakan kedudukan mereka untuk melakukan aktiviti haram," katanya. – Bernama

09 di kepala batas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di kepala batas - Google Blog Search

STAR HOCKEY TEAM: STAR PERTAHANKAN KEPALA BATAS OPEN

Posted: 11 Nov 2013 08:20 PM PST

Pasukan Hoki Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh berjaya mengekalkan kejuaraan Kejohanan Hoki Jemputan SM Sains Kepala Batas yang berakhir di Sungai Petani, semalam. Dalam aksi final, STAR yang merupakan juara bertahan berjaya menewaskan pasukan dari Selangor iaitu INTERSABER dengan keputusan 2-0. Sebelum itu, STAR berjaya menumpaskan SERATAS 2-1 dalam aksi semi final manakala INTERSABER pula menewaskan SM Sains Sultan Muhammad Jiwa dalam satu lagi  aksi peringkat separuh akhir.
Sebelum memulakan aksi perlawanan.
Dalam kategori wanita, pasukan tuan rumah , SM Sains Kepala Batas berjaya mengekalkan kejuaraan dengan menewaskan INTERSABER. Kemenangan SAKBA terpaksa ditentukan melalui pukulan penalti shoot out setelah ke dua-dua pasukan terikat 0-0 sehingga tamat masa permainan.
Berikut merupakan keputusan melibatkan STAR
STAR v SMS Kepala Batas (0-0)
STAR v SM Sains Muhammad Jiwa (2-0)

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

09 di jelutong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di jelutong - Google Blog Search

misicafe hidang makanan enak dan berpatutan di bukit jelutong

Posted: 15 Nov 2013 01:01 AM PST

Selepas hampir dua tahun dibuka, akhirnya Kjee, UnclePali dan Nadia sempat singgah di MisiCafe and Shoppe, di Bukit Jelutong, Shah Alam, milik penyanyi 80-an Datin Ramziela. Beliau dah lama beritahu Kjee (di Facebook) suruh try speciality cafe nya iaitu Teochew Porridge. Katanya sangat disukai pelanggannya.

Kalau mereka suka, maknanya sedaplah kan! Bercerita pasal Teochew Porridge, kenangan makan di Lodge Hotel, menjelma kembali. Masa muda-muda dulu kalau ada assignment memalam buta, mesti kami singgah makan situ. Kira femeslah masa zaman muda Kjee.

Kjee pakat dengan my gud fren bekas PR syarikat rekod, Wan Noorizan suruh join. Wan dan Datin Ramziela sahabat baik sejak dulu dan wajah seiiras! Wan bawa sama suaminya, pengarah muzik terkenal Johan Pochin dan anak mereka Jazzly. Maka di petang yang hening semalam, MisiCafe riuh rendah dengan sembang tawa kami.

Teochew Porridge enak ala Hotel The Lodge

Datin Ramziela suruh Kjee try Swedish Meatballs yang lebih sedap dari Ikea! Kjee tak pernah makan di Ikea sebab ada isu satu ketika dulu. Masa tu, Nadia kata, meatballs Ikea agak dry (kering). Tapi apabila Nadia try Swedish Meatballs MisiCafe, Nadia setuju ia lebih sedap dari Ikea!

"Mana tak sedapnya Kjee," sampuk Wan. "Chef Misicafe, ex-Ikea!"

Datin Ramziela kemudiah mencelah : " Kat Ikea, Chef kami tu kata, tak boleh takok tambah nak jadikan ia sedap sebab terikat dengan resipi. Sampai sini, dia tambahlah bahan-bahan jadikan ia lebih sedap," tambah Datin Ramziela. Hmmm lepas ni tak payah risau makan meatballs yang halal lagi toyyiban.

Nadia order Teochew Porridge. Cantik sangat pinggan mangkuknya. Hmmm I like! Sedap sangat. Ada pilihan enam jenis lauk. Dan buburnya halus, sesuai dengan selera Kjee yang cerewet pasal makan bubur ni. Kalau masih ada rasa biji-biji nasinya, tak boleh lulus my standards! Harganya RM12.90! Murah dan berbaloi harga dengan rasa!

Kjee suka sangat ambience dalam MisiCafe. Very homely. Cermin sekeliling cafe buat kita jamu mata dengan alam persekitaran yang luas kehijauan, sambil makan makanan yang sedap! Kawasan dalamannya luas. Kalau bawak anak-anak memang mereka boleh berkejaran sambil bermain-main.

Dato Salehuddin dan Datin Ramziela

Suami Datin Ramziela, Dato Dr Hj Sallehuddin kemudian join kami. Ahli Korporat berasal dari Johor. Sedara sebelah Mak Long Kjee, rupa-rupanya. Dato Sallehuddin cukup peramah dan menyokong pembukaan Cafe milik isterinya. Tak nak beri Datin sambung karier nyanyiannya?

"Cukuplah zaman dia jadi penyanyi. Now she sings for me," kata Dato berseloroh.

Bagaimanpun, setiap malam minggu, ada persembahan five-piece band di situ. Datin Ramziela, berkata, kekadang dia nyanyi jugak satu dua lagu. Selain itu ada jugak ruang karoke.

Kjee terkejut melihat harga menu di MisiCafe yang sangat berpatutan. Kalau nak diikutkan, ada kedai biasa yang meletakkan harga lebih mahal.

"Misicafe dikunjungi ramai students Malaysia Institute For Supply Chain (MISI). Jadi kami tidak boleh letak harga terlalu mahal. MISI ada banyak  foreign students, justru makanan yang kami sediakan harus menepati citarasa mereka," kata Datin Ramziela.

Bagaimanapun, untuk menepati selera tempatan, ada jugak menu yang digemari seperti Mi Goreng, Nasi Goreng, Mi Bandung, Cucur Udang, pelbagai jenis kuih muih Melayu dan jugak Nasi Campur.

Oh ya, Datin Ramziela juga ada sebuah kedai menjual beg tangan, baju yang cenderamata di Misi Cafe. Jangan lupa jenguk kedai itu selepas jamu selera.

MisiCafe jugak amat digemari mereka yang buat majlis keluarga seperti Majlis Hari Jadi, Majlis Pertunangan, Hari Keluarga dan juga resepsi perkahwinan. Cafe itu boleh memuatkan 90 pelanggan di satu-satu masa. Tetapi baru-baru ini Wan Noorizan buat resepsi sambut menantu dan meletakkan tiga atau empat kemah di luar. Seramai 200 tetamu menyerikan majlis tersebut.

Majlis sambut menantu Wan Noorizan baru-baru ini di MisiCafe. Tema Morocco. gambar cilok FB Wan.

"Kami puas hati dengan majlis resepsi yang diadakan di sini," kata Wan. Tetamunya juga memuji makanan yang enak-enak termasuk soto Johor.

Dato Sallehuddin kemudian membawa kami ke bahagian sisi luar MisiCafe. Tanah yang luas itu menurutnya, amat sesuai buat Garden Wedding. Kjee agak-ajak boleh muat antara 500-700 tetamu kalau buat Garden Wedding.

Kalau ada sesiapa yang berminat untuk mengadakan sebarang jenis majlis di MisiCafe boleh hubungi

MisiCafe  037832 7580
Emma      016 3337580
Din          019 4721786
atau Page MisiCafe and Shoppe di Facebook.
Alamat:
Ground Floor, Malaysia Institute For Supply Chain
(Sime Darby Sales Gallery)
2-A, Persiaran Tebar Layar
Bukit Jelutong
Shah Alam
Selangor

09 di nibong tebal - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :- di nibong tebal - Google Blog Search

09 di nibong tebal - Google Blog Search

Serangan Di Nibong Tebal: 3 Suspek Ditahan myNewshub

Posted: 25 Apr 2013 03:12 AM PDT

GEORGE TOWN – Polis telah menahan tiga suspek dipercayai terlibat dalam kejadian letupan berhampiran dengan tempat ceramah Barisan Nasional (BN) di Nibong Tebal pada Selasa.

Ketiga-tiga lelaki berkenaan, berusia antara 25 hingga 41 tahan itu ditahan di George Town, Bukit Mertajam dan selatan Seberang Perai.

"Kami sedang menjejaki beberapa orang lagi, kita percaya mereka datang daripada kumpulan yang sama," kata jurucakap polis Pulau Pinang, Assiten Komisioner Roslee Chik.

Beliau berkata salah seorang daripada suspek yang ditahan mempunyai rekod memiliki bahan letupan.

Di Kluang, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau telah mengarahkan pihak polis dan Rela untuk meningkatkan jumlah anggota di tempat ceramah bagi mengelakkan daripada sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.

"Kita tidak akan membiarkan keganasan dan aksi melampau oleh sebahagian daripada mereka yang tidak bertanggungjawab kerana cuba mewujudkan ketidakstabilan, terutamanya ketika hampir dengan pilihan raya," katanya. – mStar Online

Serangan Di Nibong Tebal: 3 Suspek Ditahanhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/04/Nibong-Tebal.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/04/Nibong-Tebal-150x150.jpgMyNewsHub Utama

GEORGE TOWN - Polis telah menahan tiga suspek dipercayai terlibat dalam kejadian letupan berhampiran dengan tempat ceramah Barisan Nasional (BN) di Nibong Tebal pada Selasa. Ketiga-tiga lelaki berkenaan, berusia antara 25 hingga 41 tahan itu ditahan di George Town, Bukit Mertajam dan selatan Seberang Perai. 'Kami sedang menjejaki beberapa orang lagi,...

GEORGE TOWN - Polis telah menahan tiga suspek dipercayai terlibat dalam kejadian letupan berhampiran dengan tempat ceramah Barisan Nasional (BN) di Nibong Tebal pada Selasa.

Ketiga-tiga lelaki berkenaan, berusia antara 25 hingga 41 tahan itu ditahan di George Town, Bukit Mertajam dan selatan Seberang Perai.

"Kami sedang menjejaki beberapa orang lagi, kita percaya mereka datang daripada kumpulan yang sama," kata jurucakap polis Pulau Pinang, Assiten Komisioner Roslee Chik.

Beliau berkata salah seorang daripada suspek yang ditahan mempunyai rekod memiliki bahan letupan.

Di Kluang, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau telah mengarahkan pihak polis dan Rela untuk meningkatkan jumlah anggota di tempat ceramah bagi mengelakkan daripada sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.

"Kita tidak akan membiarkan keganasan dan aksi melampau oleh sebahagian daripada mereka yang tidak bertanggungjawab kerana cuba mewujudkan ketidakstabilan, terutamanya ketika hampir dengan pilihan raya," katanya. - mStar Online

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved