Khamis, 5 Disember 2013

09 di Butterworth - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Butterworth - Google Blog Search


11 Okt 13 : Majlis Pemakaian Pangkat <b>di</b> Pangkalan Udara <b>Butterworth</b>

Posted: 11 Oct 2013 01:38 AM PDT

Majlis Pemakaian Pangkat di Pangkalan Udara Butterworth Majlis Pemakaian Pangkat di Pangkalan Udara Butterworth Majlis Pemakaian Pangkat di Pangkalan Udara Butterworth

Butterworth, 11 Okt 13 – Pangkalan Udara Butterworth telah mengadakan Majlis Pemakaian Pangkat kepada 33 orang anggota LLP. Upacara telah disempurnakan oleh Pemangku Komander Pangkalan, YBhg Lt Kol Ayub Khan bin Mohamad Khan TUDM di Dewan Setia. Upacara pemakaian pangkat ini termasuk seorang anggota yang telah diklasifikasikan sebagai BE kekal, iaitu 721724 Kpl U Mohd Tarmizi bin Roslan yang telah dinaikkan pangkat daripada LUK ke Kpl U. Majlis ini turut dihadiri oleh Pegawai Memerintah Skn dan Ketua Cawang.

09 di Batu uban - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Batu uban - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di Batu uban</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Oct 2013 09:32 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Selamatkan sejarah <b>Batu Uban</b> - Utusan Online

Posted: 08 Jan 2012 12:45 PM PST

Selamatkan sejarah Batu Uban

OLEH DR. A MURAD MERICAN
PENULIS ialah Profesor di Jabatan Pengurusan dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi PETRONAS, Bandar Seri Iskandar, Perak.


Pemandangan dari atas perkampungan orang Melayu di Kampung Melayu Batu Uban, Gelugor, Pulau Pinang.


Kampung Batu Uban bukan sama dengan Kampung Buah Pala, atau Kampung Baru di Kuala Lumpur. Batu Uban adalah penempatan Melayu yang terawal di Pulau Pinang. Malah ia juga adalah pekan dan pelabuhan terawal di pulau itu.

Saya telah perhatikan perkembangan di Batu Uban tanpa kudrat menentukan dan merobahnya. Tidak guna kita merintih apa yang telah berlaku. Ini bukan nostalgia.

Seharusnya, Kampung Batu Uban dijadikan kampung istimewa di Pulau Pinang. Di situlah masjid yang terawal dibina. Di situlah juga tanah dikurniakan oleh Sultan Kedah kepada para peneroka awal sejak 1730an lagi, dan ia berlaku sehingga tahun 1740an.

Batu Uban adalah pusat aktiviti wilayah Gelugor dan kawasan sekitarnya. Ramai keturunan peneroka awal Batu Uban menyumbang kepada perkembangan budaya dan ekonomi kawasan Tanjung - pekan Melayu di Lebuh Acheh dan Armenian khususnya. Ini mula berlaku pada lewat 1700. Batu Uban mempunyai jalinan dengan pelabuhan Batu Bara, yang kini sebuah daerah di pesisir pantai timur Sumatera - di wilayah Sumatera Utara, lebih kurang tiga jam perjalanan ke arah selatan dari Medan. Malah, saya dimaklumkan satu masa dulu Batu Uban dikenali sebagai Batu Bara.

Batu Uban adalah sebuah pusat metropolitan yang menghubungkan Pulau Pinang/Kedah dengan Sumatera, India dan Hadhramaut. Malah, Batu Uban bukan hanya membuka ruangnya kepada Selat Melaka, tetapi juga kepada Lautan Hindi. Jalinan Batu Uban dengan Selat Melaka dan Lautan Hindi jelas dilihat dengan kedatangan orang Minangkabau dan Melayu yang berlayar dari Batu Bara, kaum-kaum dari India, dan Arab sama ada terus dari Hadhramaut, melalui India, atau melalui Aceh. Di situlah juga mula terbentuknya identiti Jawi Pekan di Pulau Pinang, mendahului lain-lain tempat di Nusantara. Batu Uban pada satu masa dulu bukan kampung, tetapi sebuah pekan dengan segala rencam dan ragamnya.

Apakah ini sukar sangat untuk kita faham? Ini bukan soal menolak pembangunan. Ini soal kegagalan pihak berkewajipan dan pihak berkuasa mengiktiraf, melindungi dan mewartakan sesuatu kawasan itu. Mengapa kelulusan diberi kepada pemaju? Apakah warisan dan sejarah perlu tewas oleh kaum-kaum kapitalis? Siapakah yang membenarkan itu? Apakah pihak-pihak warisan dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang buta sejarah?

Mengapa dibenar kawasan sekecil itu diroboh lalu mengubah wajah asal? Apakah tidak ada alternatif lain? Mengapakah kita terlalu taksub dengan konsep dan falsafah pembangunan yang kolot? Apakah pembangunan semestinya menghapuskan sejarah dan warisan?

Dalam hal ini, dan bukan saja dalam konteks Batu Uban, kita mesti mengkaji semula konsep dan falsafah pembangunan. Malah istilah 'pembangunan' itu kurang tepat kerana ia menumpu kepada aspek fizikal dan pertumbuhan ekonomi, walaupun dalam retoriknya kita mengeluarkan istilah seperti 'mapan' dan 'tambah nilai.' Apa ertinya jika atas nama pembangunan, identiti kita dihapuskan? Konsep dan falsafah pembangunan kini memihak kepada apa yang boleh diukur dan dilihat. Kita tidak melihat sejarah dan warisan seperti mana yang sepatutnya kerana kayu pengukuran kita berlandaskan kepada kepentingan-kepentingan jangka pendek.

Jika kita isytiharkan kita ingin maju seperti lain-lain negara , lihat saja bagaimana mereka kekalkan sejarah dan warisan. Tidak perlu pergi jauh. Lihat sekitar negara Asia Tenggara, atau India, atau Jepun. Apakah maksud 'Chennai,' 'Mumbai' dan 'Kolkata' dalam kamus dan kesedaran sejarah di India?

Kita akur bahawa Pulau Pinang mempunyai densiti penduduk yang tinggi, dan tanah amat berharga. Akan tetapi, apakah harga itu sama dengan nilai sejarah? Dengan robohnya Batu Uban, walaupun mungkin tinggal sebuah masjid, telaga dan tanah perkuburan hampir 300 tahun itu, maka akan robohlah sejarah penempatan Melayu di Pulau Pinang.

Pihak-pihak berwajib, dan empunya tanah sepatutnya memikirkan bagaimana memperkasakan sejarah dan warisan Melayu di tempat itu, bukan sebaliknya. Papan tanda di hadapan masjid Batu Uban kini memang tidak mencukupi.

Dan jika dikatakan bahawa penduduk-penduduk di kawasan itu tidak berminat tinggal di situ, apakah mereka diberi pandangan, bimbingan dan nasihat yang sewajarnya.

Apa yang perlu dilakukan adalah sebuah kawasan/laman peringatan, bersama dengan papan tanda yang lebih jelas di tengah-tengah kawasan perkampungan itu bagi memperingati para peneroka Melayu awal pulau itu, dan jalinan Batu Uban dengan rantau kepulauan Melayu dan Lautan Hindi.

Juga, mereka yang berwajib, termasuk yang empunya tanah, memperbaiki kampung itu sebagai kampung awal tradisi sambil mengwajahkan jaringan dengan rantau yang lebih luas. Batu Uban bukan kampung kolot. Di situlah pada awal lagi bertapaknya Islam di Pulau Pinang.

Seharusnya usaha dilakukan mengekalkan nama Batu Uban sebagai sebahagian daripada nama Gelugor, juga dikatakan berasal dari Batu Bara. Dengan lenyapnya Batu Uban, maka akan lenyaplah juga sejarah dan identiti warisan sebelum kedatangan Inggeris.

Saya harap jangkaan saya salah. Masih ada ruang dan masa untuk menyelamatkan Batu Uban. Tidak perlu bersedih dan merintih. Tidak ada belang yang dapat ditinggalkan seperti apabila matinya harimau. Apa yang boleh dilakukan sekarang ialah secara kolektif, pihak-pihak yang berwajib dan berkuasa memberhentikan projek tapak pembinaan kini dan apa-apa lagi yang telah diluluskan untuk kawasan itu pada masa depan.

Pada asalnya, mengapa projek-projek pembinaan telah diluluskan sejak sekian lama? Ini hanya menunjukkan kealpaan tentang sejarah; sikap dan kesedaran yang menolak memori kolektif sesebuah tempat. Hal ini tidak pula kelihatan di kawasan-kawasan di Georgetown, khususnya di tapak warisan UNESCO.

Sekali lagi, saya nyatakan pihak yang memiliki tanah di Batu Uban hendaklah tidak buta sejarah. Pada masa sama, sejarah tidak kenal undang-undang. Tahun-tahun yang penting berkaitan dengan Batu Uban adalah 1734 dan 1749. Apakah kita mahu detik-detik itu lenyap dari lipatan sejarah Pulau Pinang dan Kedah akibat dari kedaifan dan kebebalan sejarah kita sendiri?

BLOG PENANG: 09 <b>di Batu uban</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Nov 2013 09:11 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Batu uban</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Oct 2013 09:06 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Batu uban</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Oct 2013 09:32 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Batu uban</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Sep 2013 09:11 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Batu uban</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Sep 2013 09:21 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Batu uban</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Sep 2013 09:30 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Batu uban</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Jun 2013 09:21 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Batu uban</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Jun 2013 09:17 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

SEMALAM BERSAMA RAFIZI RAMLI 17 Disember 2012 <b>DI BATU</b> <b>...</b>

Posted: 17 Dec 2012 06:16 PM PST

BATU UBAN kampung bersejarah , di antara yang tertua di P. Pinang. Kampung yang telah wujud sebelum kedatangan Kepten Francis Light  yang kononnya membuka P.Pinang. Hakikatnya pulau ini telah pun terbuka sebab itu namanya Pulau Pinang bukannya Prince of Wales Island.Pada ketika itu di batu Uban wujud pelabuhan dan pusat pentadbiran.

Batu Uban dibuka oleh Datuk Nakhoda Nan Intan atau Penghulu Mohamad Salleh dari kampung Buadi Sumatera. Diasaskan 50 tahun sebelum ketibaaan  Light pada tahun  1786. Begitu juga dengan Tanjong Penaga, Jelutong,Datuk Keramat, tanjong Tokong dll.

Ada masjid yang didirikan beliau, ada telaga, tanah perkuburan dan persekitaran  yang masih dihuni oleh anak cucunya. Agak malang pengisian kemerdekaan sangat    tidak menghormati nilai sejarah , budaya dan warisan peribuminya. Malahan sangat zalim apabila berhadapan dengan pembangunan komersial.

Warisan  perlu  dibela untuk mengangkat martabat  bangsa . Di sinilah Saudara Rafizi Ramli berceramah pada malam Selasa 17 hb Disember 2012.  Kampung yang terkepung dan terperangkap dengan pembangunan pesat. hampir sangat akan tenggelam dan terhapus .Tinggal masjid dan tanah perkuburan sahaja.

Sebelumnya Saudaran Ravintharan ADUN Batu Uban telah berceramah , menegaskan :

Memelihara warisan bukan  memelihara masjid semata-mata. Masjid wujud bersama qariah.Bila qariah berpindah dengan sendirinya masjid tidak berfungsi lagi. Jadi kawasan disekeliling masjid mesti dipelihara sebagai zon warisannya. Kawasan  disekeliling masjid dengan persekitaran yang berpatutan mesti dipertahankan.

Inilah perkara yang diperjuangkan dengan sungguh -sungguh oleh ahli Majlis Perbandaran P.Pinang yang juga aktivis PAS Bayan baru Saudara Iszuree Ibrahim. Ada usaha nekad untuk menghantar rombongan berjumpa dengan Datuk Seri Rais Yatim menteri yang bertanggung jawap tentang warisan.

Beliau perlu bertindak mewartakan Batu Uban menjadi kampung warisan. Jika Zakiah Hanum, mantan pengarah Muzium Negara  boleh membeli tanah tapak rumah P.Ramlee dan mewartakannnya menjadi zon warisan kenapa tidak dengan Batu Uban dan Tanjong Tokong. Dua warisan P.Pinang yang tertua. Warisan rumah P.Ramlee jauh lebih muda daripada keduannya itu.

Saudara Rafizi telah memfokuskan  usaha Pakatan Rakyat mengatasi masalah keluhan rakyat. Rakyat  yang terperangkap dalam kenaikan harga barang dan kos hidup akibat gejolak dan  lonjakan  inflasi yang tidak terkawal. Sedangkan upah dan gaji tidak bertambah. Sebagai kerajaan dan pemimpin kita harus berfikir bagaimana hendak mengatasinya.

PR berazam menjanjikan satu pakej ekonomi untuk kerajaan yang bertanggung jawap. Rakyat akan dibela.Rakyat sama sekali  tidak akan dibiarkan lemas dan tenggelam  dalam arus kenaikan inflasi. Apa tindakannya :

- PR akan menggunakan sebahagian keuntungan PETRONAS melebihi RM  80 Bilion untuk memberi subsidi kepada  harga petrol semasa. Faedah yang dinikmati oleh  semua rakyat . Harga barang dan kos penghantaran dengan sendirinya akan turun.

- PTPTN akan dihapuskan menjadi pelaburan kerajaan kepada rakyat yang terpelajar. Mereka  akan  menyumbang semula  kepada pembangunan masa depan negara.

- Cukai kereta sekali ganda daripada harga asal sangat mencekik golongan muda yang baru bekerja. Cukai ini akan dikaji. Tidak ada negara di dunia yang mengenakan cukai kenderaaan yang begiti tinggi. Rakyat dibebankan dengan tol, bayaran insuran dan cukai jalan yang tinggi, saman trafik, bayaran bulanaan kenderaaan yang tinggi dan pembaikan kereta dan harga petrol. Ini telah menjadi trauma dan memakan jumlah perbelanjaan yang besar untuk satu item sahaja. Bagaimana dengan yang lain-lain,Gaji permulaan hanya sekitar RM 2000 sahaja. Mengkiut perkiraan beliau RM 1000 ke tas dibelanjakan untuk kereta sahaja

Rakyat perlukan kerajaan yang bertanggung jawap yang memikirakan nilai hidup warganya.Malaysia cukup kaya tetapi kekayaannya diagihkan ke mana. Golongan kaya tambah meliana tetapi rakyat terbanyak papa kedana. Pendapatan rakyat dirompak melalui mekanisme ekonomi yang merangkap kehidupan dan kerajaan membiarkan ianya berlalu begitu sahaja. Jawapannya negara akan bankraf jika subsidi diberi. Dalam masa yang sama subsidi terus diberi kepada para kroni yang membekalkan tenaga letrik kepada TNB. Sepaptutnya harga letrik murah tetapi bayaranya terus meningkat,Sekali lagi rakyat terjerat dan dimangsakan.

Rafizi menggariskan 3 ciri  penting,  menentukan sesebuah kerajaan itu bertanggung jawap atau pun tidak :

Pertama – para pemimpinnya memikirkan nasib rakyat jelata. Mencari jalan bagaimana mengatasi kesususahan hidup mereka supaya terkeluar daripada perangkap ekonomi yang bermasalah.Tugas pemimpin membela kepentingan rakyat.

Kedua -  para pemimpinnya terlihat telus dan bersih.Tidak dikaitkan atau dipalit dengan isu rasuah. Tidak wujud keadaan sambil menyelam sambil minum air. Mengambil peluang merembat kekayaan negara semasa berkuasa, menangguk di air yang keruh. gunting dalam lipatan dan pagar makan padi.

Ketiga – Pemimpin mesti berakhlak tinggi. Contoh teladan kepada umat. Sebagaimana kata Ghandi. Salah satu daripada  jenayah moral yang terbesar ialah wujudnya keadaan golongan istimewa yang mendapat limpahan kekayaan tanpa bekerja " Wealth without work"

Rafizi mengakhiri dengan meminta supaya rakyat berfikir dan menilai kebaikan dan keburukan dengan mata yang terbuka. Jika rakyat di Baram boleh berfikir dengan mengatakan bahawa sebagai tuai rumah panjang saya akan membenarkan PKR, PBB, PBDS siapa sahaja  untuk berceramah.saya tidak boleh membaca.Tidak semestinya saya tidak boleh berfikir. Saya akan buat pilihan yang terbaik untuk kebaikan orang saya.

Di harap Pakatan Rakyat  tidak sekadar menjadikan rakyat sekadar modal berkempen untuk memburuk-burukkan UMNO – BN . Ia perlu ada agenda yang kemas untuk mebela nasib rakyat terutama orang Melayu yang semakin tenggelam di P.Pinang akibat dasar-dasar kerajaan yang terlalu pro pelaburan, kapitalis dan pembangunan komersial. Pembangunan mesti seimbang supaya rakyat ada bahagiannya dan tidak mejadi seperti melukut ditepi gantang !

Rafizi Ramli tokoh muda harapan bangsa Malaysia dan aset masa depan negara. Beliau berupaya mengupas punca kemelut negara dan ada formula  bagaimana mengatasinya .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sokongan Penubuhan Pusat e-komuniti <b>di Batu Uban</b>

Posted: 04 Oct 2010 03:21 AM PDT

PID dijemput untuk menyokong penubuhan e-Komuniti di Batu Uban yang mengsasarkan 10 biji komputer untuk kegunaan warga penduduk di Batu Uban. PID turut memberi penerangan manfaat dan kursus yang ditawarkan melalui PID.

Perancangan ini turut dihebahkan sempena dengan Program Komuniti Bandar Bersih dan Selamat (Cleaner Greener Penang) bersama Qariah Masjid & JKKK Batu Uban. Acara berlansung pada 2hb Oktober 2010 dari pukul 8 pagi sehingga 1 tengahari di Dataran Masjid Batu Uban.

di negeri pulau pinang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri pulau pinang - Google Blog Search


Kerajaan <b>Pulau Pinang</b> cakap tak serupa bikin - Malaysia Today

Posted: 03 Dec 2013 03:58 PM PST

Namun syarikat terbabit gagal atas sebab-sebab teknikal kerana, pertama, syarikat terbabit bukan dari Pulau Pinang, dan kedua, syarikat terbabit hanya layak untuk projek dengan harga di bawah RM3 juta. Sedangkan harga yang dicadangkan oleh perunding adalah RM6.9 juta.

THE CORRIDORS OF POWER  

Lisa Adam

Kecekapan, Akauntabiliti dan Ketelusan, atau CAT, adalah mantera yang diguna pakai oleh Lim Guan Eng dan DAP dalam mentadbir Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Ia satu langkah yang diambil bagi memastikan keterbukaan dalam segala urusan kerajaan negeri terutama sekali dalam hal pemberian tender.

Ia juga satu strategi kerajaan negeri bagi meyakinkan rakyat yang berada di Pulau Pinang bahawa pentadbiran kerajaan negeri adalah berbeza dan lebih telus dari yang sebelumnya.

Selaras dengan CAT, perunding dalaman terlebih dahulu akan dilantik bagi mengesyorkan harga projek yang kemudiannya akan dilaksanakan melalui sistem tender terbuka atau 'open tender'. Sementara syarikat-syarikat yang mengambil bahagian hanya akan dipertimbangkan sekiranya sebut harga yang diberikan oleh mereka adalah tidak melebihi 20% lebih murah atau lebih mahal dari harga yang telah disyorkan oleh perunding.

Walau bagaimanapun, tindakan kerajaan negeri memberikan tender bernilai hampir RM7 juta kepada S. P. Mega Sdn Bhd secara tidak telus bagi membina tebatan banjir dan menaiktarafkan parit di sekitar Jalan Kampung Baru, Bukit Mertajam, menjadi bukti bahawa CAT adalah sekadar slogan untuk mengaburi mata rakyat Pulau Pinang.

Tidak lebih dari itu.

Apa yang menariknya adalah, pada fasa awal rundingan mengenai projek berkenaan, Exco Kerajaan Negeri termasuk Lim Guan Eng sendiri telah melanggar prinsip CAT dengan mengadakan rundingan secara terus dengan satu syarikat lain tanpa melalui tender terbuka.

Namun syarikat terbabit gagal atas sebab-sebab teknikal kerana, pertama, syarikat terbabit bukan dari Pulau Pinang, dan kedua, syarikat terbabit hanya layak untuk projek dengan harga di bawah RM3 juta. Sedangkan harga yang dicadangkan oleh perunding adalah RM6.9 juta.

Maka sekali lagi, melalui rundingan terus yang dilakukan oleh Lim Guan Eng dan juga Exco Kerajaan Negeri, mereka mengesyorkan projek berkenaan diberikan pula kepada S. P. Mega Sdn Bhd.

Jadi, di manakah ketelusan yang diuar-uarkan oleh DAP Pulau Pinang dalam perkara ini bila sudah jelas kedua-dua syarikat yang dikemukakan dalam projek tersebut diperkenalkan sendiri oleh Lim Guan Eng?

Adakah ini gaya pentadbiran baru yang cuba ditonjolkan oleh Pakatan Rakyat dalam negeri-negeri di bawah pentadbirannya? Penipuan terancang yang berselindung di sebalik CAT yang cuma sekadar slogan kosong? Cakap tak serupa bikin. Mungkin kerajaan negeri punya definisi tersendiri mengenai ketelusan dan selagi rakyat masih terbuai dengan 'keindahan' mantera-mantera seperti ini, mereka akan terus ditipu.

******************************************

Guan Eng said the state government would usually seek advice from an in-house consultant on the cost of a project.

"We will then compare it with the price in an open bid. If it is 20% more than the estimated cost, we won't award the project. If it is 20% less than the estimated cost, we also won't award it, as it would not be possible to complete the project at such a low price.

"The reputation of the contractor counts, as the contractor will bank his name on the job. If the project were to fail, the cost of rehabilitating it will be astronomical, not counting the time lost," he said. -- Lim Guan Eng

(READ MORE HERE: http://www.thestar.com.my/story.aspx?file=%2F2009%2F10%2F26%2Fstarprobe%2F4493380)

******************************************

When the open tender system was introduced by the Penang state government more than three years ago, its architects believed that the transparent process would once and for all eliminate irregularities and political partiality, two traits that were once almost synonymous with public procurement. Zairil Khir Johari explores its implications on the broader socioeconomic picture.

By and large, it has achieved its objectives. Yet at the same time it has also attracted a string of criticisms, including accusations of discriminating against the Malays on the one hand, and disenfranchising the Chinese on the other. So is it either or neither? How does the open tender system work and why is it perceived to discriminate? -- Zairil Khir Johari

(READ MORE HERE: http://penangmonthly.com/entering-new-terrain-with-open-tenders/)

 

CLICK LAST GRAPHIC FOR BIGGER VIEW




09 di Batu maung - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Batu maung - Google Blog Search


TERKINI! Struktur pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 06 Jun 2013 05:18 AM PDT

updated :  Empat dipercayai mati dalam runtuhan Jambatan Kedua Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 6 Jun — Empat orang dipercayai terbunuh apabila sebahagian daripada Jambatan Kedua Pulau Pinang yang masih dalam pembinaan di Batu Maung di sini, runtuh menghempap kenderaan mereka lebih kurang pukul 7.00 malam.

Polis telah menerima panggilan lebih kurang pukul 7.05 malam mengenai runtuhan itu dan bergegas ke tempat kejadian pada pukul 7.15 malam.

Menurut jurucakap polis, sebahagian daripada Penyambung Batu Maung menghubungkan jambatan ke Tun Dr Lim Chong Eu telah runtuh menghempap kenderaan yang melalui berdekatan dengan struktur itu.

Penyiasatan awal menunjukkan keempat-empat orang di dalam kenderaan dipercayai terbunuh serta merta.

Bahagian runtuh merupakan sebahagian daripada jejambat yang menghubungkan lebuh raya ke jambatan di antara dua rusuk konkrit.

Pihak polis telah menutup kawasan tersebut kepada lalu lintas.

Kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menemui kenderaan yang dihempap dan kini kerja-kerja sedang dijalankan untuk mengeluarkan mangsa daripada kenderaan hancur.

Terdahulu, timbalan pengurus jabatan perhubungan awam dan komunikasi Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) Azizi Azizan mengesahkan seksyen Pakej 3A projek Kedua Jambatan Pulau Pinang telah runtuh.

"Itu adalah bahagian yang menghubungkan jambatan kepada lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu," kata beliau kepada The Malaysian Insider dalam satu temu bual telefon.

Seksyen ini masih dalam pembinaan dan kontraktor sepatutnya melengkapkan dan menyerahkan bahagian yang selesai bulan depan, katanya.

"Kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan apabila ia berlaku tetapi kita telah mengarahkan dihentikan serta-merta ke atas semua kerja-kerja pembinaan berikutan kejadian itu," katanya.

Ia masih terlalu awal untuk menentukan punca keruntuhan tetapi JKSB akan menjalankan siasatan penuh mengenai kejadian itu.

JKSB juga akan mengeluarkan kenyataan penuh mengenai kejadian itu esok.

 


Struktur pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang di Batu Maung runtuh kira-kira jam 7 petang tadi

Struktur rasuk Palang( beam ) sepanjang 30 meter di jambatan kedua pulau pinang runtuh,dimaklumkan telah menghempap 2 buah kereta.

Setakat ini 2 pekerja warga asing dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang kerana mengalami kecederaan parah. Pasukan keselamatan Bomba sedang berusaha mencari mangsa lain yang kemungkinan turut terperangkap.

2 buah kereta orang awam mungkin terperangkap bawah runtuhan di Batu Maung. Usaha mencari sukar kerana ditimbus sisa konkrit dan struktur besi.

Struktur yang runtuh dipercayai penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan. Runtuhan berlaku di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu berhampiran Batu Maung.

Runtuhan struktur binaan di Jambatan P.Pinang kedua
BATU MAUNG: Sebahagian dari struktur jambatan kedua Pulau Pinang yang masih dalam pembinaan telah runtuh kira-kira jam 7 malam tadi.

Kejadian berlaku di kawasan darat di sekitar Batu Maung.

Menurut Penolong Pesuruhjaya Jabatan Bomba dan Penyelamat, Mohamad Shoki Hamzah, sebatang konkrit seberat lebih 1,000 tan serta berukuran 30 meter telah jatuh terhempap ke tanah.

Akibat runtuhan, sekurang-kurangnya sebuah kereta iaitu Perodua Kelisa telah disahkan tertimbus, namun masih tidak diketahui samada terdapat mangsa yang terperangkap atau tidak.

Sebuah kren juga digunakan bagi mengangkat batang konkrit tersebut. Menurut Shoki, pihak bomba juga dikejarkan ke lokasi sebaik sahaja kejadian itu berlaku.

Difahamkan juga, kerja-kerja pembinaan juga dihentikan buat sementara namun pembinaan pada bahagian lainnya tidak terjejas.

Sehingga setakat ini, punca sebenar kejadian masih tidak dapat diketahui.

Sementara itu, ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin yang berada di lokasi juga mengesahkan melalui laman Twitternya bahawa struktur sepanjang 30 meter itu telah runtuh.

Menurutnya Jabatan Bomba dan Penyelamat juga telah memberitahu lebih kurang satu atau dua kereta telah remuk akibat runtuhan.

Katanya lagi, pihak bomba juga sedang memulakan operasi menyelamat.


Menyusul lagi......

Kedahkini

09 di Bayan lepas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Bayan lepas - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di Bayan lepas</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Dec 2013 03:31 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Bayan lepas</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Oct 2013 03:03 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Empat penyamun larikan kabel elektrik RM250,000 <b>di Bayan Lepas</b> <b>...</b>

Posted: 22 Sep 2013 03:30 PM PDT

Posted on September 23, 2013, Monday

GEORGE TOWN: Seorang pengawal keselamatan sebuah kilang di Bayan Lepas mengalami detik cemas apabila dikejar empat penyamun bersenjata pisau sebelum diikat dan mulutnya disumbat kain selama tiga jam pada tiang pagar berdekatan premis berkenaan awal semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Mohd Hatta Mohd Zain berkata dalam kejadian jam 3 pagi itu, suspek kemudiannya melarikan enam gulung kabel elektrik bernilai RM250,000 yang terdapat dalam kontena simpanan barang di belakang kilang itu.

"Pengawal keselamatan berusia 47 tahun itu hanya ditemui pada jam 6 pagi oleh rakannya yang bertukar giliran bertugas. Walaupun keempat-empat suspek terbabit tidak memakai penutup muka, pengawal keselamatan itu gagal mengecam wajah mereka kerana keadaan terlalu gelap dan kejadian itu berlaku begitu pantas," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata suspek dipercayai memasuki kawasan kilang berkenaan dengan memanjat pagar dan gerakan mengesan mereka menjadi sukar berikutan kawasan terlibat tidak dilengkapi kamera litar tertutp (CCTV).

Mohd Hatta meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya menghubungi balai polis berdekatan. — Bernama

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tanah Runtuh <b>Di Bayan Lepas</b>, 4 Sekeluarga Nyaris Maut

Posted: 02 Sep 2013 11:45 PM PDT

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Polis bongkar makmal dadah <b>di</b> pangsapuri mewah <b>Bayan Baru</b> <b>...</b>

Posted: 05 Oct 2013 02:19 AM PDT

GEORGE TOWN – Polis berjaya membongkar makmal memproses dadah yang beroperasi dalam sebuah pangsapuri mewah di Bayan Baru, awal hari ini.

Ketika serbuan pukul 1.00 pagi itu, dua lelaki dipercayai menjadi dalang utama kegiatan itu dikatakan baru keluar dari rumah mereka yang terletak di tingkat tujuh dengan membawa dua beg.

Kedua-dua suspek yang menyedari kehadiran polis kemudiannya melarikan diri dengan sebuah kereta jenis Proton Saga berwarna putih.

Polis yang kemudiannya menggeledah rumah berkenaan menjumpai sepucuk pistol dan beberapa bungkusan dadah dipercayai jenis heroin selain bahan kimia serta peralatan memproses dadah.

Siasatan awal mendapati suspek telah menyewa rumah berkenaan selama lima bulan.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi ketika dihubungi mengesahkan operasi itu dan berkata satu sidang media mengenainya akan diadakan. – Bernama

09 di tanjung bungah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di tanjung bungah - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di tanjung tokong</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Nov 2013 01:14 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di tanjung tokong</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Oct 2013 01:38 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Tanjung Bungah atau Tanjong Bunga terletak di pinggir bandar Pulau Pinang, di bahagian utara Pulau Pinang. Ia merupakan salah satu kawasan pinggir bandar dalam perjalanan ke Batu Ferringhi. Terdapat banyak hotel ...

09 di nibong tebal - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di nibong tebal - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di nibong tebal</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Dec 2013 03:35 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di nibong tebal</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Nov 2013 03:43 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :- di nibong tebal - Google Blog Search

Letupan <b>Di Nibong Tebal</b>: 3 Lelaki Direman - MyNewsHub

Posted: 26 Apr 2013 02:45 AM PDT


NIBONG TEBAL – Tiga lelaki ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung siasatan kes membabitkan letupan di tempat ceramah Barisan Nasional (BN) di Nibong Tebal pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supritendan Shafien Mamat memberitahu pemberitahu tempoh tahanan reman ketiga-tiga suspek akan berakhir pada 29 April, selepas permohonan reman diluluskan oleh Mahkamah Majistret Jawi di Nibong Tebal.

Suspek yang ditahan berusia antara 25 hingga 41, mereka tiba di mahkamah pada pukul 23.45 petang Jumaat.

Salah seorang daripada suspek mempunyai rekod jenayah atas kesalahan memiliki bahan letupan. – mStar Online

Letupan Di Nibong Tebal: 3 Lelaki Diremanhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/04/Direman.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/04/Direman-150x150.jpgMyNewsHub Terkini,

NIBONG TEBAL - Tiga lelaki ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung siasatan kes membabitkan letupan di tempat ceramah Barisan Nasional (BN) di Nibong Tebal pada Selasa. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supritendan Shafien Mamat memberitahu pemberitahu tempoh tahanan reman ketiga-tiga suspek akan berakhir pada 29 April, selepas permohonan reman...

<p style="text-align: justify;">NIBONG TEBAL - Tiga lelaki ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung siasatan kes membabitkan letupan di tempat ceramah Barisan Nasional (BN) di Nibong Tebal pada Selasa.</p> <p style="text-align: justify;">Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supritendan Shafien Mamat memberitahu pemberitahu tempoh tahanan reman ketiga-tiga suspek akan berakhir pada 29 April, selepas permohonan reman diluluskan oleh Mahkamah Majistret Jawi di Nibong Tebal.</p> <p style="text-align: justify;">Suspek yang ditahan berusia antara 25 hingga 41, mereka tiba di mahkamah pada pukul 23.45 petang Jumaat.</p> <p style="text-align: justify;">Salah seorang daripada suspek mempunyai rekod jenayah atas kesalahan memiliki bahan letupan. - <strong>mStar Online</strong></p>

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved