Isnin, 18 November 2013

09 di balik pulau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :- di balik pulau - Google Blog Search

09 di balik pulau - Google Blog Search


Bekas MP <b>Balik Pulau</b> Meninggal Dunia - myNewshub

Posted: 27 Oct 2013 05:21 AM PDT


GEORGETOWN – Bekas Anggota Parlimen Balik Pulau Datuk Mohd Zain Omar meninggal dunia akibat kegagalan buah pinggang awal pagi tadi.

Mohd Zain, 71, meninggal di rumahnya di Kampung Masjid, Bayan Lepas pada pukul 3.35 pagi selepas lebih sebulan uzur.

Beliau juga mengidap kencing manis.

Isteri Allahyarham, Datin Mahani Shahidan, 69, berkata jenazah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Bayan Lepas selepas solat Zohor.

"Beliau telah dimasukkan ke hospital beberapa hari selepas Aidilfitri dan baru dibenar pulang ke rumah minggu lepas. Kami sekeluarga sentiasa bersamanya semasa dia terlantar sakit hinggalah saat beliau menghembus nafas terakhir," katanya kepada pemberita.

Yang turut menziarah jenazah Allahyarham ialah Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat, Tan Sri Annuar Musa dan beberapa pemimpin Barisan Nasional.

Mohd Zain meninggalkan tiga orang anak iaitu Marziani, 46, Mohd Zaini, 42, Mohd Zairani, 37, dan lapan orang cucu.

Allahyarham bergiat aktif dalam politik sejak 1960-an dan pernah menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri Bayan Lepas dan Teluk Kumbar serta anggota exco kerajaan negeri di bawah pimpinan mendiang Tun Dr Lim Chong Eu.

Beliau juga merupakan bekas Pengurus Pasukan Bola Sepak Pulau Pinang dan pernah membawa Skuad Harimau Kumbang itu menjuarai Liga Perdana pada tahun 1998. – BERNAMA

Bekas MP Balik Pulau Meninggal Duniahttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/balik-pulau-1024x768.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/balik-pulau-150x150.jpgMyNewsHub Terkini,,,

GEORGETOWN - Bekas Anggota Parlimen Balik Pulau Datuk Mohd Zain Omar meninggal dunia akibat kegagalan buah pinggang awal pagi tadi. Mohd Zain, 71, meninggal di rumahnya di Kampung Masjid, Bayan Lepas pada pukul 3.35 pagi selepas lebih sebulan uzur. Beliau juga mengidap kencing manis. Isteri Allahyarham, Datin Mahani Shahidan, 69, berkata jenazah...

GEORGETOWN - Bekas Anggota Parlimen Balik Pulau Datuk Mohd Zain Omar meninggal dunia akibat kegagalan buah pinggang awal pagi tadi. Mohd Zain, 71, meninggal di rumahnya di Kampung Masjid, Bayan Lepas pada pukul 3.35 pagi selepas lebih sebulan uzur. Beliau juga mengidap kencing manis. Isteri Allahyarham, Datin Mahani Shahidan, 69, berkata jenazah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Bayan Lepas selepas solat Zohor. "Beliau telah dimasukkan ke hospital beberapa hari selepas Aidilfitri dan baru dibenar pulang ke rumah minggu lepas. Kami sekeluarga sentiasa bersamanya semasa dia terlantar sakit hinggalah saat beliau menghembus nafas terakhir," katanya kepada pemberita. Yang turut menziarah jenazah Allahyarham ialah Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat, Tan Sri Annuar Musa dan beberapa pemimpin Barisan Nasional. Mohd Zain meninggalkan tiga orang anak iaitu Marziani, 46, Mohd Zaini, 42, Mohd Zairani, 37, dan lapan orang cucu. Allahyarham bergiat aktif dalam politik sejak 1960-an dan pernah menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri Bayan Lepas dan Teluk Kumbar serta anggota exco kerajaan negeri di bawah pimpinan mendiang Tun Dr Lim Chong Eu. Beliau juga merupakan bekas Pengurus Pasukan Bola Sepak Pulau Pinang dan pernah membawa Skuad Harimau Kumbang itu menjuarai Liga Perdana pada tahun 1998. - BERNAMA

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved