Isnin, 20 Januari 2014

09 di balik pulau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di balik pulau - Google Blog Search


Gambar Kejadian Batu Besar Terjatuh Dari Bukit <b>Di Balik Pulau</b> <b>...</b>

Posted: 21 Oct 2013 10:40 PM PDT


BALIK PULAU - Tindakan pantas seorang lelaki yang menjerit dan melambai bagi memaklumkan seketul batu seberat lima tan yang sedang menggelongsor jatuh dari bukit di Jalan Tun Sardon, di sini berjaya menyelamatkan seorang penunggang motosikal yang melalui jalan berkenaan.

Dalam kejadian pada 1 tengah hari itu, batu berkenaan bergolek ke bawah sebaik sebatang pokok di kawasan itu tumbang ekoran tanah mendap dan mengakibatkan laluan dari Balik Pulau menghala ke Paya Terubong ditutup menjadi satu lorong lebih empat jam.

Azan Sulaiman, 45, berkata, ketika kejadian beliau dalam perjalanan ke George Town dan terkejut sebaik mendengar bunyi dentuman yang kuat sebelum melihat batu besar terjatuh dari atas bukit.

Katanya, beliau terus menjerit dan melambai tangan kepada seorang wanita yang sedang menunggang motosikal melalui jalan itu bagi memaklumkan terdapat batu sedang jatuh.



"Saya naik motosikal dari arah Balik Pulau menuju ke pusat bandar, tiba-tiba saya dengar bunyi dentuman yang kuat dan dikuti pokok tumbang. Tidak lama selepas itu ada batu besar jatuh bergolek dari atas bukit. - Bernama

Video Kejadian Batu Besar Terjatuh Dari Bukit Di Balik Pulau, Penang. Sumber myMetro

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved