Jumaat, 31 Januari 2014

09 di balik pulau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di balik pulau - Google Blog Search


UMNO Online - Pesawah <b>Balik Pulau</b> Berjaya Keluar Dari Garis <b>...</b>

Posted: 02 Jan 2014 11:48 PM PST

Kategori Berita Lain

Pesawah Balik Pulau Berjaya Keluar Dari Garis Kemiskinan

BALIK PULAU, 3 Jan – Sebanyak 54 pesawah di Balik Pulau berjaya keluar daripada garis kemiskinan apabila berjaya mencapai purata pendapatan antara RM2,000 dan RM3,000 sebulan sejak 2011.

Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Balik Pulau Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata hasil padi yang diperoleh mereka meningkat dari 3.8 metrik tan kepada 5.9 metrik tan dalam satu musim dan pihaknya menyasar perolehan 6.5 metrik tan menjelang tahun 2020.

"Majoriti pesawah di kawasan ini mendapat purata pendapatan lebih dari RM2,000, jauh lebih tinggi daripada paras kemiskinan. Ini satu kejayaan kepada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan petani-petani kita yang kerja bersungguh-sungguh.

"Mereka tidak lagi tergolong dalam golongan miskin kerana pendapatan mereka telah meningkat," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian insentif projek estet padi pengurusan secara berpusat di PPK Seri Pulau,di sini hari ini.

Pada majlis itu, seramai 19 pesawah menerima insentif RM4,000 seorang di bawah program Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

Hilmi yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata program bantuan dan insentif yang disediakan kerajaan untuk golongan petani berjaya membantu pesawah meningkatkan hasil pengeluaran padi dan pendapatan mereka.

Katanya Balik Pulau mempunyai kawasan penanaman padi seluas 172 hektar yang diuruskan oleh 54 pesawah terbabit.

Mengulas mengenai keputusan majlis mesyuarat kerajaan negeri membeli Mercedes-Benz S300L sebagai kereta rasmi Ketua Menteri Lim Guan Eng, beliau yang juga Anggota Parlimen Balik Pulau menyifatkan tindakan kerajaan negeri di bawah pimpinan DAP itu sebagai 'cakap tidak serupa bikin'.

"Kerajaan negeri Pulau Pinang dulu bukan main lantang menentang kerajaan negeri Terengganu apabila membeli kereta Mercedes untuk exco dan menteri besarnya. Sekarang ni apa yang dihentam itu dibuat di Pulau Pinang. Membazir…padahal kereta (Toyota) Camry itu baru sahaja beli, baru dua bulan.

"Walaupun kerajaan negeri dapat harga Mercedes itu tanpa cukai, tapi prinsipnya adalah salah. Kalau kita komen tentang hal orang, tiba-tiba kita buat…itu cakap tak serupa bikin," katanya.

Berita mengenai Lim menggunakan kereta Mercedes yang baharu dalam tempoh singkat selepas 15 buah Toyota Camry dibekalkan kepada kerajaan negeri pada 31 Okt tahun lepas bagi kegunaan ketua menteri, timbalan-timbalannya dan anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri telah menjadi bualan hangat.

Dilaporkan Lim mula menggunakan Mercedes-Benz, yang dibeli dengan harga RM298,263.75, pada Isnin. Harga sebenar Mercedes-Benz S300L dilaporkan RM657,218.

Berita Bertarikh Pada 3 January 2014 3:48 PM

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved