Selasa, 7 Januari 2014

09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search


:: Ini Cerita Cik Viva ::: 3/4 jam <b>di Batu Ferringhi</b>..

Posted: 30 Nov 2013 02:52 AM PST

Sambungan dari entry ini

Anak buah kakak tu bawak kami pekena Kayu Nasi Kandar kat area Bukit Jambul tu je sebab itu yang paling dekat dengan hotel. Kami kena isi perut dulu sebelum g jenjalan. Ramai sangat orang kat restoren tu macam biasa, macam2 lauk ada tapi aku ambik ayam goreng je seketul pastu lupe lak nak ambik sayur..huhu


Dah abih makan, beliau telah membawa kami ke Batu Ferringhi. Nak jalan-jalan cuci mata kat pasar malam Ferringhi. Otw kesana kami nampak la Hydro Hotel tempat shooting drama Mr Arrogant tu, pastu nampak la ada sorang dua berenti posing kat signboard hotel tu..ni mesti geng aku jugak ni..para peminat drama tu..hahahh
Adik yang suar oren tu lah yang bawak kami jalan2 sini. Actually mereka berdua tu sepupu, so bila mereka dah bertemu memang kecoh la. Aku layankan je..
Singgah restoren seafood ni, tapi bukan untuk makan pun..saja tengok2 je apa yang ada dalam akuarium tu..semuanya besar2..contohnya macam ketam ni..ni kalau tak silap ketam gergasi kot....hahahaa.
Banyak lagi yang ada dalam ni..macam2 pesen dah aku tengok, caner nak makan dah besar sangat camtu. Tengok harga sekilo pun dah berapa puluh ringgit..mesti tokey2 je kot makan kat sini..
Antara yang dijual kat pasar malam tu, ada cenderamata, baju, henbag, kasut, tudung..bla..bla..blaaa. Tapi disebabkan hari nak hujan & hari bekerja tak banyak kedai bukak & ramai yang tutup kedai awal.

Aku beli FM je buat kenangan, nak bagi mak suruh mak letak kat peti ais kat kampung. Simpan hajat nak bawak mak ayah jalan2 makan angin kat Penang nanti..hehe


Sebelum balik hotel, kami jalan2 ke Padang Kota. Singgah lepak-lepak ambik angin kat tepi laut..nampak tak yang ade lampu2 tulah terminal feri, adik tu cakap lah...
Okay..tu saja catatan perjalanan ke Batu Ferringhi untuk tempoh masa 3/4 jam malam tu. Terima kasih banyak2 untuk adik tu yang susah2 je nak bawak kami jalan2 ke sini..

**Bersambung...

BERKELAH <b>DI</b> PANTAI <b>BATU FERRINGHI</b>, PENANG | INILAH REALITI

Posted: 01 Dec 2013 11:41 PM PST

Selamat petang kawan-kawan sekalian.. Apa khabar semuanya.. Harap semuanya berada dalam keadaan yang sihat-sihat sahaja :)
Alhamdulillah... Kita masih dipanjangkan usia pada hari ni dan diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupan ini...
Hari ni lewat bersiaran.. hihi.. Tuntutan kerja di pejabat.. Sekarang ni ada masa terluang sikit, bolehlah buka blog sekejap dan coretkan sesuatu untuk anda.. Cewahh.. 
Ok, seperti yang korang dah tahu, last week kan saya balik kampung kat Kedah.. So, bila balik kampung tu, plan la ngan family saya nak pergi berkelah.. Cuma kakak sulung saya je tak de, iaitu Along. Sebab dia kerja.. Yang lain semua ada.. Mak, ayah, Abang, Kakak nombor2 adik dan anak-anak sedara.. Kitorang ke berkelah kat mana?... Cer teka.. cer teka..
Tengok gambar jambatan tu pun mesti dah boleh agak kan?.. Iye, kitorang ke Pulau Pinang.. Berkelah kat Batu Ferringhi.. Pergi hari Jumaat.. Cuaca pulak hujan pagi tu.. Keluar rumah lebih kurang pukul 9 pagi macam tu.. Mak masak siap-siap kat rumah.. Ada roti sardin, nasi tomato, ayam masak merah, sambal udang, sotong goreng kunyit, dan makanan ringan...

Ni gambar masa dalam perjalanan nak pergi.. Hujan masa ni.. Kitorang pilih ikut jalan jambatan.. Sebab dah plan, masa balik nanti baru ikut feri :)





Masa nak pergi tu, Baby Mat pilih nak naik kereta dengan Mak Ude.. bestnya.. Baby Mat tak nak naik kereta ibu dia, Kakyang.. hihihi..
Jom layan gambar-gambar hari kejadian.. Hari kejadian?.. Macam tak sedap je ayat tu. Hihi.. Jom layan gambar masa kitorang kat Batu ferringhi tu.. 

  

Yang seronoknya bila pergi berkelah ni, budak -budak lah kan.. Best dok mandi kat pantai tu.. Siap buat istana pasir.. Walaupun tak jadi.. hihihi..
Sempat juga main korek pasir :


Ni pulak pic puan blog bersama Kakyang.. Haruslah ada kan.. hihi..

Ni pulak gambar perjalanan balik. Kitorang naik feri :)



Sesekali kita keluar berkelah dengan family, seronokkan?.. Boleh lupakan sebentar masalah kerja ke apa ke kan.. Tenang je fikiran. dan happy bila bersama keluarga.. Itu apa yang saya rasalah.. Hilang semua sakit-sakit dan tekanan perasaan.. Sakit?... iye, sehari sebelum saya balik kampung tu, saya cuti sakit.. bukanlah sakit teruk.. Nanti saya ceritakan sakit apa.. hihihi.. Apapun , Alhamdulillah.. dengan segala nikmat yang Allah telah berikan untuk saya dan keluarga... 

Pelajar Kolej berpesta seks <b>di</b> pantai <b>Batu Ferringhi</b> diserbu !Kle <b>...</b>

Posted: 20 Oct 2013 03:52 PM PDT

Pesta Seks ada kat Malaysia ? Dah macam kat hollywood pulak dah ni.Dihadiri rata ratanya remaja kolej bangsa melayu dan beragama Islam.Apa nak dikata kan? Remaja sekarang ini sememangnya mempunyai perjalanan hidup penuh berliku dengan dugaan hidup yang begitu sosial.Hanya iman di dada sahaja dapat mencegah diri daripada terjebak daripada gejala sosial yang tidak sihat ini.Baca artikel dibawah.

Georgetown: Suasana riuh-rendah dalam sebuah pangsapuri dekat Sungai Nibong di sini, membongkar pesta dadah didalangi sekumpulan muda-mudi di kediaman itu, pagi kelmarin.

Susulan aduan penduduk, sepasukan anggota polis menyerbu kediaman terbabit jam 8 pagi, sebelum menahan 38 muda-mudi yang berada di situ, termasuk sebahagiannya dalam keadaan khayal. 

Ujian air kencing mendapati 18 individu yang ditahan itu positif syabu dan ganja. Turut ditahan dalam serbuan itu seorang anggota polis dari Bukit Aman, selain tiga remaja perempuan yang positif dadah.


Sumber berkata, kebanyakan mereka adalah pelajar kolej, yang dikatakan berpesta di kawasan pantai di Batu Ferringhi.

"Selesai berpesta di kawasan pantai itu, mereka ke pangsapuri itu dan berkumpul beramai-ramai dalam sebuah unit kediaman di situ.
"Mereka membuat bising hingga mengganggu ketenteraman penghuni lain yang melaporkannya kepada pengawal keselamatan sebelum menghubungi polis," katanya.

Beliau berkata, siasatan polis mendapati kumpulan terbabit yang datang dari Kedah, Perlis, Perak dan Selangor, berkumpul di situ untuk menyertai pesta berkenaan.

"Bagaimanapun, polis tidak menemui dadah di kediaman itu. Mereka dipercayai mengambil dadah di pantai sebelum ke pangsapuri itu. Suspek ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan," katanya.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Nasir Salleh, mengesahkan serbuan dan tangkapan yang dilakukan di kediaman itu. - BH.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved